Notice: Topik separa serious. Kalau ada blogger yang terasa dengan posting ini, aku minta maaf awal-awal. Aku tahu ramai blogger yang emotional. Trust me, aku berfikir banyak kali samada untuk post atau tidak article ini. Hopefully takde yang sakit hati. :)

Revolusi Blogging
Ramai dah tahu rasanya, blog berasal dari perkataan Web Log. Direct translation, catitan di laman web. Dan belog bukanlah perkataan Bahasa Melayu for blog, aku rasa Dewan Bahasa dan Pustaka belum gazetkan lagi any BM word for blog. Most probably they will stick with same spelling, BLOG. Traditionally, blog digunakan untuk mencatit aktiviti harian as personal diary. Juga tempat share something interesting with friends.
Tapi kini blog dah jadi platform to generate money. Hype pasal blogger jadi kaya, jadi jutawan, duduk goyang kaki dan dapat pendapatan ribu-ribu sebulan dah semakin berleluasa. Ramai penggila duit (kita semua) berlumba-lumba buat blog dengan harapan dapat emulate the same method as professional blogger yang generate steady income daripada blog mereka.
Asas money blogging simple. Create blog - promote blog - letak iklan (adsense, nuffnang, affiliate code, pyramid scheme, etc) - dapat duit dari iklan. Tapi hakikatnya, nak promote blog, nak bagi search engine friendly, teknik menulis untuk grab reader, ads placement, dan macam-macam skill lagi perlu dipelajari. Dan ini semua bukannya mudah seperti yang disangka.
Kesukaran dan keberkesanan untuk cari duit dari laman blog juga boleh dilihat dengan memerhatikan blog-blog yang popular internationally. Memang sekarang top blog site bukan lagi dijaga oleh individu. Bukan lagi untuk mencatit aktiviti harian. Kalau tengok Technorati Top Blog List, hampir semuanya bukan dijaga oleh individu lagi. Walaupun pemiliknya seorang, pada mulanya dia develop seorang, tapi kini dia ada team yang jaga blog tersebut. Malah ada syarikat, ada office dan pekerja-pekerja untuk jaga, update dan modify blog bila perlu. Blog sudah jadi seperti medium pengiklanan! Saling tak tumpah seperti tv, radio dan newspaper.
Even blog baru Dr. Mahathir pun sudah dikomersialkan. Sudah ada ruangan iklan. Dr. M yang kaya pun sedar dia boleh jadi lebih kaya dengan monetizekan blog beliau.
Product Berkaitan Blogging
Mereka yang pandai dan tahu senario ini pula ambil kesempatan dengan buat pelbagai produk untuk membantu blogger-blogger baru untuk jana wang daripada blog.
Panduan Membina Blog
Tips Menulis Blog
Autoblogging
Panduan Adsense
Asas Wordpress
Sekadar menamakan beberapa info product yang berlambak di pasaran online Malaysia pula. Aku refuse to captured any picture or provide aku link untuk mengelakkan promosi percuma or dituduh endorse mana-mana product. Nanti ada pula yang tak suka.
Setiap pencipta product tersebut akan promosikan product mereka gila-gila. Segala jenis medium digunakan. Since mereka ada buat affiliate program, jadi makin ramai yang tolong promote. Cuba buka mana-mana website popular mesti boleh nampak iklan menjual alat bantuan untuk cari duit dengan tulis blog.
Pada aku product-product ini kebanyakkannya bagus. Sememangnya membantu. Sebenarnya majority daripada info yang dijual boleh dipelajari sendiri. Try and error. Tapi kalau nak cepat dan senang pandai, pilihlah product yang dirasakan ok dan beli. Tips paling mudah untuk pilih adalah dengan melawati blog si penjual, kalau blog dia meriah dan lengkap, confident la sikit nak beli.
Ambil Kesempatan
Last Saturday aku join member pergi sebuah hotel di Shah Alam. Ada seminar usahawan kononnya. Rupanya syarikat ini offer almost similar product. Kita bayar beberapa ribu, then mereka berikan system untuk bina blog. Seterusnya mereka ajar cara-cara update blog dan cara nak generate duit. Cuma twist yang menarik disini adalah, jika kita berjaya jual system ini kepada orang lain kita akan diberi komisen yang tinggi, RM1,000.00 to be exact. Aku jadi sedih tengok berpuluh-puluh budak bersungguh nak tahu lebih pasal system tu. Padahal kalau nak set up blog even menggunakan domain dan hosting sendiri pun hanya RM500 maximum. Tapi syarikat tu jual hampir RM4,000.00. Syarikat tu target nak jual system tersebut kepada orang-orang Melayu yang dah fed up dengan MLM. Mereka bertopengkan istilah ‘Usahawan I.T’ untuk membuatkan bakal pelanggan teruja dan terpengaruh.
Kegilaan mencari duit dari blog juga membuatkan ramai yang lupa etika, lupa halal haram, dan lupa member!
My Own Obsession
Aku mengaku, aku pun terkena kegilaan ini. Tengok kat keliling blog aku. Ada beberapa iklan. Selain dari blog ini aku ada beberapa ‘blog sampah’ yang aku bina semata-mata untuk letak code iklan. Memang seronok tengok duit di virtual akaun kita bertambah. Seposen, dua puluh sen, satu dollar…. Sehingga cukup dan boleh cash out. Semakin semangat nak tulis blog dan promote blog kat kawan-kawan.
Tapi aku akan cuba sebaik mungkin pastikan usaha aku tidak menampakkan kegilaan yang melampau.
Contohnya, dah beberapa kali aku tolak product review yang diberikan kepada aku. Kononnya aku ada prinsip, aku takkan letak apa-apa iklan dalam posting. Aku tidak pasti prinsip aku tu sebab aku ego or sebab aku bodoh. Tapi aku yakin, prinsip tu tak lari dari tujuan asal menulis blog. Hari tu aku nyaris menerima tawaran event review bernilai RM500. Nasib baik last minit Maxis tak pilih blog ini, kalau tak pening kepala juga aku nak buat keputusan samada stick with my prinsip or follow kegilaan duit dan terima tawaran mereka.
Aku juga berhati-hati bila mempromosikan blog aku. Aku akan cuba sebaik mungkin lari dari taktik-taktik yang aku rasa kurang etika walaupun hakikatnya sangat berkesan. Aku sedar, semuanya tidak jelas. There no concrete line between ethical or non-ethical promotion, tapi kita boleh gunakan common sense, pandai-pandai lah nilai sendiri.
Aku harap kawan-kawan blogger kat sini pun relax sikit. Jangan terlalu obsess mencari wang dari aktiviti blog. Banyak lagi tujuan berblog selain dari cari duit. Tambah kawan, kembangkan pengetahuan, improve English (hopefully for me), dan macam-macam alasan lagi. Jangan hanya berkiblatkan wang ringgit.

Seperti ‘notice’ aku kat atas tu, aku tahu aku akan membuatkan diri aku tak popular dikalangan blogger dengan posting sebegini. Sorry sekali lagi kalau ada yang terasa. 1st posting tahun 2009, kena la article yang best sikit, kan?
Happy blogging!