Notice: Topik separa serious. Kalau ada blogger yang terasa dengan posting ini, aku minta maaf awal-awal. Aku tahu ramai blogger yang emotional. Trust me, aku berfikir banyak kali samada untuk post atau tidak article ini. Hopefully takde yang sakit hati. :)
Revolusi Blogging
Ramai dah tahu rasanya, blog berasal dari perkataan Web Log. Direct translation, catitan di laman web. Dan belog bukanlah perkataan Bahasa Melayu for blog, aku rasa Dewan Bahasa dan Pustaka belum gazetkan lagi any BM word for blog. Most probably they will stick with same spelling, BLOG. Traditionally, blog digunakan untuk mencatit aktiviti harian as personal diary. Juga tempat share something interesting with friends.
Tapi kini blog dah jadi platform to generate money. Hype pasal blogger jadi kaya, jadi jutawan, duduk goyang kaki dan dapat pendapatan ribu-ribu sebulan dah semakin berleluasa. Ramai penggila duit (kita semua) berlumba-lumba buat blog dengan harapan dapat emulate the same method as professional blogger yang generate steady income daripada blog mereka.
Asas money blogging simple. Create blog - promote blog - letak iklan (adsense, nuffnang, affiliate code, pyramid scheme, etc) - dapat duit dari iklan. Tapi hakikatnya, nak promote blog, nak bagi search engine friendly, teknik menulis untuk grab reader, ads placement, dan macam-macam skill lagi perlu dipelajari. Dan ini semua bukannya mudah seperti yang disangka.
Kesukaran dan keberkesanan untuk cari duit dari laman blog juga boleh dilihat dengan memerhatikan blog-blog yang popular internationally. Memang sekarang top blog site bukan lagi dijaga oleh individu. Bukan lagi untuk mencatit aktiviti harian. Kalau tengok Technorati Top Blog List, hampir semuanya bukan dijaga oleh individu lagi. Walaupun pemiliknya seorang, pada mulanya dia develop seorang, tapi kini dia ada team yang jaga blog tersebut. Malah ada syarikat, ada office dan pekerja-pekerja untuk jaga, update dan modify blog bila perlu. Blog sudah jadi seperti medium pengiklanan! Saling tak tumpah seperti tv, radio dan newspaper.
Even blog baru Dr. Mahathir pun sudah dikomersialkan. Sudah ada ruangan iklan. Dr. M yang kaya pun sedar dia boleh jadi lebih kaya dengan monetizekan blog beliau.
Product Berkaitan Blogging
Mereka yang pandai dan tahu senario ini pula ambil kesempatan dengan buat pelbagai produk untuk membantu blogger-blogger baru untuk jana wang daripada blog.
Panduan Membina Blog
Tips Menulis Blog
Autoblogging
Panduan Adsense
Asas Wordpress
Sekadar menamakan beberapa info product yang berlambak di pasaran online Malaysia pula. Aku refuse to captured any picture or provide aku link untuk mengelakkan promosi percuma or dituduh endorse mana-mana product. Nanti ada pula yang tak suka.
Setiap pencipta product tersebut akan promosikan product mereka gila-gila. Segala jenis medium digunakan. Since mereka ada buat affiliate program, jadi makin ramai yang tolong promote. Cuba buka mana-mana website popular mesti boleh nampak iklan menjual alat bantuan untuk cari duit dengan tulis blog.
Pada aku product-product ini kebanyakkannya bagus. Sememangnya membantu. Sebenarnya majority daripada info yang dijual boleh dipelajari sendiri. Try and error. Tapi kalau nak cepat dan senang pandai, pilihlah product yang dirasakan ok dan beli. Tips paling mudah untuk pilih adalah dengan melawati blog si penjual, kalau blog dia meriah dan lengkap, confident la sikit nak beli.
Ambil Kesempatan
Last Saturday aku join member pergi sebuah hotel di Shah Alam. Ada seminar usahawan kononnya. Rupanya syarikat ini offer almost similar product. Kita bayar beberapa ribu, then mereka berikan system untuk bina blog. Seterusnya mereka ajar cara-cara update blog dan cara nak generate duit. Cuma twist yang menarik disini adalah, jika kita berjaya jual system ini kepada orang lain kita akan diberi komisen yang tinggi, RM1,000.00 to be exact. Aku jadi sedih tengok berpuluh-puluh budak bersungguh nak tahu lebih pasal system tu. Padahal kalau nak set up blog even menggunakan domain dan hosting sendiri pun hanya RM500 maximum. Tapi syarikat tu jual hampir RM4,000.00. Syarikat tu target nak jual system tersebut kepada orang-orang Melayu yang dah fed up dengan MLM. Mereka bertopengkan istilah ‘Usahawan I.T’ untuk membuatkan bakal pelanggan teruja dan terpengaruh.
Kegilaan mencari duit dari blog juga membuatkan ramai yang lupa etika, lupa halal haram, dan lupa member!
