Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Saturday, March 17

Mawi Raikan Wartawan… Ina Boikot Wartawan?

Minggu lepas Mawi sediakan 2 bas untuk membawa wartawan hiburan ke ‘Teratak Bonda’ sempena majlis doa selamat rumah baru dan kesyukuran kejayaan di anugerah bintang popular.


Jadi, keluarlah gambar rumah Mawi dalam semua surat khabar, majalah dan blog-blog milik wartawan hiburan. Memang cantik rumah dia, yelah RM 500, 000.00 tentulah cantik. Casa Impian pula menaja 3 bahagian dalam rumah tersebut dengan hiasan dalaman yang bernilai RM 100,00.000. Untungnya jadi Mawi, dalam masa kurang dari 3 tahun bergelar artis dah mampu hidup mewah lebih dari mana-mana lulusan universiti.

Patutlah bagai nak gila wajah calon Akademi Fantasia 5 bila wakil Astro ‘serang’ mereka umumkan mereka terpilih. Keluarga mereka juga gembira sangat umpama anak mereka dapat masuk universiti atau kena loteri. Sedih juga tengok pakcik dan makcik Melayu gembira gila, padahal anak gadis mereka akan ‘dipaparkan’ ke khalayak umum sepenuhnya. Memang sekarang ni zaman duit, bila dah nampak cerita Mawi semua tak fikir benda-benda lain yang sepatutnya mereka pertimbangkan.

Dalam masa yang sama, bekas tunang Mawi dituduh boikot wartawan sebab kebanyakkan wartawan masih mengaitkan dia dengan Mawi. Apa la yang Ina Naim ini fikirkan, dia masuk bidang hiburan tentunya sebab bekas tunang dia. Mustahil la dengan tiba-tiba semua orang boleh lupakan kisah itu dan melihat dia sebagai model dan penyanyi baru. Album baru terjual 7,000 unit dah anggap diri sebagai penyanyi baru berjaya dan arahkan wartawan jangan kaitkan dia dengan Mawi lansung. Harap muka je comel, tapi akal tidak secantik mana.


“Saya Tiada Niat Nak Boikot Sesiapa... Cuma masa tu saya sedang marah kerana dikaitkan dengan Mawi” – Ina beritahu Berita Harian

Friday, March 16

SportsCenter… Malaysia Version

Remember AFF Championship where ESPN Star Sport yang base di Singapore cover the whole tournament? Sakit hati aku when they report about Singapore game. They are bunch of most bias reporter I ever seen on tv. Even Englishman yang comment game England tak bias macam mereka. They know that match will be aired around Asia but why they still use ‘we’ when referring to Singapore team? Bodoh punya newscaster and commentator…!

But now, we will have our very own SportsCenter. Hoooorey…! With initiative from Youth & Sport Minister and help from ESPN Star Sport we will have our own 30 minutes sport news that will cover local and international news from Malaysia’s point of view.

“The Ministry of Youth and Sports is pleased to spearhead this project to bring Malaysian sports closer to the fans at home” – Datuk Azalina told press yesterday.

Aku suka but a little confuse bila tengok barisan newscaster yang akan kendalikan rancangan itu nanti.


Lisa Wong
I think she from TV2, and as we all know bila kerja dengan RTM mereka akan disuruh buat coverage semua jenis berita. Aku pernah tengok dia baca berita dan handle beberapa rancangan sukan, I like her.

Rashid Salleh
What the hell pelakon ni nak jadi pembaca berita sukan? Gila ke apa? Bengog betul. Aku do love his performance dalam beberapa filem but baca berita… Errmm… maybe he will add more humor element dalam segment tu nanti.

Jeevan Selvanathan
Dia ni DJ kan? RED 104.9 rasanya. Aku tak pasti, but if betul la dia ni DJ, again kenapa perlu ambil orang dari field lain untuk jadi sport newscaster? Pelik…

Edleen Ismail
From 8TV, I don’t think she from sports news background juga. Tapi dia cute, lelaki akan suka dia…

So, itulah dia ‘wakil’ kita to report local news through Malaysia edition of SportsCenter. Maybe they want to have fresh face to represent them sebab tu la tak ambil muka-muka familiar. Ok la kot.

Don’t forget to catch them start from April 30, 7:00 pm tentunya at channel ESPN.

Saturday, March 10

Sepet, Gubra and Now Mukhsin… Ada beza ke?

Aku lupa dimana and bila, but aku pernah terdengar comment dari U-Wei Haji Saari bila orang cakap filem Jogho yang stereotype dengan filem-filem sebelumnya. Tanpa rasa bersalah dia cakap all director will only produce ONE epic film for his entire life. At that time aku confuse and simply accept the remark as too deep for me. But after watching Mukhsin today, I totally understand what U-wei try to say.

