Thursday, December 10

Kenapa Broadband di Malaysia Tidak Akan Memuaskan Hati Pengguna?

Inspired by comment I leaved in a few blogs that received positive feedback and discussion with friends and family during Raya holiday, aku terpanggil untuk menulis artikel ini.

I would like to says, this will be simple but yet complete and importantly honest analysis on our current broadband industry. So, maybe ada pihak yang dah tahu akan merasakan information ini memboringkan, but on the other hand aku percaya tidak kurang yang akan bercakap, at least di dalam hati... “oooh… now I knows..” atau “patut lah…

Sorry, aku memang bukan seorang blogger yang rajin buat research so, info dalam artikel ini mainly aku keluarkan daripada kepala otak aku sahaja. Jadi, kalau ada tersalah info, maklumat tak tepat, atau istilah yang kurang professional… aku nak minta maaf in advance.

Let’s start from basic, what actually broadband means. Direct translation, broadband adalah jalur yang lebar. Umpama jalan highway compared with jalan lama… cuma berapa lebar yang boleh dianggap sebagai jalurlebar? Di Malaysia kita ambil standard antarabangsa, iaitu capaian ke Internet lebih daripada 256kbps sudah dianggap broadband… sedangkan di beberapa negara, 1Mbps atau 2 Mbps baru diiktiraf sebagai cukup lebar untuk dikategorikan di dalam broadband. Why we chose to accept 256 as broadband? Easy answer, kita mahu konon-kononya ramai pengguna broadband di negara kita.

Berbalik kepada soalan posting ini… aku percaya ada dua sebab kenapa pengguna will never satisfy with ISPs’s services in Malaysia. Aku namakan sebab atau masalah itu sebagai technology limitations dan commercial restrictions.

Before aku jelaskan apa maksud technology limitations dan commercial restriction tu dengan lebih lanjut, better aku explain more details pasal bandwidth. Sama seperti broadband, yang bermaksud… band (jalur) yang broad (lebar)… bandwidth pula adalah ukuran saiz band (jalur) yang pengguna terima. Most people understand bandwidth as saiz + kepantasan penghantaran data from on place to another. Aku rasa tanggapan itu tak lari jauh daripada maksud sebenar bandwidth, so let just stick with that assumption.

For Internet user, bandwidth boleh dibahagikan kepada dua jenis. Local and international bandwidth. Aku pula, suka membahagiakan lagi local bandwidth kepada dua jenis... Local bandwidth A dan local bandwidth B. So, sekarang kita ada 3 jenis bandwidths… local bandwidth A, local bandwidth B dan international bandwidth.

Daripada gambar diatas, jelas dah kot kedudukan bandwidth yang aku cuba terangkan. In words, local bandwidth A adalah link daripada equipment pengguna ke data center milik syarikat pembekal Internet (ISP), local bandwidth B adalah link dari data center milik ISP ke internet exchange Malaysia (MyIx) dan international bandwidth adalah links dari data center ISP kepada internet exchange di luar negara. I will explain pasal internet exhange later.

Apa yang selalu ISP promote… (i.e 3.6Mbps, 1Gbps, 1Mbps, 4 Mbps) di dalam iklan mereka sebenarnya adalah local bandwidth A sahaja. So, no matter what figure they mention… actually it just from our equipment (PC, laptop, mobile phone) ke data center mereka sahaja, regardless what technology they use, wired or wireless. Jadi, kalau ada laman web yang dihostkan di data center mereka… kita sememangnya boleh dapat bandwidth sebegitu pantas. Hint: most so-called independent 3rd party speed test website hosted they server for free in almost all ISP data center….. Can you guess why?

But, there are some ISPs they can’t even open their link up to certain number of bandwidth speed even though we try to access server within their network.

This I categorized as technology limitation.

1. For wired broadband provider (you know who), previous telephone network using circuit switch technology and the capacity of data travel did not required full fiber optic network.

2. For wireless broadband players, their microwave dish can’t cater data exceed certain number of bandwidth depend on antenna brand, high, whether, etc.

(if you understand by now, you should figure out Telekom Malaysia’s HSBB project is wasting government money, since its only solve small part of the bigger issue that I will explain later)

Now let’s defines local bandwidth B. MyIx adalah initiative yang cukup baik oleh kerajaan untuk urus peering antara semua ISP di Malaysia. Dulu-dulu, peering antara ISP mereka buat sendiri-sendiri sahaja.

