Friday, December 21

Muhammad Aqsa Rizqi


Sedang hampir semua peminat bolasepak Malaysia terpacak depan tv atau screen besar menyaksikan perlawanan Malaysia vs Thailand 2nd leg semi final Suzuki Cup 2012, aku tengok game tersebut melalui live streaming guna handphone sahaja di PPUM, Kuala Lumpur.



Bila Malaysia main 10 orang, Fadhli Sas nangis, Thailand dah score 2 biji, aku tutup handphone dan pergi naik tingkat 3 hospital tu untuk bertanyakan kepada nurse bertugas situasi wife aku yang berada di dalam wad bersalin since petang tadi, around 6 something. Around 10 pm, Alhamdulillah… aku dimaklumkan wife telah selamat bersalin pada jam lebih kurang 9:50 malam…. Aku diarahkan naik semula jam 10:30 malam untuk azankan anak yang tengah sedut his 1st milk… dan akan dimandikan.


10:30 malam pun aku naik dan sekali lagi perasaan yang tidak dapat digambarkan aku alami bila pegang baby dan azankan ditelinga dia. Then, nurse ambil baby, suruh aku naik semula jam 11 lebih untuk bawa barang-barang wife yang sedang berehat masa tu.


Terima kasih kepada semua saudara mara dan sahabat handai yang doakan kesejahteraan baby dan ibu serta bagi hadiah dan ucap selamat… Kalau ada yang nak tahu, yes... aku namakan baby boy ini Aqsa, sempena Masjid Al-Aqsa di Palestine... 

So, syukur alhamdullilah…. Wife sekarang sedang berpantang di rumah ditemani mak mertua aku dan 2 orang pembantu khas…. Hahahahah! Muhammad Amzar Rafiq dan Nur Aishah Raihanah….


Kami sekarang telah mempunyai tiga orang anak yang aku percaya paling cute dan baik dalam dunia… amin…. 

Friday, August 17

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam lebaran kepada semua....

Semoga ramadan tahun ini telah memberikan penuh keberkatan kepada kita semua. Harap dipanjang umur untuk bertemu ramadan akan datang... Insyallah...

Sure ramai dah tengok iklan raya oleh Petronas dan Bernas dibawah ini. 




Aku harap tiada siapa nak bandingkan kedua-dua iklan, samaada nak kutuk or puji salah satu. Since pada aku kedua-dua iklan raya memang sangat bagus. Cuma nawaitu pembuat iklan tu yang tak sama seratus peratus. Iklan Petronas tu nak buat kita senyum bangga dengan pencapaian kita dan bersyukur dengan apa yang kita ada... sedangkan Bernas pula minta kita mengenang nasib mereka yang kurang bernasib baik... Pada aku both commercial ads compliment each other.  Apa-apa pun aku suka sebab tak ada or tak banyak iklan raya lucu kelakar yang dibuat tahun ini... macam tak sesuai je aku rasa.


Kepada yang memandu, berhati-hati dijalanraya... harap jangan lah jadi sebahagian daripada statistik kemalangan jalanraya tahun ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Tuesday, May 29

Kempen Piala Thomas Malaysia 2012


Another badminton related posting after komen pasal Axiata Cup haritu. When talking about Thomas Cup tahun ni everybody will straight away ingat kecederaan DLCW masa lawan Peter Gade. Memang sadis la tengok Chong Wei nangis belakang court masa nak tunggu kerusi roda. As we all knows, Chong Wei sedih sangat bukan sahaja sebab tak dapat tolong Malaysia di Thomas Cup, tapi pasal kemungkinan peluang beraksi di Olimpik menjadi samar. Pasal injury tu memang we can’t blame anybody lah, takkan nak minta Chong Wei skip Thomas Cup semata-mata sebab nak tunggu Olimpik. Piala Thomas pun ada prestij yang tersendiri. Lagipun peluang sparring dengan best players before Olimpik merupakan satu persiapan yang baik untuk dia. Even team paling sombong, China pun masukkan barisan players paling power yang mereka ada. Chong Wei pun baru baik shoulder injury, so memang molek sangat lah gunakan Thomas Cup untuk gaining his peak performance back. Ada pula cakap-cakap ‘pakar kasut’ yang menyalahkan kasut Chong Wei, kononnya tapak terlalu tebal, so itu yang menyebabkan Chong Wei terpelecuk. Kelakar... memang kelakar, Chong Wei dari remaja ditaja oleh Yonex, dan kasut kaler kuning model SHB-92MX itu specially design for Chong Wei. Takkan la dah bertahun-tahun pakai, baru sekarang kasut tu ada problem tetiba.