Allow me to say and hopefully friends here will accept this:


If not because of few wonderful Petronas’s advertisements, controversy of Sepet and achievement from both Sepet and Gubra, aku rasa nobody will notice Mukhsin.


Aku tidak kata filem ini tidak best atau boring. Berbaloi juga rasanya
sepuluh ringgit yang aku keluarkan. Cuma dengan promotion setiap hari di tv, sampai masuk rancangan Majalah 3, menang award kat Berlin dan macam-macam lagi, aku bayangkan sebuah filem penuh muslihat dari Yasmin. Rupanya ianya hanya sebuah karya santai. Still ada sentuhan Yasmin seperti scene sidai seluar dalam, kurang bercakap, dan yang penting penuh bersahaja. Cuma dalam filem ini aku rasa Yasmin lebihkan lawak-lawak santai yang aku suka, tak tahu lah orang lain.

To be fair even Yasmin sendiri never promise too much from this film.


With "Mukhsin", I try to examine one common and uncomfortable human experience:


What happens when your very best friend - someone with whom you've been learning to do cool best-friend things like climbing trees, flying kites, riding bicycles and even getting into fights with other kids - starts to develop romantic notions about you?

- YasminTheStoryTeller

Yasmin awal-awal lagi told us she try to EXAMINE one small piece of human experience. Dia bukan cuba kupas isu-isu besar macam filem-filem sebelumnya. Perkauman, keagamaan, kesetiaan…. Cuma pengalaman cinta pertama yang terhasil dari talian persahabatan.

Aku juga tak faham why on earth Yasmin still guna beberapa benda yang sama. I not sure others opinion but for me aku dah fed up and boring gila. Few thing yang aku dah naik menyampah bila tonton filem Yasmin:

  1. Element lucah santai macam sidai seluar dalam.
  2. Peluk-peluk suami isteri.
  3. Pelakon yang sama.
  4. Orang Melayu cakap English fluently, walaupun persekitaran semua Melayu… Apa hal dengan Yasmin dan ‘orang melayu cakap English’? apa dia cuba sampaikan dengan ulang tayang benda ini dalam setiap filem dia? Aku tak faham.

Nothing wrong dengan benda-benda tu. Infect Yasmin dah buktikan ia berjaya mengangkat nama beliau. But don’t you guys think it just too much? Macam tengok siaran ulangan kat tv je.

So, if anyone plans to watch Mukhsin, make sure you love Yasmin’s previous films. Be familiar with her style, if not anda akan confuse kenapa filem ini digahkan sangat. Kalau anda minat Lord of The Rings, Star Trek, filem Jackie Chan atau filem Yusuf Haslam dinasihatkan jangan pergi tonton filem ini dengan harapan yang terlalu besar.

I think you guys know what I mean.


P/S: Pembetulan, aku tak keluar RM10 pun, awek belanja. :)

Update:

Before aku post entry pasal Mukhsin, aku sempat singgah di blog Yasmin and tinggal satu comment. Aku tak expect dia akan baca or apatah lagi reply my comment.

Aku dah pergi tgk Mukhsin today. With all the promotion and hype tentang filem ini aku a little bit sedih lah. Aku ingatkan filem penuh makna and isi dari Yasmin. Rupanya filem santai yang bertaraf drama. Aku confius adakah kerana shot2 yang cantik, lawak2 bersahaja dan 2 lagu yang sedap sudah cukup membuatkan filem ini best?

Senang cerita, kalau tiada iklan2 petronas, tiada Sepet, tiada Gubra.. filem ini tidak mungkin boleh pergi kemana-mana.

Suddenly aku aku ternampak comment ini…..

salaam akubetul,

abbas kiarostami kata, tengok wayang macam pergi supermarket. berapa banyak barang yang kita mampu bawak balik terpulang pada saiz bakul kita.

interesting kan?

Update Lagi:
Yasmin Ahmad herself singgah sini and leave a comment. Cool... Thanks .


Friday, March 9

Let Condemning Killer Song Concept Not the Artworks

Triggered by: American Idol and Akademi Fantasia 5

For sure all of us always heard singer produce ‘single’ that contains their killer song for particular album. As I stated here: Kekurangan Konsert?, I’m not a music fan. Maybe that plays a part in my judgment of this killer song concept. But what a hack, who said we can only give opinion for the issue that we love to involve with, right.

I just can’t understand how they classify killer song. Maybe song produced by establish well known writer consider potential to be killer song. After listen to demo tape sent by song writer, recording company decide this sound quality stuff and after pay good price for that artwork they decide it should treat as killer song. How about the rest of the song in that album? If they think remaining numbers from that album not that good, why they still record and produce it at the first place?

