This is not movie review, dah lebih 4 bulan dari tarikh tayangan, takkan baru nak buat review kot….
Filem Ombak Rindu dipercayai telah memecahkan record
kutipan filem tertinggi di Malaysia, walaupaun di pangung kutipan sekitar RM 10.90
juta dan tak pecah record KL Gangster, iaitu RM11.74 juta, tapi kalau campur
AstroFirst, aku percaya mungkin cecah RM20 juta. Since filem tu bukan sahaja
digilai oleh golongan muda, malah yang dewasa dan berkeluarga pun. Follower
novel tu pun mostly sekarang berumur 30an dan semestinya agak sukar sikit nak
ke pawagam dengan anak-anak kecil dan kesibukan pelbagai urusan. Golongan
businessman, pegawai-pegawai tinggi pun tak ramai yang suka dan tak sempat pergi
tengok kat pangung. So, dengan adanya AstroFirst ramai yang pakat tengok di TV
sahaja.
Semenjak dua menjak ni, aku rajin berurusan kerja di
utara tanah air, so kebetulan rakan-rakan di utara aku tu berasal dari
Langkawi, aku dapat la serba sedikit cerita off-record dan rahsia filem ni since
pengarah dan penerbit (depa kata la, aku tak pasti la betoi ke dak) adalah
orang sana (pengambaran pun kat sana banyak, kan…). Dan whoever yang pernah
deal dengan orang Langkawi akan tahulah, mereka ni sangat kuat dengan semangat
Langkawian mereka, yela duduk satu pulau kan ,
mereka semua memang sangat, sangat rapat. Disebabkan itu, aku pun TERsubscribe
filem Ombak Rindu di AstroFirst, actually wife aku yang subscribe aku ‘ye’ kan je…
Antara pengajaran paling besar aku dapat daripada
tengok filem Ombak Rindu adalah kekuatan CINTA boleh mempengaruhi kehidupan
kita. Biar aku bagi contoh pengaruh CINTA dalam jalan cerita Ombak Rindu….
(dari yang paling kecik kepada yang paling besar, base on evaluation aku)….
1. CINTA Pakcik Izzah (Taha)
Kepada Isteri Dia
Kepada yang perasan,
bila Izzah balik kampung dan dapat tahu makcik dia telah mati dan Pakcik dia
yang jahat tu telah hilang. Masa atas sampan, Mail beritahu Izzah yang Pakcik Taha hilang selepas
Makcik Izzah mati iaitu selepas pembedahan. Imagine, seorang lelaki yang sangat
jahat (jual anak sedara kepada bapa ayam), tapi still gunakan duit tu untuk
ubat isteri yang sakit. Kalau bukan sebab perasaan CINTA, better dia enjoy
sakan dengan duit haram tu, kan?
2. CINTA Mail Kepada Izzah
Dia sanggup tunggu Izzah
walaupun takde sebarang khabar berita. Then, bila tahu Izzah dah bersuami dan
confirm reject dia, baru dia terima cinta gadis lain.
3. CINTA Pak Dollah
Kepada Majikan / Sahabat
Kalau bukan sebab CINTA
kepada sorang sahabat dan juga majikan, tak mungkin Pak Dollah sanggup serahkan
anak sendiri. Pak Dollah can simply say
no dan cari kerja lain...
4. CINTA Milla Amylia Kepada Haris
Mila terlalu CINTA her first love and her career as
actress, iaitu Haris sehingga sanggup mengahwini Haris walaupun Haris dah
declare yang dia cintakan perempuan lain. Antara reason dia jadi pelakon adalah sebab supaya Haris boleh tengok dia besar-besar di screen wayang. Fuh!
