Thursday, April 8

Kebaikan Kerisauan dan Stress

Aku dah tulis posting lama. Last few months kot. Infect, aku confuse sama ada aku dah post atau tak posting ni. Tadi aku check, macam belum post lagi. Tapi kalau aku tak post lagi, mesti ada sebab... samada aku nak tambah apa-apa ke, nak betulkan apa-apa fakta ke, something la... Lantak lah... belasah je lah, lama sangat dah blog tak berupdata.... Kalau aku post dah, sorry la bebanyak. Kepala otak aku tengah jem sekarang ni. 2-3 minggu yang lepas dan 2-3 minggu yang akan datang kepala otak aku akan continue diperah lebih sikit. Related to my work, aku tengah usahakan something big in few locations, collabration with a few parties at one time. Hopefully akan ada yang berjaya dan aku akan berhadapan problem baru untuk pilih nak join or fully support which group. Aku belum master multitasking tahap dewa lagi. Stop ngomel pasal keja, kena buang kerja nanti aku. Hahahaha...!


Another looking-thing-positively kinda article. Maksudnya aku minta izin transform jadi pakar motivasi sekejap. Aku dapat idea ini selepas bersembang dengan boss aku sepanjang travel dari JB ke KL last week. Dia pula dapat daripada sebuah buku motivasi yang dia baca pada weekend sebelumnya. So, boss aku beli buku tu, spend 2 days to read, then spend around 1 hour to discuss with me and I spend slightly more than ½ hour wrote this article. You guys on the other side hanya perlu peruntukan beberapa minit baca secara percuma dan akan dapat ilmu yang hampir sama jumlahnya dengan boss aku. Is that a good arrangement or what?

Buku tu sebenarnya ada menerangkan cara-cara nak control ‘kerisauan’ dan ‘tekanan’ smartly. Actually not just control, but somehow we can use both feeling to become asset to us.

But, to make this easy… better aku listkan apa baiknya mempunyai perasaan risau dan tertekan seterusnya korang boleh fikir how to manage perasaan tu in the future secara bijak. Sebelum terlupa, aku ingatkan sekali lagi… aku nak transform jadi pakar motivasi, to those yang tidak memandang tinggi kepada kemampuan aku, tolong imagine article ini ditulis oleh mana-mana pakar yang korang kagumi, just assume aku copy and paste dari blog mereka.… Hahaha….


1. Berhati-hati
Bila kita ada perasaan risau dan tertekan, kita harus ingat sebenarnya ia menyumbang kepada tindakan kita. Kita akan jadi lebih berhati-hati dengan tindakan kita. We will never simply take any action base on very weak judgment. Kita akan fikir beberapa kali dan benar-benar pasti dengan pilihan kita then baru kita bertindak. Jadi sebenarnya mempunyai perasan risau dan mengalami tekanan bukanlah sesuatu yang sangat buruk. Sebaliknya ia sebenarnya adalah kelebihan kerana ia seolah-olah membantu kita untuk mendapat hasil yang lebih baik dikemudian hari.


2. Bukti Kita Insan Bertanggungjawap

Bila kita tertekan terhadap sesuatu perkara, ini adalah bukti besar yang menunjukkan kita adalah seorang yang bertanggungjawap. So, it is a very good attitude to have, right? Those yang tidak ambil peduli, tidak kisah dan selalu ambil sambil lewa tidak akan mengalami perasaan risau dan seterusnya tertekan.


3. Melatih Akal Fikiran

Kepala otak kita sebenarnya adalah benda hidup. Kalau tiada lansung perasaan risau dan tertekan, otak kita akan relax terlalu lama. Sound funny but please admit kalau atlit sukan tidak berlatih, tidak train body dia agar bekerja keras atlit tersebut tidak akan menikmati apa-apa kejayaan. Sama seperti otak kita, kalau dibiarkan relax terlalu lama... lansung tiada tekanan, tiada risau pasal apa-apa benda, if in the future kita memerlukan otak kita bekerja ia akan kurang perform. Maksudnya idea atau buah fikiran yang terhasil will be lack of creativity, innovative dan sebagainya. Walaupun ada banyak faktor lagi yang menyumbang kepada kecerdasan otak, but ‘berlatih’ definitely one of the factor.


4. Seronok Nikmati Kelegaan

Setiap kerisauan, setiap tekanan pastinya akan menemui titik noktah. Very rare case kita akan risau for the whole of our life. Jadi everytime perasan risau, perasan tertekan itu hilang… satu kelegaan yang teramat sangat akan kita perolehi. Disebabkan perasaan itulah orang pergi menonton dan sokong aktiviti sukan dan pergi menonton wayang (especially filem-filem suspen. Semasa menonton filem contohnya, kita risau takut-takut hero mati, heroin kena rogol dan sebagainya. ). Tapi filem dah habis, orang jahat dah kena tangkap kita akan rasa puas, rasa seronok.