Talking about good or bad song, sometimes I confuse when music expert said this person not good, his/her performance looks really bad, his voice not powerful enough. I wonder why they critic someone art performance? He/she sings that song with different note or weird vibrator…So what? That his/her choice. That the way to creates the art of singing from their perspective. Why somebody else should put a limit on someone creative expression? Same like if we see any painting, we can’t say this painter use wrong brush or colors. We can only comment by saying. ‘I don’t like it’ or ‘this is one ugly painting’. We just say what we think about it, unfair for us to say something wrong with the painter technique, right? Because the artist choose to conveys his or her feeling that particular way. I don’t see much different between painting and singing, the objective is to show your art talent and hope majority of the audition will love it. If they don’t, that’s not the artist fault.

I always have a feeling any art form if we stick to it too long we will tender to like it. If you don’t believe me, try listening to one particular song at least 4 or 5 times a day. After one week, you will accept that song is excellent although majority of your friends say it suck. Same apply for my writing, I read it too much and I start to believe it were damn good. Hahahaha… Although many will find it ridiculously, terrible English article by kampong dude. Who cares… right?

My point here, do not ever condemn someone else artwork. The only scenario it might occur is when that person allows you to comment and treat you as his or her educator. Other than that, just kept your month shut and swallows your opinion slowly.

Tuesday, March 6

Kekurangan Live Konsert di Malaysia… Masalah ke?

Kali terakhir aku menonton konsert berbayar rasanya pada tahun 2000 di fun fair seksyen 15, Shah Alam. Sekarang tempat tu dah jadi office Toyota. Aku bayar RM 15.00 untuk menonton persembahan XPDC and Barongan.

Search yang menyambut ulang tahun ke 25 penubuhan mereka gagal mengadakan sebarang persembahan cukup besar yang boleh diiktiraf sebagai konsert tahun lalu. Beberapa kali mereka cuba untuk memberi ‘hadiah’ kepada peminat mereka namun gagal.


Aku kurang faham apa sebenarnya yang berlaku. Ali Bakar dalam rancangan Fenomena Seni bersama Rosyam hari tu mengatakan ada ruang yang ditinggalkan oleh syarikat rokok yang lambat diisi oleh pihak lain dalam menaja konsert-konsert untuk artis tanahair. Aku rasa bukan masalah penajaan kurang tetapi lebihan tajaan yang membawa kepada kekurangan konsert di Malaysia. Terlalu banyak pihak mengaturkan persembahan percuma kepada peminat muzik di Malaysia. Jadi, mengapa peminat perlu membayar tiket, lebih baik mereka menunggu malam merdeka, malam tahun baru atau rombongan artis mempromosikan filem atau anugerah yang datang ke pusat membeli belah berdekatan mereka.


Amy Search pula berkeras mengatakan badan corporate memperkecil-kecilkan
kedudukan Search dan artis Malaysia secara amnya dengan tidak berani menaja konsert solo mereka. Kalau dia benar-benar yakin Search mempunyai peminat setia yang ramai mengapa tidak Art Is At Work Sdn Bhd yang menganjurkan konsert sebegitu. Walaupun bayaran masuk akan menjadi lebih mahal, namun syarikat milik beliau itu pasti mendapat keuntungan kerana dia yakin Search boleh menarik puluhan ribu penonton. Tiket RM50.00 seorang, jika 50,000 orang datang, lebih dari dua juta boleh dikutip. Takkan tidak cukup untuk mengadakan pertujukan yang hebat? Itu tidak termasuk keuntungan dari sumber-sumber yang lain yang boleh difikirkan. Adakah beliau sendiri kurang yakin dan mengharapkan badan korparat memberi bantuan sekurang-kurangnya untuk menanggung kos promosi?

Ada
juga yang mengatakan beberapa peraturan ketat dari kerajaan yang umpama tidak menggalakan konsert ‘rock’. Aku setuju dan setuju. Aku setuju sememangnya peraturan itu sedikit merencatkan perkembangan konsert pemuzik rock dan aku setuju ianya dikuatkuasakan. Walau sekuat mana mereka cuba menegaskan muzik rock tidak patut dikaitkan dengan keruntuhan akhlak dan aktiviti kurang sihat. Pemikir yang waras pasti tidak berani memisahkan ‘irama dan lagu’ itu kan. Contoh: Bila Rimau Minat Muzik. Tidak mungkin peminat yang menonton konsert rock berkelakuan sopan dan tidak melakukan perkara tidak senonoh. Mungkin pemuzik rock yang standard seperti Amy, Awie, Hattan, Nash tidak akan terang-terang mempromosikan aktiviti bermoral rendah, tapi peminat fanatik mereka rata-rata memang sedikit kurang ajar berbanding mereka yang minat muzik nasyid, kan.