So, what will happen now? Bayangkan kita pengguna Maxis broadband, from our equipment, let say we key-in http://www.utusan.com.my.... and most probably utusan.com.my hosted in Telekom Malaysia’s data center (either hosted by TM or any other hosting company that use TM as their provider). Data from webpage utusan.com.my will travel from Telekom Malaysia’s data center via MyIx and go into Maxis network, then reach our equipment. Meaning our bandwidth tidak perlu travel ke luar negara.

But, no ISP will publicly publish how big their MyIx bandwidth’s pipe. So, here the famous words “best effort” starts appearing. Size bandwidth yang ISP buka di MyIx dikongsi oleh semua pengguna ISP tersebut. From time to time, ISP akan besar atau kecilkan mengikut keperluan. Here the 1st commercial restrictions come into the picture. Peering in MyIx, ISP perlu bayar certain amount of fee kepada pihak pengurusan dan kepada tuan rumah di mana ISP plug their physical cable. So, ISP cannot simply open biggest pipe and pay huge amount of fee tapi pengguna mereka tidak menggunakan sepenuhnya bandwidth tersebut. Jadi ISP will always bayar sikit, then let their subscribers share… reach limit, then baru bayar sikit lagi. It is a wise business move, kan?

Next, we talk about international bandwidth. Kalau pengguna internet Malaysia melayari laman web seperti Google, Youtube, Facebook dan mana-mana website popular lain, pengguna internet Malaysia perlu pergi dapatkan data daripada luar negara. Trafik dari Malaysia perlu melalui international Internet exchange (or what ever term lain untuk menggambarkan tempat pertukaran trafik internet). Mungkin ada sesetengah (atau semua) ISP ada server cache, dimana data-data yang biasa dicapai oleh pengguna Internet akan ‘dihost’ sementara di data center ISP dalam negara, tetapi bagi spesifik data seperti email kita, paparan sesuatu video, akaun Facebook kita dan sebagainya sememangnya kita perlu pergi ke luar negara. Pihak pembekal internet/broadband perlu membeli bandwidth international ini daripada pembekal bandwidth antarabangsa untuk diagih-agihkan kepada pelanggan mereka. Kita boleh anggap international bandwidth ini umpama raw material untuk perniagaan broadband. Kadar yang perlu dibayar kepada pembekal international bandwidth berbeza-beza mengikut syarikat pembekal dan harga semasa. Tetapi roughly 1Mbps lebih kurang RM700-RM800 sebulan. Jadi, bayangkan bagaimana pihak pembekal servis internet ingin memberi bandwidth yang laju kepada pelanggan yang membayar kurang daripada RM100 sebulan, sedangkan modal untuk membeli 1Mbps international bandwidth pun beberapa kali ganda daripada yuran langganan bulanan.

Sekali lagi perkataan ‘best effort’ memainkan peranan, dimana pihak ISP akan memperuntukkan sejumlah bandwidth untuk dikongsi oleh sejumlah pelanggan (satu taman perumahan, satu daerah, dan sebagainya).

Contoh kiraan mudah:

1Mbps dikongsi oleh 20 pelanggan. (1:20 ratio)
Pelanggan membayar RM100 sebulan seorang, sebagai yuran langganan.
ISP akan collect RM2000.00 per month.
Ditolakkan dengan kos international bandwidth RM700-RM800 per month.
ISP cuma ada lebih kurang seribu lebih untuk kos-kos lain dan untuk keuntungan from those 20 customers.

Kos-kos lain termasuklah kos membina infrastructure (kabel, tower, antenna, router, server, etc), kos pengurusan, kos promosi, kos maintenance dan pelbagai CAPEX dan OPEX yang lain. Jadi di sini kita boleh lihat sekali lagi commercial restriction tidak membolehkan ISP memberikan servis capaian internet yang laju kerana modal untuk membeli international bandwidth pun cukup tinggi. Kalau aku boleh metaforakan dengan peniaga pisang goreng, tidak mungkin peniaga boleh jual pisang goreng lebih murah daripada harga pisang yang dibeli sedangkan dia perlu belah, celup dalam tepung, goreng, dan jual pisang goreng kepada pelanggan.

Jenuh aku membebel panjang, aku simpulkan masalah-masalah industri broadband Malaysia seperti gambar di bawah.



