Thursday, January 6

Selamat Tahun Baru Dari Rafiq dan Keretanya

Last year 2010, blog akubetul.com ni memang sepi. For the whole year total ada 25 blog postings je yang aku buat. Fuh! Duluu... few years back sebulan pun cecah 30 posting. Bukan aku malas nak berblog, cuma seriously aku takde masa, mungkin masa nak menulis tu ada... since before this pun aku spend around 30 minutes to one hour je untuk tulis satu posting. Cuma, masa untuk cari idea tu yang kurang, masa untuk baca berita, masa untuk baca blog lain... semuanya makin kurang. Kadang-kadang ada idea menarik, aku tangguh-tangguh buat sampai terus terlupa. Hampeh tul!

Tahun baru pun aku tak sempat nak buat dedicated blog post or year review macam tahun sebelum-sebelum ni. Takpelah, walaupun dah seminggu masuk tahun baru aku still buat special blogpost untuk tahun 2011. Tapi aku malas nak buat review, komen pasal berita-berita menarik, perah otak pilih 'winner' and 'loser' 2010 or cari gambar-gambar bunga api. Aku juga malas nak evaluate azam aku tahun lepas dan buat azam baru. Semua orang tahu azam tu cuma kita ingat beberapa hari je, paling kuat few weeks je. Lepas tu lupa dan kita akan stick kepada rutin harian hidup kita.

Secara peribadinya, tahun 2010 agak menarik kepada aku..... reason pertama adalah kerana aku bertukar kerja setelah sekian lama aku di syarikat lama. Bukan senang nak keluar dari our comfort zone. Dan kerja baru aku memerlukan aku banyak travel, mainly ke Johor. Since last few months, dalam seminggu 3-4 hari aku habiskan di Johor. Cuma lately, aku dah makin kurang kesana... Mereka dah tidak memerlukan aku lagi...

Sejarah peribadi juga tercipta dimana tahun 2010 aku decided untuk berdiet. Bermula pada 25 October, aku start diet and sehingga kini kepada yang interested nak tahu aku dah turun around 12 kg and pinggang dah hilang around 10 inch. Sekarang aku mula cari balik baju dan seluar lama-lama yang dulu tak muat untuk aku pakai semula. Since seluar dan baju yang ada banyak yang dah besar sangat. Niatnya aku akan terus berdiet sehingga hujung tahun 2011. Hopefully masa tu berat aku dah drop below 100kg.

Tahun 2010 juga aku banyak habiskan dengan menikmati keseronokan bermain dengan anak aku. Kawan-kawan yang dah senior dalam parenting world informed aku anak umur 1-3 tahun adalah paling seronok nak main. Lepas tu mereka akan start ada akal sendiri and dah start tunjuk taring. So, aku took their advise and memang betul melayan kerenah anak aku adalah benda paling seronok di dunia. There are no words boleh diatur untuk menggambarkan betapa seronoknya main dengan anak.

With that note, aku pun dah malas nak menulis... aku letak gambar anak aku, Amzar Rafiq bersama 'kereta-kereta' dia. Memang adat budak lelaki suka steering, kereta, jentera, tayar... kot....Hahaha! Takpe lah daripada dia minat bunga, teddy bear, alat make-up... lagi pening aku nanti.









"SELAMAT TAHUN BARU 2011 DARI RAFIQ KEPADA PEMBACA BLOG ABAH"

3 comments:

zacky786 said...

hehe.. comeyh jer.. :D

wandisini said...

selamat tahun baru Amzar Rafiq. tahun ini munkin aku akan mendapat ahli baru dalam famili

Mr. Right said...

zack,
Thanks.. hehe... ikut abah dia comel. :-).

Wan,
Insyallah...hehe..

W.Hidney,
Thanks bro. Really appreciate ur comment.

Total Pageviews

. page counter