Standard lah, semua orang tahu semua machine, peralatan dari yang simple sampailah yang complex semuanya terhasil kerana manusia nak solve problem and melayan sifat malas.
Jadi aku harap ada orang yang sanggup tolong solvekan beberapa masalah aku dengan mencipta benda-benda seperti di bawah ini...
Portable Astro Unit
Mak aku tinggal kat kampong sorang-sorang. Dia tak bagi anak-anak install Astro di rumah kami di kampong. Membazir dia cakap, since memang mak aku bukan kaki tv. Dari dulu lagi, dia tak berminat tengok tv, sama ada forum perdana ke, rancangan hiburan ke, berita ke… memang dia tak minat. Jadi, bila time cuti, samada aku atau abang aku balik ke kampong kami akan mati kutu lah. Ok, for us yang dah tua ni still ok lah… aku still boleh melepak dengan member kampong, abang aku boleh godek-godek kereta dia, kereta mak aku atau kereta aku puas-puas, tapi untuk anak-anak buah memang tension diorang takde Astro. Susah diaorang nak tengok cartoon malam-malam. Aku selalu terfikir kalau adalah portable Astro unit, kan ke senang. Kira 1 set tu ada decoder, ada remote, ada piring dan stand untuk pasang piring tu. Memang secara teorinya aku boleh bawa decoder dari rumah aku, tapi nak buka dan pasang semula piring kuali tu… jenuh la jugak. Kalau Astro ada buat yang portable unit kan ke senang. Kepada kaki camping, kaki pancing, atau kaki jungle tracking pula… imagine korang boleh tengok bola dalam hutan, atas gunung atau tengah laut… cool, kan? Lampu Break ke-3 With Word
Biasa kita tengok kereta ada lampu break ketiga, yang diletakkan di tengah-tengah cermin belakang atau tengah-tengah spoiler. Selalunya bentuk empat segi tepat atau bujur, panjang dalam sejengkal. Aku harap, ada kedai aksesori yang rajin modify lampu break tersebut agar boleh display perkataan. Kira lebih kurang sama macam signage LED yang kita nampak di highway atau di dalam bangunan, kadang-kadang dalam masjid pun ada. Bayangkan lampu break ketiga kereta kita boleh tulis perkataan… and perkataan tu kita boleh set pada masa tu jugak, kiranya ada mini keyboard dekat dengan pemandu lah. So, kalau ada mamat kurang ajar drive belakang kita, sama ada dia main lampu tinggi, or cucuk angin dekat sangat, kita can simply tulis perkataan makian or nasihat ikut mood kita time tu. Bayangkan pula kalau ada awek cun drive kereta belakang, kita boleh try our luck dengan display ayat-ayat power di lampu break ketiga. Hahaha….! Lame… lame.
Laptop Dengan Tempat Simpan Charger/Kabel
Aku rasa semua vacuum cleaner yang kecil yang kita guna di rumah cablenya disimpan di dalam body vacuum tersebut, kan? Bila nak guna kita tarik keluar, then lepas guna kita tekan satu button, vacuum tu akan tarik masuk cable tersebut. Aku harap pembuat laptop boleh design benda yang sama for laptop. Cable disimpan dalam body laptop dan adapter dah built-in dalam laptop terus. Ada 2 reason utama aku nak benda ini dicipta. Aku selalu terlupa nak bawa charger laptop balik rumah. Tengah malam, sedang kusyuk buat kerja, bateri laptop weak, then baru perasan charger di office. Aduh… potong stim je, mood kerja tengah datang. Terpaksa tutup then sambung esok, kadang-kadang esoknya mood atau idea dah lari masuk longkang. Sebab yang kedua adalah size dan berat adapter tu. Kalau letak dalam beg, memang makan space sebab adapter tu seketul… then, kalau nak bawa jalan-jalan terasa beratnya dengan adapter yang besar. Kadang-kadang aku sengaja tinggalkan adapter di office or dalam kereta kalau aku nak bawa laptop jalan-jalan.
Ada beberapa kehendak mengarut lagi, seperti alat senaman dalam kereta, lantai bergerak (macam di airport), seterika bijak dan macam-macam lagi. Lain kali aku sambung...
Salam maulidur rasul... sadly, office aku tidak cuti this coming Friday... sadis...sadis.
9 comments:
kikikikik..lawaknye tok laki aku ni. cipta la sendiri. kan senang...
rafiq pon sure suke leh tgk pocoyo. ngeh ngeh
hahaha...bgus jgk idea2 ko ni...mesti klo yg genius baca akan tfikir pjg kn...
Salam Maulidur Rasul...
Salam,
pasal pengunaan lampu brek ketiga utk ngorat aweks tu mmg kaw. Tapi tu kene pakai LED display yg besar buntut bas baru puas hati tekan ayat. Ni boley tulis 3 patah perkataan je, payah lah nak carik makan.
EHEHE awas cek, eh puan Rose, dia dah nak usha awek kat kreta blakang tuh... ehehe
canggih canggih..paling aku minat portable astro pasal aku pun suke tengok tv gak hahahha...
cayalah En Fandi
canggih ilham kau tu, mana ada karut
Kalau karut tu,maknanya ilham kau tu memang mantap sebab selalunya ilham yang karut marut tulah yg berjaya di pasaran. Cuba kau tengok betul2
Rose,
Nak cipta sendiri kena pakai modal yang oi..! Mana la kita ni mampu.
neewa76,
Aku harap org genius yg baca tu boleh realisasikan. Nanti aku boleh beli. hahaha..
mangkuk static,
Less is more bro. Ayat biar pendek, tapi mamtap.
Grafique,
Baca menu tak salah, kalau order je baru kena bayar. Hahahaha...
infraklia,
Tu la pasal. Kenapa la Astro tak buat benda tu.
Hatifi,
Tq..tq. Betul, mmg byk alat2 yg dah digunakan secara rutin pada asalnya mcm mengarut je.
eh Fandi,
aku nak ucap tahniah awal2, kalau Astro terima ilhama kau tu, kayalah kau. Dpt duit royalti dari Astro sbb Astro mudah alih tu
Yg wayar komputer riba tu pun aku setuju gak kalau buat ala2 vakum tu,senang xpayah pening tersalah letakla apala dll.
Lagi best kalau ada TV boleh gulung, ala2 papan kekunci yg boleh gulung tu, boleh tgk dgn Astro, hahaha :D
aku dah cipta barang yg korang dah sebut 2,tp tahun 2020 baru produce,xsyok ar skang dah kuar,nampak sangat org lain keinggalan he..he..he
Post a Comment