Friday, December 25

Al-Fatihah Buat Sahabat Aku Muhamad Aidil Abdullah

Aku baru balik dari Johor awal subuh tadi. Nope… not a usual work related trip. Ini adalah trip yang sangat-sangat sedih. No doubt semalam adalah antara hari paling sedih dalam hidup aku.

Pagi semalam masa di klinik untuk routine monthly injection for my baby boy, aku received phone call dari adik sahabat aku dari Johor. Dia inform yang sahabat aku tu telah meninggal dunia. Aku terkedu… bila aku tanya lagi beberapa butir dia terus menangis. Then, I know she’s not bluffing or tersilap call. Aku terus mengucap panjang and inform kawan-kawan lain. As we all knows, with current advance technology within minutes hampir semua kawan-kawan dah dapat tahu, even yang di Kota Kinabalu dan Syiria! Aku terus inform wife yang aku terpaksa pergi Johor. Wife aku pun kenal arwah dan isteri beliau. Lepas tu aku call boss (boss aku pun somehow kenal sahabat aku ni), then aku cancel beberapa appointment semalam and start organizing perjalanan ke Kota Tinggi, Johor dengan beberapa kawan-kawan lain dari Lembah Kelang.

Selalunya kami received sms or phone call dari kawan-kawan pasal jemputan majlis perkahwinan atau share happiness dapat baby. Tapi kali ini very rare occasion kami convoy untuk ke majlis pengebumian. We all caught off guard, tak tahu how to react, how to response dan how should we behave. Along the way we try to crack a joke or two, then selitkan dengan cerita-cerita pasal arwah. It is seriously one weird journey.

Sesampainya di rumah arwah, kami masih terkenang 2-3 years back kami datang untuk meraikan perkahwinan dia dengan gadis pilihan. (Aku dedicated one simple posting untuk wish Selamat Pengantin Baru dulu). Tapi hari ini totally different story. Aku masih tak percaya kami akan kehilangan arwah. After 15-20 minutes, jenazah sampai dari hospital, then kami bersama-sama sanak saudara yang lain sembahyangkan seterusnya kebumikan arwah betul-betul sebelum azan marghrib. Selepas jumpa dengan keluarga dan wife arwah, sampaikan sumbangan rakan-rakan, ucapkan takziah… kami mulakan perjalanan pulang.

Sebab kematian: Coronary Artery Disease. Some sort of saluran ke jantung tersumbat….

Beberapa perasaan bermain dalam hati aku….

Terkejut dan insaf.
Arwah meninggal semasa tidur. Adik arwah yang tinggal bersama dia try kejutkan dia dari tidur pagi semalam. Tapi dia tak bangun-bangun. Then, bila panggil family yang lain, bawa ke hospital, disahkan meninggal. Sahabat aku ini antara orang paling sihat aku kenal. Dia fit, bersukan, merokok sekadar suka-suka, tak minum... tapi still ajal dia sampai dulu. Umur baru 30 tahun, sebaya dengan aku…. lebih sihat dari aku tapi dia yang pergi dulu. Aduhai…..


Sedih...Sayu.

Aku akui arwah adalah antara sahabat paling baik aku pernah dan akan aku jumpa in my whole life. Orang kata, “Patah Tumbuh Hilang Berganti“, nope... not this guy. Yang palign penting, tidak seperti kebanyakkan antara kita…. Arwah tidak terlalu dipengaruhi oleh sifat-sifat hasad dan dengki. Tidak iri hati dengan kejayaan orang lain dan tidak busuk hati dengan sesiapa.

Banyak jasa arwah kepada aku, banyak sangat… antara yang aku tidak boleh lupa…arwah tolong siapkan Final Year Project aku dulu. Kalau bukan sebab dia, aku mungkin takde degree. Or kena extend lagi 1 semester. Then on one occasion, aku nak pergi bercuti dengan member-member office ke Tioman. Aku tak cukup duit, arwah berikan kad ATM dia kepada aku dan sertakan dengan pin nombor. Aku pergi bercuti dengan penuh gembiranya di Tioman dengan hati yang selamat sebab aku tahu aku ada beberapa ribu duit dalam bank yang aku boleh gunakan, walaupun bukan duit aku. Hehehe…

(For the record, duit aku habis masa tu sebab ada member pinjam nak kahwin…:)…)

Aku juga sangat-sangat sedih mengenangkan wife arwah dengan dua orang anak arwah. Anak sulung yang lelaki yang baru berumur 2 tahun lebih tersangat rapat dengan arwah, masa kitaorang pergi main tressure hunt dari JB ke Desaru...

Ikhwan ditinggalkan dengan mak dia. Meragam.... je. Dia nak babah dia juga. Then, 2 weeks ago… baby girl yang sepatutnya due pada awal tahun depan lahir few weeks early. Mungkin Allah aturkan agar arwah sempat tengok anak perempuan dia. Aku benar- benar harap Hani yang sebatang kara di semenanjung (dia berasal dari Sabah) akan tabah membesarkan anak-anak tanpa arwah.



Rasa Kehilangan

Kami start belajar university satu course. Then tinggal rumah sewa sama masa study. Lepas study, aku arwah dan seorang lagi kawan share rumah sewa.

