Monday, January 5

Kekejaman di Palestine

Kuala Lumpur's fireworks:



Gaza's 'fireworks':



While the whole world celebrating new year, Israel busy killing people in Gaza.

Read thesenews portal for latest updates of what happening there:

1. http://www.ynetnews.com/ - Supporting Israel 'self defend' action.

2. http://www.maannews.net/ - Independent news from Palestine (pro Hamas)

3. Palestine Blog


Di Malaysia bila akan ada pilihanraya rakyat akan dapat 'gula-gula' dari kerajaan, tapi di Israel kerajaan mereka ambil hati rakyat dengan menyerang musuh tradisi. Gila...!
Israeli Prime Minister Ehud Olmert isn't up for re-election, having resigned under the weight of several corruption investigations, but Defense Minister Ehud Barak and Foreign Minister Tsipi Livni are each running for prime minister, and polls show them playing catch-up with hawkish opposition leader Binyamin Netanyahu, who has called for a war to "restore our national honor." In such a national mood, playing tit-for-tat with Hamas won't suffice anymore; even Meretz, the party of the Israeli peace movement, gave a qualified endorsement of Operation Solid Lead.

Source: http://www.usnews.com/

Seperti biasa semua negara Islam mengutuk tindakan Israel.

Seperti biasa banyak negara Eropah mengutuk tindakan Israel dan minta semua pihak kemeja rundingan.

... dan seperti biasa USA menyokong Israel, terbaru mereka menggagalkan usaha Libya memujuk Majlis Keselamatan PBB mendesak Israel menghentikan serangan.

Aku malas nak komen apa yang orang lain perlu lakukan, apa yang negara OIC patut buat, apa tindakan yang pemimpin patut ambil. Aku cuma fikir apa aku boleh lakukan untuk membantu.


1. Boikot product Israel.

Aku tidak selalu suka usaha memboikot, tapi aku rasa ini sahaja yang
aku mampu buat.

Kalau sesiapa nak mengkaji pasal usaha boikot.

Produk apa?
Fatwa?
Ulama setuju tak?
Kesan boikot...

http://www.inminds.com/boycott-israel.php

or

http://www.mylinkspage.com/israel.html


Disana kita akan dapat jawapan.

2. Berdoa.

Received banyak sms dan email minta kita berdoa. Jom kita amalkan.


Doa paling syahdu aku jumpa di Youtube. Walaupun video tak secantik clip-clip yang lain, tapi memang 'terasa'.





Doa lain...


Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim.

In English...

Oh Allah, destroy the disbelievers. Put in them fear for our enemies, Your enemies and enemies of Your Deen. Oh Allah, raise the honour of Islam and the Muslimeen. Strengthen the bond of love in the hearts of them and mend the kinhood between them. Also, give them Your help in fighting your enemies and the enemies of the Muslims.



3. Hebahkan... (blog, email, sms, etc.)


Walaupun aku dengar ada blogger yang telah ditangkap sebab 'bakar' bendera Israel di blog beliau, aku rasa tak salah kita menyatakan sokongan kita selagi tidak melanggar undang-undang. Kalau pandai buat graphic lawa-lawa tolong lah buat banner, badge, logo atau apa sahaja untuk membantu blogger menzahirkan sokongan dan kutukan.



Update (6 Jan 09):


Dah ada pun orang buat....


Sumber: Klik gambar

11 comments:

Anonymous said...

dood jgn takut dgn hukum dunia dood..kalo mati sbb nak menegakkan Islam, insyAllah syahid...manusia ni slalu takut dgn undang2 dunia tp undang2 Allah tak takut..xnak ikut..

apa guna OIC tu???dgn yahudi mmg kita tak bole nak berunding...

sama gak la kat Malaysia ni...napa malaysia tolak hudud???hudud hukum Allah...tak takut ke???kalo negara nak dpt syafaat, pentadbiran kena ikut cara Islam...

huhu..sori la dood..emosi lak kat blog ko...aku bengang sgt dgn yahudi ni...

Anonymous said...

