Wednesday, March 11

Pokok Rosakkan Akar

Fuh…! Berpuitis pula aku kali ni. Macam tajuk sajak je. Maksud sebenarnya aku nak cakap ciri-ciri atau benda yang majikan boleh rosakkan pekerja mereka. So, metaforanya aku andaikan majikan atau organisasi syarikat sebagai pokok dan pekerja sebagai akar kepada pokok tu. Sekali-sekala berjiwang ok kot.

Aku tidak merujuk kepada tindakan mendera, menipu atau mengerah keringat pekerja, tapi aku nak cerita pasal benda-benda yang nampak macam positive, tapi sebenarnya tidak. Memang banyak tindak tanduk majikan yang kelihatan dari zahirnya sebagai membantu pekerja, tapi sebenarnya mereka merosakkan pekerja mereka untuk jangka masa panjang.

Macam biasa, aku suka buat list... so, ini listnya.



1. Gaji Yang Berlebihan.
Semua pekerja mahukan gaji yang besar. Kalau boleh mereka nak kerja sebagai pak guard tapi gaji manager. Memang majority employee sebegitu, ingin scope of works yang minimum tapi monthly salary maximum. Sesetengah majikan terpengaruh atau malas fikir panjang dan penuhi kehendak pekerja. Gaji yang berlebihan maksud aku adalah gaji yang lebih dari yang sepatunya pekerja itu miliki. Benda ini sememangnya subjektif, tapi majikan patut cari benchmark yang sesuai, aware dengan market gaji pekerja dan follow saranan kerajaan. Regardless how huge their profit, they cannot simply increase employee salary. Reason yang simple kerana majikan akan menaikkan taraf pekerja ke tahap yang mereka tidak patut duduki financially. So, if anything happen to their current job, they will never found other job that will satisfy their financial needs. Let say seorang technician yang biasanya dapat gaji RM2 ribu. Then, since company untung besar dia diberi gaji RM3 ribu. Jika company tutup or dia dibuang kerja for what ever reason, technician tadi tidak mungkin dapat cari kerja baru dengan gaji yang hampir serupa. His monthly expenditure will always base on RM3 ribu sebulan but his income might be half of that amount. He will end up in deep financial trouble. Jadi kepada bos-bos kalau staff minta naik gaji jangan simply accept their proposal and to employee pula please there must some valid explanation why employer refuses to increase your salary. Jangan bersangka buruk sahaja.


2. Kerja Yang Khusus.
Ramai kenal perkataan multitasking. Memang ramai majikan ‘dera’ pekerja dengan suruh mereka buat pelbagai kerja dalam satu masa. This standard strategy to reduce operation expenditure (opex). Dalam private sector memang benda biasa HR dan Admin department digabungkan, Accountant dan finance controller orang yang sama atau clerk cum receptionist. Tapi still ada sesetengah majikan yang konon-kononya baik, mereka memahami kesengsaraan pekerja, jadi mereka decentralized everything. Mereka agih-agihkan tugas strictly. It’s like anti multitasking or single tasking, what ever you want to call it. Employee selalunya akan gembira since mereka hanya perlu concentrate kepada kerja mereka sahaja. Tidak perlu semakkan kepala dengan pelbagai benda yang tidak berkaitan. Tapi mereka lupa yang bekerja adalah learning process yang berterusan. Kita spend around 11 years in school and another 4-5 years in Uni, adakah those 15 years or so enough to install all the knowledge needed to cater our whole life that on average around 50-60 years? No!. So, kalau pekerja sekadar ‘belajar’ satu perkara sahaja di tempat kerja mereka sebenarnya melimitkan peluang mereka dimasa hadapan. Kalau engineer tidak lansung melibatkan diri dalam urusan purchase barang, deal with customer and so on, is it possible for them to open their own engineering firm in the future? Jadi sebagai pekerja kita kena rajin-rajinkan diri ambil tahu urusan department lain even though our job scope do not required us to do so. Cuma jangan sampai jadi busy body sudah lah.


3. Tidak Displinkan Pekerja.
Again, benda biasa. Kalau majikan terlalu displinkan pekerja, datang on time, submit form accordingly, meet deadline, follow procedure and banyak benda lagi, pekerja akan marah, tak suka dan ada yang sampai berhenti. Konon-konon tak suka kerja macam budak sekolah. Padahal, semua ini bukan sahaja penting sewaktu bekerja, tapi memang berguna didalam kehidupan seharian kita. Jadi, kalau majikan manjakan pekerja, semuanya longgar, semua sambil lewa dan hanya mementingkan KPI sahaja, pekerja akan mula jadikan ini sebagai amalan harian. Sekali lagi, kalau dia dah memang tidak berdisplin, then suddenly kena tukar kerja, dia akan pecah kepala nak cari kerja yang boleh suit peribadi dia. Hasilnya dia akan asyik bertukar tempat kerja seumur hidup. So, aku rasa tak salah jika majikan sedikit strict untuk mendisplinkan pekerja, bukan sahaja untuk syarikat tapi untuk masa depan mereka sendiri.


