Wednesday, July 16

Politik Lagi...

Seperti biasa, bila poll aku disebelah kanan blog ini dah dah reach more than 100 participants aku tamatkan dan letak poll baru. Ini resultnya selepas 121 jawapan diterima.

Pasal kes liwat Anwar….



Pasal kes Najib…


Pasal tampok pemerintahan Malaysia…


Korang buatlah conclusion sendiri, aku tak cukup berani nak ambil risiko kena penjara.

Politik Malaysia makin kelam kabut. Debat semalam ntah apa-apa. Macam abang lawan cakap dengan adik tadika. Si abang sibuk nak buktikan dia lebih pandai dari semua orang dan si adik pula sibuk nak kutuk peribadi si abang. Actually memang kita can’t expect anything from two politicians that tries to talk about economy. Patutnya kita suruh sahaja Anwar and his team submit their proposal in Parliament and rakyat should request Pak Lah’s team to at least read and publicize their stand regarding that suggestion. Negara lain busy pasal nak tackle masalah ekonomi, krisis makanan, krisis harga minyak, orang kita bergaduh pasal berebut kuasa. Baik dalam dan luar UMNO.

Kalau difikirkan ada betulnya juga komen Zackos dalam posting aku sebelum ini. Betulnya sedikit, tapi yang tak betulnya lebih banyak aku rasa. Since Ms.X nak balas tulisan Zackos dengan panjang lebar. Aku copy dan pastekan tulisan Zackos disini dan letakkan tulisan Ms.X selepas itu. Zackos pun dah berikan persetujuan… Thanks to both of them expecially Ms.X yang tolong ‘update’ blog aku since aku busy sangat lately. Nanti aku belanja kau makan nasi ayam.

Panjang.... So, read during your free time. Kalau tiada masa, baca sikit-sikit, sambung-sambung.

-----------------------------------------------------------------------------

Masa untuk bekerja

MELIHAT tindak tanduk pembangkang sejak akhir-akhir ini, kita dapat membuat telahan bahawa rakyat kini disogokkan dengan pelbagai isu yang berpotensi mengkucar-kacirkan masyarakat. Percubaan membuat perhimpunan haram dari semasa ke semasa telah menyebabkan kesusahan kepada rakyat. Rakyat tahu harga minyak naik, rakyat bukan bodoh.

Siaran-siaran TV dan akhbar seluruh dunia telah menceritakan segala-galanya. Negara kita antara yang terlibat. Maka, janganlah rakyat dibebankan dengan akibat perhimpunan haram seperti kesesakan lalui lintas yang juga menyebabkan penggunaan minyak yang bukan sedikit.

Pembangkang hendaklah 'bermuhasabah' diri bahawa Allah SWT telah mengurniakan kepada mereka pemerintahan di lima negeri. Sepatutnya kesempatan ini diambil untuk mentadbir negeri itu sebagai mana layaknya. Maksudnya, wujudkan pentadbiran yang amanah, cekap, telus, berhemah dan menerapkan pentadbiran Islam. Bukankah itu janji mereka ketika pilihan raya umum? Tuhan memberi kuasa di lima negeri sebagai percubaan untuk melihat kejujuran pembangkang memerintah, maka jangan tamak hendak memerintah sebuah negara. Tumpukan amanah yang ada ini. Bekerjalah dengan baik sebagaimana tuntutan agama.

Ini masa untuk bekerja. Politik adalah wadah kita memilih pemerintahan terbaik. Sebaik sahaja pemerintahan telah ada, maka bekerjalah, bukan berpolitik sepanjang masa.

Masa kini rakyat bukan 'meluat' kepada kerajaan sebaliknya 'meluat' kepada pembangkang. Ibarat kata pepatah, sudah dapat betis hendakkan peha. Sudah dapat lima negeri, hendak memerintah negara sedangkan pilihan raya umum masih jauh lagi. Rakyat simpati kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan rakan-rakan Kabinetnya yang saban hari mencari cara membahagiakan rakyat. Dengan doa restu rakyat, pegawai kerajaan dan para ulama, negara ini masih bertahan terutama dari segi keselamatannya. Maka rakyat yang setia mestilah membantu kerajaan mewujudkan ketenangan, harmoni dan keselamatan negara. Bukan menimbulkan huru hara di ibu kota atau di mana-mana jua.