Dan yang tak kurang kelakar, bila 26 juta rakyat Malaysia terus lupakan Thomas Cup lepas Chong Wei injured. Ditambah pula lepas kalah dengan Denmark, kita diundi lawan mighty Chinese di quarter final. So, semua orang putus harapan dan takde niat nak ponteng kerja atau balik keja awal untuk tengok live telecast lagi.

So, lets put Chong Wei injury aside. As world powerhouse in badminton, Malaysia sepatutnya kena layak at least semi final setiap kali Thomas Cup with an ease. Ini tidak, selain Chong Wei, we seriously can't guarantee any point from others in our line-up if againts country like China, Korea, Indonesia and maybe Jepun sekali pun. Sememangnya menakutkan, imagine our junior (theorytically 3rd single and 2nd double adalah junior) can't compete with players from other country on the same age level. Even our 2nd double pun barely known by Malaysian sports followers, not to mention the other Chong Wei (reserve single player, Chong Wei Feng), muka pun tak kenal apatah lagi corak permainan. No offend to him, tapi umur Chong Wei Feng ni 24 tahun dah… bukan player remaja pun. 

Chong Wei Feng, ada yang kenal?

Our single player kecuali DLCW, base on rangking yang digunakan untuk Thomas Cup 2012 ranks antara 32 (Liew Darren), 33 (Hafiz) dan 39 (Chong Wei Feng).... tiga puluh lebih ranked dalam dunia... teruk gila...! When talking about double players pula, Koo - Tan performance dah boleh dikategorikan sebagai salah satu 'misteri sukan'. I can’t understand how on earth, mereka boleh merudum teruk sangat. Masa mereka mula-mula took the badminton world by storm in 2006, sehinggalah 2010, for 4 years memang nampak seolah-olah mereka unbeatable. Satu persatu jagoan dunia mereka tumbangkan, and with their young age, semua orang memuji Rexy sebab berjaya create champion from scratch, in short period of time. But suddenly their performance drop macam bola bergolek jatuh dari gunung. Takkan lah takde lansung apa-apa yang boleh dibuat oleh barisan jurulatih kita. Alasan-alasan standard adalah sebab semua orang dah tahu corak mereka, mental strength, Koo can't smash, too fancy play, lack of motivation, bla..bla..bla... cari problem memang lah senang, kita nak solution. Bila coaches split them up masa lawan Denmark, it is obvious sebenarnya jurulatih Malaysia dah putus harapan dengan kombinasi Koo - Tan. If not because of Olympic, for sure mereka dah dipisahkan permanently. Pasal memisahkan Koo-Tan, dengan months before Olympic, memang tidak membantu meningkatkan keyakinan mereka lansung. But, even terpaksa nak split jugak, tactically aku percaya they do it wrong, even kalau nak split them up since we can’t believe they can get anything vs 1st double of Denmark and China, they should let Tan and Hoon Thian How play 2nd double and promote the other younger double became 1st and drop 'the performer' Koo Kien Kiet altogether. Aku percaya Tan and Hoon yang main dari remaja have bigger chance to snatch a point kalau lawan 2nd double of any country. And it is also a good for Kim – Goh to try take best double player in the world by playing agains 1st double of respective country. Ok, aku faham dilemanya, in case 1st single, 1st double and 2nd single semua kalah, takde chance Tan-Hoon nak main. Tapi, sama juga, what the point asking them to go out and fight the battle we knew they will lose eventually? Much better if we put some trust on our single players (even without Chong Wei) and slot Tan - Hoon di 2nd double, that can gurantee to clinth the winning point or drag the game to 3rd single. Apa-apapun, tak kisahlah pasal tactical mistake tu. Kalau players power macam China, tak perlu strategy tukar-tukar player, turunkan je player ikut ranking dan normal pairs. Hakikatnya memang players kita tak cukup bagus...

