Thursday, February 7

Tidak Boleh ke Semua Orang Betul?


Again, macam aku cakap in last posting… this will be very much related to upcoming general election. Maybe not in most direct manner possible, but sikit-sikit terkena la juga….

Aku kadang-kadang confuse kenapa sesetengah pihak bersungguh sangat menyatakan yang pandangan mereka betul dan pandangan pihak yang tidak sama dengan mereka itu salah…. Seperti tajuk posting ini, tidak boleh ke both parties agreed yang kedua-dua belah pihak betul… on their own way, at least. 

Kita semua kena faham concept different perspective that always result different view and conclusion for any particular thing or issue. Konon-kononnya macam half-full, half-empty punya scenario lah ni… 

Let me try to give some example different perspective on related to beberapa issues, ada isu yang kecik dan tak penting… tak kurang juga isu yang besor gedabak….


1. Malaysian Helping Gaza
Nope, I’m not interested to jump into polemic discussion siapa lebih rapat antara Anwar or Najib dengan Hamas. Aku nak cerita pasal usaha oleh ramai individual, termasuklah selebriti yang bersungguh-sungguh membantu rakyat Palestine terutamanya di Gaza. Antara artis yang paling semangat adalah Afdlin Shauki. 


Keratan dari FB Afdlin pasal kejayaan penderma (dari Malaysia, kot) yang kumpul USD700 ribu, lebih kurang 2.something million ringgit untuk bangunkan semula masjid yang musnah di Gaza. Nobel move, right? Syukur alhamdullilah….

Now, let see dari perspective lain. Malas aku nak reka-reka perspective sendiri, let hear it… or in this case, read it from Afdlin’s bestfriend sendiri, comedian Harith Iskander.

Nampak? Dengan sedikit pertanyaan dari Harith, our view might differ dah. Kalau sesiapa nak start berdebat (macam komen yang Harith terima di twitter beliau), sampai tahun depan pun tak habis. Since pada aku dua-dua pandangan betul sangat-sangat. Pusing lah ikut belah mana sekalipun, both of them memang betoi….


2. Promote Ibadat
Ok, since contoh pertama kena dengan isu yang agak besar. Aku berikan contoh kedua yang agak sedikit kecil, tapi aku percaya related 100% dengan diri kita. Memang jadi trend kita suka update aktiviti kita yang menarik di social media, kan? Dan sekarang dengan ada whatapps groups, disana pun kita selalu share aktiviti kita. Jadi, kadang-kadang (or some people, selalu).. kita akan terupdate or sengaja update aktiviti amal, kebaikan, ibadah yang kita buat. Contohnya, check-in apabila berada di dalam masjid, upload gambar pegi ceramah agama, share story pasal kita tolong orang dalam kesusahan dan sebagainya. Ramai antara kita yang kadang-kadang meluat tengok sahabat yang rajin update status sebegitu. Pada pandangan kita, dia simply nak menunjuk. Even aku pernah terdengar sesetangah ustaz atau ustazah yang menegah kita dari update status sedemikian. Yela, Nampak macam nak riak je… so, confirm la tak dapat apa-apa pahala… kalau disebabkan status update kita tadi orang mengumpat kita pula… then, free je dapat dosa serpihan. 

Sekarang, jom tengok dari sudut lain pulak. Tidakkah dengan mengupdate status sedemikian kita sebenarnya mempromosikan aktiviti ibadah? Maksudnya, kita memaklumkan kepada semua orang yang melakukan amalan yang baik itu adalah amalan seharian… bukan aktiviti special semasa bulan ramadhan atau musim orang pergi umrah sahaja. Bayangkan, jika aku yang tak kaya mana ni, update status yang menunjukkan aku derma RM1000… maybe kawan aku yang confirm lebih kaya dari aku yang terbaca status update tersebut akan terbuka hati untuk menderma lebih banyak lagi, since dia akan fikir… “Fandi yang pakai Persona pun mampu, takan aku yang drive BMW ni tak mampu kot”…. Mungkin lah kan. Or, ada member yang rasakan diri dia lagi alim dari aku… Nampak aku check-in solat subuh di masjid setiap hari… mungkin akan terdetik di hati dia…”Dood yang jahil pun pegi solat subuh jemaah, aku yang alim ulama ni takkan nak sembahyang tepi katil je kot”…. Banyak lagi contoh, kemungkinan positive yang boleh berlaku.

