Showing posts with label berhati-hati dijalanraya. Show all posts
Showing posts with label berhati-hati dijalanraya. Show all posts

Friday, August 17

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam lebaran kepada semua....

Semoga ramadan tahun ini telah memberikan penuh keberkatan kepada kita semua. Harap dipanjang umur untuk bertemu ramadan akan datang... Insyallah...

Sure ramai dah tengok iklan raya oleh Petronas dan Bernas dibawah ini. 




Aku harap tiada siapa nak bandingkan kedua-dua iklan, samaada nak kutuk or puji salah satu. Since pada aku kedua-dua iklan raya memang sangat bagus. Cuma nawaitu pembuat iklan tu yang tak sama seratus peratus. Iklan Petronas tu nak buat kita senyum bangga dengan pencapaian kita dan bersyukur dengan apa yang kita ada... sedangkan Bernas pula minta kita mengenang nasib mereka yang kurang bernasib baik... Pada aku both commercial ads compliment each other.  Apa-apa pun aku suka sebab tak ada or tak banyak iklan raya lucu kelakar yang dibuat tahun ini... macam tak sesuai je aku rasa.


Kepada yang memandu, berhati-hati dijalanraya... harap jangan lah jadi sebahagian daripada statistik kemalangan jalanraya tahun ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Thursday, September 17

Selamat Hari Raya

Aku percaya ramai perantau yang ingin pulang ke kampong akan pulang hari ini, dan sebahagian lagi akan pulang esok, seterusnya segelintir kecil akan pulang pada hari Sabtu. Jadi afdal lah rasanya aku buat blog post dedikasi hari raya pada hari ini, dengan harapan seramai mungkin pembaca akan dapat membaca ucapan aku.


Sedikit pasal keselamatan jalan raya….


Masa pelancaran kempen keselamatan jalanraya (http://www.090909.org.my) hari tu aku dengar purata kematian atas jalanraya Malaysia adalah 18 nyawa sehari. Gila..! banyak siot. 18 dah sama jumlah dengan satu team bolasepak yang diregister untuk satu-satu kejohanan, 11 player utama dengan 7 orang pemain simpanan. 18 orang rakyat Malaysia terbunuh di atas jalanraya kita setiap hari, maksudnya seorang mati bagi setiap 1 jam lebih. Aku dengan penuh confident declare diri aku seorang pemandu berhemat, jarang-jarang sangat aku drive laju-laju. Jarum meter kereta aku kadang-kadang je melebihi 120 km/jam. Kalau pergi kerja-balik kerja, selalunya aku bawa dengan penuh santai, even outstation pun selalunya aku bawa kereta perlahan je, penuh ketenangan. Pada aku simple je, siapa yang suka bawa kereta laju-laju di atas jalanraya memang golongan orang yang bodoh...! Kalau memang urgent, ada emergency that totally different story lah. Jadi, aku harap semua orang berhati-hati dijalanraya. Biar lantak la lambat, biar bebuka dalam kereta, bersahur tepi jalan hatta sembahyang raya di masjid dalam perjalanan pun takpe. Jangan bawa kereta macam orang bodoh yang boleh membunuh diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.


Sedikit pasal keMelayuan aku….


Dulu bila aku dengar sesiapa mengeluarkan ayat sebegini...
“Aku memang pantang....“
... disambung dengan apa jua ayat, antaranya:
“orang mempermain nama bapa”

“member kutuk awek aku”

“orang mencarut depan aku”
Dan pelbagai pantang larang lagi kononnya.

Lazimnya aku akan menyampah dengan orang tu. Aku akan rasa orang tersebut perasan bagus kerana ada pantang larang konon. Kalau kita buat juga pantang dia tu, dia akan melenting, marah, mengamok, dan sebagainya.

Tetapi, tanpa sedar aku just found out aku pun rupa-rupanya dengan tak sengaja ada pantang sebegitu. Seriously, aku tidak perasaan dan bukannya dibuat- buat. Aku jadi pantang kalau orang Melayu cakap English dengan aku 100%, padahal dia lebih fasih berbahasa Melayu. Aku tidak tahu kenapa, maybe related dengan semangat bangsa, racist, kebodohan aku bertutur dalam English, sifat dengki dalam diri or what ever reason. Tapi yang jelas darah aku memang menyirap ke kepala bila muka Melayu tulen speaking mat salleh depan aku. Aku pun baru perasan benda ini. In two occasions, aku marah without concrete reason. Seorang tu member baik bos aku, dan seorang lagi client besar. Both Malays, mereka cakap English siap slang orang putih lagi. Aku terus jadi panas dan perasaan marah meluap-luap. Bila ada yang tidak kena dihati aku, terus meletop. Aku tidak tahu betul atau tidak tindakan aku menyampah dengan Melayu yang nak jadi mat salleh. Yang pasti, itu dah jadi pantang aku... mat sial je....


Sedikit pasal sambutan Hari Raya aku…


Aku antara manusia yang lebih suka bulan Ramadhan berbanding bulan Syawal. Bukan bermakna aku ini golongan alim ulama…. Sememangnya selepas arwah abah aku meninggal, sambutan raya family aku tidak semeriah dahulu. Ala-ala kadar sahaja. Kemeriahan akan terasa bila aku balik kampong opah dan melawat rumah saudara mara di sekitar Perak. This year I don’t think there will much different. Hopefully kehadiran anak akan menceriakan sambutan hari raya aku dan keluarga. Baju raya aku dan baby mak aku buatkan, wife pula akak dia yang buatkan. Shopping raya pun takde apa yang aku beli. Sebab aku jenis yang shopping mengikut keperluan, bukannya mengikut season atau musim. Kasut koyak, beli kasut baru tak kira musim raya ke, musim haji ke. So, sememangnya aku tidak begitu teruja dengan kehadiran Syawal. Harapnya tahun ini ada sedikit improvement. Insyallah...

Akhir kata…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN

Sorry, takde gambar lawa-lawa, hiasan pelbagai, ketupat gantung-gantung. Menjelang raya tahun ini adalah paling busy.

Sekali lagi, Salam Aidilfitri dan minta maaf sekiranya aku berdosa dengan korang. Berhati-hati di jalanraya.

Total Pageviews

. page counter