Friday, March 27

Kerajaan Malaysia Kawal Berita Online

Perhimpunan agong UMNO sedang berlansung dengan rancak di Kuala Lumpur. Tahniah kepada pemenang-pemenang bagi jawatan yang ditandingkan. Online news portal dan established bloggers banyak yang tidak diberi access ke dalam dewan perhimpunan agong UMNO. Even Malaysiakini yang sudah bertahun-tahun dibenarkan masuk pun tidak diberikan pass pada tahun ini, sedangkan mereka adalah news organisation yang berdaftar dengan kementerian. Cuma portal yang UMNO friendly seperti AgendaDaily yang diberikan hak untuk buat liputan.

Selepas pilihanraya umum Mac 2008, kerajaan atau lebih tepat lagi politician mula sedar kuasa berita dari dunia siber. Blog milik politician tumbuh macam kangkung dalam parit di kampong aku. Berebut-rebut mereka buat blog, ada yang rajin update ada yang hangat-hangat tahi ayam.

Aku memang tidak percaya media electronic seperti television dan radio serta print media akan bertambah bebas (Harakah dan Suara Keadilan baru kena banned). Sebaliknya, aku yakin kalau pengguna Internet Malaysia, bloggers dan webmaster di Malaysia tidak berhati-hati satu hari nanti berita dari dunia Internet Malaysia juga akan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan, sama seperti sumber berita yang lain. Kerajaan tidak akan berdiam diri dan membiarkan bloggers dan webmaster senang-senang hentam mereka, laporkan segala kebusukan mereka dan sampaikan berita-berita pro parti politik lain kepada pengguna Internet di Malaysia sampai bila-bila.

Kerajaan mengawal saluran berita dari dunia Internet Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil. Mereka boleh lakukan dari segi technical, manipulation of power or even secara senyap.

Secara Technical
Technically memang kerajaan boleh menghalang or at least menyusahkan pengguna untuk access any particular website. Remember semua Internet service provider (ISP) di Malaysia berdaftar dan mendapat license daripada kerajaan, dan license ini ada tarikh tamat tempoh. Yuran untuk license ini juga bernilai ratusan ribu ringgit setahun. Jadi kerajaan boleh lakukan ‘sesuatu’ agar ISP block subcribers mereka dari memasuki satu-satu website atau block I.P address hosting mana-mana website jika ianya dihostkan dalam negara. Aku yakin tiada provider yang berani berkata tidak jika kerajaan mengeluarkan arahan sebegitu. Tidak ada syarikat yang sanggup korbankan investment jutaan ringgit dengan melawan arahan kerajaan.

Gubal Undang-undang atau Peraturan Baru
Dengan mudah kerajaan boleh buat undang-undang baru untuk mengawal aktiviti online di Malaysia. Contohnya, kerajaan mewajibkan website yang dapat visitor yang tinggi untuk berdaftar dan automatic laman web itu dianggap sebagai sebuah organisasi media. Seterusnya mereka akan terpaksa mengikut akta yang begitu ketat sama seperti akta yang dikenakan kepada mainstream media sekarang. Kegagalan mendaftar akan membuatkan I.P address milik website tersebut disekat atau dijadikan satu kesalahan jenayah jika pengguna memasuki laman web tersebut. Bunyinya macam mengarut dan lucu, tapi aku tidak terkejut kalau peraturan ini diwujudkan di Malaysia kalau media online terus menerus dikuasai oleh pihat anti kerajaan.


Secara Halus

Kalau kerajaan takut atau tidak mahu dibenci rakyat, mungkin mereka tidak akan berkeras dengan bloggers atau webmaster anti kerajaan. Instead maybe mereka akan ‘sertai’ mereka. Kini kita dah boleh lihat kemunculan news portal, blog dan laman web yang kelihatan seperti neutral dan tidak berpihak kemana-mana puak. Mungkin selepas mendapat kepercayaan pembaca dan mula dapat traffic yang tinggi laman web sebegini akan mula condong kearah kerajaan dan mempengaruhi minda pembaca mereka secara lembut dan tanpa sedar.

