Wednesday, April 29

Indicator Yang Kita Dah Tua

Memang adat manusia tidak puas dengan keadaan diri sendiri. Budak-budak remaja akan bersungguh-sungguh nak berlagak dewasa, act seperti mereka dah kenal dunia kononnya. Then tidak kurang juga orang dewasa yang buat-buat tak kenal nombor dan pura-pura muda walhal ikut tarikh lahir dalam i.c perangai sepatutnya dah lebih matang.

Sebenarnya tua atau muda memang benda subjective, orang berumur 70 tahun akan pandang pakcik umur 50 tahun sebagai orang muda. Masa zaman sekolah cikgu fresh graduate pun kita sebagai student anggap sebagai orang yang dah tua.

Last week orang rumah jumpa rambut aku beruban, terus dia kata aku dah tua. Confirm lah aku tak setuju, sebab aku dalam golongan manusia yang ‘tak sedar diri’ yang perasan aku senantiasa muda… Hahaha… Uban atas kepala terhasil sebab aku banyak fikir, kajian saintifik membuktikan kepala yang ‘penat’ akan menghasilkan uban. Betul kan?

Jadi biar aku tolong listkan lain-lain indicators yang menjadi kayu pengukur kita dah tua atau belum. Kalau korang ada at least 2-3 benda-benda aku nak mention ni, maksudnya korang memang dah tua.

1. Budak-budak Panggil Kita Pakcik / Atuk
Masa beli barang atau masa jalan-jalan kat supermarket kalau ada budak panggil kita pakcik, makcik or worst atuk… maksudnya kita memang dah tua. Satu lagi, kalau ada kawan kita yang dah mempunyai anak, dan member kita tu kenalkan anak dia kepada kita sebagai uncle atau untie faham-faham sendiri lah, maksudnya memang kita dah tua.


2. Badan Sakit-sakit Bila Berjaga Malam
Ini memang pengalaman peribadi aku lah. Maybe very much related to my unhealthy lifestyle. Tapi sekarang ni, kalau aku berjaga malam for what ever reason (kerja, tengok bola, bersembang, driving, etc) esoknya badan mesti rasa lengoh gila. Rasa nak baring je. Minum la segala jenis air pemberi tenaga pun, still badan rasa nak rehat je. Compare to masa student dulu, tengok bola sampai 5 pagi, esok relax je boleh seat for exam. Lepas exam boleh continue bersukan dan malamnya tengok bola lagi. Kalau buat sekarang mungkin esoknya pula aku kena masuk hospital. Hahaha….


3. Kita Menyampah Dengan Mat Rempit
Majoritynya, tak kira remaja lelaki atau perempuan mesti mereka ada sedikit rasa kagum dengan mat rempit. Tengok mat rempit berani mampos bawa motor laju-laju akan lahir juga rasa seronok. Sebab tu mat rempit makin menjadi-jadi sebab mereka ada peminat mereka sendiri yang mereka perlu entertain. Tapi bila kita dah tua, perasaan benci dengan mat rempit akan menebal. Malah aku percaya mesti ada mat rempit sendiri yang jadi tua dan benci tengok mat-mat motor weng sana, weng sini. So, kalau kau rasa bunyi deruan motor mat rempit sebagai bingit dan menjengkelkan, percaya lah kau memang dalam kategori orang-orang tua.


4. Rasa Rugi Kalau Tak Tonton Berita Pukul 8
Aku ingat lagi arwah bapa aku dulu memang suka tengok berita pukul 8. Lain-lain time, tv memang untuk anak-anak, tapi pukul 8 kena bagi kat orang tua. Since masa dulu memang semua channel tayang berita pada pukul 8 malam, so anak-anak pun dengan sukarela pass remote tv kat parent mereka. Orang dewasa suka tengok berita sebab nak up to date dengan berita-berita terbaru yang effect kehidupan mereka. Harga minyak, barisan menteri baru, demam selesema burung, babi, lembu dan sebagainya. Jadi kalau kita sekarang suka tonton berita pukul 8, suka dengan berita-berita utama dan akan rasa sedikit rugi kalau termiss siaran berita, that a valid sign yang kita pun dah masuk alam dewasa atau lebih pedih dah jadi golongan tua.


5. Atlit Yang Sebaya Kita di Panggil ‘Veteran’
Kalau peminat sukan, dan tengok atlit sebaya kita dipanggil oleh pengulas sukan sebagai atlit veteran jangan lagi tak nak mengaku yang diri tu dah tua. Pengulas sukan takkan simply called any athlete veteran unless they really sure their status. But, again ada sesetengah sukan yang umur 20 something pun dah dikira veteran, macam gymnastic dan sukan terjun.


