Monday, May 18

Sebab Nombor Telefon, Aku Jadi Bohsia...?

-------------------------------------------------------------------------------------

Topik santai. Aku nak bercerita pasal telefon.
Kita mulakan dengan situasi popular yang sesetengah blogger panggil ‘only in Malaysia’.

Aku snap gambar manusia degil yang still menggunakan telefon ditempat larangan.


Selamba badak je dia guna handphone padahal atas kepala ada amaran. Kalau ada yang rasa dia cakap sekejap, only few seconds… Wrong!. Dia berborak berminit-minit. Siap betul-betulkan position lagi.

Aku ambil gambar ini di hospital universiti bulan lepas. Aku malas nak marah lelaki tu sebab dia lebih tinggi dari aku, aku takut dia lempang aku, alih-alih aku yang masuk ward.

Ok, that just an intro. Ini cerita sebenar. Still pasal telefon. Lebih rapat dengan aku, sebab ini kisah nombor telefon aku kena jaja. Sedih…sedih.


Masa aku mula-mula letak nombor handphone di blog ramai juga yang nasihatkan aku supaya jangan letak. Aku akan menyesal nanti. Aku berani letak nombor phone kerana...


1. Aku pasti tidak akan ada orang sengaja nak aniaya aku. Aku tulis blog bukan nak cari musuh, aku bukan ahli politik, aku bukan ahli perniagaan. Jadi aku pasti no way one day somebody purposely akan aniaya aku menggunakan nombor telefon tersebut. Lagipun aku memang confident yang aku ni dalam golongan manusia-manusia baik yang sukar nak create musuh. Hahaha…

2. Nombor tersebut bukan nombor peribadi aku, itu nombor yang office bagi. So, kalau aku berhenti kerja aku kena pulangkan balik kepada syarikat. Kalau in case ada orang aniaya aku, kacau tengah-tengah malam, spam phone dengan iklan atau sebagainya aku boleh simply minta tukar nombor dengan office or minta tukar dengan Digi. Corporate customer mereka bagi layanan istimewa sikit. Then, one sms to all clients, customer and partners semua boleh update nombor baru.


TETAPI, alangkah terkejutnya aku apabila semenjak dua menjak ni aku received banyak panggilan atau sms misteri. Selalunya tengah malam atau awal-awal pagi. Semua panggilan atau sms mencari perempuan bernama Mira. Mula-mula aku pelik, tapi lama-lama aku seronok pula melayan. Siap suruh member office perempuan layan lagi. Ia menjadi hiburan aku tatkala boring. Makin lama daripada terhibur aku jadi menyampah pula. So, sebelum perasaan menyampah tu membuak-buak menjadi marah aku ‘ayat’ salah seorang balak tu dan tanya mana ambil nombor telefon aku. Dengan penuh jujurnya dia cakap dia jumpa dalam toilet, then lepas aku bodek-bodek lagi dia beritahu lokasi toilet tersebut.

Lepas beberapa minggu, tadi aku pergi melawat toilet tersebut. Hasilnya…

Memang di sana rupanya ada ‘buletin board’. Banyak nombor telefon dipaparkan. Termasuk lah nombor telefon aku.

0162266654 – Mira Bohsia. Aduhai...! First, aku bukan Mira nama aku Affandi, Bob, Dood, Mr. Right. 2nd, aku belum ada niat nak jadi bohsia. Hahaha… Bohjan pun aku belum pernah jadi. Lawak…lawak. Aku tak kenal pun insan bernama Mira… maybe ada seorang kot, celebrity blogger yang pernah berkecil hati dengan aku duluuuuu. Dia dan suami pun sekarang dah lupakan pasal aku kot dan tengah busy dalam usaha menjadi problogger terkenal.

Aku malas nak ambil pusing siapa yang gatal tangan tulis nombor aku di sana. Possibilitynya banyak sangat.


1. Blogger-blogger jiwang, emotional, berhati kecil yang pernah tersentuh dengan kutukan atau teguran aku.
Ada ke? Tak kot...

2. Pembaca blog aku yang menyampah dengan tulisan aku yang konon-kononnya poyo berlagak pandai.


3. Customer yang tidak puas hati dengan service syarikat aku berikan.


4. Partners yang aku terpaksa marah/maki/reject sebab pelbagai reasons.

5. Staff-staff office aku samada subordinate or rakan sekerja yang tidak puas dengan cara aku bekerja.


6. Member-member lama yang aku TERbagi kad yang memang ada nombor tu dan masa dulu aku pernah sakitkan hati dia.

7. Ada bohjan yang memang sakit hati dengan bohsia nama Mira tapi nombor telefon Mira sedikit berbeza dengan nombor aku. So, mungkin bohjan tu tersilap tulis.


8. Tandas tu unisex, share laki dan perempuan. So, maybe memang ada bohsia bernama Mira yang again nombor sedikit berbeza dengan nombor aku, Dia tersilap tulis masa nak promote diri dia.

