Thursday, June 4

Kenapa Orang Call Aku?

June akan jadi bulan yang cukup sibuk pada aku. Berderet-deret task menunggu. Kalau tak silap memang every year sama, maybe memang mid of the year time paling sibuk.

Kelmarin aku baru balik dari Johor, and today aku datang for another 2 days. Next week most probably kena pergi lagi. On 16 ada satu presentation, on 20 ada satu, end of the month pun akan ada satu lagi presentation. All presentations not related to one another, so not copy and paste kind of thing. And aku yang kena buat, most probably alone, hopefully not. Then, this week while aku in Johor, aku kena siapkan proposal yang nak disubmit di Selangor. Then, 22 June ada another proposal submission, that one aku tak boleh buat sorang, boleh mati kejung aku depan PC. Lastly, on 31 June ada satu lagi proposal kena submit, again that one kalau aku buat sorang confirm aku mati keras.

Seronok kan kerja aku? Bak kata P.Ramlee dalam filem Labu Labi….. Macam Setan! (masa dia tunjuk kereta Haji Bakhil). Apa pun aku percaya orang lain pun sama seperti aku, ada masanya kita busy tak ingat dunia ada timenya pula melepak tak tahu nak buat apa. Kan?

Masa aku kelam kabut di Johor, aku received beberapa phone calls cari bohsia. Damn… aku makin panas hati, aku assume ada itchy tulis nama aku dalam toilet sekali lagi. But, come to surprise when they inform me they get my number from Internet. Bila aku selidik lagi, mereka mention website Akubetul.Com. Shittttttt…! Then, daripada nak marah aku jadi tergelak, sebab mereka cakap mereka search keyword ‘No telefon bohsia’. Remember my posting pasal no phone aku kena tulis dalam toilet as Mira – Bohsia. True enough, kalau search ‘no telefon bohsia’ di google and few other search engines posting tersebut akan berada pada page pertama or kedua. Kalau search gambar pula gambar bukti no phone dalam toilet terpapar di tempat pertama dan kedua! Celaka betul. Have to admit la, it is my own stupidity to post that posting and make that silly mistake. I not aware there are so many lazy internet users in Malaysia that not really care to read the article. Just tengok gambar dan terus buat assumption. Aku dah tukar gambar tu dengan gambar lain, but Google will take at least few weeks to update their cache page. Jadi sekarang kalau aku nampak nombor pelik di handphone, aku terus jawap…..
“Sorry, aku bukan bohsia, aku jantan… ada orang pekena aku”.
Selalunya caller akan letak or minta maaf. Tapi ada juga yang akan hantar msg:
“Ohh…Bro, ko supply bohsia tak? Aku nak sorang, kalau boleh area Kuantan”.
Hahaha.... kalau gatal sangat kahwin la, hampeh!

Ok, as I mentioned before. Previously, ramai juga call aku for other purposes beside cari bohsia. Semua call daripada pembaca blog ini. And semuanya adalah visitor dari seach engine. Since my loyal visitor (kalau ada) memang tak pernah call, yahoo messenger tu biasa lah. Jom aku beritahu some of the familiar phone calls yang aku terima. Maybe aku kan jadikan posting ini sebagai FAQ page in the future. So, takde la orang call aku berkali-kali, tanya benda yang sama.


1. Technical Problem Related to Blogging
Paling biasa adalah how to relate blogspot dengan domain yang mereka baru beli. Sukar aku nak jawap since aku pun bukannya pandai sangat. Aku ada 2 blogs atau sites yang aku gunakan domain sendiri tapi host di blogspot, free. First, akubetul.com syarikat jual domain to kind enough to help me. Secondly, aku buat sendiri dengan follow instruction from Blogger Help Page. So, nasihat aku kepada mereka yang ada apa-apa problem pasal blogger, blogspot, jangan kelam kabut search, tanya sana sini. Try visit help page mereka dulu. Hampir semua masalah ada solution disana.

http://help.blogger.com/

Ada juga yang tanya pasal benda-benda technical lain, contohnya macam mana aku buat rotating banner (bahagian atas posting), macam mana aku buat kotak ‘Short Tak’ warna oren di sebelah tu bergerak-gerak dan beberapa perkara lagi. Seperti ramai tahu, semuanya copy and past code or script sahaja. Kalau sebegini selalunya aku suruh mereka email, so aku akan reply dengan berikan page yang sediakan code dan script yang berkenaan, kalau aku ingat lagi lah.


