Friday, March 6

Blog-blog Yang Aku Dengki

Dulu aku pernah tulis blog-blog yang aku menyampah. Or criteria-criteria blog yang aku benci. I created quite number of new ‘friend’ lepas buat posting tu. Constantly aku received comments or email ‘mesra’ dari mereka. Kadang-kadang lucu juga melihat sesetengah blogger, family or kawan-kawan mereka sungguh emotional.

Takpe, sekarang aku nak jelaskan pula cirri-ciri blog yang aku dengki. Aku mula berblog somewhere in 2006, so dah hampir 3 tahun. Suddenly aku tengok aku dah jadi senior, bercambah-cambah blog baru wujud. Dan blog-blog lama banyak yang dah berkubur sama ada dibiarkan atau update setahun sekali. Jadi kadang kala aku jealous, cemburu atau dengki dengan ‘kejayaan’ yang blog-blog baru ini kecapi.

Dengki is very subjective and unique feeling. Kita tidak sepatunya memupuk sifat dengki dalam diri, tapi kita tidak boleh tipu diri sendiri dengan pura-pura tidak mempunyai sifat dengki langsung. Cuma tindakan kita selepas perasaan dengki itu muncul yang menentukkan character kita. Orang baik akan memendam dan cuba menghilangkan perasaan dengki selepas ia muncul dalam diri, orang yang kurang baik akan terus berdendam dan menbenci pihak yang didengki, dan orang jahat pula akan cuba untuk menjatuhkan pihak yang didengki. Fuh! Ayat panjang dan penuh meaning, cuba baca berkali-kali last sentence dan fahamkan.

Aku sedar aku tidak patut dengki atau jealous dengan kejayaan blog-blog baru, tapi sekali lagi, aku tidak boleh tipu diri sendiri dan tipu kawan-kawan kat sini dengan mengatakan aku langsung tak jealous. Cuma aku tidak akan buat apa-apa, just simpan dan senyum sambil layan sifat dengki aku.

Ok, intro yang panjang… nak cover diri sendiri, kononnya nak beritahu orang yang aku ni seorang pendengki yang baik. Hahahhaa…. So, here we go.

Remember, aku bercakap pasal blog baru, let say less than a year old.


1. Received Tons of Comment.

Aku kira popularity sesebuah blog hanya berlandaskan komen yang diterima, although not accurate since ada juga blog popular yang received komen yang sikit. Tapi normally aku rasa memang blog famous dapat komen yang banyak untuk setiap posting. Aku tak reti dan malas nak belajar lain-lain cara nak rank blog popularity, Alexa, Technoratti and all that. Aku perhatikan ada sesetengah blog-blog baru dapat berpuluh malah beratus komen untuk setiap posting. Padahal topic yang diceritakan cuma pasal banjir di KLCC or semalam pergi shopping baju baru. Fuh!. Aku nak dapat puluhan komen pun perlu topic sensitive atau kontroversi macam politik, sukan, racist, kutukan dan sewaktu dengannya. Jealous je aku tengok, dan kadang kala aku sendiri pergi komen sebab entah kenapa rasa macam best je berinteraksi dengan blogger tersebut. Namun ada sesetengan blogger not even care to reply all the comments, but still receiver komen yang banyak. Pelik…pelik.


2. Jual Barang.

Ini lagi lah pelik dan membuatkan perasan dengki aku membuak-buak. Aku yang dah berblog bertahun-tahun pun tak pandai nak jual barang menerusi blog. Tapi ada sesetengah blogger yang baru setahun jagung dan pandai eksploitasikan trafik dengan jual macam-macam produk. Ada sesetengah blogger kaum ibu yang jual baju lah, beg berjenama lah, kasut tumit tinggi, kain tudung dah semestinya banyak lah. Ada yang aku perhatikan beg beratus-ratus ringgit, post pagi, petang dah keluar perkataan ’SOLD’, fuh... dah for sure blogger tu make profit at least berpuluh-puluh ringgit. Ada juga blogger baru yang pandai promote MLM, jual insurance, affiliate program dan banyak lagi. Bila cerita pasal duit, perasaan dengki kita berlipat kali ganda, kan?


