Daripada Wikipedia (since everybody using wikipedia for fact and figures), sambutan hari ibu disambut di ditarikh yang tidak sama seluruh dunia….
Kenapa hari ibu di Malaysia disambut pada hari ahad kedua pada bulan Mei setiap tahun?
Siapa yang tentukan tarikh tu?
Sesiapa yang ada free time banyak di office atau budak-budak university yang baru habis exam tolong search info ini dan berikan aku jawapan.
Ok, aku nak ajak member-member disini lupakan pasal kemelut kusut yang semakin karut di negeri kelahiran aku. Aku nak buat posting lucu. Seperti posting-posting bertujuan mencuti hati yang lain, kalau sambil baca korang tidak sekurang-kurangnya tersenyum, itu adalah kegagalan otak korang untuk mendetikan kelucuan. Bukan kegagalan aku mengarang warkah lucu. Faham? Haha...
Before aku proceed kena jelaskan dua fakta ini dahulu:
1. As most of my real life friends (also cyber friends) tahu, my wife sekarang berbadan dua. Dalam badan dia ada satu lagi badan. Ajaib kan? Kuasa tuhan…
2. Ramai juga yang dah tahu tubuh badan aku sememangnya dah macam orang mengandung. Maksudnya aku dalam kategori lelaki gemuk. Or bahasa sopannya, berbadan besar atau bahasa yang lebih mesra atau bahasa nak cover kutuk, orang cakap berbadan comel.
Jadi yang menariknya, semasa memerhatikan telatah, gelagat kepayahan isteri aku melakukan pelbagai perkara, aku sering tersenyum sebab kesukaran tersebut sebenarnya aku memang alami for like... 20, 30 years... Sejak aku mula ada ingatan. Hahaha..
1. Naik Tangga Slow
Aku duduk apartment atau pangsapuri tingkat 2. Jadi memang everyday wife aku naik tangga perlahan-lahan. Kadang kala stop di tingkat satu ambil angin. Sampai tingkat 2, berhenti sekali lagi sebelum teruskan ke muka pintu. Bila dah masuk rumah terus cari air, penatnya macam baru lepas lari marathon. Aku duduk kawasan perumahan tersebut sejak zaman bujang sehingga dah kahwin, masa bujang tingkat 3, dah kahwin pindah tingkat 2. So, memang everyday aku rasa penat nak mampos masa naik tangga. Setiap kali naik tangga akan slow and steady. Selalunya sampai tingkat satu aku akan lepak berborak dengan orang tingkat itu. Same goes for each floor. Kalau malam-malam lapar, takde makanan dalam rumah, sanggup tunggu breakfast esok. Takdenya aku nak turun bawah semata-mata nak beli nasi sebungkus semata.
2. Malas Bangun Untuk Ambil Barang
Kalau melepak depan TV or atas katil memang confirm malas nak bangun dah. Kalau boleh before duduk make sure everything within reach. So, kalau rasa nak tengok AF or Bola (tengok siapa menang 1,2, juz), kami akan pastikan semua ini berada dekat dengan badan:
Both TV and Astro remotes (to flip channel)Dulu wife aku bising, dia cakap aku malas bangun la… berat lah.. ini lah... sekarang dia pula rasa. Hahaha…
Semua mobile phone (untuk reply msg member, bukan untuk vote AF)
Air
Penggaru
Coklat, gula, asam, etc.
Bantal
Tisu (untuk lap air tumpah, bukan untuk lap air mata)
Minyak urut (incase kaki or pinggang sakit)
3. Cepat Penat
Standardnya orang wanita suka shopping. Or sebenarnya mereka sanggup kepenatan pusing satu shopping complex semata-mata nak dapatkan sesuatu yang mereka impikan. Orang lelaki pun suka shopping, cuma kita malas nak berjalan jauh-jauh. Tapi sejak pregnant ni wife aku pun dah makin kurang berjalan untuk bershopping. Penat… Bagus-bagus, dulu masa bercinta or masa mula-mula kahwin aku sampai terpaksa duduk bersila kat tangga tunggu dia memilih barang. Sekarang tidak lagi. Sama-sama cari bangku lepas 15 minit berjalan dari parking lot ke dalam shopping complex.
4. Selera Makan
So far wife aku tidak pernah minta benda pelik-pelik or orang kata mengidam. Paling kritikal pun dia teringin keropok losong Terengganu. So, just balik kampong dan makan lah. Tapi kalau kena time selera makan dia datang, memang meriah. Asal jumpa makanan yang diminati confirm nak. Jalan jauh-jauh dalam kereta mulut non-stop menguyah, sambil tengok tv kepala berfikir apa ada dalam peti ais yang boleh dimakan, sebelum tidor dah fikir esok nak breakfast apa. Syndrome orang mengandung memang macam tu kot. Yang menariknya, aku dari dulu memang macam tu. Member-member aku memang tahu lah nafsu makan aku memang sentiasa tinggi. Lepas makan nasi kenduri kahwin, on the way balik kena singgah makan tepi jalan lagi. Hahahaha…. So, since sekarang both aku dan wife selera makan memuncak-muncak badan aku pun dah macam dipam-pam macam belon. Tapi yang peliknya, bila selera wife aku hilang… semua jenis makanan tak boleh masuk, selera makan aku maintain je.