5. CINTA Antara Haris
dan Ibu Dia
Dek kerana CINTAkan ibu,
Haris sanggup berkahwin dengan Mila walaupun dia tidak cintakan Mila. Dan
susulan dari itu, ibu Haris yang tersangat CINTAkan anak tunggal dia, sanggup
menfitnah Izzah dan buat apa juga cara untuk memisahkan mereka berdua. We can’t
blame her, Izzah adalah perempuan yang ibu Haris tak kenal compare dengan Mila
yang diketahui asal-usulnya. Put business influence and keterampilan aside, kalau
kita sebagai parents pun kita akan prefer Mila yang memang kita kenal ibu dan
bapanya compare dengan Izzah, kan?
6. CINTA Izzah dan Haris
Tak perlu la aku
elobrate la kot, dah memang filem ni adalah kisah cinta mereka berdua. Dari
pelacur, jadi perempuan simpanan, jadi tempat pemuas nafsu sehingga jadi
permata hati. From Izzah point of view pulak, Haris daripada seorang lelaki
durjana (langgan pelacur), kepada penyelamat, then jadi Tuan, suami sehinggalah
jadi kekasih hati....
7. CINTA Izzah dan Haris
Kepada Allah SWT
Scene Haris dan Izzah di
sofa yang Haris nak main dengan Izzah sebelum kahwin tu memang cantik
sangat-sangat. Izzah tahu dia memang tak boleh minta tolong dengan sesiapa
lagi, then dia berserah kepada Allah dan berdoa semasa dalam dakapan Haris.
Then, Haris pun terpotong stim dan hilang niat jahat sebab dengar doa Izzah.
Seterusnya, Izzah minta dikahwini agar hubungan mereka halal disisi agama.
Betapa besarnya CINTA Izzah kepada Allah padahal kalau dia carry on je jadi
perempuan simpanan, sapa pun tak tahu. Bila Haris belum terima dan lepas tu
halau Izzah, Izzah terus berdoa agar pintu hati Haris terbuka, sama juga Haris
yang berdoa kepada Tuhan agar Izzah menerima dia semula....macam rangkap lirik
lagu Ombak Rindu...
Tuhan tolong lembutkan hati
dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi
ku
Tuhan aku tahu banyak
dosa ku
Hanya ingat Kamu kala
duka ku
Namun hanya Kamu yang
mampu membuka
Pintu hatinya untuk
cintaku
Kalau kita fikirkan
semula, memang CINTA influence our daily life, form A to Z. Start dengan bangun pagi, kepada muslim, dek kerana
CINTA kita kepada Allah swt dan syukur sebab diberikan peluang hidup satu hari
lagi, kita akan perform solat subuh. Then, kita pergi kerja…. Reason kita pergi
kerja adalah samaada kita CINTAkan kerjaya kita, boss, rakan sekerja, syarikat
kita… ataupun kita semata-mata nak cari pendapatan iaitu duit yang boleh
membantu kita untuk menterjemahkan perasaan CINTA kita kepada diri sendiri, isteri,
anak-anak dan seterusnya. Seterusnya kalau kita CINTAkan aktiviti luar (outdoor
hobby) atau CINTAkan sahabat handai kita akan lepak diluar sebelum balik rumah
untuk menatap wajah keluarga yang kita CINTA. Kita balik kampong (ada yang
beribu kilometer) untuk jengok ibu-bapa dan adik beradik yang kita CINTA.
Kesimpulannya CINTA adalah satu perasaan yang
sangat-sangat kuat dan nikmat yang sangat besar diberikan oleh Tuhan kepada
manusia. Kalau
hidup tanpa perasaan CINTA, kehidupan kita akan menjadi kosong…. Jadi jom lah
kita cari, pupuk, semai dan baja CINTA dalam diri kita....
(Kenapa terasa macam
pakar motivasi jiwang pulak ni... Hmmm.... :-))
4 comments:
salam kenal.i memamg minat gila kat cerita ombak rindu ni.i dah tengok banyak kali tapi tak pernah puas-puas lagi tengok..hehe.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D
salam. blogwalking. ombak rindu best! tp bak kata member sy mcm filem org nak habis cepat shooting. laju giler! agree tak? btw, feel free to visit my blog.. :)
wowww you are so beauty ... :)
keren banget.... keep learning sob ...
Post a Comment