Memang tidak adil menghukum pemuzik diatas kesalahan peminat mereka, namun bukan aku nak salahkan takdir tetapi sememangnya siapa kata dunia ini adil.


Aku rasa cukup lah bincang pasal isu kekurangan konsert di Malaysia. Ianya bukan sesuatu yang jelas memberi kekurangan kepada kita, dalam erti kata lain tiada baiknya pun jika konsert muzik diperbanyakkan. Apatah lagi konsert rock yang sukar dikawal. Walau setinggi mana tahap pemikiran rakyat sekarang, bila dalam konsert rock, mereka bertukar menjadi gila beralasankan ‘lepaskan tekanan (release tension)’.


Kalau betul-betul minat muzik mereka, pergilah beli album dan bukannya terus menyokong industri cetak rompak. Pemuzik juga perlu mencari medium yang lebih canggih untuk berkarya dan berhubung dengan peminat mereka.


Mungkin ada yang berkata, mengapa konsert artis luar banyak. Kumpulan Dewa
umpamanya ada 3 konsert di Malaysia tahun lepas. Mungkin cerita ‘kera di hutan disusukan’ tak habis-habis lagi. Namun, walau kita kira konsert artis luar sekalipun, jumlahnya tidak sama serperti era 80an yang ada berpuluh-puluh konsert setahun. Dan sekali lagi, pada aku ianya bukanlah perkara yang merugikan pun.

Mungkin mudah untuk aku bercakap, sebab aku semamangnya bukan gila muzik. Pagi-pagi dalam perjalanan ke pejabat aku akan tukar-tukar dengar Era dan Fly FM sebab nak lari dari slot lagu. Aku lebih suka dengar DJ berceloteh dari dengar lagu yang belum tentu sedap ditelinga aku.


P/S: Panjang lebar aku tulis kat atas, namun nanti mungkin ada orang yang cuma komen kepelikan aku tukar saluran radio sebab nak dengar DJ bersembang.

Thursday, February 22

Entertaining Stuff - Chris Sligh & Craig Bellamy

Imagine a guy with Jack Black personality but have a wonderful voice of Josh Groban (maybe not that good, yet). Locally, just like Harith Iskandar with Anuar Zain vocal quality. Cool right? Sound like too good to be true?

Enter Chris Sligh. He is very funny young man but indeed extremely talented dalam bidang nyanyian. Yesterday I bumped into one website and happen to watch his American Idol audition. Memang betul-betul lucu, with serious face he said he believe he look likes Cristina Aguilera, and the main objective he try his luck dalam American Idol is to make David Hasselhoff (Baywatch) cry one more time. Since last season, camera caught Hesselhoff menangis masa concert final. Isn’t that cool? Luckily, last night I watched his performance, not just Paula and Randy love his superb singing ability and powerful voice but he also managed to insult Simon Cowell with Teletubbies joke…Hahahaha. Ryan Seacrest betul-betul suka tengok contestant kenakan Simon. To be honest, semua orang suka, kan.

To share with my entire friend here, I placed clip from his audition. I never put on YouTube or any other video dalam Aku Betul...! I proudly break the inclination for Chris Sligh, truly.. The next American Idol.


Cute kan dia? hahahaha....Memang menghiburkan...Talking about entertaining, watching Steven Gerrard and friends beat Ronaldinho's ass memang best pagi tadi. The fact that Benitez masukkan Riise and Bellamy walaupun mereka bergaduh di padang latihan truly show how professional Liverpool as football club compare to Rijkaard yang still tidak mahu guna Semuel Eto’o selepas comment panas beliau.

News from Soccernet:

Bad Boys On Target

“It Was Our Destiny” – Bellamy and Riise

Tuesday, February 6

Kuala Lumpur Nightlife - My Story

Notice:

Very, very, very long entry, read during free time. Aku fikir berpuluh kali juga untuk sent entry ini. I can’t find any specific reason why should I share this ‘embarrassing ’ experiences with my friend. I scare people will make wrong assumption about me. Honestly, I have no other intention by posting this entry, I just believe there must be pengajaran disebalik pengalaman aku ini. This story strictly for my friend only. Those who do not have any intention to know me please ignore and bacalah any of the previous entry. Thanks.

Kuala Lumpur Nightlife

More than a year since my last experienced of Kuala Lumpur night scene. So, contents of this entry maybe outdated. I just summarize everything that fascinating to me. I would like to thanks all my friends who used to hang out with me every weekend. You guys are the best clubbing mates anyone could possibly ask.

Night Clubs
Ramai tahu, tempat paling happening di KL adalah the bustling Jalan Sultan Ismail–Jalan P Ramlee strip yang taken over from Jalan Bukit Bintang. A lot of club disekitar golden triangle ini. Kebanyakan club di ‘beza’ kan oleh majority kaum yang mengunjung and standard pengunjung. Maybe not all but banyak juga disco atau club aku pernah masuk at least once. Disini aku ceritakan a few places yang aku paling selalu lepak.

