Wednesday, April 27

Tune Group Latest Business Venture – Tune Makan

Fuh…! Dah lama aku tak buat 2 blogpost dalam sebulan…. Yay! Akhirnya berjaya jugak buat…. (ntah-ntah takde orang perasan pun, since ramai member-member yang dulu rajin dok baca blog aku dah lari pegi baca blog orang lain or busy update dan baca status FB and Twitter… huhu…!)

Jom try bayangkan kalau Tune Group buka their restaurant’s chain. Kira-kira macam franchise laaa.... Kita namakan business unit tersebut sebagai Tune Makan….

Berpegang kepada konsep “pay as what you get” atau “pay only what you want”, or dalam ayat yang lebih tepat “we will charge you for any single tiny little details service we provide to you”.....sama macam lain-lain product Tune Group....

Mesti scenarionya akan jadi macam ni....

Location
Semestinya di semua LCCT seluruh dunia dan juga di lobby Tune Hotel . Mungkin ada la seketul dua kat tengah-tangah bandar simply for marketing purpose.


Staffing

Cuma ada seorang sahaja waiter or waitress, berdiri tepi pintu masuk. Lain-lain semuanya diri belakang kaunter... ala-ala self service macam McD and KFC.


Harga Makanan


Bayangkan menunya sama macam menu atas kapal terbang AirAsia, dengan Nasi Lemak Pak Nasser, Nasi Ayam Uncle Chin .... Harganya tentulah lebih murah. Kemungkinan besar separuh harga, so kalau Nasi Beriani tu jadi RM4.00 sepinggan or shall I say sepiring… ok lah kan, kira murah la. Tapi for any extra thing kita minta akan ada chargenya. Cili potong, RM1... Sos, 50 sen.... Kicap, 50 sen... Air kosong... takde, yang ada cuma mineral water, RM1.50.


Chair Booking

Akan disediakan beberapa jenis tempat duduk, ada yang berkipas, aircond, kerusi sofa, kerusi kayu, ada penyandar dan takde penyandar. Kalau kita walk-in je masuk mereka akan tempatkan kita di tempat yang paling tak selesa, unless kalau kita dah book online nak duduk bangku jenis apa. Tentunya booking seat kena bayor... mungkin 50 sen or RM1. Kalau kita walk-in, tapi nak pilih tempat duduk, bayarannya akan lebih mahal dari book seat online. Seat di smoking area akan lebih mahal, alasannya kena buat system aliran angin dan most probably kita akan duduk lebih lama compare those yang tak smoking. Kalau kita choose nak berdiri pun boleh, kita akan dapat lebih discount, cuma bayar harga makanan sahaja.


Tempoh Makan

Kepada yang tak tapau, maksudnya makan dalam kedai, kita cuma ada 10 minit untuk habiskan makanan. Actually its base on value of food yang kita beli. Mungkin 1 minit bagi setiap RM1 yang kita belanjakan. Kalau kita duduk lebih masa dalam kedai akan datang lah invoice untuk lebihan masa tersebut, maybe 20 sen every minute.


Peralatan Makanan

Kita digalakkan bawa pinggan, cawan, sudu dan kalau boleh straw sendiri. Failed to do so, kita akan di charge for every single item yang kita guna. Ratenya mungkin 20 sen untuk pinggan, 10 sen untuk gelas, 5 sen untuk sudu garpu dan seterusnya. So, the best kalau kita bawa tupperware sendiri. Again, kita cuma bayar harga makanan sahaja.


Kaunter Pertanyaan

Kalau nak tahu harga makanan, menu spesial atau status order kita, kita boleh pilih nak tanya ikut channel apa. Pertamanya, ada mesin macam bayar parking tu, kita masukkan beberapa kupang then kita boleh tanya soalan by pressing button-button mengikut jenis soalan yang kita nak tanya. Kalau kita dah fed-up soalan kita tak dijawap, kita boleh pilih option dua, iaitu pergi ke kaunter pertanyaan yang disediakan. Bayarannya, RM1.95 sen seminit. Mereka akan letak awek yang paling cun dan sexy jaga kaunter pertanyaan, dia akan jawap soalan slow gila.... pelanggan lelaki akan terpesona dengan keayuan dia, akhirnya akan bayor berpuluh ringgit hanya nak tahu pukul berapa kedai tutup.


