Thursday, April 2

3rd April – Tarikh Penting

No doubt tomorrow is one of most important day in Malaysia history. Esok kita sebagai rakyat Malaysia akan mendapat perdana menteri baru. Pagi tadi Sultan Mizan terima peletakan jawatan Pak Lah dan insyallah esok pagi Najib akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Mizan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6.

Banyak khabar angin yang mengatakan konon-kononnya Pak Lah tidak akan letak jawatan, beliau akan cari jalan untuk kekal sebagai prime minister walaupun terpaksa melepaskan jawatan presiden UMNO nampaknya meleset. Aku menang bertaruh dengan pakcik kafeteria office aku, next week dia kena belanja aku makan di Pelita, SS2. Hahaha…


Aku malas nak join debat kenapa Pak Lah terpaksa ‘bersara’ awal dan apa agaknya yang Najib boleh berikan kepada Malaysia. Pastinya ramai blogger yang penuh confident campak pandangan mereka. Instead aku cuma nak ucapkan terima kasih dan cuba listkan apa ‘jasa’ Pak Lah kepada Malaysia selama beliau jadi perdana menteri.


1. Makna Baru Kepada Perkataan Tidor.


Jika dulu kita akan bayangkan tidor hanyalah di atas katil, sambil peluk bantal. Tapi Pak Lah telah mengubah persepsi itu kepada duduk sambil menongkat pipi sebagai tidor yang sebenar. Mungkin ramai juga boss-boss yang meniru aksi ini sambil dengar presentation anak buah or masa dalam meeting yang boring. Kalau sebelum ini kita akan rasa malu or bersalah, tapi semenjak Pak Lah jadi perdana menteri, tindakan tidor dalam majlis bukan lagi perkara yang memalukan. Terima kasih Pak Lah.


2. Blogger Bertambah Creative
.

Dek kerana banyak sangat kutukan yang ingin dilemparkan kepada Pak Lah, blogger-blogger Malaysia masa zaman Pak Lah bertambah creative. Ramai yang belajar Photoshop semata-mata nak ‘lucukan’ gambar Pak Lah. Jadi kita patut ucapkan jutaan terima kasih kepada Pak Lah kerana menggalakkan industry blogging di Malaysia.


3. Hubungan Keluarga Sangat Penting.


Masa zaman Dr. M kita tidak dapat lihat sangat hubungan beliau dengan family. Tetapi pada zaman Pak Lah memang jelas dan nyata beliau sangat mementingkan nilai kekeluargaan. Hubungan erat beliau dengan anak menantu menjadikan bukan sahaja anak menantu diangkat sebagai pemimpin politik, tetapi kawan-kawan anak menantu pun dapat tempias kekayaan negara. Sifat kebapaan beliau patut dicontohi oleh semua kaum bapa di Malaysia.


4. Menguatkan Pihak Pembangkang Parlimen
.

Tidak boleh tidak kita mesti berikan credit kepada Pak Lah kerana somehow Pak Lah telah berjaya mengukuhkan parti pembangkang di Parlimen Malaysia. Kita sebagai rakyat kini boleh mengharapkan at least kehadiran penuh wakil rakyat BN di parlimen kerana kalau ramai yang tidak hadir kemungkinan BN kalah masa mengundi apa-apa usul.


5. Kahwin Baru
.

Kehilangan isteri tercinta semestinya menyedihkan Pak Lah. Aku tidak teriingin nak sentuh kisah itu, cuma aku percaya tindakan Pak Lah kahwin sekali lagi mungkin telah memberikan sedikit semangat kepada duda-duda di Malaysia untuk kahwin baru selepas kehilangan isteri, kan? Kalau ada yang buat kajian mesti lepas Pak Lah kahwin sekali lagi jumlah pendaftaran duda berkahwin pun meningkat…


Ok, cukup lah kot. Intention aku sekadar nak buat lawak sahaja. Aku tahu selain dari benda-benda tak penting dan lucu diatas banyak lagi jasa Pak Lah kepada negara. Switch to serious mode, jasa-jasa sebenar Pak Lah pada pandangan mata aku:

1. Melangsaikan ’hutan piutang’ Dr. M.
2. Membangunkan beberapa wilayah koridor di setiap bucu negara.
3. Cubaan berani memperbetulkan sistem kehakiman.
4. Cubaan membenteras industri rasuah.
5. Menitikberatkan sektor pendidikan (elaun khas guru, mansuh yuran peperiksaan, bajet besar untuk biasiswa, etc.).
6. Bertindak bijak masa masalah ekonomi, at least kita tak seteruk negara-negara lain.
7. Kebebasan berpolitik compare to zaman Dr. M. (at least ketua pembangkang boleh berdebat live di national TV).

… dan aku percaya ada banyak lagi jasa-jasa Pak Lah yang aku tidak tahu.

Terima Kasih Pak Lah!

----------------------------------------------------

Selepas ini 3rd April akan dikenang sebagai tarikh Malaysia dapat Perdana Menteri baru. 3rd April juga sebenarnya sangat penting kepada aku. Dah beberapa tahun aku spend 3rd April dengan penuh menarik dan kadang kala romantic.

3rd April adalah tarikh lahir isteri tercinta aku, Roslina Bt. Muhamad. Kalau tahun-tahun sebelum ini aku celebrate birthday dia as boyfriend atau tunang… this year tahun pertama celebrate sebagai suami. Aku nak minta sedikit ruang di dalam blog ini untuk ucapkan....

to my beloved wife…I love you sooooo much! Semoga baby dalam perut makin sihat, sama sihat dengan ibu dia yang makin hari makin cantik.

(Self confess, aku memang jiwang. Hahahaha…)

Chow... esok one whole day aku meeting dan site visit di luar office, so aku ucapkan selamat berhujung minggu. Aku akan balik kampung Terengganu, wife nak celebrate birthday dengan ibu tercinta.

6 comments:

neewa76 said...

dlm lawak2 yg ko bg tu ada jgk kebaikan yg pak lah buat ek...tu yg aku salute(btl ke eja ni)kat ko...TQ PAK LAH

Happy Besday pn.ROS....

Ab Razak Hj Ahmad said...

Ingat Pak Lah... ingat Islam Hadhari...

Anonymous said...

Antara jasa Pak Lah yg aku akan kenang adalah menaikkan gaji kakitangan awam sehingga 25%.Bagi elaun cola RM300. Huah ha ha ha Thanks

lankapo said...

Pak Lah rebah kerana Tun ..dan menantu..

Happy Birthday Puan Ros, elok2 jln jauh tuh yerkk..

Abg Dud, klu ngantuk berenti yerr tido dulu

Mr. Right said...

neewa76,
Yela, takkan takde lansung kebaikkan Pak Lah, kan?

abikhsan,
Hehe... Najib tak continue konsep Hadhari ke?

ano,
Hehehe... Pak Lah memang baik dengan kakitangan k'jaan.

lankapo,
Memang aku selalu tidor on the way balik Ganu. 7-8 jam... penat bawa keta. Makan banyak2 then tidor dulu 1-2 jam. Hahaha...

brat2104 said...

huhu..ye.. aku setuju.. pak lah susah sikit nak naikkan negara sbb dia kena langsaikan hutang yg tertangguh. dah setel hutang lama, baru lah boleh plan benda baru..

aku akui, pak lah ada kelemahan (kita semua pon). tapi kita pon silap kerana membandingkan dia dgn pm2 yg lalu.. setiap org ada kelebihan. jgn terlalu memuja individu tertentu.. hingga apa yg ada, kita x hargai

Total Pageviews

. page counter