Kerja aku memang tidak memerlukan aku banyak travel jauh-jauh. Selalunya sekadar berjalan area Klang Valley sahaja. Sekali sekala baru berjalan jauh. Kalau pergi dengan boss selalunya akan naik kapal terbang (sebab dia tak suka dok dalam keta lama-lama), kalau pergi dengan rakan sekerja pun kadang-kadang kitaorg naik bas. So, aku memang tidak pandai drive kereta lama-lama. Selalunya trip balik kampong ke Teluk Intan, 2-3 jam kira paling jauh la tu pada aku.
Tapi semenjak dua menjak ini aku merasa pengalaman berjalan jauh. Balik Terengganu lebih tujuh jam, then pergi Johor 4 jam. Esok kena pergi Johor sekali lagi. Aduh… penat. Malas betul aku nak duduk dalam kereta lama-lama. Mengantuk…
Aku tahu, lain orang lain caranya untuk menghilangkan mengantuk masa driving.
Ini cara aku….
1. Tidor
Sememangnya cara paling baik adalah dengan berhenti rehat dan tidor. On aircond, buka cermin seinci, turunkan seat dan tidor ½ jam. Memang puas dan boleh teruskan perjalanan dengan tenang. Cuma selalunya kalau travel jauh-jauh, kita nak cepat sampai. Kita takde luxury time untuk rehat tepi jalan. Aku pun confuse tengok ada hotel di R&R PLUS highway, ada orang sewa ke?
2. Makan dan Minum Non-stop
Kalau aku travel seorang memang seat penumpang disebelah aku akan dipenuhi dengan makanan dan minuman. Daripada roti, asam, gula-gula, karipap, pau sehingga minuman carbonate, kopi dan air mineral. Kalau mengantuk, makan dan minum sepanjang perjalanan memang confirm tak tertidor. Tak mungkin mata boleh terlelap kalau mulut tak berhenti mengunyah, kan? Cuma problemnya cara ini akan membuatkan kita terpaksa berhenti setiap beberapa jam untuk ke tandas. Kalau tersilap campur makanan, perut pula meragam. Problem…
3. Sapu Tangan Basah
Aku basahkan tisu atau sapu tangan dengan air mineral dan lap muka every 10-15 minit. Air yang terkena aircond akan membuatkan muka dan mata jadi sejuk gila. Memang tak boleh nak tidor. Lagi bagus kalu sapu tangan basah tu diletakkan depan corong aircond. So, ia jadi semakin sejuk. Kalau mengantuk, tekapkan sapu tangan basah sejuk tu kat mata akan rasa lega je. Kalau kita perasan, setiap kali mengantuk mata, dahi dan tengkuk akan rasa suam-suam panas. Jadi dengan letakkan sapu tangan basah sejuk akan mengurangkan suhu seterusnya hilangkan rasa mengantuk.
4. Hiburan
Aku kurang minat muzik, jadi aku jarang amalkan cara ini. Buka radio kuat-kuat, sampaii nak pecah gegendang telinga dan jika boleh follow lirik lagu yang dimainkan. Confirm tak akan tertidor. Kalau tak suka dengar lagu yang dimainkan oleh radio station, takde duit nak beli cd atau kaset, sekarang dah boleh download ke mp3 player dan cucuk tumbdrive ke radio. Pasanglah lagu kegemaran kita berulang-ulang kali. Since banyak kereta sekarang dah ada DVD player dan monitor, so instead dengar muzik sahaja mungkin juga boleh mainkan video clip, konsert atau apa-apa video yang hilangkan ngantuk. Filem-filem lucu, seperti Mr. Os atau filem P. Ramlee juga bagus since tak mungkin sambil gelak boleh tertidor. Cuma kena pastikan konsentrasi driving tidak terganggu dek hiburan yang dipasang.
5. Berkomunikasi
Kalau ada partner kat sebelah, untuk hilangkan ngantuk kena bersembang. Topik yang dibualkan perlu lah yang menarik tapi tak memenatkan. Jangan sembang pasal politik, pasal kerja, atau pasal masalah ekonomi negara. Pasti akan rasa penat dan mungkin akan membuatkan kita lebih mengantuk. Ceritanya patut pasal sukan (tapi bukan bolasepak Malaysia), pasal gossip artis, pasal kenapa Man Belon kena buang dari Raja Lawak, topik-topik menarik tapi santai. Kalau kita travel alone, still boleh berkomunikasi dengan orang lain menerusi telefon. Kalau kita sertai apa-apa pakej percuma tak kira family plan ke, corparate plan ke, call number yang free tu dan berborak lah berjam-jam. Again, pastikan topic yang dipilih menarik dan tidak memenatkan.
6. Sakitkan Diri Sendiri
Kalau rasa mengantuk tampar diri sendiri beberapa kali. Biar sampai merah pipi. Kalau ada partner kat sebelah, lebih baik minta partner tamparkan. Kalau takut pipi tak cantik, berbekas kena tampar, boleh try gigit jari. Continuously gigit atau hisap ibu jari, guarantee tak mungkin terlelap.
7. Kopi or Energy Drinks
Kaedah ini tak pernah berkesan untuk aku, tapi orang cerita memang mujarab. Minum energy drinks macam tongkat ali, Red Bull, Ali Café, etc. Minum banyak-banyak, satu tin setiap sejam mungkin. Ataupun, bancuh kopi yang betul-betul pekat. Kopi yang biasa disediakan oleh nenek-nenek kita dahulu. Kepekatan kopi yang memang akan terasa di tekak walaupun dah hampir sejam kita minum.
Itu sahaja cara-cara standard yang aku amalkan. Please share kalau ada kaedah-kaedah lain yang mungkin aku tak tahu. Since, lepas ini aku rasa memang aku akan banyak berjalan. Patutla company bagi kereta, mereka nak aku travel jauh-jauh rupanya… Cis… !
Mahu kurus aku lepas ni….