Regardless what excuse BAM or in particularly Datuk Nadzmi or si Chin Chai tu cakap, popularity dan tradisi sememangnya tidak memungkinkan kita terkial-kial nak lahirkan barisan player pelapis yang berkualiti. Berkualiti maksudnya bukan sahaja menang age group competition, tapi pemain muda yang hanya memerlukan 2-3 tahun main circuit international before boleh break into top 10 ranking dunia. Tidak seperti kebanyakkan sukan lain, sukan badminton memang mendapat status yang tinggi dikalangan kanak-kanak dan yang penting ibu bapa mereka. Kalau budak umur 10 tahun pandai main bola, main olahraga, main bola tampar dan sebagainya, parents will still hope their child to excel in academic, since they know sport tu sekadar nak bagi anak dia sihat, berdisplin, built confident, etc. Badminton lain, especially for Chinese parents, kalau anak dia jadi champion daerah for badminton they will support to the max. Hantar train club yang berlambak di bandar-bandar besar di Malaysia. Even aku kenal seorang bapa yang kaya raya, hantar anak dia berlatih di club di China.... dan kawan pakcik ni pula hantar dua orang anak dia train di club Indonesia. So, masalah 'pool player tak besar' cuma alasan budak-budak BAM. Sama seperti alasan Singapore import player (dalam semua sukan) dengan cakap rakyat mereka sikit... lawak... memang lawak. Ada beribu kanak-kanak main badminton untuk sekolah masing-masing. Easy calculation, ada kurang sikit daripada 10 ribu sekolah di Malaysia, around half adalah sekolah rendah. So, if each school ada 5 orang pemain wakil sekolah dalam badminton, kita sebenarnya ada at least 25 ribu player dibawah usia 12 tahun. Tak cukup lagi ke? So, it just matter of callobaration with MOE to arrange sistematic inter-school tourney, smartly pick the talents and groom them to become world best. Memang la susah, sebab tu la pegawai-pegawai BAM dibayar gaji ribuan ringgit. They should not use the money to find stupid excuse, susah sangat ke nak ngaku salah dan pass the responsibility to others.

Bottom linenya, aku harap lepas kegagalan di Olympic nanti akan berlaku perubahan besar dalam BAM. Tak kisah la nak reformasi ke, transformasi ke... or what ever istilahnya (depends support DSAI or DS Najib), janji memang kena overhaul.

Our badminton fans deserve more to cheer about beside Dato’ Lee Chong Wei sahaja carry national flag in every badminton competition. 

Friday, April 20

Kekuatan Cinta Dalam Ombak Rindu


This is not movie review, dah lebih 4 bulan dari tarikh tayangan, takkan baru nak buat review kot…. 

Filem Ombak Rindu dipercayai telah memecahkan record kutipan filem tertinggi di Malaysia, walaupaun di pangung kutipan sekitar RM 10.90 juta dan tak pecah record KL Gangster, iaitu RM11.74 juta, tapi kalau campur AstroFirst, aku percaya mungkin cecah RM20 juta. Since filem tu bukan sahaja digilai oleh golongan muda, malah yang dewasa dan berkeluarga pun. Follower novel tu pun mostly sekarang berumur 30an dan semestinya agak sukar sikit nak ke pawagam dengan anak-anak kecil dan kesibukan pelbagai urusan. Golongan businessman, pegawai-pegawai tinggi pun tak ramai yang suka dan tak sempat pergi tengok kat pangung. So, dengan adanya AstroFirst ramai yang pakat tengok di TV sahaja.

Semenjak dua menjak ni, aku rajin berurusan kerja di utara tanah air, so kebetulan rakan-rakan di utara aku tu berasal dari Langkawi, aku dapat la serba sedikit cerita off-record dan rahsia filem ni since pengarah dan penerbit (depa kata la, aku tak pasti la betoi ke dak) adalah orang sana (pengambaran pun kat sana banyak, kan…). Dan whoever yang pernah deal dengan orang Langkawi akan tahulah, mereka ni sangat kuat dengan semangat Langkawian mereka, yela duduk satu pulau kan, mereka semua memang sangat, sangat rapat. Disebabkan itu, aku pun TERsubscribe filem Ombak Rindu di AstroFirst, actually wife aku yang subscribe aku ‘ye’ kan je…

Antara pengajaran paling besar aku dapat daripada tengok filem Ombak Rindu adalah kekuatan CINTA boleh mempengaruhi kehidupan kita. Biar aku bagi contoh pengaruh CINTA dalam jalan cerita Ombak Rindu…. (dari yang paling kecik kepada yang paling besar, base on evaluation aku)….

1. CINTA Pakcik Izzah (Taha) Kepada Isteri Dia
Kepada yang perasan, bila Izzah balik kampung dan dapat tahu makcik dia telah mati dan Pakcik dia yang jahat tu telah hilang. Masa atas sampan, Mail beritahu Izzah yang Pakcik Taha hilang selepas Makcik Izzah mati iaitu selepas pembedahan. Imagine, seorang lelaki yang sangat jahat (jual anak sedara kepada bapa ayam), tapi still gunakan duit tu untuk ubat isteri yang sakit. Kalau bukan sebab perasaan CINTA, better dia enjoy sakan dengan duit haram tu, kan?