Wang Ringgit
Tidak mustahil juga kerajaan akan sponsor mana-mana persatuan blogger dan ‘beli’ ahli persatuan tersebut secara perlahan-lahan. Kerajaan ada wang dan mereka bersedia untuk melabur demi untuk mengekalkan kuasa mereka. Tidak kira betapa besar pun blogger tersebut, aku yakin mereka boleh dibeli. Bloggers di Malaysia memang diketahui antara golongan yang gila duit… bloggers sanggup lakukan apa sahaja demi wang ringgit. Jadi aku tidak hairan kalau kerajaan invest juta-juta ringgit untuk ‘beli’ bloggers Malaysia satu hari nanti. Mungkin tidak akan dibeli secara direct, tapi mungkin melaui program jana wang atau kaedah pengiklanan. Again, bunyi macam tidak logic tapi bayangkan sebagai contoh kalau kerajaan Malaysia (atau individu yang dilantik) beli dengan nilai yang cukup tinggi keyword yang memuji kerajaan, barisan nasional, atau UMNO di Adsense. Sooner or later bloggers akan tahu benda ini dan mereka akan mula tulis article memuji kerajaan. Begitu juga kalau kerajaan jalankan kempen dengan firm tempatan seperti Nuffnang dan Advertlets, harus diingat syarikat ini adalah syarikat yang berdaftar di Malaysia dan sekali lagi kerajaan boleh bagi arahan kepada mereka.


Apa pun caranya kerajaan Malaysia memang boleh kawal berita online. Kita dah mula nampak usaha mereka untuk mencampuri aktiviti online Malaysia. Slowly but surely kerajaan akan mengukuhkan cengkaman mereka dan kita sebagai pengguna, blogger or webmaster perlu berhati-hati dan bersedia.

Hati-hati Pilih Website
Kepada pengguna Internet Malaysia perlulah berhati-hati memilih laman web. Jangan mudah terpedaya dengan style penulisan yang nampak seperti menjurus kepada menyokong parti pambangkang dan menarik. Berhati-hati juga membaca blog-blog peribadi, jangan terlalu taksub dan idolise mana-mana bloggers. Kita tidak tahu niat sebenar mereka dan mungkin mereka hanya menjalan tugas yang diberi dan sedang mempengaruhi minda kita secara senyap.


Hati-hati Join Persatuan / Program

Bagi bloggers dan webmaster pula kita kena berfikir panjang dan bijak sedikit sebelum sertai mana-mana persatuan bloggers atau program-program online. Aku tidak terkejut satu hari nanti akan ada laman web social bookmaking seperti MyBlogLog atau laman statistic seperti Technoratti milik orang tempatan yang sebenarnya dibangunkan dengan grant kerajaan. Kerajaan akan gunakan laman sebegini untuk tahu rating sesebuah laman web dan monitor aktiviti online di Malaysia dengan lebih teratur. Ini kerana program sebegini selalunya mewajibkan kita meletak code di laman web kita dan adanya code ini dib log kita memang mudah lah pihak lain nak tahu pelbagai maklumat seperti jumlah traffic, keyword yang popular, topic yang selalu diceritakan dan lain-lain lagi.


Kita semua perlu ambil langkah berjaga-jaga kerana kalau kerajaan menguasi dunia Internet Malaysia kita sebagai rakyat tidak akan ada lagi sumber berita yang boleh dipercayai. Mamposlah…kita akan terus diperbodoh-bodohkan…dan ditempurung katakkan...

Chow… selamat berhujung minggu.

10 comments:

Helmy Anuar said...

teori konspirasi kawal berita online ni! tapi ada kemungkinan juga ye :(

Anonymous said...

jangan risau..berani kerana benar..takut kerana salah.

lankapo said...

bro,

kawan aku dari SUK Johor baru approach aku utk setup online community dgn grant gomen haha..

tapi aku rasa tak salah kut.haha nak wat myvi punya kelab pastu jelajah johor ..ok kut ..tak ada apa-apa yg tersirat..:)

hasni said...

sy link blog awk ek..da lm follow this blog through email:-)

Ab Razak Hj Ahmad said...