3. Mention Dalam Suratkhabar.
Ini pun satu lagi. Aku cuma pernah sekali je Harakahdaily quote kata-kata aku. Mereka komen tulisan aku pasal Faizal Tahir Buka Baju, terima kasih lah kepada reporter tu yang bagi aku promotion free, on that particular day aku received few hundreds visitor dari search engine yang search perkataan ‘blog akubetul.com’. Tapi aku perhatikan ada sesetengah blog yang keluar newspaper banyak kali. Aku not referring to blog pahangdaily.blogspot.com yang keluar Utusan sebab kena saman dengan Saiful. Aku bercerita pasal blog awek-awek cun yang reporter bagi promotion free kat ruangan fesyen, trend terkini atau ‘personaliti popular’. Awek sama ada Melayu atau amoi ambil gambar-gambar seksi, letak dalam blog then reporter pun terpesona dan mention dalam suratkhabar. Ada yang sampai jadi columnist sebab blog dia terlalu popular. Mungkin aku pun kena rajin letak gambar-gambar seksi aku then baru newspaper tulis cerita pasal blog aku. Hahahahhaa…..


4. Dapat Endorsement Deal.
Dek kerana popularity dan niche sesetengah blog, walaupun usia blog baru beberapa bulan tapi dah ada yang dapat deal untuk endorse barang-barangg. Dengki betul aku tengok mereka promote produk-produk dan semestinya dapat payment yang ribu-ribu or at leas ratus-ratus. Nak sedapkan hati aku just assume blogger tu memang kenal advertiser in real life, so rezeki aku belum sampai lagi kot nak berkenalan dengan taukeh-taukeh. Dengan endorse barang-barang juga membuatkan blogger tu dapat pergi majlis besar-besar yang happening, kat situ pun aku dengki juga sikit. Since most function ada arak and aku tak pandai enjoy arak, so tak la dengki sangat.


5. Blog Cantik.
Banyak juga blog-blog baru yang cantik-cantik. Dengki je aku tengok layout yang mereka gunakan. Tapi kiralah blog host sendri or blog percuma, tapi design mereka memang lawa-lawa. Ada pula macam-macam widget dan function dalam blog. Nampak up to date. Aku nak ubah layout, nak tambah benda-benda baru memang takde masa dan malas. So, ini sememangnya dengki yang tidak patut, aku seeloknya just cuba follow trend-trend terkini dan update blog aku dengan benda-benda baru.


6. Beranak Pinak
Ini complicated sikit. Beranak-pinak maksudnya blog yang baru hidup beberapa bulan tapi dah ada macam-macam rangkaian sendiri. Maksudnya selain blog utama, blogger tu create blog jualan, blog niche lain, forum, photoblog dan sebagainya. Fuh… memang aggrasive gila sesetengah blogger melebarkan sayap aktiviti online mereka. Aku yang cuma maintain 2-3 blogs ni rasa macam siput yang sedang tengok kuda berlari kesana-sini. Aku jealous dengan kominmen dan kebijaksanaan mereka mengatur strategi dan plan aktiviti mereka.


7. Received Award
.
Aku tak maksudkan award-award besar, tapi award-award kecil yang blogger beri sesama sendiri. Since aku tak buat ramai kawan dikalangan blogger, so aku memang tak pernah received award-award sebegini. Sedih rasanya. Hahahaha.... actually award ini diberikan sekadar untuk menambah kenalan, kongsi trafik dan mendapat link. Sebab setiap kali terima 'award' blog yang terima award selalunya diwajibkan mention blog pemberi award. So, memang banyak award yang berlambak di dunia blog, "blogger paling baik", "blogger paling cute", "blogger paling bijak", "blogger paling hensem", "blogger paling banyak award", dan macam-macam lagi. Aku tak pernah terima apa-apa award pun. Dengki betul tengok sesetengah blog baru terima macam-macam award dari rakan blogger.


Award aku berikan kepada semua blogger lelaki kat Malaysia, so pakat-pakat datang sini ambil dan buat posting pasal kau received award ini. Jangan lupa buat linkback to blog aku. :)


Aku harap tidak seperti posting blog aku benci dulu, kali ini aku taknak buat musuh baru. Perlu diingat, kalau blogger baru terasa dengan posting ini, aku tidak benci korang, aku just jealous dan iri hati dengan kejayaan yang korang miliki. Look it positively and treat it as compliment. Aku juga tak mentioned any blog address, so cool ok... jangan emotional.

Chow... nak pergi sembahyang jumaat.