2. CINTA Mail Kepada Izzah
Dia sanggup tunggu Izzah walaupun takde sebarang khabar berita. Then, bila tahu Izzah dah bersuami dan confirm reject dia, baru dia terima cinta gadis lain.

3. CINTA Pak Dollah Kepada Majikan / Sahabat
Kalau bukan sebab CINTA kepada sorang sahabat dan juga majikan, tak mungkin Pak Dollah sanggup serahkan anak sendiri. Pak Dollah can simply say no dan cari kerja lain...

4. CINTA Milla Amylia Kepada Haris
Mila terlalu CINTA her first love and her career as actress, iaitu Haris sehingga sanggup mengahwini Haris walaupun Haris dah declare yang dia cintakan perempuan lain. Antara reason dia jadi pelakon adalah sebab supaya Haris boleh tengok dia besar-besar di screen wayang. Fuh!

5. CINTA Antara Haris dan Ibu Dia
Dek kerana CINTAkan ibu, Haris sanggup berkahwin dengan Mila walaupun dia tidak cintakan Mila. Dan susulan dari itu, ibu Haris yang tersangat CINTAkan anak tunggal dia, sanggup menfitnah Izzah dan buat apa juga cara untuk memisahkan mereka berdua. We can’t blame her, Izzah adalah perempuan yang ibu Haris tak kenal compare dengan Mila yang diketahui asal-usulnya. Put business influence and keterampilan aside, kalau kita sebagai parents pun kita akan prefer Mila yang memang kita kenal ibu dan bapanya compare dengan Izzah, kan?

6. CINTA Izzah dan Haris
Tak perlu la aku elobrate la kot, dah memang filem ni adalah kisah cinta mereka berdua. Dari pelacur, jadi perempuan simpanan, jadi tempat pemuas nafsu sehingga jadi permata hati. From Izzah point of view pulak, Haris daripada seorang lelaki durjana (langgan pelacur), kepada penyelamat, then jadi Tuan, suami sehinggalah jadi kekasih hati....

7. CINTA Izzah dan Haris Kepada Allah SWT
Scene Haris dan Izzah di sofa yang Haris nak main dengan Izzah sebelum kahwin tu memang cantik sangat-sangat. Izzah tahu dia memang tak boleh minta tolong dengan sesiapa lagi, then dia berserah kepada Allah dan berdoa semasa dalam dakapan Haris. Then, Haris pun terpotong stim dan hilang niat jahat sebab dengar doa Izzah. Seterusnya, Izzah minta dikahwini agar hubungan mereka halal disisi agama. Betapa besarnya CINTA Izzah kepada Allah padahal kalau dia carry on je jadi perempuan simpanan, sapa pun tak tahu. Bila Haris belum terima dan lepas tu halau Izzah, Izzah terus berdoa agar pintu hati Haris terbuka, sama juga Haris yang berdoa kepada Tuhan agar Izzah menerima dia semula....macam rangkap lirik lagu Ombak Rindu...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Kalau kita fikirkan semula, memang CINTA influence our daily life, form A to Z. Start dengan bangun pagi, kepada muslim, dek kerana CINTA kita kepada Allah swt dan syukur sebab diberikan peluang hidup satu hari lagi, kita akan perform solat subuh. Then, kita pergi kerja…. Reason kita pergi kerja adalah samaada kita CINTAkan kerjaya kita, boss, rakan sekerja, syarikat kita… ataupun kita semata-mata nak cari pendapatan iaitu duit yang boleh membantu kita untuk menterjemahkan perasaan CINTA kita kepada diri sendiri, isteri, anak-anak dan seterusnya. Seterusnya kalau kita CINTAkan aktiviti luar (outdoor hobby) atau CINTAkan sahabat handai kita akan lepak diluar sebelum balik rumah untuk menatap wajah keluarga yang kita CINTA. Kita balik kampong (ada yang beribu kilometer) untuk jengok ibu-bapa dan adik beradik yang kita CINTA.

Kesimpulannya CINTA adalah satu perasaan yang sangat-sangat kuat dan nikmat yang sangat besar diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Kalau hidup tanpa perasaan CINTA, kehidupan kita akan menjadi kosong…. Jadi jom lah kita cari, pupuk, semai dan baja CINTA dalam diri kita....

(Kenapa terasa macam pakar motivasi jiwang pulak ni... Hmmm.... :-))

Thursday, April 5

Axiata Cup 2012 Yang Gagal!


