Showing posts with label animal planet. Show all posts
Showing posts with label animal planet. Show all posts

Tuesday, November 20

Animal Animation

Last weekend aku tengok film Happy Feet. Aku download ikut ftp file siapa ntah. Aku baru tahu, alangkah seronoknya download movie dari internet. Dan bekerja di sebuah syarikat ISP membolehkan aku download one whole movie for only… 10 minutes. 10 minit tu maximum, kira movie lebih 2 jam. Selalunya 5-7 minutes sahaja. Oh my god, no more TGV or GSC for me. Hahaha… And kalau rasa-rasa gatal, atau rasa gatal-gatal, movie dan clip-clip menarik dari Japan, Korea, Taiwan or even Malaysia pun banyak, if you know what I mean. .3gp file anak bangsa kita ‘beraksi’ cukup banyak. Kadang-kadang sedih juga aku bila fikirkan.

Ok, aku bukan nak cerita perihal aku mencuri movie orang, aku nak cerita pasal movie berkenaan binatang. Banyak kan? Happy Feet pasal penguin. Weekend sebelum tu aku tengok filem Bee Movie dengan awek di Bukit Raja. Bee Movie cerita pasal binatang… ermm Bee kot.

Apa lagi?

Ratatouille – Tikus
Antz – Semut
Garfield – Kucing
Chicken Run – Ayam
Finding Nemo – Ikan

Aku bukan wartawan hiburan atau blogger pemalas yang buat article dengan listkan semua benda yang berkenaan dengan topic. Itu kerja senang, jadi sebagai usaha membezakan diri dengan golongan pemalas, aku nak berikan idea filem-filem haiwan lain yang aku rasa boleh tarik orang ke panggung.

1. Panda Bear.
Aren’t they cute? Bayangkan dengan muka yang comel, bulu yang gebu, pemalas, duduk atas pokok. Kerja mereka… makan…tidor…makan…tidor. Character yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan. Semua lelaki cemburu dengan cara hidup beruang panda.

2. Cacing.
Kehidupan dalam tanah, ada banyak lorong yang mereka korek, macam highway. Makan tanah hasil korekkan, dan keluarkan ditempat lain. Bekerja tanpa henti untuk mencari makanan. Aku rasa ada nilai-nilai murni yang boleh dieksploitasi dari sifat cacing. Mungkin di penghujung cerita tunjukkan kesedihan ahli keluarga yang kehilangan family member kerana menjadi umpan kaki pancing. Sedih…sedih. Boleh juga selit unsur lawak dengan letak bayaran tol tinggi untuk lalu ‘highway’.

3. Kutu.
Tidak, aku tidak maksudkan ahli politic. Aku cakap kutu, as betul-betul kutu. Kutu yang duduk atas badan anjing, atau kepala manusia. Kehidupan bermasyarakat mereka, cara mereka lari dari serangan sikat benban (kalau tak tahu apa sikat benban, pergi tanya nenek atau makcik sebelah rumah), serangan ubat, shampoo. Nahh.. tak menarik, aku tulis kutu sebab nak buat link ke posting lucu aku pasal politician, itu sahaja. Move to next idea.

4. Biawak
Mungkin film maker dari Hollywood kena buat sedikit perubahan. Film animasi haiwan selalunya ada element lucu dan sedih. Target audience, kanak-kanak yang akan drag parent untuk ke pawagam. So, aku rasa perlu ada film cartoon ganas. As purely ganas, ada bunuh-bunuh, darah bertaburan, bangkai bersepai. Target market pula, remaja dan golongan lelaki bermotor kuasa tinggi. Buat cerita animasi pasal biawak merebut kawasan, rebut hasil buruan, rebut punca air. Kisah politic orthodox sekumpulan biawak ganas. Wahh… mesti best. Wujudkan watak-watak menarik yang akan digilai oleh lelaki ganas dan macho. Biar mereka buat tattoo di lengan ada gambar Bronko (contoh nama watak ganas ketua penjahat biawak).

5. Monyet.
Mungkin ada watak-watak cameo monyet dalam beberapa film. Atau watak pembantu macam dalam filem Tarzan dan Madagascar. Tapi cerita 100% pasal monyet belum ada lagi rasanya. Kalau untuk penerbitan tempatan boleh gunakan suara Khairy Jamaluddin untuk watak hero atau penjahat, depends samada penerbit tu sokong BN atau anti BN. Hahaha. Sorry, pilihanraya dah makin dekat aku tidak boleh lari dari elemen kutukan kepada politician. But seriously, kehidupan monyet rasanya cukup lucu untuk difilemkan.

Aku planning nak bagi idea banyak-banyak. Bila aku dapat idea je, aku terfikir yang filem sebegitu dah ada. So, that’s it, 5 idea yang aku percaya boleh diusahakan oleh pembuat filem Hollywood atau orang kita yang cukup berani.

Korang dah lawat Komuniti Iklan Percuma ke belum? So far aku ada la juga dapat ahli baru. Nampak macam ada harapan je impian aku jadi kenyataan.