2. Cari Artis Selalunya Nabil Raja Lawak
Aku pernah tulis pasal aku kagum dengan persembahan Nabil masa musim Raja Lawak Astro ke dua. Then, I donno why readers assume aku kenal Nabil. Aku confuse, dalam article tu aku tak mention pun aku related to Nabil at all. Tapi aku received beberapa phone call and sms yang minta nak jumpa Nabil. Surprisingly even ada syarikat penerbitan yang cari Nabil call nombor aku. Pening…pening. Bila aku cakap tak tahu dan terangkan yang aku ni blogger yang blog about Nabil, boleh pula tanya… “Macam mana ye nak call Nabil”…. Hahhaa…! Aku pula dengan penuh baik hati bagi suggestion, suruh mereka contact Astro or Maestro.

Yang peliknya bukan sahaja Nabil. Ada juga phone call bertanyakan nombor contact artis-artis lain. Aku pernah received 2 phone calls bertanyakan nombor telefon Hasbullah Awang! Aku betul-betul confuse, rasanya aku tak pernah tulis pasal Hasbullah Awang, search engine result page pun tak rank blog aku tinggi kalau search nama beliau. Aneh…

Jom straightkan record, aku bukan wartawan! Aku memang takde simpan nombor telefon mana-mana artis or celebrity. Kawan-kawan aku semuanya orang yang tidak terkenal.


3. Kursus Kahwin
Selalunya aku received sms instead of call. Biasalah, bakal pengantin memang pemalu...Hahaha... They search pasal kursus kahwin and end up baca pengalaman lucu dan seronok aku attend kursus kahwin di Majlis Agama Islam Selangor. Then, mostly visitor from Shah Alam akan tanya aku how to register, berapa bayaran, susah ke? Ustaz tu ada tanya macam-macam soalan ke?.... Aduhai, aku sendiri tak tahu nak register macam mana, aku dulu pun tunang (masa tu still tunang lah kan) yang registerkan, rasanya RM80 kot. Seriously tak ingat.

Aku buat research sedikit and aku sampai di page JAIS yang bagi information pasal kursus kahwin.

http://www.jais.gov.my/

So, diharap ini membantu bakal-bakal pengantin. Selamat pengantin baru in advance.


4. Nuffnang and Advertlets
Since ramai orang gila duit dalam dunia ni, or should I said SEMUA orang gila duit. So, ramai pengguna Internet nak tahu pasal cari duit dengan blogging. Jadi banyak juga phone calls or smses aku terima bertanyakan pasal how much I’m getting from Nuffnang, or nak tahu Adverlets bayar to bloggers or not and some technical related questions like how to install their code and to modify the code. Again, if related to technical you guys should refer to their help page or contact them. Nuffnang will always reply to our email the latest within few hours. Kalau nak tanya pasal pengalaman, how much money I make from Nuffnang and Adverlets. Jujurnya aku dah dapat few thousands ringgit from Nuffnang accumulatively started last year. While at this point, Adverlets still never sent any cheque even though I already requested to cash out my RM100 earnings.


5. Minta Video Lucah Artis
Ada beberapa keyword lucah related to artis Malaysia yang blog ini dapat ranking yang tinggi di search engine. Memang blog ini bukan blog lucah, so although search engine rate kan tinggi aku tidak pun letak video tersebut disini. Most probably aku tulis posting mengutuk, sedih or aku jadikan sebagai bahan gurauan. Jadi dek kerana sedih tak dapat tengok video yang dihajati ada readers yang tidak malu-malu sms or call minta aku tolong email kepada mereka. Sorry lah, aku memang tak tengok pun most of the video. Aku just copy gambar daripada blog lain, even though kalau aku tengok tidak la pula aku simpan. Lepas tengok aku delete je terus. Kalau pun ada dalam simpanan aku, in case aku TERsimpan, takkan la aku nak sesuka hati distribute kepada orang lain. Aku bukanlah sebodoh itu. Or aku juga tak sekeji sesetengah blogger terlalu gila cari duit dengan letak clip video tersebut di mana-mana file sharing website yang bagi duit kalau ada orang download clip yang kita letak disana. So, kalau still nak juga clip-clip video tersebut usaha lah lebih sedikit, or search di file sharing website. Ada… yang lama-lama pun still ada.