Aku tak merujuk kepada kepada kegagalan pasukan Malaysia untuk mara ke final… itu memang satu kegagalan yang sangat-sangat memalukan. Even though BAM try to show their unserious ness dengan fielding lower ranks player towards the end of the tournament, but it is obvious they only throw the towel after very poor performance against Indonesia Rajawali during the grouping. Bila Hafiz kalah kepada Rumbaka dan Koo-Tan tetiba kalah dengan ntah regu mana from Indonesia, then BAM start main suka-suka dengan tak bawa dan tak mengambil risiko kecederaan Chong Wei serta ‘punish’ Koo-Tan, serta bagi chance kepada Arif Latif untuk main.

Tapi lebih besar, aku nak kutuk kebodohan Axiata spend so much money for something yang pada aku sangat-sangat tidak berbaloi. Hadiah kemenangan keseluruhan lebih kurang 3.2 juta ringgit, campur kos penganjuran aku rasa tak kurang RM2 juta… So, in total Axiata spend at least RM5 million for the event, maybe more if we include the promotion, especially the TV commercial during prime time. In return, dicampurkan dengan kegagalan pasukan Malaysia now Axiata failed to create the ‘exclusive and expensive’ brand name that I believe they want to project from the tournament, but now Axiata name, at least for me relate to failure and stupidity.


Let me try to list down 2 main factors that contribute to the failure from my point of view:

1. The Timing
Aku confident Axiata dah plan nak buat tournament ni months if not years, so why can’t they wait for another year? The fact that 2012 adalah tahun Olympic Games dan Thomas Cup membuatkan excitement dan perhatian terhadap Axiata Cup kurang, kurang sangat-sangat. Kalau takde Olympic dan Thomas Cup, confirm Malaysia akan take a risk dan masukkan Chong Wei at least masa semi final, and as we all know if Chong Wei in the line-up, even not fully fit we can guarantee one point from him. Satu lagi, since stated in the rules, participation country boleh invite players dari negara luar, this year cuma Philippines je imports Mathias Boe dan single player dari Germany.   Again if there are no major badminton event this year, aku percaya negara macam Singapore (or even Thailand & Vietnam) confirm boleh invite top world class players macam Lin Dan, Peter Gade or Korean pairs. Imagine the atmosphere kalau ada pertembungan between Lin Dan vs Chong Wei or Markus Kido – Hendrawan vs Lee Yong Dae – Jae Sung. But, what to do… Axiata tak sabar nak ‘derma’ millions of ringgit in this year case, to PBSI.


2. The Participation 
Aku takde masalah dengan format 2 single dan 1 double dan juga format timbal-balik untuk semi final dan final. Honestly, aku rasa idea tu memang agak cantik juga, memberikan kelainan sebab semua group tournaments samaada Thomas, Uber atau Sudirman Cup format yang sama je. Aku cuma rasa melimitkan penglibatan hanya negara-negara Asia Tenggara agak kurang bijak. Lebih baik invite negara macam India, Jepun atau Taiwan bagi menggantikan Vietnam dan Philippines atau untuk gantikan Malaysia B and Indonesia B. I don’t know Taiwan & Jepun (malas nak search), but India aku rasa memang ada Axiata (again, malas nak search Telco mana di India yang Axiata ada share). Even kalau masih blom ada interest di Taiwan dan Jepun, if Axiata nak jadi Asia Telco giant, in the future confirm kena explore market di negara-negara gila I.T tu. Kalaupun tak cukup masa nak invite or memang mereka tak berminat, pasukan Malaysia B dan Indonesia B sepatutnya mesti clearly stated hanya untuk bawah certain umur sahaja, under 21 or under 19. Indonesia bijak (or they take the tournament seriously) by fielding senior player dalam Rajawali, hasilnya terkapai-kapai la Misbun Ramdan nak beat Tommy Sugiarto yang berumur 24 tahun compare to Misbun yang baru berusia 20 tahun.

To be fair, biar aku cuba bagi cadangan kepada Axiata Group, contoh lain-lain sport tournament / event yang mereka boleh organize / sponsor yang aku rasa will be less risky dan pasti akan dapat menarik perhatian peminat sukan. Ok, untuk lebih adil, aku cuma bagi contoh sukan badminton sahaja, padahal banyak lagi sukan yang boleh diexplore, bolasepak tentunya, extreme sports, hockey even lumba basikal.

1. Junior Thomas Cup
If Axiata tak kisah kemungkinan dilabelkan sebagai brand yang related dengan ‘junior’ or ‘future star’, they can organize tournament ala Thomas Cup tapi hanya untuk pemain bawah 21 tahun. Gunakan format Thomas Cup dan invite negara kuasa besar badminton macam China, Denmark, Malaysia, Indonesia, Korea dan negara yang sedang meningkat naik seperti Taiwan, Jepun dan India. Since most senior player akan menumpukan perhatian kepada BWF Super League, Olympic, Thomas Cup, World Championship… negara peserta tidak akan susah hati dan aku rasa confirm suka untuk test barisan junior mereka. Mungkin dah ada world junior championship berkumpulan (age group sampai 18 tahun sahaja), but again if the price money is there, prestige pertandingan akan lebih mendapat perhatian. 