Planet Hollywood
Not like other city in the world where Planet Hollywood and Hard Rock considered as lame and boring, here in KL these two places antara yang paling crowded. I love to lepak Planet since for me their live band memang betul-betul syok. They really selective in offering a contract to any band yang nak main disana. That what one of my friend yang pernah try told me lah. Disini adalah tempat untuk melihat remaja Melayu yang separa rosak akhlak. I said separa since, to witness yang paling teruk try visit Modesto's or DV8. Planet juga reflect what Malaysia is all about, kita boleh lihat Malays, Chinese, Indian lepak sekali and have fun. Even artist macam Hans, Jason Lo and Senario pun lepak sana. Yang pasti, Planet Hollywood adalah home for Aqasha. Every weekend boleh jumpa dia. Very cool guy. Another thing, selalunya ahad malam there is Sunday Night Life, ada performance by local artist. Aku pernah tengok, Awie, Ella, Amy Search dan beberapa lagi. After that i decide untuk malas nak pergi. Sunday Night Life menyebabkan Planet jadi too pack. Crowded with fanatic fans. Boring.

Passion
First time aku nak pergi Passion, aku sesat and masuk Espana, very funny. Passion sedikit high class compare to Planet and Hard Rock. Melayu yang standard je lepak sini, and mostly Chinese or foreigner penuhkan dance floor. No live band, but DJ always mainkan latest song yang best-best. Passion ni conceptnya macam rumah, so ada banyak bilik atau ruang untuk one group lepak sambil minum-minum and berborak. Kerusinya pun macam couch and tilam kecil. Ada ramai juga celebrity Melayu yang standard sikit lepak sini.

Bars
Antara bars yang best adalah, El Nino, Citrus Rouge (KL), The Roof and Finegan (Bangsar). Mostly bars are for us to run away from disco music and to lepak with friends just for a drinks and lepak sembang-sembang. To meet some celebrities try Bar Savanh. I met Hattan, M. Nasir even Zainal Abidin Hassan here. To see how this bar looks like, tengok filem Saloon banyak scene di rakam di sana. Selalunya, bars are double storey shop lot yang telah dimodify. So, ianya agak sempit and still ada bilik-bilik untuk private function.

But for me, the best place is Luna Bar, on top of Pan Global tower. This place belongs to Alex Wong, owner of Pan Global. Sini adalah antara antara tempat paling exclusive yang open to public. Aku pergi sini 2 kali je, but I really enjoy every minute of it. Hang out atas bumbung, tepi kolam, dengan music yang best. Interior design dalam bar ni are second to none. Plus, we can see pandangan mempersona Kualu Lumpur pada waktu malam from bird’s eye view. If there any place I want to go one more time definitely Lunar Bar. Since PanGlobal sponsored Alex Yoong, so ramai juga celebrities lepak sini. Mostly Alex and Arianna’s friends macam Ida Nerina, Jit Murat dan ramai lagi.

Pengalaman Aku
To enter all above places we need to pay cover charge around RM30 to RM50. But lucky for me, I never paid any cover charge, ada je member yang kenal somebody inside. Memang best bila kita boleh potong ‘q’ untuk masuk dalam tempat-tempat sebegini tanpa perlu bayar apa-apa. Rasa macam VIP je, hahahaha….

Everytime aku balik rumah lepas visit rumah syaitan tu aku akan sedih. Very, very sad mengenangkan nasib remaja Melayu yang hanyut jauh. I witness few incidents yang menyayat hati. Contohnya, gadis Melayu separuh bogel yang sudah mabuk ditinggalkan oleh kekasih di pintu masuk. Any dudes yang rasa nak ‘makan’ free boleh angkut perempuan tu bawa balik. Pernah juga aku lihat sekumpulan remaja lelaki mengerumuni seorang gadis dan menggalakkan dia minum arak sebanyak mungkin. Tak perlu bayangkan la nasib budak perempuan tu selepas dia mabuk. Remaja Melayu rata-rata merasakan hebat dan cool bila join golongan bukan Islam minum beer, liquor atau bercumbuan dalam tempat-tempat sebegitu. Bayangkan di disco-disco yang low class, dalam tandas pun ada remaja yang melakukan hubungan sex..! Tiger, Carlsberg, Jack Deniels, Vodka Ribena, menjadi minuman rasmi remaja Melayu yang ibu-bapa dikampung tak sedar perangai mereka.


