1. Aku Tak Nak Masuk Penjara
Kalau dulu aku memang suka komen isu-isu sensitive, tapi kawan-kawan dah ramai ingatkan aku supaya jaga-jaga sikit. Kes pembunuhan Altantuya sedang dibicarakan, silap haribulan nanya je aku kena tuduh mencampuri urusan mahkamah. Sebab kalau aku komen selalunya aku akan kutuk, buat asumption sendiri dan berterus terang, bukan macam tulisan wartawan dalam newspaper yang penuh berlapik, berkias dan bermuka-muka.
2. Tidak Akan Dapat Conclusion
Kisah pembunuhan Altantunya umpama misteri yang tidak akan terbongkar. Even wartawan profosional French yang tulis berita ini di sana pun banyak buat asumption sendiri dan tutup article beliau dengan persoalan. Jadi kalau sesiapa pun ulas isu kes pembunuhan perempuan Mongolia ini akan terus melontarkan soalan demi soalan kepada pembaca, bukannya kesimpulan beserta jawapan.
3. Tidak Tahu Cerita Sebenar
Susah nak bezakan cerita sebenar atau cerita omongan. Sama juga dalam perkembangan politik di Malaysia, kita sebagai rakyat sukar nak dapat cerita yang betul-betul boleh dipercayai. Adakah cerita yang diprintkan dalam Utusan, TheStar, NST boleh dikira sebagai berita sahih? Adakah berita yang dibaca oleh newscaster di kaca tv boleh diiktiraf sebagai berita tepat? Confirm ramai tahu jawapannya. So, mana sumber berita yang boleh dipercayai? Blog? Cerita kedai kopi? Atau article tulisan warga asing? Jadi sukar nak komen pasal pembunuhan Altantuya kerana banyak sangat versi cerita yang kita dapat.
BUT, rasa macam ada kejanggalan dalam hukuman mati yang dijatuhkan kepada orang kena tuduh kes ini. Ada beberapa email dan pesanan YM yang beri pandangan kepada aku dan minta aku komen. Jadi taknak mengecewakan kawan-kawan (cewahh...!) Aku campakkan juga pandangan aku pasal isu ini disini.
To play save, I will not give any opinion base on unofficial source, mentioned any unrelated individual, and only referred to collective info from news produced by Malaysia’s main stream news agencies. And sorry, as I mentioned earlier there will be more question than answer from here onward.
Macam biasa, point by point….
1. Motif Pembunuhan
Semua orang raised this question. Karpal Singh orang pertama buat media statement and told reporter the motive of the murder still unclear. For very rare occasion, we must agree with Karpal this time. Azilah and Sirul in their early statement even mentioned Altantuya as “perempuan Cina”, so for sure they have no idea siapa perempuan tersebut. Dalam cerita orang putih selalu aku tengok perbicaraan akan dahulukan motif sesuatu kejadian jenayah. They will dig even the smallest possibility to find out the motive. But hairan bin ajaib dalam kes ini motive pembunuhan tidak dinyatakan. Kalau dikatakan both of them follow instruction, and then who the hell gave the instruction? Don’t they think he or she shall be punished too? At least mahkamah patut ambil jalan mudah dengan cakap both of them tidak siuman, kan? Reka-reka lah sijil gila tu….
2. Siapa Tahu Wajah Sebenar Azilah dan Sirul?
Tidak ramai penjenayah kes bunuh ‘dibenarkan’ cover wajah mereka oleh pihak berkuasa. Walaupun mereka akan cuba cover dengan pelbagai cara tapi still wartawan akan berjaya dapat snap wajah penuh mereka. Ini tidak, both of them boleh tutup the whole face even kadang-kadang mereka pakai special mask lagi. Another mystery here, even though sometimes reporters failed to captured the face luar court, but newspaper will still publish their old photos. But again, not for these two. I believe there is no print media brave enough to display both Azilah and Sirul face. Why?
Kalau dalam plot movie Hollywood cerita sebegini akan diteruskan dengan mereka berdua akan ‘terlepas’ tali gantung dan diberikan identity baru. Tapi ini bukan film Hollywood, kan? Or maybe it is….