2. Thomos Cup ‘Master’
Terbalik daripada ‘Junior Thomas Cup’, kalau Axiata nak dilabelkan sebagai brand yang otai dan berpengalaman, boleh buat pertandingan yang melibatkan player yang dan bersara. Imagine dapat tengok Misbun Sr. vs Sugiarto Sr. plays instead of their sons. Kalau ada yang kata players yang dah bersara main tak best, memang silap lah. Aku pernah tengaok Rexy main last few months, dia main friendly, tapi bersungguh… Perrghh…! memang skill yang bukan-bukan semua keluar. Pasti akan mengembalikan nostalgia kalau dapat tengok player-player lama bertemu semula, not to mention ‘derma’ yang boleh diberi kepada mana-mana pemain veteran yang kurang bernasib baik.

Or mungkin Junior dan senior Thomas Cup ini boleh disekalikan jadi satu tournament. 


3. Europe vs Asia or China vs Others
Ok, if both idea kat atas nampak kelakar dan kurang commercial value, dengan mengambil contoh sukan seperti golf, table tennis atau tenpin bowling, Axiata boleh isi ruang kosong yang ada dengan menganjurkan perlawanan ‘pertunjukan’ antara benua. Or kalau ambil contoh President Cup untuk sukan golf, boleh buat China vs Rest of the World. Again dengan USD 1 million price money aku confident perlawan pertunjukan itu akan diambil serious dan akan mendapat liputan yang sangat meluas, not just di sekitar ASEAN but seluruh ASIA if not the whole world. 


4. International Inter Club Tournament
Using current format, why not Axiata invite badminton club instead of country? If not mistaken di Indonesia dan China memang ada inter-club tournament. Sambutan untuk series tu pun tak kurang hebatnya sampaikan ada club yang sanggup import world class player sehinggakan Chong Wei pun pernah main di liga China. So, Axiata Cup boleh collaborate dengan penganjur from both country dan anjurkan inter-club tournament peringkat antarabangsa. Malaysia boleh diwakili oleh KLRC, Nusa Mahsuri or… ok lah, BAM create la satu club bidan terjun, then simply masuk. Jika takutkan semangat kenegaraan kurang dan reflect kepada sambutan yang suam-suam kuku dari peminat… at least di Malaysia its will never happen lah. Orang kita bukan bengap, kalau KLRC vs SGS Elektrik Bandung (club Taufik Hidayat), confirm semua akan sokong club milik Datuk Seri Andrew Kam tu…. Since club badminton ni mostly ditubuhkan base on money oriented, dengan hadiah kemenangan jutaan dollar pastinya mereka akan bersungguh-sungguh, berbanding dengan persatuan badminton negara yang tak semuanya miskin.


Ok, to be honest, rakyat patriotic macam aku ni kecewa sebab Malaysia kalah. Kalau Malaysia masuk final, or better, menang the tournament mungkin aku tak terfikir pun kebodohan penganjuran Axiata Cup ni….. Huhu! Sakit je hati bila bayangkan Axiata akan sponsor practice session untuk pasukan badminton Indonesia 13 dan 15 April nanti…. 

Chow… aku nak balik, nak pergi main badminton kat Setia Alam. Kalau ada sesiapa berhajat boleh lah singgah Dewan Orang Ramai U13/15, Setia Damai 15. This month, kami main Selasa dan Khamis. Kalau berhajat nak lawan hari Isnin, Rabu or Jumaat jumpa aku kat Telekom Malaysia Bukit Raja, Klang. Bukanlah setiap malam aku main badminton, kalau free aku boleh main dengan 2 group ni….dan satu lagi group di Kota Damansara pada Sabtu petang atau dengan kawan-kawan di Challenger, Cheras tak tentu hari, tapi confirm main start jam 1-2 pagi. 

Monday, February 20

Pekerja Taksub Dengan Kerjaya


Blog Terbiar….