Regime zionist action simply unacceptable. They do not respect of the international community. Arrogant.

Anonymous said...

Bro. Jom pegi perang. Ada berani?

marrang nung! said...

"Anta dah siap ke? Jom la ke kelas", saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas.
Sebaik sahaja kami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.
Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TV Pendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuah nursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, menyanyikan lagu berikut:
"Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam"
Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut.
Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.
Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalam ingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkan di mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan "nasyid" mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwa itu berlaku (1996).
Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan "salam" kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.
Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin. Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan di kawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul.
Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kita setuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.
Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau 'Ustaz Rabai', kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi 'Israel' dari anjing Arab dan Islam!
Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.
Anak kita bagaimana?
Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk "Antara Ilusi dan Realiti" (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah) , al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.
Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung "pemimpin"tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya "seorang patung". Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.
Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?
Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!
Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.
Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.
Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.
Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang 'kari daging busuk' santapan harian.
Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.
Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya." [Al-Israa' 17: 7]
Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.
Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?
Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Cheras, 14 Ogos 2006

Anonymous said...

Campaign Against Arsenal Football Club. Support For Apartheid Israel
for more info ~> www.inminds.co.uk/boycott-arsenal.html

Anonymous said...

Due to Tun Mahathir Mohammad, all muslim country must boycott US dollar in any form of usage, wether in bussiness trading or exchanging dollar currency. Because US is one of the bankrupt country that being giving loan by middle east country by oil bussiness trading and usage of US dollar currency. It's the obvious fact that should arabic people aware, they giving money for US to buy the weapon and bomb to kill arabic people themself. As it happens in Gaza's. One of the way that muslim can do now, is boycotting any form usage of US dollar.

Azyyati said...

Setuju! Kita mesti boikot barang Israel serta merta. Jangan makan McD, jangan minum Coke, jangan beli barang-barang dalam list company Israel laknatullah tu. Kena kasi nasihat sekali kat budak-budak yang suka sangat makan McD. Aku pun suka dulu, tapi sekarang tidak lagi. Jahanam Israel.

Anonymous said...

Sudah terang lagi bersuluh.. Yahudi adalah bangsa yang menjadi musuh yang nyata bagi umat Islam..Sehingga ke hari Kiamat..

Utk info : Tok Guru aku cakap, kebangkitan islam akan bermula di tanah Pelestine, tapi malangnya bukan bangsa arab yang akan mendominasi.. Sebaliknya bangsa Parsi yang akan menjadi titik tolak kuasa besar Islam suatu hari nanti.. Adakah era Ahmadinejad?? Allahua'lam...

Anonymous said...

Yahudi sebagai contoh bangsa laknat di muka bumi ini. Bangsa-bangsa lain patut menghindari sikap laknat itu.

Mohon di Malaysia ini jangan ada perangai Yahudi ini. Menafikan sejarah, tidak dengar nasihat, membisukan kebenaran dan dan membutakan hakikat.

Golongan inilah yang disindirkan sebagai golongan pekak, bisu dan buta.

Lexy Rollo said...

bro i hope you dont mind aku amek gamba-gamba and certain isi dari blog akubetul.com and forwardkan dekat office mail.

takut copyright/plagiarism isu ke ape2 plak kang.hehehhee.

Mr. Right said...

bad,
Ok... kadangkala kita mmg kena emosi. Semua persoalan yg ko tanay tu aku takde jawapan.

ano1,
They not even respect UN, what else we can say.

ano2,
Tak berani.

marrang nung!,
Fuh! Memang penuh informasi dan berguna article tu. Thanks for sharing it with us.

ano3,
Tu campaign boycott Arsenal FC ke?

redscences,
Walaupun the whole world boycott product USA tak guna. Sebab economy USA control by Israel.

Azyyati,
Jom boycott.

SaudagarMadu,
Tok guru ko base on kitab apa? Mcm menarik je cerita tu.

antiyahudi,
Betul. Aku setuju bebenor.

anakRamalan,
Silakan. No problem. Share ilmu.

Total Pageviews

. page counter