Selamat berhujung minggu, aku nak balik kampong attend perkahwinan sepupu.


P/S: Komen-komen for few previous postings aku tak sempat nak reply, Sorry. Weekend nanti aku free sikit, aku reply, tapi semua komen aku dah baca.


24 comments:

Anonymous said...

Tak baik dengki mendengki ini. Terimalah kenyataan pihak yang kita dengki tu lebih bagus daripada kita.

Mr. right, tak payah la dengki dengan blog lain. Blog kau ni pun tak kurang habatnya.

theblabber said...

haha..totally agree with you bro. been blogging since 2005. i've read your posting regarding "blog yg aku nyampah". dulu banyak blog2 yg eye opening, mind provoking. i've talked to some other bloggers pasal hal ni jugak, and they too "dahaga" nak baca bahan2 camni since most of the otai bloggers dah tutup blog depa. siyes, aku tak paham objectives some of them yg macam gila glamer. tu satu. lagi satu golongan, "ok-aku-komen-ko-sila-komen-aku-balik". to some extend, cam pathetic lak aku rasa.

sorry la kalau panjang. just glad someone share the same thought as i do.

nway, keep writing good stuff bro!

Anonymous said...

aku nak bagi award kat ko tapi ko baca ke blog aku???kalau aku bg sure aku sebut kat blog aku hahahaaa

Mek Rose said...

kikikik..lawak la gambor award tu yang..=))

Anonymous said...

dood kalu ko layan mak2 punya blog bnyk la ko dpt award kahkahkahkahkah
ampehhhh

Anonymous said...

bagi aku... blog ko nih memang bagus (",) setiap ari aku bukak... so...rajin2 la update selalu ek! Hahahaha...

Anonymous said...

alahai..tak adil tau, award tu utk lelaki je...buat la award utk pompuan sama...


kak jie dengkit kt kau juga sbb nuffnang kau sentiasa lebih dr kak jie..!

kadang2 tujuan org berbeza dgn kita, jadi kita hormatilah berbagai ragam kalerful hidup tu.

Anonymous said...

ni pes time makcik komen kat blog ni sebab makcik pun dengki juga dengan blog2 yg begitu. hehe.

bilakah blog makcik akan jadi femes? sia2 je makcik memblog kalo takde hasil kan.

nuffnang pun tak kasik apa2 kat makcik oooii.

hihihi.

kuizikel said...

hahah.. aku pon dengki gak kat belog belog yang ada ramai followers, beratus2 komen, dan nuffnang yang dpt beribu2 sebulan.. tapi aku pendengki yang baik gak mcm ko(nak gak jelaskan)..hehehe.. aku pon terikut skali komen kat belog diaorg... jelas la belog diaorg ada AURA... kekekekek

Anonymous said...

kna tukar wordpress. br jenuh komen masuk!

Anonymous said...

hahaha...dengki ni mmg ada dalam ati kita..dlm apa jgk perkerjaan yg dilakukan..sumtime blh jdikan kita lbh baik lagi..sebab kita nak majukan lagi diri..aku selalu sokong blog ko wlupun kdg2 aku suka baca blog2 kaum ibu..(cari resepi)....heeee

amoi said...

aku pun dengki blog yg byk dpt komen...pesal blog aku tade orang nak komen...warghhh...

dan aku juga dengki bila blog tu dapat earning dari nuffnang byk...huhu...

Anonymous said...

ala dood setakat nak komen banyak2 tu diri sendiri or rerkn or sedara mara pun bole tulis banyak2.sbb dia bole letak tanpa nama le.ape le kan..

Anonymous said...

contoh aku bagi le..tadi aku dah komen pakai nama piye..aku try komen pakai nama lain plak

Anonymous said...

aku komen lagi dood ..just nak bagi cita2 hang tercapai and komen hang banyak...

Anonymous said...

so maybe dia upah kekwn or sedara mara dia or diri sendiri buat semua tu..or dia mmg terer dia buat robot (script) ke utk generate komen stimulate ke..mana le kita tau kan..

Anonymous said...

dah le kot dood..aku dah byk komen dah nie dood..hahahhaa

Anonymous said...