Parking

Ada parking area khusus disediakan untuk pelanggan restaurant. Yang percuma jaraknya 500 meter dari kedai, yang dekat dengan kedai tentunya berbayar, ratenya berbeza-beza ikut jarak dengan kedai dan jenis kenderaan…. Yang betul-betul depan kedai mungkin RM10 sejam untuk kereta sedan dan RM15 untuk kereta besor macam 4WD or MPV. Motor pun kena bayar parking, mungkin murah je lah… RM2 – RM5.


Entertainment - TV & WiFi


Memang takde TV disediakan. Yang ada cuma portable device, yang macam Ipad tu. So, kita boleh tengok TV, tengok movie or dengar lagu sambil makan. Kena sewa dengan rate mungkin dalam RM5 – RM10 untuk sepuluh minit. Device yang sama boleh digunakan untuk surf internet, tapi lain charge la. Ratenya sama macam rate yang hotel offer, lebih kurang RM12 sejam... kalau kita nak surf internet using our own device chargenya murah sikit, RM10....


Extra Service

Sambil kita makan akan ada beberapa service extra yang ditawarkan, tentunya semuanya kena bayor. Contohnya…urutan bahu, rawatan kuku kaki, kilat kasut dan macam-macam jenis perkhidmatan lagi.


Sudut Jualan


Di satu sudut kedai confirm akan ada disediakan at least satu meja untuk jual product Tune yang lain. Tiket flight AirAsia, booking hotel Tune, segala jenis mechandise, dari T-shirt sampailah ke tiket liga bola keranjang, sim card dan prepaid card Tune Talk, debit card Tune Money, tiket concert atau teater (Tune Tones), pakej pelancongan… dan macam-macam lagi. Mungkin sambil kita makan pun akan ada pekerja restaurant tolak trolley sambil promosikan semua product-product mereka.


Marketing & Promotion

Confirm akan ada hari buffet yang kita kena bayar beberapa ringgit tapi boleh makan sepuas hati. Tapi tentunya kita kena booking beberapa bulan or even maybe bertahun awal, so jumlah those yang cancel (tapi dah bayar) pun dah boleh cover the whole cost of that buffet event. Then, lepas ni semua acara makan-makan Tune Group samaada lancar product ke, sign agreement ke, hi-tea with celebrity ke... semuanya akan diadakan di Tune Makan Restaurant.


Obviously aku gurau je dengan posting ni. Tak mungkin la Tune Group melampau sangat kalau pun mereka buka restaurant sendiri. Apa-apa pun aku personally memang kagum dengan kepala otak Tony and his think-tank group, mereka cukup pandai susun strategy bisnes mereka. Paling kagum cara mereka convert problem into opportunity. Kita selalu dengar je pakar-pakar bisnes atau motivator cakap pasal theory tersebut, but Tune Group buat betul-betul. Contohnya, pelanggan complain AirAsia call center macam sial, they offer premier line yang kita kena bayor mahal... Pelanggan complain pasal kena berlari kejar seat (dulu sampai jatuh-jatuh), they offer online seat booking service… somehow they brilliantly eliminate the problem and convert it into extra income stream. Bijak sungguh…



3 comments:

Anonymous said...

muahahaha....aku first comment ..yeyyy
joesh

Anonymous said...

silap hb,
makanan tu kena timbang mcm di Tutti Frutti, bayar setiap 100g.

Mr. Right said...

Joe,
Tak banyak la komen. Bukan macam dulu. Takde maknanya ko komen 1st. Hahahhaa...

Ano,
Mungkin gak... lagi mahal kot jadi harga makanan.

Total Pageviews

. page counter