6. Geleng Kepala Tengok Fesyen Pakaian Celebrity
Bila tengok artis bergambar dalam majalah atau dalam tv semasa hadiri majlis anugerah kita akan confuse dengan pakaian yang mereka pilih. Confirm artis-artis tu akan pakai baju yang pada mata mereka cantik, tapi pada mata kita macam ada yang tak kena je dengan baju yang mereka pakai. Ada yang terlalu seksi, ada yang macam alien, ada yang macam baju tak siap, kaler tak matching dan macam-macam lagi. Kalau kita berfikiran sebegini aku rasa maksudnya kita dah tua, since memang pada pandangan mata orang tua-tua ada je yang kurang dengan fesyen pakaian terkini.


7. Tak Boleh Faham Slang Bahasa Terkini
Mungkin selepas beberapa kali dengar perkataan slang yang pelik-pelik kita boleh agak maksudnya, tapi still kita tidak faham kenapa perkataan tu wujud atau dijadikan sebegitu. Simple example, perkataan yang dipendekan seperti cerita jadi ’cer’, berani jadi ’beran’... kenapa perlu dipotong perkataan tu? Bukan untung sangat pun... Contoh satu lagi perkataan ’you all’ atau ’uols’, pelik aku dengar budak-budak perempuan cakap ’uols’ kepada kawan dia seorang, padahal ikutkan logiknya mestilah ditujukan kepada ramai orang ’you all’ atau ’anda semua’, kan? Pastu yang terbaru budak AF yang baru terkeluar tu cakap ’wok’, mana datangnya perkataan tu? Confuse.... Setahu aku WOK adalah kuali yang besar tu, kan? Takkan la mereka samakan kawan-kawan mereka dengan kuali.... Kalau korang pun confuse dengan slang-slang yang entah apa-apa tu, confirm korang pun dah tua. Otak veteran korang dah tak pandai nak main-main dengan perkataan-perkataan sebegitu.


So, sekali lagi aku pesan kalau korang ’terkena’ dengan beberapa points kat atas, bawa-bawa la muhasabah diri sendiri. Sedarlah diri yang kau dah dewasa (if not tua) then jangan nak berlagak muda. Pandai-pandailah adjust perangai untuk jadi orang dewasa, kalau tak tahu cam mana perangai orang dewasa, perbanyakkan tonton drama melayu kat TV, lebih afdal saluran TV9 atau Astro Oasis.

For the record, none of the points kena dengan aku. So, confirmlah aku still muda belia. Hahahha...


Kalau aku selitkan beberapa gambar dalam posting ni mesti lagi cantik, kan? Nanti-nantilah kalau aku ada masa...

Comments for previous posting pun aku tak sempat nak reply, aku akan reply petang nanti, kalau aku free sikit.

17 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

aku pon ade gak terkena kt point2 tu.yg paling aku heran,aku dulu mmg tak ske tgk brita.tp da duduk luar2 dari msia ni,walopon xde kt tv,aku tgk brita dari tenet gak.hahaah!betol la dude ko nye indicator tuh.tapi,cheh,takkan 1 pon ko xkene.muda ler kunun.kakakaakka!xbley bla,ko nih.

Anonymous said...

Lagi satu point lagu. Kalau korang tak boleh masuk lagu2 band indie yg macam2 tu confirm korang dah tua.

akukaya said...

semua point ada kat aku kecuali tgk berita pkl 8 mlm. dulu ye, tp sejak sibuk dgn bisnes, mmg jarang tgk.

tp point rempit tu mmg betul2 sgt. dulu siap kena kejar gn polis sbb merempit. skrg kalo tgk mat rempit, habis aku menyumpah. bawa motor pun skrg slow je. tp kalo bawa kereta mcm setan. keke...

Anonymous said...

Kalau korang rasa korang muda sgt try chatting dgn budak2 dlm chat room. Confirm akan ada perkataan yg korang tak paham. Itu belum masuk bab sms lagi. Try laaaa

Anonymous said...

Lagi satu point lagu. Kalau korang tak boleh masuk lagu2 band indie yg macam2 tu confirm korang dah tua.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Komen item No. 4 pasal Berita. Bukan aku nak hipokrik, tapi since PRU 12 Mac 08 aku dah tak tengok Berita baik RTM or TV3. Anak aku pun notice benda ni... Aku rasa korang pun tahu kan reason why viewers dah abandoned news kat TV.