Ada la beberapa persamaan lagi antara aku dengan wife aku sekarang yang sedang berbadan dua, antaranya suka duduk tempat sejuk (air-cond), memilih tandas yang selesa, lengoh-lengoh badan, dan benda-benda sebegitu. Kalau perempuan mengandung for 9 months plus, aku dah berpuluh tahun mengandung. Hahaha...
So, how? Korang tersenyum tak baca kisah aku tu? Ada orang beritahu aku, to increase reader loyalty blogger kena sekali-sekala bercerita kisah yang agak peribadi sikit dalam blog. Agar pembaca rasa dekat dengan blog owner. So, this posting is my answer to that advice. Ok la tu, kan?
Also, sila baca blog entry wife aku ini. Kandungannya yang masuk bulan ke tujuh ada sedikit masalah. Not a big deal doctor cakap. Tapi since first time nak jadi bapa ni rasa gerun dan risau tak lekang dalam kepala otak aku. So, aku harap member-member disini tolong doakan baby dan ibu akan selamat. Seriously, tolong doakan. Aku minta few seconds of your time lepas sembahyang just ingatkan permintaan aku ini. Lepas doakan kesejahteraan diri, ibupada dan family korang tolong selitkan doa untuk wife aku. Doakan wife aku dan baby selamat…
Tengok keajaipan dan kepayahan perempuan mengandung rasa insaf sekejap. Betapa payahnya ibu kita mengandungkan kita dulu. Daripada cerita rakan-rakan perempuan mengandung anak lelaki lagi payah dan sakit berbanding anak perempuan. Aku tahu mak aku tak baca blog, last time aku beritahu dia aku ada blog dia samakan aku dengan Raja Petra. Tapi aku still nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak dan mak mertua aku. Mana la tahukan kot-kot akak, abang, akak ipar or abang ipar sampaikan cerita dengan mak atau mak mertua aku. :)
Fuh! Dari konon-kononya posting lucu dah jadi serious dan sedih la pulak. That’s life… kan?
16 comments:
hahahahahah...
pregnant gak???
semoga semuanya selamat..
dah lama tak masuk sini..
Hopefully everything akan ok.
insyaALLAH semuanya akan ok. cari la rumah bawah bro. sian kat bini ko kena panjat tangga. tak pun ko dukung la dia. romantik sikit. mesti cinta dia kat ko akan bertambah2. hehe...
dood, best of luck nak jadi abah/daddy/papa or whatever la baby going to call u soon.. aku rajin gak baca blog ros.. wish her best of luck too, nak go thru the 9 months moment.. bukan semua org blh rasa.. bnykkan bersabar... anyway, aku insyaAllah bersalin dulu dr ros.. :) doakan aku selamat gak ye..
haha...tgelak aku...nice blog..aku ske blog yg mcmni...
semoga puan rose selamat melahirkan bby mr right..AMIN...
lupa lak nk bgtau...ko ngan aku smer la...sjak ada ingatan dh ada sindrom2 org pregnant ni...esok2 kalau aku pregnant btl2 xtau la mcmner rupenya....heeee
hahaha, btw congrats for ur wife pregnancy.
ermm, btw mlm ni lawan wigan, menang kalu tinggal lagi 1point EPL champ laaa.. team tu tnggu la 20 taun pulak, wakkaakakaka
hua!hua!hua!xpe,bio cumel,janji sehat kan?menurut pengalaman mengandung aku lah kan,kalo si ibu tu rajin bergerak,buat keje,naik tangga sumer kan,mudah nnti bersalin.tapi ape pun sumer ketentuan tuhan.aku tau cane perasaan ko&wife.bykkan berdoa.mkn benda2 yg berkhasiat.time2 gini ko&wife kene slalu sembang2 dgn baby dlm perut tu.bg baby tu happy masa nk kuar nnti.xdela dia takut2&wife ko lama kene tunggu kt labor room.hehe.pengalaman...
tahniah...
rezeki kau dah nak sampai...
anak, anugerah paling berharga dari semua harta yang ada dalam dunia ni...
mr right,
dah plan nama anak tak???
kalu dah ade citer2 skit sini....
teman rasa kome ni kena masuk The Biggest Loser utk turunkan berat badan. :)
Tahniah la yob. Kome dh nk jadi ayah dh. Smoga berbahagia hendaknya
aku sntiasa doakan keselamatan kak ros ngn baby korng..