3. Siapa Approved Bawa Keluar Bom?
Semua orang cakap mayat Atlantuya diletupkan dengan sejenis bahan letupan yang mengandungi Pentaerythritol Tetranitrate (PETN) dan Cyclotrimethylene Trinitramine (RDX), ianya dipercayai boleh dikategorikan dalam keluarga C4, dalam erti kata mudah sejenis bom yang agak kuat. Azilah dan Sirul adalah kakitangan bawahan yang tidak mempunyai kuasa bawa keluar bom yang boleh meruntuhkan sebuah bangunan kecil. Jadi persoalannya (soalan lagi), siapa approved bahan letupan tersebut dibawa keluar? Kalau both of them stole the bom, there should be separate case altogether. At least Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu mulakan kertas siasatan dan let public aware about the investigation. Kalau bawa keluar pistol pun boleh jadi kes besar dan keluar font page newspaper, takan bawa keluar bahan pemusnah berkuasa tinggi didiamkan sahaja. Don’t get me wrong here, I not simply try to suggest there might be some high rank individual involvement, aku nak minta kerajaan siasat mungkin ada kakitangan kerajaan yang cuai. Kalau mereka berdua boleh bawa keluar bom semudah itu, tidak mustahil banyak lagi bahan-bahan bahaya lain yang berjaya diseludup keluar dari bilik simpanan pihak berkuasa, kan? Ini membahayakan keselamatan awam dan suatu pembaziran sebab beli bahan letupan itu pun pakai duit cukai yang kita semua bayar setiap bulan.
Ada banyak lagi soalan yang boleh dikeluarkan. Aku malas nak listkan lagi, pergi lah search keyword yang berkaitan di search engine, boleh jumpa banyak blog-blog yang komen cerita ini. Aku malas nak jadi blog ulang tayang dengan rewrite all the questions again and again without anybody manage to give any concrete answer. Sebab jawapan yang kita nak dengar berbeza dari setiap individu…
1. Ada yang nak lihat mereka berdua dihukum (tak kisah gantung atau penjara), seterusnya siasatan diteruskan untuk cari siapa lagi yang terlibat…yang bagi arahan, yang cuai jaga bom, yang delete data kemasukan mangsa ke Malaysia… dan banyak lagi.
2. Ada yang mahu wajah tertuduh dipaparkan sejelas-jelasnya agar teori ‘filem Hollywood’ dimana mereka akan diberi identity baru boleh dibuang.
3. Ramai juga nak tahu apa sebenar tujuan mangsa datang ke Malaysia. Komisen jual kapal selam tu betul ke bernilai jutaan ringgit? SPRM taknak siasat ke?
4. Terdapat juga yang terlebih ambitious dan percaya semua cerita seterusnya menunggu Datuk Seri Najib kena hukum, baru lah mereka akan berpuas hati.
5. (Related to point 4) Tidak kurang (termasuk aku) nak lihat kerajaan melalui apa juga agency mengambil tindakan kat blogger, pemberita, penulis artikel online sehingga wartawan Perancis yang berani kaitkan kes ini dengan Perdana Menteri kita sekarang. Ada sesetengah yang cukup berani tulis teori ala novel tentang kaitan Datuk Seri Najib dengan kes pembunuhan ini. Kalau boleh aku nak tengok kerajaan heret mereka semua ke mahkamah (bukan hanya Raja Petra seorang). Ataupun adakah kerajaan tahu ini adalah kes ‘tak tumbuh, tak melata’?
Kan betul aku cakap banyak persoalan dari jawapan. Aku kira ada 18 tanda soal ( ?) dalam blogpost ini. Apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia patut letak 100% kepercayaan kepada sistem perundangan dan pihak berkuasa kita sendiri. Kalau kita tak respect, takkan nak harap warga asing hormat pula. Kita harapkan mereka telah dan akan handle kes pembunuhan ini dengan bijak dan adilnya. Selebihnya kita serahkan kepada Allah yang maha mengetahui dan maha berkuasa untuk jalankan tugasNya.
15 comments:
tak tau nak ckp ape dah..sbb pendapat engko sama dgn aku..
Tak nak komen....
Boleh kena charge menghina mahkamah atau mengganggu proses rayuan mereka...
Salinan Kenyataan Beramaran Sirul
http://2.bp.blogspot.com/_tK0zLHQlrw0/SbCqYbTuyrI/AAAAAAAACTo/efyDmA_0DV4/s1600-h/sirul1.jpg
http://3.bp.blogspot.com/_tK0zLHQlrw0/SbCqYO0QTiI/AAAAAAAACTg/7d4YhYZU0JY/s1600-h/sirul2.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_tK0zLHQlrw0/SbCqXgF_F6I/AAAAAAAACTY/jG53e8-ONMw/s1600-h/sirul3.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_tK0zLHQlrw0/SbCqXA-Rh_I/AAAAAAAACTQ/oGNlZ2nVSiU/s1600-h/sirul4.jpg
http://1.bp.blogspot.com/_tK0zLHQlrw0/SbCqWdWRmNI/AAAAAAAACTI/UJQqSAkxi0s/s1600-h/sirul5.jpg
Pada pendapat aku, kes high profile memanglah macam tu. Lagi dijawab, lagi banyak soalannya. Tambah lagilah kalau tidak dijawab.
Tapi pada aku, kita kena balik to the very basic. Beban membuktikan adalah tetap pada orang yang menuduh.