So, aku tinggal sebumbung dengan arwah hampir 10 tahun. Then bila masing-masing dah kahwin dia pindah Johor while aku stay di Shah Alam. But since aku selalu outstation ke Johor, so memang kerap juga aku melepak dengan arwah di sekitar JB. Setiap kali aku pergi Johor driving, mesti aku jumpa melepak dengan arwah, samada di rumah, kedai makan or hotel penginapan aku. Kalau aku naik flight ke Johor and stay di hotel mana-mana, malam-malam nak merayau aku pasti akan contact arwah. Selalunya dia tidak akan menolak, even esoknya dia kerja, lepak dengan aku sampai tengah malam tidak menjadi masalah. We update kisah hidup masing-masing, susah, senang, suka dan duka. Lepas ni, siapa aku nak contact di Johor kalau aku nak lepak, tidak mahu sembang pasal kerja? Siapa nak bawa aku jalan-jalan cari makan tengah malam kalau aku datang naik flight?


Terkilan

Aku tahu arwah memang seorang manusia yang very dedicated dengan sesuatu yang diusahakan. So, aku secara gurauan ada offer dia kerja in case company aku kerja buka cawangan di JB. Aku inform boss aku, aku yakin arwah akan perform, what ever position kita offer dia. I put my job on the line, if he failed… aku fully responsible. Aku pasti boss aku akan bagi green light. Then, kitaorang pun dalam process nak cari office di JB, dah lantik seorang branch manager… tentunya kami memerlukan beberapa pekerja lagi, so, I’m about to seriously offer him a job dan nak tahu samada dia interested atau tidak. Selain dari kerja, kitaorang juga selalu bincang pasal cara cari duit online. Arwah pandai I.T, walaupun masa di university ambil engineering. Website company dia kerja, dia yang buatkan. So, kami ada rancang beberapa idea-idea business online. Cadangnya satu hari nanti we will site together and seriously work the idea out. But…. Allah sayang dia dulu. Aku juga sangat-sangat terkilan sebab last week, masa aku stay overnight di JB aku tidak sempat jumpa dia. Sebab dia nak balik kampong cepat-cepat lepas kerja. Dia nak tengok isteri yang masih dalam pantang. Kenapa la aku stay Bluewave last week, kalau Paragon mungkin dia sempat singgah….

Kepada rakan-rakan university aku terutamanya, kalau terasa nak bagi sedekah kepada anak-anak arwah. Ini nombor akaun bank wife arwah.



Kepada semua… tolong… sedekahkan al-fatihah kepada sahabat aku…. Muhamad Aidil Abdullah @ Karat...

11 comments:

lankapo said...

tk sangka pun ada. Sedih sgt pun ada.mcm tk pecaya pun ada.entry sedih ni benar2 menyentuh perasaan. Tuhan lebih sygkan dia.semoga wife dia dpt menghadapi dugaan besar ini. Al-fatihah

Anonymous said...

Al fatihah buat arwah..

yan said...

sedih dood..sediiihhhh sgt... mmg xdak pengganti sahabat kita yg sorg ni..moga Allah permudahkan kehidupan isteri dan anak2 dia di sini.. aminn..

ishak said...

al-fatihah..sampaikan takziah kepada keluarga allahyarham,memang agak sukar kalau kita kehilangan seorang sahabat rapat nie....sukar nak terima kenyataan

marrang nung! said...

Semoga roh arwah bersama kalangan orang yang dirahmati dan dikasihi Allah s.w.t... Al-fatihah...

neewa76 said...

Salam
FYI aku keje 1 tmpat dgn arwah..aku baru je keje 3 ari kat sne..adik dia (azlan) slh sorg anak buah aku...kami terima berita pg tu pn mmg tperanjat gle..kwn2 yg rapat dgn arwah smuanya pergi..ofis kosong..aku tak sempat pn jmpa dgn arwah tp dari cerita kwn2 arwah mmg sorg yg amat dsenangi semua org..sifat dia yg blh bgaul dgn org ramai x kira level..
AL-Fatihah utk arwah..n hope wife dia tabah hadapi ujian Allah ini

Anonymous said...

Dud....

Semoga Allah memberkati Arwah dan juga menempatkan arwah bersama orang orang yang beriman...Al- Fatihah....

Chalok...

Anonymous said...

Dud....Semoga Allah melimpahkan rahmat dan menempatkan arwah bersama-sama orang yang beriman....Al- fatihah.....

Chalok

Anonymous said...

Dud.. member aku kebetulan 4 tahun tak jumpa arwah member ko nie. Jumpa arwah 2-3 hari sebelum tue untuk jual insuran kat dia.. malam sebelum arwah meninggal, arwah setuju nak ambik insuran. Tapi Allah lebih sayangkan arwah... tak sempat member aku nak jumpa dia balik.

Mr. Right said...

lankapo,
Sampai skrg aku tak percaya Karat dah takde. Seriously, last week aku g JB terfikir nak call dia. Aduhai...

ano,
T.kasih.

yan,
Anak kecil 2 org tu... sedih2.

ishak,
Memang sukar sangat2.

marrang nung!,
Amin.

neewa76,
Seriously? keja setempat dengan arwah? Kecilnya dunia ni.

Chalok,
Amin.

ano2,
Arwah dah ada 2 insuran rasanya. Maybe dia nak beli insurance untuk newly born baby tu kot.

Awi said...

Al-Fatihah utk arwah bro..Semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..Amin..

Aku pernah jumpa ke bro?Futsal?Bola?Lepak makanminum?

Total Pageviews

. page counter