InsyaAllah semuanya akan selamat yea,sebenarnya aktiviti naik turun tangga tu elok utk orang mengandung,apatah lagi kalau jalan banyak2 ( time shopping ajerla kalau nak tgk org pompuan jalan bagai nak rak )sebab insyaAllah masa nak melahirkan baby nanti lebih mudah,kata orangla.Tapi ikut pengalaman dari kwn2 mmg pun.
Dalam tempoh 7 bulan ke atas ni,kena jaga baik2 yea.sgt penting.ini jerla nasihat serba sedikit yg boleh kongsi.Apapun,moga Allah memelihari kedua2nya..eh..tambah dgn bapaknnya sekali.ehehhe
dood n rose,
nak share skit..dah tujuh bulan ni hang ready2 le minyak panas ke ape2 yg patut..rasanye nanti rose maybe akan kerap cramps kaki..cam wife aku dulu kerap cramps time tido n kekdg tgh tido..so time tu dood tolong2 le urut2 buat cam ne kalu player bola cramp..tu yg aku buat le time bini aku cramp..sbb sejuk sgt kekdg tu..
then tahniah le nanti bertambah2 le rezeki hang duk..psl ngidam plak kalu nak ape tu carikan je la..kalu tak jadi cam anak aku 1 lebih gak le air liur meleleh2..sbb dulu bini aku ade ngidam benda tp aku tak jumpa cari time tu sbb bkn musim dia..cucur cempedak..senang je nak cari tp time tu takde palk cucur cempedak..dari kl ke kg aku cari tak jumpa..siap tanya semua family n fren takde gak..tu org tua2 le cakap..kalu tak dapat nanti anak terliur le..ahahha..ape2 pun selamat mengalami experienced 9 bulan ni la..
Tekejut td,igtkn masalah lagu mana. Takdak masalah dgn baby, alhamdulillah. Kak ni ada anak istimewa,jd sensitif sketla kalu ada unborn baby yg bermasalah.
Semoga mudah belaka nanti. Byk2 doa mtk mudah belaka.
Off topic sikit (banyak ni..);
Overall wins Manchester United 68 -Liverpool¬ 59
Manchester United 18 League titles equal Liverpool 18 titles. (zaman bila ya Liverpool menang, maybe zaman my father or may grandfather)
Manchester United 11 Fa Cups - Liverpool 7
Current Holders of - Charity Shield, World Cup Club, Premiership, Chmpions League, Carling Cup.
Liverpool Holders of - Old record of european¬ titles, err Gerrard individual award doesnt really compare to all Ronaldo's, errr Benitez trying to play mind games and losing, beating Man U twice and still 4 points behind!
Theatre of Clowns became Theatre of Reality and not dreaming anymore...
p/s - Boleh delete kalu tak suka...
syasya,
Amin. Dah lama tak masuk? Knp?
Ano1,
Thanks. Amin.
akukaya,
Rumah bawah mahal la Shah Alam. Lagipun aku dah biasa dengan jiran2 sana. Sayang lak nak tinggalkan. Dukung? Ermmm... ok gak tu.
yan,
Semoga ko dan wife aku dua2 selamat. Amin...
neewa76,
T.kasih. Amin... Kalau dah ada sindrom tu, kalau pregnant nanti double la kot. :).
azroy,
Tunggu 20 Tahun? Wah... mcm tajuk lagu. Congrats.
anis,
Kurang best sebab sembang ngn baby dlm perut dia tak menjawap percakapan aku. Hahaha.. sekadar ketuk2 perut je.
miekabo,
Dah ada yang dishortlistkan. Nanti lah. Maybe lepas lahir then aku minta pendapat korang...
hatifi,
Tula, rasa mcm nak join Gym je masa tengok rancangan tu.
anggerik ungu,
Thanks.
RenieDaniel,
Hopefully betul apa kau cakap. Sebab wife aku memang rajin berjalan. So, harapnya mudah masa bersalin nanti.
piye,
T.kasih. Memang aku dari awal pregnant lagi dah rajin mengurut. Member perumahan aku yg pesan. So, memang aku spent few minutes sblom tidor urut wife. Cuma masalahnya kalau aku takde, aku outstation. Tu yg aku risau tu. Leleh air liur tu, betul ye. Aku ingat cakap2 org je. Fuh!
Mommy Lyna,
Oooh... Insyallah, memang selalu berdoa. Harap2 everything ok.
Abikhsan,
Wah... siap dgn fakta semuanya. Congrats la. Memang pedih hati bila bayangkan Liverpool cuma kalah 2 kali dalam liga. Dah berjaya tak kalah dengan top 4, belasah champion 4-1, tapi still tak menang liga. 7 home draw betul2 merugikan.
Hahaha... takkan komen kualiti mcm ni aku nak delete.
Post a Comment