Tuesday, November 13

Tontonilah Animal Planet

Notice: Cerita santai, mencuit hati. Sesuai sangat untuk meredakan fikiran yang bercelaru dan tension.

Marzuki seorang pemuda yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar. Beliau seorang ahli Kelab Kembara disekolahnya. Pada satu hari Kelab Kembara sekolah beliau mengadakan ekspedisi perkhemahan di Bukit Larut, Perak. Dengan penuh semangatnya, seperti biasa Marzuki bersedia dan mengikuti program perkhemahan tersebut.


Lebih 2 jam perjalanan dari sekolah beliau ke kaki Bukit Larut, Marzuki dan kawan-kawannya menjalankan aktiviti rutin mereka, dengan memasang khemah, menghidupkan ungun api, menyediakan makanan, tempat solat dan sebagainya. Selepas semuanya selesai, mereka memulakan aktiviti ‘jungle tracking’, meredah hutan belantara untuk mendapatkan kepuasan. Hampir 1 jam bermandi peluh mereka terserempak dengan seekor anak harimau yang
sedang dihanyutkan air. Anak harimau tersebut kelihatan tidak berupaya untuk menyelamatkan diri. Dalam keadaan genting tersebut Marzuki dengan penuh beraninya terjun ke dalam sungai dan menarik anak harimau ke tebing. Anak harimau tersebut kelihatan penat tapi masih berupaya bangun dan berlalu pergi. Sebelum anak harimau itu melangkah lebih jauh, dia menoleh kearah Marzuki yang masih tercungap-cungap kepenatan. Anak harimau itu seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih kerana jasa Marzuki menyelamatkan nyawanya. Dia merenung tepat ke mata Marzuki. Semua yang ada disitu tergamam. Selepas beberapa saat, anak harimau tersebut pun berlari kedalam belukar tebal. Semua rakan-rakan Marzuki kagum dengan keberanian dan kemulian hati Marzuki yang sanggup mengadai nyawa untuk menyelamatkan seekor binatang liar. Mereka meneruskan perkhemahan mereka seperti biasa.


Semenjak hari tersebut Marzuki tidak dapat melupakan anak harimau itu terutama renungan tajamnya. Marzuki benar-benar berharap dapat berjumpa dengannya sekali lagi, sekadar untuk melihat dan merasakan kepuasan menyelamatkannya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Ingatan Marzuki terhadap anak harimau tersebut semakin pudar ditelan waktu.


Kini Marzuki sudah berjaya dalam hidup, menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Dia sudah
berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata yang sudah meningkat remaja. Satu hari, anak bongsu beliau mengajak Marzuki sekeluarga melawat Zoo Taiping. Mereka pun pergi kesana, nampaknya kegemaran Marzuki terhadap aktiviti lasak bakal diwarisi oleh putera bongsunya, sedangkan puteri sulongnya yang sedang menuntut di universiti tempatan lebih mengikut sifat lemah lembut isteri Marzuki yang manis dan berkerja sebagai seorang guru. Setelah berjalan-jalan didalam zoo selama 1 jam, Marzuki sekeluarga sampai ke kandang harimau. Anak bongsu Marzuki begitu gembira dan berlari untuk melihat haiwan liar itu dari dekat. Marzuki memanggil anaknya agar berhati-hati. Suara Marzuki yang sedikit tinggi mengejutkan seekor harimau tua yang sedang tidur. Harimau tersebut lantas melihat tepat kewajah Marzuki dan terus mara menghampiri pagar sangkar kediamannya. Dia terus berhenti dan menghulurkan tangan seolah-olah ingin menyentuh tubuh Marzuki yang menjauhkan diri kerana bimbang keselamatan dirinya. Setelah beberapa minit, Marzuki terkenang kisah dia lebih 20 tahun dulu. Marzuki dapat merasakan inilah harimau yang telah Marzuki selamatkan dulu. Memberanikan diri, Marzuki bergerak perlahan melepasi pagar keselamatan dan mara kearah sangkar harimau tersebut. Suara anak-anak dan isterinya yang memanggil tidak dihiraukan.

Adakah impian Marzuki lebih 20 tahun dulu akan termakbul?


Tidak, sebaik sahaja Marzuki menghulurkan tangan, harimau tersebut terus mencakar dan menyentap lengan Marzuki. Marzuki meronta cuba menyelamatkan diri, namun gagal. Tangannya putus dan petugas zoo segera menarik tubuh Marzuki dan beliau dibawa ke pusat rawatan.

Marzuki kini kudung, semunya kerana dia tidak menonton Animal Planet, Astro channel 556. Kerana disana ada diberitahu yang jangka hayat seekor harimau hanyalah 10-15 tahun! Tiada harimau yang boleh hidup melebihi 20 tahun.


Sekian.

Confirm, at least aku berjaya membuatkan korang semua tersenyum. Boleh agak bila aku dapat ilham nak tulis cerita ini?


Total Pageviews

. page counter