Again, aku rasa pandangan yang mengatakan update status aktiviti ibadah tu membawa kepada sifat riak pun betul… tapi aku juga setuju ianya salah satu cara promosi yang baik. Again, both pandangan tak salah, kan? Simple answer adalah bergantung kepada nawaitu kita.



3. Konsep Ulama dan Umara
Both contoh kat atas aku rasa memang clear cut. Senang nak faham dan tiada sebarang assumption berani yang aku buat. Totally different dengan contoh yang ketiga dan rasanya yang terakhir ni. Isu ini pada aku sangat-sangat besar dan aku dengan selambernya nak campak pandangan-pandangan peribadi. 

Kepada sesiapa yang belum arif konsep hubungan umara dan ulama, sila lah pergi search mana-mana dulu, explanation aku mungkin tak tepat seratus peratus. 

Ramai penyokong BN berpegang kepada konsep ini. 

Golongan Umara  –  Pemimpin /  pemerintah negara atau kawasan.
Golongan Ulama – Pakar Keagamaan yang akan membantu golongan umara untuk mentadbir sesebuah negara. 

They will throw all kind of hadis, ayat al-quran, pandangan ulama besar dalam dan luar negara serta sejarah silam zaman khalifah to support that relationship. Somehow, statement tersebut tidak 100% salah, since kalau tengokkan kepada fakta-fakta yang menyokong statement tu memang tak berani kita nak lawan. Kenapa penyokong BN taksub dengan pandangan sebegitu? Easy answer, sebab mereka taknak tokoh atau ulama dalam PAS nak transform menjadi umara. 

Seperti pattern posting ini, let try to see dari sudut lain pula. Here, where my assumption come into the picture. 

Pada aku, apa yang dimaksudkan dengan istilah ‘ulama’ bukanlah semata-mata kepada pakar bidang agama sahaja. Dalam percakapan seharian kita, mahupun dalam artikel-artikel atau buku yang kita sering baca memang lah ‘ulama’ direferkan kepada golongan yang arif hukum hakam agama. Tapi aku rasa, when talking about mentadbir negara… maksud ‘ulama’ lebih kepada cendiakawan… ataupun pakar dan bidang-bidang tertentu. So, kita tidak boleh limitkan kerja ulama kepada urusan agama sahaja. Maksud aku sebegini…

Golongan Umara – pemimpin / pemerintah negara atau kawasan. 
Golongan Ulama – cendiakawan, cerdik pandai dalam bidang khusus. 

Maksudnya, kita boleh pilih sesiapa sahaja yang layak untuk jadi pemimpin kita… iaitu golongan umara… but then, umara yang dipilih ini perlu dapatkan bantuan daripada ‘ulama’ iaitu cerdik pandai lain untuk advise mereka. Contohnya, bila nak tentukan undang-undang berkaitan bidang perubatan… pakar perubatan akan bagi pandangan mereka, bila kena bidang teknologi, pakar teknologi lah yang bantu dan seterusnya termasuklah bidang keagamaan. Umara tidak boleh berlagak pandai dan buat decision sesuka hati. Golongan umara sendiri mungkin pakar dalam satu-satu bidang, law ke.. perubatan ke (Dr. Mahathir)… or even pakar dalam bidang agama, why not… lagi lah bagus kot.

So, adakah pandangan aku salah? Or pandangan most of BN supporters yang salah? Sendiri fikir lah ye…


Cukup lah kot, 3 contoh…. Dengan beberapa keping gambor…. Kalau difikirkan, as per this blog’s domain name… akubetul.com… kenapa aku tak register domain, kausalah.com? Since aku percaya, aku sentiasa betul, but korang yang baca pun tak semestinya salah…. Peace!

2 comments:

Anonymous said...

We are a group of volunteers and opening a new scheme
in our community. Your site provided us with valuable information
to work on. You've done a formidable job and our whole community will be grateful to you.
Here is my webpage Work From Home Online Jobs

Rabiah Yusof said...

SALAM. SAYA SETUJU DENGAN PANDANGAN ANDA. SEBENARNYA INI SEMUA BERGANTUNG CARA MANA KITA MELIHAT,MENILAI DAN MEMIKIRKAN SESUATU. KALAU SESUATU YANG X ELOK TP DI NILAI DARI SEGI POSITIF, MAKA IA AKAN MENJADI POSITIF BERGANTUNG BAGAIMANA CARA KITA MEMBUAT PENGOLAHAN @ PENYESESUAIAN. BEGITU JUGA SEBALIKNYA. WELL, X SEMUA ORG PUNYAI OTAK YG FLEKSIBEL

Total Pageviews

. page counter