Nak kata dengki aku pun rasa takde..tp pelik adalah...mungkin mereka ada istimewa skit dr blog ko ni..hahahah

erm blog akupun tak byk komen..but aku tak kisahpun sbb aku tau blog aku lebih ramai visitor dr blog yg byk komen..dr mana aku tau? hehehe adalah time2 bosan aku kaji trafik org.. Yg penting kita teruskan menulis sape nak tinggalkan komen itu credit sahaja.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Truly great game from Anfiel last night. Aku rasa Liverpool can reach final UCL this year.

Bunga said...

aku tak dengki. tapi aku nyampah
boleh? hakhakhak.

bukan apa.kdg2 blog diaworang tu terutama blog2 kaum ibula, kadang tu posting mengarut-mengarut pun org amek pusing.
dan yg paling aku tak sukala, kisah peribadi pon nak cerita. aduyai ayoooo..

Mr. Right said...

All,
Sorry lambat reply komen. Kerja aku belambak. Seriously, inilah saat kerja paling banyak pernah aku rasa dalam alam bekerja. Sampai tahap pening memikirkan mana nak buat dulu.

Ano,
Hehe.. tima kasih, aku tau blog aku mmg HABAT. Hahaha…

Miezi,
Betul, ramai blogger sekarang gila glamer dan gila DUIT. Everything always about popularity and money. Melampau.

Tak kisah komen panjang2. Infect aku suka.

Fid,
Hahaa... bagi je lah award, pastu inform la aku. Hehehe…Aku nak layan gak blog kaum ibu, tapu tak larat lah. Kebanyakkannya nak menunjuk kekayaan dan kebahagian je. Tak ramai yg ‘jujur’.

Rose,
Ok lah tu… penuh macho.

Ano2,
Sori lah aku tak sempat nak update everyday lah. Keja aku bertambah busy. 2-3 hari sekali je bleh update blog ini. Jengok2 lah blog short-talk.blogspot.com, sana aku try update selalu. Sebab pendek2 je.

Kujie,
Nanti aku buat award utk kaum ibu lak k. Nuffnang saya pun dah merudum dah. Org nuffnang anti saya kot.

Mommy lyna,
Sabor2, jgn harap sgt nak jd femes dan nak duit nuffnang. Pelan2 mesti ada faedah berblog. 

Kuizikel,
Ada aura? Fuh blog pun ada aura..? Blog aku ada aura gak ke? Mcm Mawi World...Hahaha...

Sweet thinker,
Yeke? Kalau pakai wordpress byk komen ke? Kenapa? Org nak backlink ke?

Neewa76,
Dengki utk kebaikkan? Jgn ahh amalkan, bahaya. Takut terbawa-bawa ke hal2 lain.

Amoi,
Hahaa… usaha lagi. Nanti ada la org komen. Jgn harap Nuffnang je, cari income lain. Nuffnang kita kena join xtvt dia baru leh dapat earning byk.

Piye,
Hahahaha… sekali 5 komen dari ko. Maybe la ada org yg komen blog sendiri. Tapi itu lagi lah desperate. Sedih..sedih. Dah menghampiri tahap gila. Hahahhaa...

Catzer,
Cammana ko check trafik blog org lain? Ko leh agak2 je unless org tu display, mcm aku... heheheh...

Abikhsan,
Hopefully reach final dan lawan Barca, baru best.

Bunga,
Nyampah dgn dengki lain. Dengki mungkin juga kagum, kalau benci mmg menyampah.

Ayahanda Mie said...

Salam.

Pasal dengki atau nyampah ni, its a common thing happen to every human being. Anyway sbb dua sifat ni la kita ada teknologi canggih. masing2 dengki dgn pencapaian pihak lain.

Apapun, aku blogging untuk luah pendapat aku dan akan aku bukukan suatu hari nanti kalo sempat atau dpt buat la...kalo tak, biar la jadi khazanah dunia cyber ni je.

If u think that u r rite (akubetul), why care what other people think and do which nothing concern about u. U r already rite...hehehe...give a damn if they do better than u as u r rite kekekeke

AgentParanoia said...

Wakakakkakk..tahniah arr bro..first time aku jumpe blogger yg blogging secara 'tegak' tanpa segan silu. Terbarai gak aku bile baca post ko. Baguih la at least ada gak sisi lain yg aku dpt tgk. Takdekla nak cite pasal adsense aje. Congrats bro. Rerajin la post ye. Aku amek link ko eh bro.. Ciao dulu !!

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Total Pageviews

. page counter