Wednesday, December 22

KIsah Dari Kedai Urut – Pasanganku Durjana

Dah lama aku tak tulis blog sebegini. Cerita-cerita tak berapa penting tapi sesungguhnya boleh dijadikan panduan atau tauladan dalam menempuh alam kehidupan…. Cewaaah!

Intro
Last week aku ke Sabah atas urusan kerja. Arrived Isnin malam, balik Khamis petang. Hari Rabu dipenuhi dengan aktiviti site survey, dah lama aku tak join site survey... jalan kaki tengok site, ambil lat & long, snap pictures, bincang dengan contractor, consultant, etc. So, kaki aku lengoh la sikit. Malamnya, hampir midnight aku pegi foot massage @ reflexsology di kedai yang dekat dengan hotel. Kedai tu di apit oleh restaurant dan kedai karaoke. So, ramai la orang di depan kedai. Bila aku dah duduk atas bangku, si tukang urut start la urut kaki aku. Aku minta pengurut lelaki, sebab kuat sikit... kalau pompuan mesti tak rasa. Since dah tengah malam, kedai pun dah nak tutup, ramai la pekerja-pekerja melepak di kerusi, sofa dan diri-diri dekat dengan tempat aku sedang diurut sebab tempat aku duduk tu besar dan macam main area lah. Pelanggan atau pekerja restaurant pun datang lepak sama... riuh la diorang bercerita macam-macam kisah.

Dalam banyak-banyak kisah yang mereka sembang-sembangkan, dua kisah yang betul-betul menarik minat aku. Infect, aku join sekali sembang. Kisah ini dikongsi oleh cashier perempuan dan lelaki pelanggan restaurant atau pusat karaoke di sebelah. Cashier (yang agak cantik) duduk di sofa sebelah sofa aku... sebelah dia pelanggan restaurant tu. Cashier ni Kadazan beragama Kristian yang dah convert menjadi Muslim dan pelanggan restaurant ni Chinese. Aku namakan kisah mereka berjudul ”Pasanganku Durjana”..... kisah hidup mereka ni masuk dalam kategori yang kalau lah di jadikan drama TV, confirm kita akan kutuk penulis skrip atau pengarah sebab jalan cerita macam tak logik.

Kisah Satu: Suamiku Celaka
Cashier ni sanggup tukar agama untuk kahwin dengan seorang lelaki Melayu. Dia hidup aman bahagia selama 2-3 tahun, walaupun si suami tidak pernah ajar apa-apa mengenai agama Islam kepada dia. Walaupun sepotong ayat Al-Quran wai’ma doa makan sekalipun. Then, semasa perempuan ni mengandung anak kedua.... dia dapat tahu yang rupanya dia ni isteri kedua.... Aduhai...! Gaduh la suami isteri ni... then, lagi sadis... masa dia dalam labour room nak deliver anak tu, lelaki ni kena tangkap basah dengan perempuan lain pulak. So, lepas habis pantang dia pun pergi lah ke pejabat agama untuk report dan minta cerai. Macam biasa lah, kes berlarutan lama. Tapi akhirnya dia berjaya cerai dengan suami dia. Then, suprisingly.... dia tak nak masuk balik agama asal dia, walaupun dia boleh buat sebab nama dia belum lagi didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negera... sekadar rekod di Pejabat Agama Negeri sahaja yang dia dah jadi muaallaf. Dia still nak jadi muslimah, dan dia nak pastikan dua puteri dia akan dapat didikan agama yang cukup. Masa dia cakap macam tu, aku confuse sekejap... dressing dia masa tu seluar pendek dan baju body-shape dan tadi baru je dia minta kawan dia belanja minum air setan lepas kerja Takpelah, maybe dia rasa diri dia dah tak boleh diselamatkan lagi. So, sekarang ni dia sedang berusaha untuk dapat perintah mahkamah melarang bekas suami dia jumpa anak-anak. Ini membawa kepada kisah kedua yang lebih panjang dan menarik yang dikongsi oleh lelaki Chinese tu pulak.