6. Memuji / Mengutuk

Selalunya sms instead of call, ada yang baca artikel aku tulis dan hantar sms samada nak puji or kutuk. Alhamdullilah, majoritynya puji lah sebab kutukan selalunya hanya di ruangan komen or email. Tak berani nak kutuk guna telefon. Kutuk ikut email banyak juga aku terima, ada yang kadang-kadang buat aku panas, tapi aku buat tak tahu je, tak reply pun. Smses pujian-pujian selalunya pula berkaitan dengan politik, ada yang kata pendapat aku sama dengan pandangan mereka. Ada juga yang send sms panjang lebar menyokong pandangan aku. Sms-sms sebegini memang best kalau terima, confirm aku akan tersenyum at least few seconds.


Ok, itu lah reason-reason standard mengapa readers or visitor this blog contact handphone aku. Harap posting ini dapat membantu mereka. Not that I hate received phone call or sms daripada kawan-kawan kat sini, cuma hopefully biarlah dengan alasan yang kukuh sedikit. Kalau nak memuji boleh dikira sebagai alasan yang kukuh kot… heheh… aku memang seorang yang gilakan pujian. Hahaha…

Chow…. Nak tidor, then tengah malam nanti nak siapkan kerja. Hopefully aku boleh enjoy weekend kalau aku sempat siapkan seberapa banyak kerja sebelum esok malam.

Selamat berhujung minggu!

7 comments:

akuazwan said...

salamz
banyak betul ko punya FAQ eh. kira glamer gak la ko ni kan. tokey bohsia, kenal artis, technical support dan paling best jadi pegawai jais

alongovtx said...

fuhh...sebab tu akal aku tak bg letak bukan² di blog gila aku.

sedap rasa cukup...

Oh...aku pernah sekali jek anto sms,masa tu aku layan game perak sorang² kat shah alam.

Anonymous said...

Tu ler bro.. lain kali jangan ler simply advertise ur no kat blog ni.. Anyway, this is my first time comment kat blog u..

Seriously, u punye blog best ler..

Nice job dude..

teek said...

wah..glamer kawan aku nih (ye, bila glamer baru nak ngaku kawan :P).

anyway, aku blog psl brad pitt/jason mraz/chi/jamiroquai/etc....takde orang pun contact aku utk dptkn contact dorang?

Fid said...

dood
aku tau ko busy cuma aku nak bagi 'ingatan'
akhir jun...atau awal july nak wat gathering tau! sila consider...tempat biasa..jam biasa hari biasa tarikh sama ada hujung june atau awal july...
nak bbq tp kena tolong dtg angkut brg le!hahahahaaaaaaa

bab call/sms/email...kihkihkiihkih.....
tang emel layang paling 'best'..aku hampir buat polis report tapi kesian plak kang sapa nk susukan anak org tu..aku sah2 tak sudi! hahahahaaaa

akukaya said...

wah, dah jd selebriti blogger ni. harap jgn "poyo" mcm emak merah dah la.... hehe.... kalo tak sesuai delete je la posting ni.

Mr. Right said...

akuazwan,
Kalau glamer aku dah kaya raya dgn blog.

alongovtx,
Ooooh... ko la yg sms ajak tgk bola tu. Ko pemilik Penggila.com ke? Aku reply msg tu kan? Lain kali leh la ajak lagi, tapi season ni Perak hampeh...

ano1,
Aku tak kisah pun org call, boleh gak ilangkan boring.

teek,
Ko tak letak no phone kat blog, mmg ahh dorg tak call. Chi mesti nak call ko...letak ahh no phone. Ke nak aku yg publishkan? Hehe...

Fid,
Ok..ok.. gathering. Insyallah, kalau aku free mesti dtg. Alah, baru sekali je aku miss sebelum2 ni semuanya aku buat.

akukaya,
Wei... ko jgn kutuk mak merah. Nanti gabungan suami isteri akan 'serang' ko. Bahaya siot, mereka tu mengalahkan artis lagaknya, tak boleh ditegur. Emotional pulak tu. Hahaha...

Total Pageviews

. page counter