My Own Obsession
Aku mengaku, aku pun terkena kegilaan ini. Tengok kat keliling blog aku. Ada beberapa iklan. Selain dari blog ini aku ada beberapa ‘blog sampah’ yang aku bina semata-mata untuk letak code iklan. Memang seronok tengok duit di virtual akaun kita bertambah. Seposen, dua puluh sen, satu dollar…. Sehingga cukup dan boleh cash out. Semakin semangat nak tulis blog dan promote blog kat kawan-kawan.
Tapi aku akan cuba sebaik mungkin pastikan usaha aku tidak menampakkan kegilaan yang melampau.
Contohnya, dah beberapa kali aku tolak product review yang diberikan kepada aku. Kononnya aku ada prinsip, aku takkan letak apa-apa iklan dalam posting. Aku tidak pasti prinsip aku tu sebab aku ego or sebab aku bodoh. Tapi aku yakin, prinsip tu tak lari dari tujuan asal menulis blog. Hari tu aku nyaris menerima tawaran event review bernilai RM500. Nasib baik last minit Maxis tak pilih blog ini, kalau tak pening kepala juga aku nak buat keputusan samada stick with my prinsip or follow kegilaan duit dan terima tawaran mereka.
Aku juga berhati-hati bila mempromosikan blog aku. Aku akan cuba sebaik mungkin lari dari taktik-taktik yang aku rasa kurang etika walaupun hakikatnya sangat berkesan. Aku sedar, semuanya tidak jelas. There no concrete line between ethical or non-ethical promotion, tapi kita boleh gunakan common sense, pandai-pandai lah nilai sendiri.
Aku harap kawan-kawan blogger kat sini pun relax sikit. Jangan terlalu obsess mencari wang dari aktiviti blog. Banyak lagi tujuan berblog selain dari cari duit. Tambah kawan, kembangkan pengetahuan, improve English (hopefully for me), dan macam-macam alasan lagi. Jangan hanya berkiblatkan wang ringgit.
Seperti ‘notice’ aku kat atas tu, aku tahu aku akan membuatkan diri aku tak popular dikalangan blogger dengan posting sebegini. Sorry sekali lagi kalau ada yang terasa. 1st posting tahun 2009, kena la article yang best sikit, kan?
Happy blogging!
18 comments:
yeah...
U right again.. Bukan nak memuji, but exactly correct..
"corect,corect.corect!"
Aku pun dah lupakan niat asal aku ber'blog', right now, just happy with what i've learn and gotta own's satisfaction..Tq to u too,bro.
Salam Maal Hijrah 1930H &
Happy New Year!!..
Lepas ada blog baru tahu yg blog ni blh buat duit. Hehu. Tp oklah kan dari dok buang masa dgn web yg x mendtgkan duit.
hmmm... adsense, nuffnang, advertlets, etc tuh.. really works eh? bleh generate money, freely eh?
komen sikit hehehe..pasal ejaan blog...saya rasa elok dikekalkan sebab istilah IT kalau nak ditranslate ke BM lain jadi maksudnya. Bukan apa, saya dulu lecturer IT, ngajar pulak programming dan few more IT subjects, so kadang2 dalam kalu nak translate nota bagi kat student, pelik semacam rasanya. Cuba transale "backup" kot BM.Maka jadilah "belakang atas" - hahah direct translation. So better stick to blog aje lah!
tapi yang tang produk tu buat saya nyampah..semuanya boleh dipelajari sendiri pun...depa tu guna psiko words aje "Rahsia Itu","Rahsia Ini" lah...Teknik itu teknik ini la.Yang terjerat yang nak cepat kaya tanpa belajar lah.Kadang2 dah bosan dengan promotion yang selalu singgah kat mailbox.
Hehhe...saya pun ada letak gak iklan kat blog (pun lupa tujuan asal blog). most of them tak bagi banyak sgt revenue pun..ada lah singgit, 2 3 kupang..saya kena revise semula iklan kat blog saya tu..sekali tgk dah cam "sampah" dah.
betul lah tu..tujuan blog sebenarnya luas...saya suka bab sharing knowledge & experiences..dan yang paling penting tidak sebarkan dakyah!
Ok lah..panjang lak..sori ek..rajin pula jari jemari menaip. Mood baik malam ni..heheh..anyway selamat tahun baru semua.
rohaza
gua layan adsens dgn advertlet jer...
http://kingpahat.blogspot.com/
Dud,
Aku tak kisahler sampah ker aper ker, sampah pun sampah lah, layaaaan jer lar.....