I also honestly said, I never take any kind of alcohol drink. Aku tidak pernah ambil kisah pasal kesihatan, so, the only reason I said no adalah sebab aku orang Islam. Dan yang paling best, semua member-member aku respect my decision. It’s not easy to enjoy yourself there without mabuk, but with them I never feel ignored. Chinese yang aku lepak tidak pernah mempersoalkan atau kutuk aku sebab tak minum. If they order arak macam Chivas, memang akan dihidangkan bersama Coke. So, aku just minta extra glass. But if hujung bulan, they always drink beer since beer murah sikit compare to liquor. So, they will order for me any soft drink. Member-member non muslim tidak pun rasa aku kolot atau nerd kerana tidak minum arak. Budak Melayu sahaja yang merasakan bangsa lain berpandangan sebegitu. Bodoh betul…! Ukuran cool atau tidak terlalu sedikit dipengaruhi oleh arak. People will respect us by the way we treat them, and how we put ourselves among them. Sentiasa ada tin beer dalam tangan bukan melambangkan bagus atau trendy, bodoh…memang betul-betul bodoh..!

But, I know my limits. I just can’t trust my own self too much. I not saying aku dah insaf, since for me dulu pun aku bukan la jahat sangat. Lagipun pada aku, insaf adalah perkataan yang mempunyai maksud terlalu dalam, takut aku nak guna. But now, my nightlife hanya depan tv bertemankan remote Astro. Tengok bola, sitcom or Discovery Channel. Boring? Maybe…but neraka lagi boring rasanya. Hahahaha…..

To be honest, main reason I stop sebab 3 wanita dalam hidup aku. My mum bising since aku makin jarang balik kampung. Aku clash with my bitchy girlfriend and found gadis nama Roslina yang always ask me to test her cooking skills instead of pergi jalan-jalan KL. Dan yang paling penting kena tegur with my grandmother. Imagine, one day my mum told me her mother want to meet me, urgent. I was rushing from Shah Alam all the way to Ipoh, when I met her, dia cakap:

“Opah dapat mimpi kau habiskan duit tak tentu arah, sudah… jangan buat lagi, cari perempuan baik dan jadikan isteri. Buat apa kau habiskan duit ke jalan maksiat”

Tegak bulu roma aku dengar dia cakap macam itu. No way had anybody told her about my lifestyle. Orang gila pun akan jadi waras dan takut kalau dengar benda macam tu. My grandma mimpi about me. Freakkkky…!

So that’s it, a chapter of my life yang aku tidak berniat nak ceritakan pada anak cucu aku nanti. Harap ada la terselit pengajaran untuk renungan rakan-rakan semua.


Saturday, February 3

Bila Rimau Minat Muzik


Muse adalah band rock from U.K yang digilai oleh remaja Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India. It has three members; Matthew Bellamy (singer, guitarist and keyboardist), Chris Wolstenholme (bassist) and Dominic Howard (drummer and percussionist).They will hold a tour concert in Kuala Lumpur this February. Cool..!

Apa yang menyedihkan aku adalah:

Cuba tengok front page website yang sponsor tour mereka. It is the official website of their tour. How dare mereka ‘mengkafirkan’ sesiapa yang masuk website tersebut? Tentunya ramai remaja Melayu yang meminati music mereka will try to find information regarding their tour concert. Where there will end up? Aku bukan ustaz, but aku percaya by clicking the ‘I Agree’ button, ianya membawa satu maksud yang penuh makna dan bahaya.

I’m not being paranoid, but I start to believe there is some well organized agenda untuk merosakkan akhlak remaja Islam dengan unsur-unsur hiburan sebegini. Cuma aku not really sure pihak mana yang bertanggungjawab, yang pasti remaja kita majoritynya dah ramai yang terpengaruh. Bodoh betul..!

Sunday, January 21

Berita Terpecah (Breaking News)

Gempa Bumi

Berlaku 7.2 scalar richter earthquake di utara Laut Molucca, Timur Sulawesi malam tadi. Beberatus meter dari perairan Sabah ada 5 gempa susulan berlaku disekitarnya jadi amaran tsunami dikeluarkan kepada penduduk di sana. Hopefully there will be no tsunami there since I think we witness enough disaster in this early 2007. Let spare some for the rest of the year.

