Saturday, January 2

2009 Yearly Review

AkuBetul.Com
Tak banyak benda berlaku dengan blog ini sepanjang tahun ini. Aku semakin kurang berblog. Cuma ada 71 posting tahun 2009. Jauh gila compare dengan 2008 (145 posting) or 2007 (249 posting). Pembaca-pembaca setia pun dah makin kurang, nasib baik lah ditambah dengan pembaca dari search engine. Ada satu sahaja perubahan berlaku di blog ini (selain dari posting kurang), dari 2 tahun lepas aku gunakan perkhidmatan Nuffnang untuk iklan di sini. Middle this year aku beralih angin ke Advertlets. Selepas kena tipu RM400, aku tukar semula kepada Nuffnang. Walaupun income from Nuffnang tidak sebanyak tahun lepas, alhamdullillah kekurang itu dicover oleh penjualan e-book melalui affiliate program yang aku sertai. Secara bijak (mungkin juga keji, hahahha)… aku exploitasikan trafik dari search engine yang singgah di sini untuk memperbanyakkan earnings Adsense aku. So, conclusionnya… income through AkuBetul.Com adalah melalui Nuffnang, direct advertiser, affiliate (jual e-book) dan Adsense. Aku juga semakin kurang masa nak menjelajahi blog kawan-kawan. Azam aku tahun depan, maybe tak banyak related with this blog. Will most probably sama sahaja, kalau aku nak tukar ke hosting sendiri, aku perlu peruntukan banyak masa and besar kemungkinan trafik dari search engine akan hilang. So, I will stick with free service from blogger.com and will try my best to spend more time untuk tulis posting.


Personal Life

Banyak sangat ‘1st Time’ aku alami tahun ini. This year first year aku jadi suami… and thank to mighty Allah, tahun ini juga aku merasa pengalaman pertama jadi seorang bapa. So, tarikh 15 July 2009 sangat bermakna buat kami suami-isteri kerana selepas menunggu berbelas jam, akhirnya putera sulong, Muhamad Amzar Rafiq selamat dilahirkan. Kemudian, awal November first time juga family member aku menjalani pembedahan besar. Ibu aku selamat bedah kedua-dua lutut di HUKM Specialist Center. Sekarang ibu aku menjalani fisioterapi di hospital Teluk Intan. Dan hujung tahun, sehari sebelum Krismas, first time aku mengalami pengalaman kehilangan rakan karib. Mungkin this Sunday aku and wife nak singgah rumah arwah, masa on the way ke JB.


Kerja

Naik pangkat ? Naik gaji ? Macam biasa ada la sedikit sebanyak movement tahun ini. Tak la banyak mana, sekadar cukup untuk memuaskan hati sendiri dan menyakitkan hati pendengki… Hahaha… Aku dah makin banyak outstation. Selepas berulang-alik ke Johor, akhirnya kami akan memulakan operasi di Johor. Selepas ini mangikut perancangannya aku akan ulang proses yang sama di beberapa negeri lain. Melaka, N9, Terengganu, Perak, Kedah… Fuh… ! Makin banyak la outstation tahun 2010. Mungkin terpaksa minta increasekan credit limit credit card, tak mampu nak bayar cash semua expenses.

Azam Tahun Baru
Ini adalah azam tahun 2009 yang aku nyatakan di posting ini:

1. Cuba penuhi azam tahun 2008.
2. Tambah pendapatan by RM 1000.00 per month.
3. Nak dapatkan 2000 visitors per day for Akubetul.com
4. Beli rumah.

Hampir semuanya gagal aku penuhi…Hampeh betul…! Takpe, lupakan… aku nak setkan azam tahun 2010 pula.

1. Nak kurangkan berat badan
2. Kembalikan perhatian kepada blogs
3. Nak naikkan pendapatan bulanan aku by RM2,000.00
4. Nak pergi melancong ke oversea with family
5. Nak beli rumah

Cukup. Dah lama aku nak kurangkan berat badan, so this year boleh la kot. Bukan la aku nak kurus sangat, sekadar nak kurangkan sedikit. Kalau tak dapat kurang pun at least usaha tersebut boleh memaintainkan berat badan, tak la naik lagi. Samada with family yang besar atau family yang kecil (aku, bini dan anak), aku memang nak sangat pergi melancong ke oversea. Indonesia pun jadi lah. Then, rasanya duit dalam KWSP dah cukup matang untuk dijadikan duit deposit nak beli rumah. Cuma masalah nak beli rumah kat mana yang belum diputuskan lagi. Nak beli kat Lembah Kelang ke? Terengganu ke? Perak ke? Aduh... pening.


Biggest Winner & Loser 2009

Aku tidak nampak sesiapa atau mana-mana pihak layak dikategorikan sebagai Winner 2009. Calon-calon terdekat mungkin squad bolasepak Sukan Sea, Azizul Hasni, Facebook’s team (Facebook dah hampir nak beat Google), Sultan Azlan Shah, Bloggers.

Calon Loser pula, ahli politik Perak, SPRM, Atlet Sepaktakraw, celebrities yang kahwin-cerai express…Tapi biggest loser pastinya…Tiger Woods

1. Rachel Uchitel
2. Jamie Grubbs
3. Kalika Moquin
4. Jamie Jungers
5. Cori Rist
6. Mindy Lawton
7. British TV Host
8. Fourth Vegas Vixen
9. Holly Sampson, “Adult Film Actress.”
10. Orlando Cocktail Waitress
11. Joslyn James
12. Loredana Jolie

Itu semua ada adalah nama-nama perempuan yang dikatakan ada scandal dengan Tiger Woods. No doubt he is one of the most successful sport personality ever witness by us. But tindakan dia menjalinkan hubungan sulit dengan ramai wanita, sedangkan dia sudah beristeri sangat-sangat memalukan. Dia sendiri malu dengan tindakan dia, pergi menyorok sedangkan kawan-kawan celebrate new year. Kesian…Banyak website joke mat salleh sediakan segment khas hanya untuk Tiger Woods’s Joke. Hahaha….



SELAMAT TAHUN BARU 2010

8 comments:

adar said...

slmt tahun baru doods. moga rezeki kita semua makin bertambah. rahmatNya pun makin bertambah. Ibadat bertambah.

neewa76 said...

Selamat thn baru..azam ko yg nak kuruskan badan tu pn azam aku tiap2 thn...hahaha...tp thn ni nak kuatkan lg smangat..semoga sama2 bjaya

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

AJ said...

slamat tahun baru..kena tipu?Nuffnang is still the best..

4 Tips Mendapat Cinta Bagi Lelaki

Mr. Right said...

adar,
Amin...Bini tak bertambah? Haha...

neewa76,
Caiyok...caiyok.

ano1,
??

ano2,
Sama2.

ano3,
Sama2.

Eyriqazz,
Nuffnang slow sgt. Wah sempat buat promotion. Naik ke SEO dapat linkback dari blogger.com?

Ab Razak,
Wah...wah... dah tahun baru, dah tukar nama perangai tetap sama.

Anonymous said...

I loved your blog. Thank you.

Total Pageviews

. page counter