Notice: Ini my second film review, yang 1st dulu dapat reaction yang agak menarik. - Mukhsin Review

Aku memang dah lama minat Afdlin, before dia berlakon Soal Hati lagi. Tak salah aku filem Buli aku pergi tengok dengan classmate UiTM, hampir 10 orang, seat depan sekali. Nak patah tengkuk, tapi still puas hati. Punyalah aku follow Afdlin, aku tahu mana dia dapat idea buat filem Buli. Almost 10 years ago, Afdlin terpilih untuk jadi celebrity guest untuk contest buat short film using Canon digital camera. If I not mistaken that contest di Singapore. Dalam contest itu, Afdlin dengan seorang budak perempuan membuat kisah ‘Buli’ dan berjaya dapat hadiah (not sure what position). I can’t recall Afdlin reveal this story to anyone, but I’m confident he gets the idea from his works with that young girl. Ok, leave it… itu cerita lain. We focus on Sumolah.
Yesterday before makan free at majlis pelancaran Kelab Mahasiswa Selangor aku pergi tengok
buah tangan terbaru dari Afdlin Shauki. Selepas sekian lama menunggu kekosongan slot wajib tayang akhirnya berjaya juga filem ini sampai ke pawagam. Mungkin juga politic dalam industry filem kita agak kritikal. Adakah Afdlin dihukum kerana kelantangan beliau mengutuk program Kekwa di Indonesia?
Secara mudah aku cakap tak rugi RM10.00 yang aku belanjakan. Lagipun sebagai orang berbadan besar mustahil untuk aku membenci filem ini. Hero gemuk, hero baik hati, mulia, rajin dan yang penting, hero (orang gemuk) dapat awek cun (heroin)… Cayalah Afdlin.
The whole cinema laughs like mad, memang sebuah karya lucu terbaik yang pernah diterbitkan oleh anak tempatan. Dengan isi dan message penuh bermakna yang diadun dengan cantik, isu-isu budaya dan masalah-masalah masyarakat yang diolah dengan teliti, Afdlin sememangnya seorang sutradara hebat… hampir mustahil untuk difikirkan sebuah filem tentang semangat budaya, setiakawan dan kebangsaan sebegini boleh dipersembahkan dengan gaya komedi. Lawak-lawak santai pecah perut yang sering diselitkan benar-benar menyerlahkan ‘gaya Afdlin’.
Aku tak kiralah, maybe orang yang belum saksikan filem ini akan marah since aku cerita, tapi here some of the scenes yang benar-benar buat aku tabik spring 10 kali kat Afdlin:
- Akiro (Gurmit Singh) and Siti (Inthira Charoenpura) bersembang dalam bahasa Jepun. Imagine, Singaporean and awek Siam cakap bahasa Jepun dalam sebuah filem Malaysia.
Is that cool or what? - Sindir-sindir antara Ramlee (Afdlin) dan Akiro (Gurmit). 2 of the best comedian in South East Asia dalam satu scene, perlu ke aku ulas lagi?
- Scene dalam public bathroom di Jepun…Hahahahaha….
- Scene yang menggambarkan betapa lawanya heroin… hampir menyebabkan road accident…Hahahahahah…
- Gelagat mereka berlatih dan berlawan sumo dengan orang Jepun
- Ramlee (Afdlin) 1st time main sumo.. Hahahha.. tak reti nak buka cawat tu, sampai bawa balik rumah….
- Afdlin malu bila awek tengok dia separuh bogel (pakai cawat nak main sumo).
Ada banyak lagi lawak-lawak spontan dari Awie, Radhi, Gurmit dan ramai lagi.
TETAPI, aku sedikit kesal since while enjoying the film aku perlu ingatkan diri aku, ini adalah sebuah filem dan bukannya commercial advertisement from Celcom and Ogawa. Before this, aku sedih menonton filem Castello (Rosyam & Bade) sebab dah macam iklan biskut Julie, tapi Sumolah lagi melampau. Mungkin Afdlin terpaksa menggunakan Celcom dan Ogawa untuk membantu promosi dan juga cover production cost. It is true, scenario penajaan sebegini adalah a win-win situation. Tapi sedih juga sebab sutradara hebat seperti Afdlin pun belum cukup confident untuk mengharapkan 100% from kutipan pawagam. Seriously terlalu banyak ‘iklan’ Celcom and Ogawa dalam Sumo lah. Hinggakan baju rasmi Boleh Sushi (tempat Ramlee kerja) berwarna biru-putih. Nasib baik warna Diamond Sushi (musuh Boleh Sushi) bukan color kuning (Digi). Punyalah banyak promosi Celcom dalam Sumolah, sehingga ada sedutan iklan Celcom (Owen, Pires, Giggs and Gerrard main bola atas telephone). Aku rasa bukan Afdlin yang menggunakan Celcom tetapi Celcom yang telah memperkudakan Afdlin dan Sumo lah.

Tak kisahlah, Celcom dan Ogawa happy since dapat platform bermutu tinggi untuk represent their brand, Afdlin suka sebab filem dia boleh diterbitkan dan dipromosikan dengan kos yang tinggi dan cara terbaik, dan yang paling penting penonton tidak akan kering gusi, bergelak ketawa sambil berfikir semasa menonton Sumo lah.
Semua pihak gembira. Tepuk tangan dan simpan kritikan dalam poket jelah.
Tahniah Afdlin…..NOKOTTA...!

Update (16/05/07):
Terkejut aku Afdlin merayu kat blog dia agar peminat dia pergi tengok Sumolah. Since morons yang control cinema's chain ask to cut Sumolah screening sebab tak dapat sambutan. Read rayuan Afdlin here: Afdlin Minta Tolong
Selain dari pergi menonton and tolong promote kat kawan-kawan. Aku rasa maybe by rate Sumolah kat Yahoo! Movie boleh selamatkan filem ini. Kesian, jaguh Sumo Malaysia kena gigit labah-labah jadian dari US. Sedih..sedih.. Please rate Sumolah : Sumolah at Yahoo! Cammanalah award winning director terpaksa merayu rakyat Malaysia menonton filem kita. Rakyat Malaysia memang teruk...