Friday, December 4

Aqiqah Anak

Bila dah jadi suami dan bapa banyak lah benda 1st time yang aku buat. Selalunya pada hari raya aidiladha aku cuma perhatikan orang kampung sembelih lembu korban. Tahun ni 1st time aku involve. Involve dalam erti kata 'membeli' bahagian lembu, tolong pegang-pegang lembu masa nak disembelih, tolong potong-potong daging dan sebagainya.

So, aku nak transfer jadi photoblogger sekejap dengan upload gambar-gambar aktiviti aqiqah, korban dan cukup jambul anak aku di Kuala Terengganu.

Akad jual beli bahagian lembu dengan taukeh lembu, yakni abang ipar aku sendiri. "Saya membeli 2 bahagian, untuk aqiqah anak lelaki saya.....". Gambar akad dengan tukang sembelih lupa nak ambil.

Lembu... anak lembu atau orang panggil lembu muda yang bakal dikorbankan.





Aktiviti melapah daging oleh pakar-pakar...

Dah macam pasar daging

-
-

Petang, masa ahli masjid datang buat tahlil dan makan daging aqiqah dan korban, aku ambil kesempatan dengan adakan majlis cukur jambul anak aku. Dah 4 bulan lebih baru nak cukur, nasib baik dia tidor, kalau tak susah gak nak potong rambut dia.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sekian. Selamat berhujung minggu!

Total Pageviews

. page counter