Aku tak rasa aku perlu minta maaf sebab tak update blog dah, sebab confirm memang takde sapa tunggu aku update pun. Duluuuuu…. Mungkin la kot, ada la beberapa kerat real life friends or kawan-kawan maya yang rajin jengok blog aku untuk tengok kot-kot ada posting baru, tapi sekarang confirm dah takde… Update sekali dalam beberapa bulan… kelakor lah pulak rasanya, dulu few years back aku update setiap hari… Camana  aku boleh curi masa dan cari idea untuk buat daily posting pun aku tak tahu. Maybe sebab zaman tu social network site macam Facebook or microblogging macam Twiter tak glamer sangat so, kat blog je tempat nak curah perasan (cewah), sekarang lebih senang… nampak benda tak puas hati je, or ada benda-benda menarik nak share, terus ambik hanphone update status Facebook or simply tweet je… Takyah nak simpan, buat blog post dan tulis berjela-jela…. Again, kalau duluuu… any kind of celebration aku akan buat blogpost wishing kawan-kawan kat sini. With that note, silalah follow twitter aku, link kat sebelah kanan tu.... 


Yearly review pun aku tak buat tahun ni, sama macam tahun lepas juga… Huhu! Tak payah la kot kan…

Enough with introduction… aku nak kick-start blogposting tahun 2012 dengan posting macam dulu-dulu… aku nak kutuk orang! Muhahahahha…..!

Seperti tajuk posting ni, aku nak kutuk pekerja yang terlalu taksub dengan kerjaya mereka sehinggakan terbawa-bawa keluar office. Aku yakin bukan sahaja aku, orang lain pun surely pernah ada pengalaman berjumpa dengan golongan unik sebegini.

Guru
No doubt, guru adalah antara profession paling mulia dalam dunia. Sesetengah masyarakat di sesetengah negara menyamatarafkan guru dengan ibu-bapa dan ada yang samakan dengan tuhan. Kita semua diwajibkan (bukan sunat atau makruh) untuk menghormati guru kita. Yela, bak kata petikan puisi Usman Awang bertajuk Guru O Guru:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Tapi, ada sesetengah guru yang rasa diri mereka konon-kononya pendidik sejati dengan habis semua orang sekeliling nak diberi tunjuk ajar. Dah memang resamnya anak murid di sekolah yang jumlah beratus-ratus akan menghormati guru mereka. So, guru-guru ni bila keluar dari sekolah mereka mengharapkan penghormatan yang sama dari masyarakat luar. Kalau kampung or bandar kecil boleh lah, semua orang tahu kau tu cikgu... kalau bandar besar, mana la kita tahu. So, tak yah la nak expect everybody will respect kau sama macam budak sekolah respect. Dan jangan pula masa mesyuarat AJK surau atau AJK persatuan penduduk pun kau nak ‘sekolahkan’ semua ahli mesyuarat. 


Just to cover my ass, aku takde masalah dengan golongan guru… Most of them memang penyabar, rajin dan nampak cool. Even akak dan abang ipar aku pun guru and both of them tak pernah la pulak aku tengok ada ciri-ciri negative seperti yang aku tulis kat atas tu sikit-sikit tu mungkin ada… Hahahhaa!

Lawyer
Aku terkejut bila dapat tahu salah seorang kawan aku dari kecik yang lama dah aku tak jumpa rupa-rupanya dah jadi lawyer. Kecik dulu macam bengap je mamat tu, dah besor cerdik rupanya. Hahhaha… aku memang tak ramai member jadi lawyer, sebab dulu masa study kat university aku bukan jurusan law, aku budak engineering. Dan kalau sapa-sapa study university tempatan tahu lah sangat style kelompok-kelompok student ni… geng engineering mana nak kawan dengan fakulti lain macam law, akitek, dan lain-lain… konon-konon tak cool.

So, dari cerita kawan-kawan yang baik dengan lawyer dan duduk kawasan perumahan yang ada lawyer, lawyer pun boleh tahan gak perangainya. Memang naturally mereka sukar berdebat. Every single details nak didebatkan. Jangan la cuba bantah apa-apa yang mereka usulkan, habis berjam-jam hujah akan keluar. Tapi selalunya, lawyer muda-muda je… lawyer senior akan lebih cool, mungkin dah penah berdebat time office hour, luar waktu pejabat they prefer to berehat.

Satu lagi mereka suka nak tahu setiap benda, kira-kira macam reporter sikit-sikit lah. Kalau nak arrange game futsal ke, trip jalan-jalan dengan kawan-kawan ke every single decision mesti mereka nak some justification, tak boleh simply main redah cam tu je.