Aku dok 'mengidam' nak joint adsense and adverlet..tapi aku nei buta IT sikit, itu ler rasa rugi plak tak ambik IT dulu...itu ler akibatnya, kalau banyak TI not IT...banyak TI+DOR, time belajor IT asyik tido ajer, cam aku nie, patut ler subject IT nei aku bodoh piang skit, until now...
http://kaizerz.blogspot.com
mula2 buat blog langsung tak tahu boleh dapat duit...
kemudian ikut2 orang letak nuffnang...dpt rm 1 K setahun..dah cukup hepi...hehehehe
p/s kita jumpa masa go mobile. salam utk wife ye
oh ya..salah satu cara sy menghargai entri seseorang...saya klik iklan dia..huhuhu
yup...ur r rite kalo tak
bukan mr rite kn???..
kdg2 mls nk view blog yg byk sgt iklan smp nk baca entry pn ssh..
gila tamak letak ckit2 jer da lah....huhuhuhu..
aku kadang terfikir bila install benda tuh melembapkan aku nak load page blog aku .. tp biler ader duit masuk pasal letak iklan tuh .. masyuk gak .. huhu
da tu pulak blogger yang sneaky.Buat advertisement barang tapi tak nak cakap that itu adalah advertisement.
dalam blog entry dia,promote barang.cakap barang tu sangat bagus,dia suka sangat,dia dah pakai lama,the readers patut beli.
I consider that as sneaky.Menipu readers.
anyway mr.right,tq for visiting my blog.=)
Aku Create Akaun Blogger Saja Suka2..he he he
takde Niat Nak Buat Posting Lagi
Tapi Aku Pernah sedekah satu Posting kat Blog Nih
Saje Test..tgk2 Ramai yg Komen ye..
Rupa2nya Ramai org Suker cite2 artis kat Malaysia..
Terutama CT Nurhaliza..hehehehe..
Apa2 pun..Aku Pun nak Buat posting Bes2 kat blog aku nnti dan Letak Iklan2..
alamak..leh ke aku? takde Bakat la..heheheehh...
p/s : Harap2 boleh Dapat duit mcm yg Mr. Rite selalu dapat tu..ye dak Mr Rite? Nnti boleh Ajarkan aku cara2 yg betul nak naikkan hits! baru masyuk..
ape kate kamus dewan gune ejaan 'belog'? wakaka
mule2 dulu nmpak org letak iklan, letak la jugak..
ye laa, pageviews average 50 per day..
skrg nih, x bukak2 akaun nuffnang tuh, haha..
pasal promosi produk tuh, kebanyakannya produk yang bagus cume cara promosi tak bagus..
letak link suruh pegi belog dye, kejadah ape? xleh ke letak link donlod terus?
lgpun kebanyakan mende tuh bleh je search kat tenet secara free takyah donlod2..
pastu bile jadi moderator iluvislam, antara tugas adalah review link donlod samada scam atau x..
kebanyakan yg buat iklan produk mcm nih mesti suruh bg emel..
pastu berlambak email spam masuk inbox..
kejam2..
betul tu...kalau sume benda buat sbb duit, hilang laa seri hidup ni
"Traffic must come first and money can come later"
tak reti la den ngan iklan2 nih..
semua iklan kat blog kite tu under akaun incey akubetul
saje tolong tambah income dia..eheheh...
saudagarmadu,
Jgn puji lebih sgt, nanti ada yg iri hati lak. Sama2, salam maal hijrah kepada kau jgk.
fazemy,
Kalau ala kadar tu ok lah, jgn obsess sgt.
mzmriza,
Ye.. bleh generate money. Tapi tak semestinya bleh kaya. Register kebanyakannya free.
rohaza,
Mmg lucu kalau direct translate sesetengah perkataan teknikal. Mcm 'joystick', 'harddisk'. Hehehe...
Betul, blog sebenarnya utk share knowledge dan opinion. Termasuklah ruangan komen, so aku tak kisah org komen panjang2. :)
zaimi,
Nape tak pakai nuffnang? Advertlets payment ok ke?
kaizerz,
Isteri tersyg kan ada. Aku tgk dah pakai hosting sendiri. Nanti dia dah pandai leh la ajar ko. Hahaha..
kujie,
Hah.. jenuh la aku ingat balik apa yang kau bagitau aku dulu. Aku lupa apa website ko. Skrg baru nak muncul. Rajin2 komen lepas ni, k. Leh share visitor.
Jgn klik iklan selalu, nanti jadi fraud lak.
syasya,
Betul... byk iklan dari posting. Hahaha...
Nasa,
Mmg byk yg jadikan loading slow. Kena pandai2 pilih la kot.
anakramalan,
Ramai yg buat review sorok2. Dah advertiser yg suruh. Sebab advertiser sanggup bayar mahal, diorg gadaikan maruah.
bunga,
Ala, bukan byk pun aku dpt. Sama je ngn niaga offline.
hafizadam,
Standard la tu. Dorg berlwn, sapa ada 'list' paling besar. Padahal list dorg sama je. Org yg sama je masuk. Info yg dorg jual sekadar mencepatkan kita faham. Kalau cari sendiri makan masa dan tenaga.
unicorn,
Tapi ramai yg nak serikan hidup dgn duit!
Ano,
Yup... betul!
rose,
Hehehe... nuffnang dah slow skrg. Sedih2... heehhehhe
Post a Comment