Kisah Dua: Isteriku Celaka
Sekarang ni, lelaki Cina ni berjaya dapatlan perintah mahkamah melarang bekas isteri dia berada dalam jarak 100 meter dari anak tanpa persetujuan bertulis dari dia. Jauh tu 100 meter.... dia cakap dia belanja RM40 ribu hired the best lawyer in Kota Kinabalu (dia mention nama, tapi aku lupa... Lim something lah). Jadi dia nasihatkan Cashier tadi bawa kes ni ke mahkamah sivil atau mahkamah anak negeri (some sort of mahkamah untuk native Sabahan) sebab Cashier ni Kadazan... dikira sebagai pribumi Sabah. But, still kena prepare puluh-puluh ribu jugak... Ok, kenapa dia sanggup buat macam tu sekali kepada bekas isteri dia? Masa dia di kolej (tak tau kat mana), dia bercinta dengan seorang gadis. Gadis ni dah kerja. So, meminjam words dia semasa bercerita...”every weekend for 2 years, without failed I will visit her at her house”. Kira memang cinta sejati lah ni. Tiba-tiba… satu hari tu, dia sampai di rumah awek ni… dalam rumah ada lelaki lain. Seorang anggota tentera… lelaki tu rupanya tunang awek tu tadi. Mereka dan bertunang setahun lebih. Sadis…. sadis. So, bergaduh la mereka bertiga... sampai patah hidung mamat ni. Sekarang hidung dia takde tulang, macam peninju yang buang tulang hidung. Then, awek ni menghilangkan diri selama 6 bulan. Lepas tu, awek ni contact dia dan cakap nak jumpa. Since rindu tu masih ada, dia pun pergi lah jumpa. Sekali awek ni bawa akak dan abang dia. Akak dan abang dia pujuk lelaki ni kahwin dengan awek tu sebab awek tu dah putus tunang TAPI sedang mengandungkan anak bekas tunang tu. Dia pun fikir beratus kali, bincang dengan family.... akhirnya dia setuju jadi pak sanggup. Masa tu lelaki ni kerja bank. Since selalu balik lewat, isteri boring kat rumah. Lepas dua tahun kahwin, anak dah masuk yang kedua (1st bukan anak dia), dia buat loan Bank Bumiputera RM 82 ribu dan bukakan isteri ni satu salon rambut. Tapi still isteri kata tak seronok sebab suami balik tengah malam, ye lah... keja bank kadang-kadang nak close account or jumpa client tengah-tengah malam. Lagipun dia jaga high purchase loan, kena la entertaint clients. Jadi dia berhenti kerja dan cari kerja lain (tak tanya lak kerja apa), semata-mata kerana si isteri. Masuk anak ketiga, lepas 5 tahun kahwin. Dia dengar cerita dari kawan-kawan yang isteri dia ada pakwe lain. Selalu dating dalam salon lepas salon tutup. Jadi without her knowledge dia pasang CCTV di kedai tu. Weekend or tengah malam dia akan pegi ambil tape rakaman dan tengok. Lepas 2-3 kali buat rutin tu, dia memang nampak footage isteri dia sedang NGAMPUT (istilah orang Sabah untuk beromen) dengan bekas tunang dia yang dah putus dulu! Tanpa banyak cerita, dia terus balik rumah… ambil anak-anak (termasuk anak 1st tu) then keluar rumah. Then, dia bawa kes ke mahkamah. Sekarang ni, dia jaga 3 orang anak…. Dan hampir sama dengan kisah Cashier tadi, aku confuse kejap... sebab gaya cerita dia ni dah macam hero drama.... tapi sebelum tu dia bagitau hampir tiap malam dia hang out di pusat karaoke dan minum arak.

Lepas dengar 2 kisah ni.... sambil kemas-kemas kedai, orang lain masing-masing mengutuk gender lain. Yang lelaki kata perempuan tak boleh di percayai...yang perempuan kata perempuan jadi jahat lelaki lah puncanya. And as we all knows... agrument tu memang takkan jumpa conclusion.

Dah cukup sejam, aku bayar dan beredar dari situ. Si Cashier pergi minum dengan rakan-rakan sekerja dia.... yang lelaki Cina tadi masuk restaurant sebelah... sambung minum kot. Aku berjalan seorang diri kearah hotel.... dengan perut yang agak kosong. Sampai di bilik, aku tersenyum lebar sebab rupa-rupanya member aku dah tapaukan burger untuk aku. Tapi since aku sedang diet.... aku makan daging burger sahaja. Rotinya aku pulangkan ke kawan aku. Sekali ngap dia masukan dalam mulut.

Sebelum tidor, aku decided nak tulis cerita ni di blog. Sambil aku teringat lagi Cashier tu sempat tanya aku, masa aku nak bayar.

:”Kamu sudah kahwin?”, dia tanya.

Sudah, anak sorang”, aku jawap.

Ok bagus, kamu jangan noti-noti ya, jaga family baik-baik bah.... jangan jadi macam kami ni...”, dia nasihatkan aku.

Aku senyum je.

3 comments:

missyMM said...

haha kelakar gak

ザ-sylver- S said...

Mr.Right takkan diam je..tak bukak citer gak ke?
ahaks

Mr. Right said...

mashi,
Kelakar la plak... niat aku nak jadikan teladan.

sylver,
Hehe... takde kisah setaraf ngan citer dorg utk disharekan.

Total Pageviews

. page counter