Proton Malaysian Open 2007

Back page paper esok akan dipenuhi muka budak umur 21 dan 19 tahun, bernama Koo Kien Kiet and Tan Boon Heong selain dari berita Man. Utd vs Arsenal. Koo – Tan prove their gold medal kat Doha bukan nasib or a fluke. Maybe because crowd really behind our doubles and that contribute to their performance but beating Tony and Chandra by straight set really an achievement. Tony and Chandra are two of the most experience player around, they won everything dalam dunia badminton antarabangsa for the last 10 years. World Champinship, Olympic, Asian Games, Asean Games and almost all open tournaments around the world. So, I believe Koo and Tan if they maintain their attitude and composer, kita akan menyaksikan a legend created in front of our eyes. I can’t find their weakness, maybe not yet, but they really know how to attack and while defending, they have tricky returns. All the best…to both of them and semua pemain doubles kita yang lain, we have a lot of young pairs. So, aku rasa Tan Fook and Wan Wah, boleh jadikan coach je lah. Mereka pernah bekerja dengan ramai jurulatih, Razif, Morten Frost, Kim Hock, Park Joo Bong and currently Rexy, semua pemain-pemain legenda tu. So surely there gain a lot of experience and coaching technique maybe sekarang masa untuk mula menabur bakti di padang latihan pula.

Credit juga patut diberikan kepada Mew Choo kerana berjaya melangkah ke final. Walaupun tewas kepada 3rd rank Chinese player. Apa rahsia Cheah Soon Kit merencana peningkatan pemain wanita kita? Bermula dari mix double, kemudian beregu dan nowadays single player. Beside Meh Chew we also have Julia Wong yang baru berusia 20 tahun. Mew Choo juga menyahut seruan Dato’ Punch Gunalan dengan mengenakan pakaian yang sedikit stylish and trendy. Maybe belum sampai tahap player tennis, but nice try and harap-harap pemain wanita lain akan mula ikut. Baru la cun sikit main pakai skirt and baju terbelah-belah..hahahahha…

China tidak hantar their best bunch of player to Malaysia pun still manage to bags three categories. Woman single, woman double and mix double. Aku harap Indonesia boleh mengembalikan kegemilangan zaman Susi Susanti and menyekat dominasi China dalam woman badminton scene. Also, harapan aku kepada Park Joo bong yang membimbing squad Japan, their double players dah tunjukkan peningkatan expecially woman. So, Gou Ling and friends tidak boleh lagi suka-suka control their world ranking point setiap kali mereka berjumpa di final each and single tournament yang mereka masuk.

Australian Open

Jangkaan aku salah, Mouresmo tewas siang tadi. So, cuma tinggal beberapa player je mampu menghalang Maria Sharapova for her 1st major of the year.

Hiburan

Menyampahnya aku dengan TV3 with their Anugerah Juara Lagu 2007. Macam la anugerah yang grand sangat. Dengan red carpet, ada token kepada pakaian paling cantik… alahai, sikit-sikit dah ler…dengan alasan menaiktarafkan industri hiburan, mereka perabis duit kat majlis yang sepatutnya appreciate keindahan dan kesenian sebuah lagu, bukan betapa glamournya industri kita. Bodoh..!

Monday, December 11

Malaysia vs Indonesia



Temubual wartawan Malaysia dengan artis Indon yang datang sini:

“Apa komen kamu terhadap pemisar-pemisar di Malaysia yang kagum dengan lakonan kamu dalam filem Ada Apa Dengan Cinta?”

Jawapan dari artis Malaysia terhadap soalan wartawan Indon di Indonesia:

“Saya sunguh terharu peminat disini bisa menerima saya dan dan muzik saya”

Mungkin cuma perkataan kamu, pemisar dan bisa sahaja yang membezakan dengan Bahasa Melayu, tapi lazimnya kedua-ayat ayat diatas akan diutarakan dengan lenggok dan intonasi Bahasa Indonesia. Aku harap anda semua faham apa yang aku cuba sampaikan disini.

Aku tidak ingin melibatkan diri dalam membincangkan kabanjiran artis Indon di negara kita. Because aku akui memang pemuzik mereka lebih baik dari kita, this just because mereka ada market yang lebih besar dan ini memberi more space and money untuk karyawan disana mengembangkan kreativiti mereka. Atau mungkin juga pemuzik berbakat dari Malaysia gagal mendapat sokongan dari peminat atau promoter di Malaysia sendiri. Cerita monyet di hutan dapat susu dan anak sendiri minum air kosong lagi ke? Ntah….

Filem pula, aku tidak pernah menonton filem Indon di pawagam, cuma beberapa VCD sahaja, so, aku rasa not much different between filem kita dengan mereka walaupun mungkin 10 tahun lepas industri filem Indonesia di kuasai oleh filem-filem berunsur lucah, aku tidak mahu cerita lebih pasal itu…hahahaha. Just pergi ke mana-mana kedai cd dan cari filem Indon era 90 an, you guys will understand.