5. Penghasilan Enzyme

Related to previous point. Untuk senang faham, imagine seorang pemain bola. Dia bawa bola masuk kotak penalty… dia rembat sekuat hati… suddenly dia kena tackle. Lutut dia ada bekas tapak kasut pemain lawan, tapi bola yang dia sepak masuk dalam gawang. Selalunya… pemain itu akan lupa pasal sakit dan terus berlari kegembiraan meraikan jaringan yang dia buat. Then, kalau terjahan tadi benar-benar keras, maybe after few second or minutes dia akan berasa sakit dan jika perlu dia akan meminta rawatan. Sebenarnya, tindakan lupa kepada kesakitan bukanlah disebabkan faktor psychology semata-mata. Tapi secara scientificnya andreline yang terhasil dek kerana keseronokan menjaringkan gol yang telah menyebabkan dia lupa pasal kesakitan. Enzyme adrenaline ini secara semulajadinya akan terhasil sekiranya kita mencapai satu kejayaan, atau kita berjuang untuk mencapai satu-satu kejayaan. And this enzyme sememangnya sangat penting untuk untuk badan kita. Sehinggakan ada ubat yang dicipta sebagai supplementary drug berbentuk andreline. But again, kita prefer naturally produce enzyme compare to artificial. So, perasaan risau dan tertekan telah terbukti sebagai salah satu benda yang boleh merembes enzyme ini. Maksudnya, kalau kita selalu risau… tertekan, sedikit sebanyak ia membantu diri kita dengan memberikan ia sejenis natural drug. Although not as much as pemain bola tadi, but still slowly enzyme itu tercipta setiap kali kita ‘berjuang’ dan meraikan kejayaan. Sound weird, tapi itulah hakikatnya.


Kesimpulannya, hahahaa.... macam karangan time sekolah... seriously, kesimpulannya, kalau kita ada perasan risau yang membawa kepada stress, jangan takut. Just try gunakan kerisauan dan stress itu untuk membantu kita menjalani kehidupan.

6 comments:

wizard320 said...

good one. mari kita stress!!! yeaaa

Mummy Nana said...

betul betul...kerisauan dan stress itu untuk membantu kita menjalani kehidupan.

sama2lah kita stress... heheh...

salam
http://mummynana.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam..

senang je tak nak stress...bagaitau bos jangan stresskan kita! dan suruh boss plak bagitau kt boss yg lagi besar, jangan stresskan dia...dan boss besar plak bagai tau kat boss yg lagi besar, jangan stresskan dia...haaa..makanya semua org pun tak stress. hehehehe this is actually based on the research done by some uni geeks, and once aired in national geography documentary. A bunch of monkey( chimpanzee or whatever) are stressed out due to the stressful upper level. so...hehehe some point to ponder

-Ipoh lads-

badboy said...

Dood..
Lama xbaca blog ko.. Still the same.. Masih banyak bg info.. Ko tau, actually aku baru je discuss benda yg ko ckp ni dgn member aku baru ni.. Aku agree dgn ape yg ko tulis ni.. 100 % setuju.. Hehe.. Tp kalo nak dikaitkan dgn EPL, patutnya liverpool mesti akan kalahkan chelsea nnt sbb benitez stress takut xdpt masuk ECL.. Hehe..

Mr. Right said...

wizard320,
Takyah la sampai suka2 cari stres. Hahaha..

mummy nana,
Betul2. Promosi nampak. Hehe..

ipoh lads,
Kalau semua boss2 tak stress susah company nak maju. Haha...

Bad,
Jgn harap. Benitez hantar reserve team je lawan Chelsea sabtu ni. hahahhaa...

Anonymous said...

Askum.. pendapat aku, stress akan bagi kebaikan seperti yg dinyatakan kalo di thp sederhana.. aku sendiri pernah mengalami stress di thp severe, keluar masok bilik kaunseling n skarang masih dlm "treatment" cuma xteruk sngt spt sblm ni..aku jd kurang bersosial, cepat letih, kdg2 nangis xtentu pasal, pelupa tahap gaban..so, stress ni WAJIB dikawal dr awal bukan sengaja men'stress'kan diri smpai bg kesan negatif ..stress lah dgn sederhana..hehe

Total Pageviews

. page counter