Aku bayangkan, anak kepada lawyer pulak mesti susah nak trick parent dia. Setakat nak pusing cerita keluar dating dengan kekasih tapi bagitau lepak library dengan member atau class mengaji cancel sebab guru agama tu ada kuliah kat luar, memang tak boleh la kot. For sure parent dia dah simpan semua nombor telefon yang berkenaan supaya senang nak check, ntah-ntah dari air muka atau tutur kata si anak pun parent tu dah boleh baca yang anak dia kencing. Kesian....kesian

Accountant
Dulu, kerja lama aku.... kadang-kadang aku bersembang dengan akauntan syarikat. Aku assume, confirm minah ni berkira nak mampos kat luar office. Surprisingly, dia cakap lepas office hour dia memang bukan akauntan langsung. Husband dia yang jadi tukang kira, dia penat control bajet syarikat sampaikan bajet family dan diri sendiri dia abaikan. Pulaaak...

Tapi aku ada la juga kawan akauntan seorang dua. Mostly kenal atas urusan keja atau member kepada member sekali main badminton atau kekadang lepak kedai mamak tengok bola. Rata-rata aku tengok mereka ni memang sedikit berkira bila bab duit. Kalau share bayar court badminton contohnya, sampai tahap sen mereka kira. Seorang RM9.20… memang mereka akan bagi ngam-ngam banyak tu. Padahal masing-masing drive keta dasyat-dasyat. Mereka bukan kedekut, cuma mereka ni berkira. Belum lagi citer pasal berbincang untuk buat apa-apa aktiviti bersama kawan-kawan, confirm mereka akan make sure semue perbelanjaan akan berhemah dan tidak merugikan. Boring betul....

Pegawai Tentera
Another profession yang close dengan aku sebab abang kesayangan aku seorang pegawai tentera, arwah abah aku juga seorang tentera tapi last pangkat dia bukan la pegawai. And aku takde niat nak kutuk abang atau arwah abah aku sebab both of them takde lansung ciri-ciri seperti yang aku nak tulis ni… kedua-duanya sangatlah baik… Hehe….

Tentera ni kita tahu memang lazimnya sangat berdisplin. Kalau sapa yang tak berdisplin confirm dia akan berhenti awal. Aku tengok pakaian tentera dah ngeri dah... everyday kemas bergosok, tajam bucu tu boleh buat potong buah mangga. Kasut pulak berkilat... perrgghhh! Every single day or once a week mereka kena peruntukan masa untuk prepare. 

So, sebabkan mereka ni berdisplin kadang-kadang, mereka cuba mendisplin jiran tetangga, sahabat handai, dan kaum keluarga sendiri. Gotong royong kemas kawasan perumahan, kalau tentera yang organize, habis lah… tepat pukul 8 pagi dah mula… Kalau trip berjalan sekeluarga pula, memang dah siap tentative sebelum gerak dan mesti kena follow tentative tu. Belum cerita bab minta tolong or membahagikan tugas…

 “Kau ada dua misi, pertama kena pastikan pinggan dan gelas sentiasa ada atas meja, kedua kalau makanan or minuman kurang, terus inform bahagian penyediaan makanan, make sure bagi mereka some slack time to prepare, jangan betul-betul habis baru nak inform”  - Tentera jadi wedding planner tak rasmi kenduri kahwin.

Sound funny, trust me… its happen. And most of the time they will never use word … ‘tolong’… mungkin perkataan tu takde dalam kamus tentera kot. 

Dan almost sama seperti guru juga, since most of the low ranks staff kat office hormat mereka gila-gila… tabik setiap kali jumpa, kena ucap selamat or bagi salam… so, bila keluar kem tentera even tak pakai baju tentera pun sesetengah pegawai tentera nak semua orang hormat mereka sangat-sangat. 


Aku pernah dengar seorang pegawai tentera marah pekerja kaunter hospital pasal urusan Guarantee Letter ke apa ntah.... 

“Saya pegawai tentera, awak sedar tak awak boleh jalan-jalan kat luar dengan aman ni sapa punya jasa? Awak ingat polis ke? Kami tau… kami ni yang memastikan negara ni aman…”

Awek kerja kaunter tu senyum je... mungkin dalam hati dia cakap... 
”Komunis dah lama menyerah kalah bang oi!....”



So, conclusionya... apa yang cuba nak sampaikan kat sini. Tolonglah… sedasyat mana pun kerjaya kita, setinggi mana pun level kita di dalam organisasi kita dan eventhough we believe some of our working attitude sangatlah bagus untuk kita apply di dunia luar, cuba berfikir dulu sebelum diamalkan. Kita taknak jiran tetangga, kawan-kawan, sahabat handai atau adik beradik sendiri rasa tidak selesa bila bersama dengan kita. 

Sekarang, sesiapa yang baca ni cuba evaluate diri sendiri, ada tak korang jadi seperti yang aku membebelkan ni?, regardless apa profession korang pun….

Total Pageviews

. page counter