Berbalik kepada dua contoh perbualan antara wartawan dan artis diatas, aku nak menyatakan ketidak puasan hati aku terhadap artis kita dan juga wartawan kita yang aku rasa kurang cerdik. Mengapa mereka perlu menukar cara bertutur dari intonasi sehinggalah menukar beberapa perkataan hanya untuk membuatkan orang lain mudah faham? Aku tidak lah fanatik bahasa sehingga tidak sedap hati dengar winning speech Sharifah Amani atau mengagungkan bahasa sendiri seperti orang Jepun. Aku cuba menyelami kepala otak artis dan wartawan itu, tapi gagal memikir alasan-alasan logik. Artis Indon akan berbicara in English or simply Bahasa Indonesia walau dimana mereka, pernah dengar artis Indon cakap perkataan penat, tidak boleh atau sangat? tentunya capek, enggak bisa atau bangat....Sekarang siapa yang salah? Orang kita atau orang Indonesia?

  1. Adakah orang kita ini terlalu baik hati dan enggan membuatkan orang lain penat befikir sehinggakan orang kita akan berusaha sebaik boleh untuk bertutur dalam bahasa orang lain?
  2. Adakah wartawan kita terlalu menghormati artis Indonesia sehinggakan bahasa mereka pun dirasakan lebih baik berbanding Bahasa Melayu?
  3. Adakah artis kita terlalu terdesak ingin mengambil hati peminat Indonesia sehinggakan membodek mereka dengan cuba berbahasa Indonesia?

Mungkin ada beberapa alasan lain yang aku tidak mampu fikirkan. Tapi what ever alasan sekali pun, aku tetap merasakan artis dan wartawan kita yang berbahasa Indonesia ketika berdepan dengan wartawan atau peminat sana sebagai, sedikit kurang cerdik atau dalam bahasa kurang ajarnya…bodoh..! Confident la sikit dengan bahasa ibunda sendiri......ok



P/S: Wahid dan Farah Fauzana semalam dengan selamber cakap bahasa melayu pasar dengan pelakon Bawang Putih Bawang Merah, Cool…!


Untuk komen Malaysia vs Indonesia di Suzuki Cup 2010 final.... Click Sini: Malaysia vs Indonesia

Sunday, December 10

Menteri Bodoh...!

Ada sesiapa tahu cam mana rasanya berada dalam keadaan konfius campur geram selama dua hari? Itu yang aku alami semenjak hari Jumaat petang sehingga hari ni, tahap geram dan konfius aku sudah mencapai tahap maksimum. Tidak pernah aku emotional macam ni masa tulis blog. Kenapa?...wait.

Aku ni seorang yang patriotic sikit, aku ada dua bendera Malaysia dalam kereta aku, aku boleh sakit jantung masa menonton Koo Kien Kiet and Tan Boon Heong semalam walaupun mereka leading dari awal (tahniah..!), dan aku tidak suka dengan negara (dan mungkin juga rakyat) Singapore. So, aku rasa anda semua boleh agak la, betapa kritikalnya tahap patriotism aku, kan?

Aku ingin bercerita pasal GIIFA 2006. Bagi yang tidak tahu, benda tu stand for Global International Indian Film Academy. Don’t get me wrong, aku memang suka menonton hindi movie, minat aku pun banyak didorong oleh kecantikan actress Bollywood, tidak lebih dari itu. Aku Cuma geram dan konfius how on earth they managed to tie up with BAKTI (persatuan isteri-isteri menteri) and expecially Datuk Seri Rosmah Mansor dan Kementerian Pelancongan Malaysia dan disebakan itu they got all kind of attention from our government including Pak Lah and Najib for that stupid award ceremony. Just imagine, Najib and all the minister turun padang and play soccer with Bollywood star on Friday evening. That event still can be register on my head la, since benda itu for charity and mereka berjaya mengumpul around lapan ratus ribu ringgit untuk tabung kebajikan BAKTI. But last night, Malaysian Prime Minister, orang nombor satu dalam Malaysia, pergi menonton tarian dan lenggokan artis-artis Bollywood di Stadium Putra, dengan alasan menyampaikan anugerah. Pak Lah, Najib, Rais Yatim dan beberapa menteri lagi datang untuk menonton anugerah tersebut. Siapa diantara mereka hadir di Festival Filem Malaysia 2006? Datuk Rais Yatim sahaja rasanya. Beralasankan untuk mempromosi Visit Malaysia Year 2007 tidak cukup aku rasa untuk anugerah filem India itu mendapat perhatian sebegitu tinggi dari kerajaan Malaysia.

Aku memang tidak faham dengan pemimpin kita ni, mereka bersungguh suruh kita majukan negara, hargai hasil tempatan, percaya dengan karya bangsa kita. Filem kita wajah kita konon. Tapi mereka sendiri dengan tiada rasa bersalah menyusukan anak monyet di hutan, sedangkan membiarkan anak sendiri kelaparan. Bodoh betul..!

P/S: Tahniah pada Cicak Man berjaya mencatitkan diri dalam sejarah, kutipan first day terbanyak, RM350,000.00.

Total Pageviews

. page counter