Aku sanggup berjaga mlm tengok ulangan Sportcentre Ch 812 jam 12.30 mlm kalau aku miss live 10 mlm punya. Of course kena tunggu dan nak tengok especially bila ada siaran babak menarik MU score goal ... ha ha ha ....

Means aku masih muda lagi kot....

Mek Rose said...

Alamak..tak ngaku tua lak dah..huhuhu..

rasanya la kan..semua yang incey aku betul listkan tu..semua ade kaitan ngan dia...kikikikik...Oppss..pecah tembelang.

dah tua la ye..hmm..ngaku jela..:-P

notti netti said...

alamak....cam serupa jer perangai saya ngan tajuk2 kecik tu...alamak...dah nak tuoo dah.....

Fara said...

i ols mmg tak fhm ngan points yg u ols cer sampaikan nih wok!! ... biar betik u ols nih dah ada uban wok!???

i ols sampai skang lom suker tgk berita perdana ...


cuma satu je wok, org tua2 biasanya rajin gebang2 lepak minum kopi sampai lewat malam .. so, bila lagi .. jom ahh ..


ada beran???


pis awok!

lankapo said...

aper pun wok dh keluar..tpi mungkin kah akan ada AF masuk..

tianglampu said...

"For the record, none of the points kena dengan aku. So, confirmlah aku still muda belia. Hahahha...
"

"2. Badan Sakit-sakit Bila Berjaga Malam
Ini memang pengalaman peribadi aku lah"

aik ahahaha.

2,3 dgn 7 ..dan aku baru berumur hampir 24 tahun

p/s: WOK tu apa??

Mr. Right said...

anis,
Org m'sia dok oversea memang ramai yg suka folo berita m'sia, kan. Even sumtimes lebih tau dari org yg dok dlm negara.

Ano 1,
Mungkin gak betul, tapi mzik lain since budak remaja pun ada yg suka folo muzik lentok. Hehe...

akukaya,
Haha... Ohh, ko lah mat rempit pencen yg benci ngn mat rempit tu ye. Patut k'jaan cari mat2 rempit yg pencen ni utk buat ceramah motivasi ngn mat2 rempit skrg.

Ano 2,
Hahaha.... mmg confirm blur la kot.

abikhsan,
Ko tgk la berita Awani or Bernama TV, tak la bias sgt.

Tahniah Mangkuk beat budak2 Arsenal 1-0.

Rose,
Hahaha... belum tua lagi. Maybe dah sedikit dewasa. Boleh jadi ahli Pemuda UMNO lagi.

notti netti,
Kalau semua points kena, dah nak sampai tahap auntie atau nenek dah tu. Hahahah....

fara,
Wahhh! Melampau gaya penulis muda ko. Nampak sungguh keremajaannya. Nak lepak sampai tgh mlm? No problemo. Kot anak2 ko meragam je.

lankapo,
Mesti ada punya. Astro akan pastikan Sin Chan masuk semula.

tianglampu,
Alamak, tak seragam ke statement aku? Yela2... ngaku lah aku dah tua/dewasa. Hopefully beberapa bulan lagi aku akan jadi bapa orang. Amin....

Wok tu kuali...

Anonymous said...

SATU LAGI POINT,KALAU NAK BACA SMS TERPAKSA BUKA CERMIN MATA ATAU BAGI YANG TAK PAKAI CERMIN MATA PULA KENA JAUHKAN BAHAN BACAAN BARU BOLEH NAMPAK JELAS.

MalayMind said...

Selagi AkuBetul merasakan dirinya muda, selagi tulah mmg patut aku, Lankapo dan rakan-rakan rasa.

Kadang masalah juga kalau tak rasa tua ni. Yelah, ambik ringan je persiapan nak ke sana tu.

Cakap kat diri sendiri.

neewa76 said...

tergelak aku bce point yg ptama tu..aku kne pgl makcik mse umo aku baru 18 thn..try imgine bpa tuanya aku...hakhakhak

Unknown said...

aku teringat list pasal jika anda anak yang lahir tahun 80an tuh .. klu ko tak tau aper itu smurfs , flashman .. anda mmg tua bangka .. haha

teek said...

itu bukan takde tua dood, itu tandanye kita ni wiser ;) stuju anak2?
stujuuuuuuuuuu....

my 'wiser' entries. tak reti nak 'embed' lah.

http://teeklebone.blogdrive.com/archive/248.html

http://teeklebone.blogdrive.com/archive/197.html

Total Pageviews

. page counter