Dalam sibuk gomen nak kawal bloggers apa kata gomen cuba improve pasal internet connection. Tak kira Streamyx ke , apa-apa broadband yang lain the facts is, kita jauh terkebelakang dengan Singapore or India.

Toksah terpedaya dengan speed 100MB atau ber G G sebenarya ia hanyalah up to.... bukan actual speed.. hampehhh...

Bila budget je, berjuta atau berbillion untuk IT dan ICT tapi tan nampak kesan langsung.

Anonymous said...

abikhsan,
aku setuju ngan ko....

mr betul,
kadang-kadang kat mesia ni banyak perkara 'ajaib'.
hal yang libatkan benda alah ni pun nak 'diajaibkan'.

lankapo,
mula2 memang join team myvi,pastu ko kena plak balas budi...
makan minum tempat tidur semua ada sponsor...
kang jadi cam adik ipar aku,join konvoi bermotor masa merdeka 2,3 thn lepas... masa duk rehat ramai-ramai kat satu dewan... datang satu hamba sahaya.jeng 3X... siap buat ceramah n promo masuk parti beb...
yang datang tu agen dia jer...
kena elegik adik ipar aku... pastu tobat takmoh pegi konvoi lg...
just info kat ko jer, maybe yang ko join yang ok.

MalayMind said...

Ni lah yang susahnya jadi kerajaan. Buat apa pun salah.

Setahu aku, sesiapa pun boleh pergi dan dengar Perhimpuan Agung UMNO walaupun tak ada pas. In fact, ada satu TV besar kat ground floor. Korang boleh tido situ dan dengar/lihat sepanjang perhimpunan.

Kalau ada laptop, nak salin ucapan real time and upload terus ke blog korang pun boleh, tak ada halangan. Tapi kenalah ada line broadband sendiri (Takkanlah yang ni pun UMNO nak kena sediakan?)

Kalaulah kerana tak dapat pas secara formal atau tak diberikan satu bilik khas tu dikira menganiaya dah, cuba pergi perhimpuan agung PAS atau PKR.

Mr. Right said...

helmy,
Memang benar dan boleh terjadi kalau kita semua lalai.

ano,
Tak ramai org yg still pegang prinsip tu.

lankapo,
Hahaa.. k'jaan takkan bagi grant free mcm tu je tanpa hiden agenda. Tapi tak salah terima pemberian mereka, duit kita jugak.

hasni,
Terima kasih.

abikhsan,
Hahaha... ICT Malaysia sama mcm industry lain di Malaysia bajet 1 juta, yg betul2 guna utk actually buat benda tu cuma beberapa ratus ribu. Aku tgk document tender HSBB, rasa nak nangis perhatikan jutaan ringgit diperuntukan utk benda yg cukup simple.

miekabo,
Betul2... semua media arus perdana pro BN sebenarnya satu benda yg cukup ajaib. Tapi org kita terima je benda tu.

malaymind,
Aku tak pergi PWTC hari tu. Aku cuma baca keluhan Malaysiakini dan persatuan bloggers yg tak dapat masuk dewan dan bilik press conference. Betul, its not a big deal since seperti kita boleh lihat berita semuanya still sampai ke pengetahuan kita tak kira berita baik atau berita buruk seperti politik wang yang berlaku. Tapi tindakan tidak bagi pass kepada portal berita online menggambarkan penderian UMNO terhadap kebebasan pemberita.

Bunga said...

Mr. Right, aku tertarik la dgn apa yang ko reply komen pasal 'Hidden Agenda".

Hidden Agenda tu Rasuah ke?

pastu ko cakap tak salah terima..

boleh ke makan rasuah? **BLur Kejap..toink toink..#^^#

nasir said...

sebuklah kerajaan malaysia ni. semua benda nak kontrol. jap lagi negara kita ni pun dah tak akan amal demokrasi lagi. Kuku besi kot lepas ni..semua benda nak di takluk.
media arus perdana jgn cakapla..blog2 pun nak disekat. org bersalah je yg takut kene dikutuk ni..

aku skang guna celcom broadband. boley tahan la oknya setakat ini..

Total Pageviews

. page counter