Friday, February 1

Keracunan Pelajar Sekolah

Kes Keracunan Pelajar Sepanjang January 2008


SHAH ALAM
5 Jan. – Kesemua 10 pelajar termasuk seorang guru sebuah sekolah swasta di Seksyen 7 di sini yang dimasukkan ke wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang semalam akibat keracunan makanan dibenarkan pulang hari ini.

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0106&pub=utusan_malaysia&sec=pendidikan&pg=pe_03.htm&arc=hive


KUANTAN
22 Jan. – Tiga lagi murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Isap dekat sini, dibenarkan pulang hari ini, setelah ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan lanjut akibat terhidu semburan racun serangga Khamis lalu.

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0123&pub=utusan_malaysia&sec=timur&pg=wt_04.htm&arc=hive


DILAPORKAN seramai 86 murid di tiga buah sekolah di Seremban, Marang dan Alor Star terpaksa dihantar ke hospital apabila mengalami muntah-muntah dan cirit-birit dipercayai mengambil makanan yang tercemar di kantin sekolah masing-masing.

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0201&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_09.htm&arc=hive


SIK
31 Jan. - Kes keracunan berlaku lagi, kali ini melibatkan 53 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Ampangan Muda, Belantek dekat sini yang terpaksa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gulau kerana keracunan makanan selepas dipercayai makan nasi goreng di kantin sekolah tersebut.

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0201&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_04.htm&arc=hive


Sebanyak 11,226 kes keracunan makanan berlaku di sekolah di seluruh negara dari Januari sehingga 15 September lalu berbanding dengan 5,613 kes pada tempoh yang sama pada tahun lepas, iaitu peningkatan lebih 100 peratus.

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1029&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_04.htm&arc=hive


Meriah betul newspaper kita dengan berita keracunan budak sekolah. Semua kes keracunan makanan setelah makan dikantin sekolah kecuali satu kes separa lucu di Kuantan, dimana budak-budak sekolah ‘mabuk’ lepas terhidu racun serangga yang disembur oleh tukang kebun.

Semasa arwah abah aku ada family aku pun selalu dapat tender kantin sekolah. Kami memang takut jika-jika makanan yang kami sediakan terbasi, terracun atau apa-apa ter lagi.

Selain dari factor kecuaian pekerja yang sememangnya sukar untuk diatasi, sebenarnya pengusaha kantin yang mahukan keuntungan berlipat ganda juga menyebabkan kes sebegini berlaku. Beli barang basah yang kurang kualiti, ikan busuk, ayam busuk, sayur berulat dan macam-macam lagi. Padahal pengusaha kantin sememangnya dah untung banyak, sewa kantin murah tetapi jumlah pelanggan (murid) ramai dan semestinya semua membeli dari mereka.

Guru-guru sekolah juga patut tolong kementerian berkenaan untuk check kebersihan kantin, jangan dok sibuk nak makan free dan nak dapat sponsor air masa hari sukan je…

Kepada pengusaha yang ditangkap kerana kesalahan keracunan makanan pula, selain daripada digantung dan diblacklist kan, mereka juga patutu disuruh makan makanan yang mereka masak supaya merasa sakit dan jerihnya pelajar-pelajar malang tersebut.

Selamat berhujung minggu...

Total Pageviews

. page counter