The list boleh diteruskan sampai beberapa muka surat. So, aku just padamkan nombor tu, sambil tersenyum mengenangkan lelaki-lelaki bangang yang percaya dengan nombor tersebut dan ada hati nak layan bohsia.


Hopefully tiada lagi kisah-kisah lucu sebegini berlaku ekoran daripada tindakan aku memaparkan nombor telefon di laman blog. Since sebenarnya ada banyak kebaikkan juga aku letakkan nombor phone tu. Ada beberapa kali pengiklan call aku directly untuk beriklan disini. Ada ramai juga call bertanyakan pasal blogging, pasal kursus kahwin, pasal banner affiliate yang aku displayed here dan macam-macam benda-benda positive lagi. So, minor hiccup sebegini tidak akan membuatkan aku bawa turun nombor tu. Lelaki-lelaki gatal tu pun bila aku cakap ‘salah nombor’, ‘not interested’, ‘jangan kacau’ and so on, mereka tidak ganggu lagi. Mungkin mereka lelaki gatal yang berhemat. Hahaha…


* Aku malas nak letak watermark 'Akubetul.com' atas gambar-gambar, takde orang nak curi kot. Kalau nak juga, ambil lah...

* Aku malas nak padam nombor-nombor lain yang ada pada 'buletin board' dalam toilet tu, hopefully tiada yang dapat susah daripada paparan nombor tersebut di blog ini. Let me know if otherwise.

16 comments:

Manje said...

Kelakar sungguh...

Anonymous said...

Lain kali ko report polis je.

Anonymous said...

alamak, baca amaran kat komen ni, buat aku terfikir banyak kali nak tulis no telefon sendiri kat sini :p

Anonymous said...

CT Bohsia UM
Juniza Sex
Ju Isap

Cantik tangki air tu kan.

Fitri said...

Tu la bro, lain kali dengar nasihat member2. Jgn letak no telefon kat internet. Bahaya.

akukaya said...

Fitri, tang mana bahayanya? kalo kita lelaki, apa sangat bahayanya kalo takat kena kaco. mcm dood ckp la, seronok gak kadang2.

aku selalu sangat dpt msg2 hampeh sbb aku penjual ubat kuat yg berjaya. hehe...

antara msg yg penah aku dpt,

"ada servis hisap batang tak?"
"servis main ada tak?"
"beli ubat, ada bagi perempuan tak utk test?"

dan mcm2 lagi. ada gak msg dr gay, call dr perempuan.

dan jawapan standed aku,

"maaf, sy cari rezeki halal utk anak bini. sy jual ubat kuat khas utk bantu lelaki yg dah berumahtangga bukan utk buat dosa"

kwn aku yg jual ubat kuat mcm aku gak pun dapat nasib yg sama. siap ada bini org ajak main lg tp kwn aku bolayan.

cuma hati kena keras. kalo ada yg kurang ajar, maki je balik. hehe... biasanya yg msg2 gatal2 ni bacul je. penakut sebenarnya sbb tu berani msg. kalo kita call, tak beraninyer depa angkat. huhu...

Unknown said...

salam Mat Betul..

dalam segenggam beras pasti ada antahnya... dalam banyak perkara baik yg kita niatkan pasti ada yang datang membawa bala... sabo je lah

neewa76 said...

hakhak...tmpt keje aku pn ada kes yg sama..tandas jg kertas utk cari gado...ape slhnya bersemuka...ni penuh pintu tandas...semua ni org x bmoral...HAMPEH...

Unknown said...

hi Mira Bohsia , boleh berkenalan ?? .. lawak siut .. huhu .. ko padam jer Fendi bendenyer .. kang makin ramai orang kaco ko malam2 huhu

Mr. Right said...

Manje,
Hehe.. mmg lah. Tp lama2 gerammpun ada.

Ano1,
Alah, takkan kecik2nya kes pun nak report polis. Kesian, dorg byk lg perusuh, penunjuk perasaan, pemberontak negara dorg nak tangkap.

BITMD,
Kalau no peribadi jgn lah, kalau 2nd mobile phone ok lah kot.

Ano2,
Hahaha... dah mcm buku telefon.

Fitri,
Takde la bahaya mana, gurau2 je tu.

akukaya,
Hahahha... ko lagi lah, dah mmg bisnes ko related dgn benda2 seks. Apa gila tanya pasal servis... hahaha... Desperate gila.

inangrodat,
Betul...betul.

neewa,
Haha... berbalas msg kat pintu tandas? wah.. mcm bdk sekolah.

Nasa,
Dah padam dah. Dgr ko sedang hangat dilamun bercinta, betul ke?

Cikgu Dahlia said...

hoh bahaya tayang2 no phone ni...even YM nyer nick pun daku xreveal sangat...emel pun kena asingkan emel personal dengan blogging..

norizwanimuhamadjamjuri said...

your blog nice. best. funny. suka baca. seriously!

Anonymous said...

eleh.. ko snap pic org tu pon pakai telepon kan? itu layeennnn... kakaka

Unknown said...

Hi

Unknown said...

Hi

Anonymous said...

Ni no awek 01221

Total Pageviews

. page counter