Friday, April 17

Poll Result (Reality TV Show), New Poll (Najib)

Seperti biasa, bila poll kat sebelah terima lebih dari seratus feedback aku akan tutup dan create poll baru. The poll reached 100 response tepat pada masa aku tidak ada idea nak membebel, so boleh aku selitkan poll result sebagai posting baru dan mengelakkan blog ini bersawang.

Ok... last poll adalah pasal reality tv show pasal nyanyian. Sekarang di TV ada Akademi Fantasi, One in a Million dan Bintang RTM serentak di ketiga-tiga channel. Kemungkinan besar tiada nilai sms berjuta ringgit ditumpukan kepada sesuatu program sahaja. Mesti ramai peserta yang kecewa sebab mereka tahu mereka tidak berpeluang jadi Mawi 2, banyak saingan program reality serentak bermakna kurang publisiti seterusnya membataskan peluang mereka menjadi fenomena baru menggantikan Mawi yang nampak dah suam-suam kuku. Tapi Nabil yang hanya jadi champion rancangan kurang popular (berbanding AF dan program nyanyian yang lain) masih berupaya jadi artis paling popular di ABP-BH.

Ini result from previous poll.


Cukup tak program yang ada sekarang?



Sekarang follow program apa?



Pemenang sepatutnya ditentukan oleh....



Product terbaik setakat ini.....



Disebelah ada poll baru. Lebih serius sedikit. Sempena 'keseronokkan' dapat Perdana Menteri baru aku nak tanya pendapat rakan-rakan disini pasal Pak Lah dan Najib. Kalau tengok poll tu, semua soalan cuma ada 2 jawapan, kecuali soalan terakhir. Itu soalan yang paling penting aku nak tahu jawapan daripada kawan-kawan disini.

Soalan itu - Siapa 'penasihat' Najib?

'Penasihat' disini bermaksud pihak yang membantu beliau dalam buat apa jua decision. To run the country memang lah ada kementerian-kementerian yang berkenaan. Setiap kementerian ada fungsi masing-masing. Cuma contoh terbaik masa nak rombak kabinet, siapa yang advise Najib pada pendapat korang. Siapa nasihat Najib to choose which minister to be drop, create new ministry, pilih calon senator and so on.

Aku dah tanya ramai orang, nobody manage to give concrete answer yang boleh diterima. Dulu masa zaman Dr. M aku dapat info dari seorang billionaire (tak ramai billionaire di Malaysia) yang Dr. M ada penasihat sendiri. Ada 4-5 orang yang very close to him even boleh call dia tengah malam. This experts will never become kaya raya. They seriously want to serve Dr. M and Malaysia, mereka benar-benar ikhlas. Pada zaman Pak Lah pula ramai cakap even Dr. M sendiri cakap budak-budak tingkat 4 yang advise Pak Lah. Ramai percaya inilah kesilapan Pak Lah berbanding Dr. M, penasihat peribadi Pak Lah jadi kaya raya sedangkan penasihat Dr. M tidak. Wallahualam....

So, sekarang siapa penasihat Najib? Tolong jawap poll dan berikan jawapan, kalau takde pilihan jawapan yang sesuai dalam poll tu tolong nyatakan disini (komen). Adakah betul rumours yang cakap Najib suka pakai kain batik dalam rumah? Betul ke?

Chow... selamat berhujung minggu. Aku nak balik kampung... Perak, nak jengok mak aku.

15 comments:

Anonymous said...

LOSERFOOL KALAH!!!!!!! KAHKAHKAH

lankapo said...

bai,
ko nak kena ISA ke bai..

nak naik kan traffic pun agak2 la..

Rais Yatim nak menangkap blogger skrg

haha

Mr. Right said...

ano,
Heheh...ko ni sokong team mana?

lankapo,
Komen sebegini aku kena jawap cepat2 demi nak jaga reputasi.

Nope, aku takde niat nak naikkan trafik pun melalui posting ini. Kalau aku nak naikkan trafik aku akan buat title yg sensasi sikit, yg search engine friendly. Lgpun sblom2 ni byk posting sebegitu yg aku buat dan aku admit dlm posting tu yg posting tu hanya posting manggar. Takkan tanya soklan pun leh kena ISA.

lankapo said...

oooo nak buat kelakar..ok2 bukan nak cari populariti/traffic/hits/naikkan seo dll...

ok2 fhm..assumption aku salah lah ni

Bunga said...

Wakakakak...kelakar la najib berkemban. 1St time aku baca statement orang tanya pasal ni.

lankapo tu kawan ko ke mr. right?
Macam bau2 seorang yang busuk hati je. Hahahah..
dia atau mr. right yang nak naik kan SEO? padahal bagi aku yang aku baca tadi tu lawak jenaka or persoalan je dari Mr. Right.

kau ni org kuat Rais Yatim ke lankapo?

pesanan penaja untuk Mr. Right:

if lankapo ni kawan ko mr. right, takyahla buat kawan. Ramai lagi org kat luar sana leh wat kawan. bukan apa, setiap kali aku baca komen dia, semua yg berbau busuk ati. HakHakhak..

Bunga said...

La..nape ko tukar gambar tu Mr. Right?

Tak besh la gambar baru nih.

Fid said...

ok pa dia pakai kain batik
maju la industry batik


nelayan pakai kain batikkan?

lankapo said...

bunga,
wah wah sedap mulut je ko..
kata aku busuk hati..jgn lah jadik batu api..

aku caring dengan kawn aku...sharing is caring ok.

komen aku lebih kepada gurauan..mungkin nampak serius kut.

Bunga said...
This comment has been removed by the author.
Bunga said...

Wakakakaka Lankapo,

Aku nak jd batu api? takde maknanya.

aku bukan apa, just pelik,setiap kali terserempak ngan komen ko mesti ade ayat nak naikkan traffic or SEO. Aku ada jengah blog ko, tp takleh celen la blog nih. AhaAhkAHakahAk..

Apa2pun..Mr.Right..
Aku tetap suka baca blog ngko n banyak nasihat2 & pendapat yg aku boleh gunapakai..keep up ur good work!

Chow!

lankapo said...

ek eleh janji aku popular dari ko..
cuba ko type bunga kat google macam2 bunga keluar..

aku rasa ko bunga taik ayam kut haha

klu type lankapo..aku sorg jek lankapo mu ha haaha

Mr. Right said...

Lankapo & Bunga,
Dah2. Aku delete komen korang nanti.

Bunga,
Gi la kutuk Kapo kat blog dia. Hehehe...

Kapo,
Dgn org pompuan pun nak gaduh ke? Malu lah.

Mohd.Rizal said...

Assalam wbt & salam sejahtera.

Cubaan dan usaha anda menggunakan 'poll' dalam mempromosikan blog anda amatlah menarik dan berkesan juga. Sekurang2nya ia dapat mengurangkan tekanan minda untuk berfikir dan memerah otak jika hanya melayari penulisan2sahaja. Tahniah.

akukaya said...

janji jgn komen kat blog org lain kutuk kawan sendiri sudeh, hanya semata-mata nak naikkan trafic sendiri.... betul dood? hampeh siot kwn ko tu. keke....

Mr. Right said...

Mohd RIzal,
W'salam.

Terima kasih. Tapi niat aku takde la sebegitu indah seperti yg ko gambarkan, aku sekadar suka2 je.

akukaya,
Jangan diungkit lagi kisah lama. Kesedihannya kembali terasa. Hahahhaa.... Biarlah, dia nak jadi Problogger, insyallah. Nnt aku juga nak tumpang glamer.

Total Pageviews

. page counter