Solution:
Tak macho rasanya kalau aku berceloteh panjang listkan masalah tanpa berikan jalan penyelesaian. Here my idea how to solve above mentioned problem:

1. Perbanyakkan local content website. Kenapa internet Korea dan Jepun dianggap laju? Kerana limitation bahasa membuatkan pengguna internet mereka tidak pergi ke luar negara. Mereka hanya menggunakan local bandwidth yang mudah untuk dikawal harganya compare to international bandwidth yang perlu dibeli daripada syarikat antarabangsa, Jadi kita kena develop our own version of youtube, facebook, google, etc. Or, ask those company invest and build their data center here.

2. Government should invest in developing so called international internet exchange here, in Malaysia.

3. Level the playing field. Kurangkan ‘subsidi’ atau kurangkan kuasa yang diberi kepada government link telecommunication companies. Contoh: fairly share communication duct built by property developer, invest those billion of rakyat tax money in all the communication company, not limited to GLC or GBC only.

4. Kerajaan subsidi international bandwidth yang dibeli oleh ISP. Mungkin jadikan seperti gas untuk memasak contohnya, dimana subsidi hanya untuk pengguna perumahan sahaja.


So, lepas ni tidak perlu lah marah-marah pembekal servis broadband kalau speed internet kita macam kura-kura. Just try cari provider paling laju di kawasan kita, then sebolehnya jangan terikat dengan sebarang contract. Jadi senang nak lompat-lompat kapal.

Selamat bercuti panjang kepada kawan-kawan di Selangor! Lepas ni every Friday cuti sampai tahun depan. Best..best.


13 comments:

Anonymous said...

wow!

wat an eye opener this article for me.

mangkuk statik said...

Thanks for the info. Gile jelas explanation kau mcam cikgu sekolah ajar bdk2.
Harap2 info kau bagik ni betul sebab aku takkan baca penjelasan pasal bende ni yg berjela2 dan kompleks kat tempat lain dah!
Wassalam.

aku budak lagi dlm PA said...

thanks bro!!
aku baru faham secara mendalam perkara ini selepas baca cerita ko.
kira dah update sket diri aku ni bila nak sembang pasal broadband ni..

ishak hasimi said...

bro salam kenal bro,takut juga sangkut w,tapi time ni,memag saya tak puas hati ngan broadband kat malaysia ni..,dalam tv bukan main promote,tapi bila pakai..selalu kondem,ok bro jom exchange link

Ab Razak Hj Ahmad said...

Memang broadband kata Malaysia ni suck and layak di gelar berukband je. Jangan tertipu dgn iklan kata 1MB, 1G atau 10G. Sebenarnya itu adalah 'up to'... Nama broadband bila dowloand file yang 5MB ambil masa sampai 1 jam.. apa cer..???

- abikhsan -

Eldy Voon said...

ISP Malaysia ada downtime keh ? kadang-kala ok, kadang-kala KO la ~

zuwairiaiman said...

great info.. thanks for the great illustration..

Mr. Right said...

ano,
Thanks.

mangkuk static,
Dulu mmg citer2 nak jadi cikgu skolah. Hehe..

budak,
Info ni utk bantu nak subscribe broadband bukan utk point bersembang je.

ishak hasimi,
Ko tak baca article aku ni kan? Or maybe ko baca tak habis... hehe..

Ab Razak,
Ko pun tak baca habis jugak. Aku dah terangkan pasal nombor dalam iklan 1M, 1G, 10G tu... not just 'up to' but that indicate bandwidth speed dari pc kita ke data center ISP.

eldy,
Semua service ada downtime. Taknak downtime, subscribe byk2 line lah dari ISP berbeza-beza.

zuwairiaiman,
Ur welcome.

manjacat said...

bro, boleh xplen part ni x? aku xpaham.. "most so-called independent 3rd party speed test website hosted they server for free in almost all ISP data center"

Anonymous said...

hmmm. info berguna..patutlah broadband slow..perihal local content tu memang setuju sangat la.. especially info2 IT tempatan x byk lagi..asyik2 english... BM boleh tarik minat org tmptan gak utk mendalami ilmu IT ni.. sekian.

Ra'uf Hamdi said...

bleh aku copy artikel ni?
tq~

Mr. Right said...

Boleh copy.... silakan

Anonymous said...

sila cerita pulak pasal streamyx kat malaysia, streamyx menyewa tak bandwith luar??

Total Pageviews

. page counter