Ini termasuklah menuduh Najib dan Razak Baginda menjadi dalang pembunuhan Altantunya ataupun kes Saiful yang menuduh Anwar meliwatnya.
Orang yang menuduh perlu mengemukakan buktinya dulu barulah yang dituduh dipanggil membela diri.
Semua ini boleh dikemukakan di mahkamah sebenarnya. Berpuluh pemerhati bebas ada di situ kalau pun takut tak dapat keadilan.
Kalau sesiapa ada bukti, kemukakanlah kepada mahkamah untuk membebaskan Sairul/Azilah dan sekaligus membuktikan Najib/Razak Baginda adalah dalang.
Lainlah kalau bukti pun tak ada.
aku kesal...aku kecewa...aku sampai tak tau nak cakap apa lagi...since kes ni di buka aku follow..walaupon banyak yang aku tak puas hati dgn kes perbicaraan ini...aku kesal aku kecewa aku tidak dapat bersuara..bukan takut dgn bayang2 sendiri...dood memang banyak persoalan yg belum terjawab dan aku harap persoalan2 ni sume akan terjawab satu hari nanti..Semoga Allah merahmati hidup kita semua..
sehebat mana perundangan ciptaan manusia mrk ttp tak buat keputusan seadil2nya. Hanya ALLAH yang MAHA ADIL. kat "sana" nnt, hakim dan para pelakon akan dipertangungjawapkan atas segala perbuatan mrk. jika mrk sengaja utk tidak adil, ada la ganjaran "baek" punya utk mrk.
Komen Ano yang ada banyak link.
Aku bawa kereta nampak biawak or anjing melintas pun brek emergency takut mati pulak menatang tu... Inikan pula acu dan tembak pistol kat kepala orang....
salam,
aku ucapkan selamat jalan dan salam pengembaraan ke alam barzakh kepada mereka berdua kerana kebijakan mereka, hayatiilah pengembaraab yang menyeronokkan itu.... babai sirul babai azilah....
salam.... aku dah lamer tak masuk kat blog neh... hehehhee... bz gle... huhuhu.... tapi aku tertarik ngan kes atau artikel neh.... siyes aku ase 2 ekor tuh cuma kambing hitam untuk mengaburi mata masyarakat... kiter takkan tau ble gak nyer 2 ekor tuh mati, or saper identiti yang sebenar... aku memang percaya sangat3 yang kes neh memang berkait rapat ngan orang kuat dalam negara kiter neh... tapi biaselaa... orang yang high profile neh mestilah lepas... negara kiter punyer sistem neh bacol.... bkan skali neh aku dengar citer neh... aku maleh nak cakap banyak laaa... dah lamer tak masuk sini kan... hahahahaa.. aku nak rikues najib supaya tunjukkan hukuman yang dijatuhkan kat 2 orang tuh secara live... negara len bleh wat takkan ler kiter tak leh wat?? atas sebab aper?? taknak aibkan saper2?? kalo yang lucah2 macam luar negara tuh takder la plak saper2 nak malu kan??? lalalalalala.... ;p
Off topic...
Yahoo... for second consecutive year 3 English cup in UCL semis. Inclusive Red team... Ooppp sorry, not The Red but 'Red Devils'...
LOSERFOOL kalah......yahooooooo
ape bender la korang duk sokong red devil tu
dah sah2 setan maksud dia
YNWA
ano1,
Aku rasa majority rakyat m'sia berpendapat sebegini.
abikhsan,
Hehe... sikit2 takpe kot. Gurau2 je, bukan buat apa2 tuduhan.
ano2,
Thanks for the info. Aku dah baca dulu, tapi aku rasa ramai gak org lom baca statement tu.
malaymind,
Wah, dlm kes ini pun ko sound bias to government, fuh!... kagum aku dgn tahap taksub ko dgn BN.
ano3,
Kita hanya boleh mengharap.
akukaya,
BEtul... semoga Allah tunjukkan sedikit balasan di dunia untuk kita jadikan iktibar. Amin.
ano4,
Ko ckp mcm confirm mereka kan digantung je. Rayuan dulu lah. Ish..ish..
lalala,
Sibuk2 pun apa salah jengok2 blog aku kejap, aku pun update beberapa hari sekali busy jgk. Aku pun rasa mcm ada org atasan yg terlibat, siapa? Ntah lah...
Abikhsan,
Nak kena komen gak ke pasal Pool kalah ni? Aduhai... cewahh... koran g pun, lepas M.U layak baru berani bersuara. Tunggu sehari dulu tu... Heheh... Takpe la, gud luck. Takkan takleh beat bdk2 Arsenal kot...
Alah, MU tu kalau ngan Liverpool cinta atiku takde maknernyee..
kalah manjang
Ngan team lain boleyla nak berlagak..ditenyeh oleh Pool kat Old Toilet lak tuh..memalukan ajer..Hakhakahak
Post a Comment