Tuesday, October 6

My 1st Wedding Anniversary

Previous update September 24…today 6 October, fuh! Rasanya this the longest period aku abandoned blog aku. Memang susah nak berblog sambil bekerja makan gaji. Nak cari time nak tulis blog tu memang banyak, tapi nak cari idea, nak buat elok-elok, taknak update blog sekadar update dengan cerita-cerita sampah memang payah.

Ni aku ada cerita best, confirm bukan cerita boring pasal rombongan beraya ke rumah sanak saudara atau melawat open house, open office or open kedai makan. Aku nak cerita pasal sambutan my 1st wedding anniversary. Aku kahwin last year 4th October, rasanyalah (since orang lelaki yang ingat tarikh kahwin, birthday wife, and all these dates will be consider tak cool, so aku kena letak perkataan kot to show uncertainty of the date). Last Sunday adalah our 1st wedding anniversary.

Ada la sambutan kecil-kecil… (ayat merendah diri, yang biasa blogger gunakan, yang bakal diikuti dengan totally the opposite scenario… hehehe). We decided to celebrate di kampong aku, Teluk Intan.


Aku dan baby ready…


Wife ready…


Tetamu dah mula sampai…


Makan time…


Majlis kecil-kecilan sahaja, sekadar pasang khemah luar rumah dan buat makan-makan dengan ahli masjid kampong aku. Dihadiri oleh beberapa puluh orang kenalan dan saudara sahaja.

Kecil ke? Kecil la tu, aku tak mampu nak buat besar-besar (sekali lagi, ayat merendah diri yang menyakitkan hati)… Hahaha….

Ok lah… last Sunday memang anniversary aku. Actually, aku sambut dengan bawa wife makan steam boat sahaja. Takde la romantic-romantic dinner kat hotel, wife tak sampai hati nak tinggalkan baby dengan pengasuh.


‘Sambutan’ yang sampai pasang khemah luar rumah kat atas tu adalah majlis naik buaian anak aku yang dihostkan oleh Opahnya yang diadakan pada hari Sabtu, 3 Oktober.


Rakaman video anak aku di ‘marhaban’kan oleh pakcik-pakcik dan atok-atok.




We chose to call golongan bapa instead of golongan ibu sebab golongan ibu majlisnya lebih details, lebih taratur, lebih bersungguh. Pakcik-pakcik masjid ni sempoi sikit, before majlis start, aku tanya nak makan dulu ke nak marhaban dulu. Mereka boleh buat undian sekejap, then majority nak makan dulu. Konon-konon nak dapat tenaga nak nasyid nanti.

It is a weirdly nice feeling bila anak kita diraikan sedemikian, terutamanya majority pakcik-pakcik tu adalah kenalan rapat arwah bapa aku. Ada yang berbisik, kalau arwah abah aku ada mesti dia suka.

Dah setahun aku berkahwin... rasa macam baru semalam je aku keluar dating dengan wife aku di sekitar Shah Alam. Memang pengalaman yang sangat-sangat seronok bergelar suami and I’m fortunate enough sebab dah jadi bapa within 1st year mariage. Syukur....


Million thanks to my mom, brother and family yang tolong 100% menjayakan majlis naik buai. Aku sekadar beli barang-barang kecil dan datang bawa baby je.

And most importantly I would like to take this oppurtunity, again aku nak jadi jiwang sekejap dengan ucapkan… SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang pertama to my beloved wife…


8 comments:

piye said...

congrat dood..kalu tau dulu mesti kawin awal2 kan..hahaha..aku 19/8/09 masuk 3rd years.alhamdulillah..:D..

neewa76 said...

Tahniah....seronok tgok perkembangan kebahagiaan keluarga ko...smoga family ko bahagia sepanjang hayat..

Anonymous said...

Selamat ulangtahun perkahwinan.

Comel baby.

Reen said...

Tahniah. Moga perkahwinan kau kekal sampai bila-bila.

akubetuljugak said...

En Betul,
Kalau kau asyik kutuk blogger-blogger lain, dorg tak akan suka kau. Aku perasan kau rajin kutuk bloger kaum ibu, blogger bergambar, blogger posting simple dan kini blogger belagak.

Ingat, tanpa sokongan blogger-blogger lain kau tidak akan popular.

Awi said...

Congrates bro..

Mek Rose said...

hepi anniversary..:-)

Mr. Right said...

piye,
Hehe... tak juga. Bujang pun ada time gembira. Dah kahwin pula gembiranya rasa lain. Hehe..

neewa76,
Tima kasih bebanyak.

ano1,
Secomel abahnya. hahaha..

reen,
T. kasih. Amin.

akubetuljugak,
Tak popular pun tak pe lah. Aku tak sanggup korbankan 'kejujuran' aku untuk jadi popular.

awi,
Thanks.

rose,
Hepi...hepi...hepi sesangat.

Total Pageviews

. page counter