4. Tidak Berkira Dengan Pekerja.
Tidak berkira maksudnya bukan perihal gaji atau displin. Benda tu aku dah sentuh kat point 1 dan 3. Berkira in the sense of time berkerja, overtime claims, outstation claims, travel claims and thing like that. Majikan tidak boleh anggap ada istilah ‘give and take’ dalam bekerja. Contohnya, pekerja tu selalu overtime tapi tak claim, tapi sekali sekala dia akan datang lambat. No, benda sebegitu tidak boleh diamalkan. Overtime mesti claim, dan datang lambat mesti didenda. Ramai assume kalau jadikan organisasi pernigaan umpama sebuah keluarga akan lebih mudah untuk dijaga, wrong! Remember, even adik beradik pun kita boleh bermasam muka bertahun-tahun, apatah lagi dengan manusia yang tiada pertalian darah. Kita kena anggap hubungan majikan dengan pekerja sebagai sebahagian daripada urusan perniagaan, jadi semunya mesti dikira, even a single cent. Benda yang kecil-kecil, dipendamkan, dibiarkan lama-kelamaan akan menjadi besar and out of control. At the end mesti akan ada pihak yang rasa tertipu dan teraniaya.


5. Tidak Perlu Complete Report.
Memang sesetengah syarikat yang tiada ISO tidak mewajibkan pekerja mereka buat filing yang perfect. Maksudnya everything sekadar memuaskan hati auditor sahaja, tidak perlu sehingga mencatitkan segala pergerakan harian. Konon-konon majikan mempercayai pekerja, atau syarikat hanya mahu melihat hasilnya dalam benda pulangan wang ringgit, kerja kualiti dan sebagainya. Semestinya pekerja akan suka since tidak perlu susah payah nak buat ‘diary’. Again, tindakan majikan sebegini sebenarnya menyusahkan pekerja dikemudian hari. Kalau majikan arahkan pekerja buat proses merekod yang teratur dan terpeinci segala masalah berbangkit dikemudian hari akan dapat diselesaikan dengan mudah. Tidak akan ada kes tuduh menuduh, baling batu sembunyi tangan dan tembak-tembak email, atau sehingga saman menyaman di mahkamah.


6. Tunaikan Segala Permintaan.
Ini merupakan penyakit biasa dan merupakan virus yang menular dalam semua jenis hal. Gaji, scope of works, claims, bonus, etc. Majikan tidak boleh tunaikan semua permintaan pekerja. Jika mereka mula main game ‘minta dan beri’, memang mengundang masalah. Pekerja akan setiap masa minta dan adap manusia sekali terima perkataan ‘tidak’ mereka akan lupa semua perkataan ‘ya’ yang mereka dapat sebelum ini. Tak kiralah permintaan individu or secara union.



Chow….aku nak sambung kerja. Banyak gila kerja bertimbun atas meja. Maklumlah, aku pekerja yang bergaji kecil, multitasking, berdisplin, very calculative, suka tulis report dan tak suka meminta-minta dengan majikan aku. Hahahha....!


Aku lah pekerja harapan tahun ini.



P/S: Mungkin dituduh pengkhianat kalau aku tak mentioned pasal superb performance by The Reds awal pagi tadi. Galaticos diperkutak-katikkan, champ league record goal scorer, Raul Gonzales tercangak-cangak depan pintu gol, best defender in the world, Cannavaro kena ayam dengan Torres dan Gerrard. Kesian… Hehehe…


8 comments:

Anonymous said...

haha!!dah agak dah dood..last mesti ada cite pasal early this morning..hahaha!!aku ingat posting pasal tu..tgk ciput je..

ape2 pun congrats, but United always the best!!hahaha!!

Anonymous said...

Tiada dakwa dakwi!
100% Betul,usul di sokong!!!

lankapo said...

tu lah nasib baik team aku lawan malam ni hehe

Anonymous said...

Aku tak boleh ckp tak betul..sbb dia ni mmg sokmo betul...betul betul..mcm upin ipin..hehehe

Anonymous said...

hehe...betul sesangat..

Unknown said...

huhuhu dood .. biasaler manusia ada kehendak dan keperluan .. aku rasa cara ni boleh kut .. kurang pening ler orang hr nak control pekerja .. huhu

Bunga said...

Betul tu. aku sokong.:-)

Mr. Right said...

bad,
United pun kena gak ye... sian.

helmy s2,
Terima kasih. Mmg aku selalu betul. Hahahaha...

lankapo,
Team ko apa? Dah tukar bayern lak kan?

catzer,
Hahaha... mcm ipin. Ipin yg ckp betul, betul, betul... kan? Upin abg kan?

neewa76,
Tima kasih.

Nasa,
Mmg ahh, kurang pening kepala semua org.

Bunga,
Tima kasih.

Total Pageviews

. page counter