Bukalah pintu hati dan mata kita, lihatlah kesusahan orang-orang lain di seluruh pelusuk dunia. Bom yang meletus di sini sana, wabak penyakit yang melanda dan bencana alam yang di luar kawalan. Kenapa kita tidak bersyukur dengan nikmat yang ada.

Bagaimanakah jika suatu hari kenikmatan ini ditarik oleh Allah SWT maka yang tidak bersyukur dengan keamanan ini bukanlah rakyat terbanyak sahaja tetapi juga bijak pandai agama yang pakar hukum hakam. Mereka bersekongkol dengan pembangkang lain untuk tunjuk perasaan dan membuat perhimpunan haram. Mereka kena bersyukur kerana masih boleh beribadat dengan selesa, membeli makanan di kedai-kedai atau menikmati suasana damai walaupun harga minyak melambung naik.

Mungkin adanya hari di mana wang tidak lagi berguna. Anda pergi ke kedai, tiada makanan yang dijual. Anda ke stesen minyak tetapi tiada lagi minyak yang boleh diisi. Wabak melanda, perang bermaharajalela dan pelbagai musibah lagi. Ketika itu anda ingin berdoa memohon ke hadrat Allah SWT agar memulihkan keamanan tetapi ketika itu negara sudah hancur. Kitalah semua yang membawa negara kepada keadaan demikian.

Marilah kita bersyukur. Bersyukur bukan hanya ucap kata sahaja. Bersyukur juga hendaklah dengan perbuatan. Maknanya, jangan menimbulkan huru hara, khianat atau sabotaj yang membahayakan negara. Usahlah kita bermain api kerana buruk padahnya.

Pilihan raya sudah selesai, sebahagian daripada tuan dan puan sudah bergelar Yang Berhormat, maka janganlah bersyarah di perhimpunan haram. Berucaplah dengan penuh sopan di dalam dewan yang mulia diiringi dengan hadis, al-Quran dan ilmu yang tinggi, bukan di selang-selikan dengan lagu 'jilat-menjilat' dan pertunjukkan tayang punggung.

- Zackos


------------------------------------------------------

Macam dulu juga, Ms. X has a blog but she’s not gonna tell. She prefers to remain anonymous as she doesn’t want to be stalked. Konon. Ini jawapan kepada Zackos oleh Ms.X

I hate talking about politics, seriously. But it seems it does makes the world these days go round, isn’t it? Sure punya lah majority of you tengok debat semalam. Tengok tak? Saya tak. I watched CSI and Pushing Daisies. Tapi sebab banyak sangat iklan, tukar jugak lah ke debat sekejap-sekejap and I get the gist of it.

Gist nye, walaupun debat ni bukan isu kalah menang tapi kalau diberi markah dari segi penyampaian dan isi kandung memanglah Sabery tu menang. Ye benar, dia boleh menang kalau lawan dengan budak sekolah rendah. Itu pun tak tentu lagi, don’t underestimate the primary school students, they are smart. Tepuk dahi tengok, itu ke seorang Menteri untuk Malaysia negara ku tercinta? Fail lah. Lagi tepuk dahi bila point point bodoh dia dijulang dengan teriakan gembira and tepukan tangan oleh penyokong-penyokongnya. Point camtu pun nak sokong ke? Bikin malu aje.

I don’t mind if you like the thing that I don’t tapi sokong tu berpada-pada lah. Right? With that in mind, ni reply khas untuk comment Zackos di posting Mr. Right “ Parlimen di kepong”.

1. Rakyat tau harga minyak naik tetapi tidak lah dengan kadar melampau esp sebab Msia pengeluar minyak dan dengan harga minyak sedunia naik, kadar keuntungan pun melipat ganda. Mana perginya keuntungan, cukai atas keuntungan, dividen dan special dividend? Ntahlah, kalau duit satu sen tu hilang, mungkin juga lah kot sebab tak significant dan kecil tapi ni duit berbillion2. Oh ye, duit tu guna untuk bayar rebate RM635 agaknya. Ye la tu. Kenapa duit subsidi ditarik dan duit rebate dikeluarkan? Itu dah macam takde effect, macam contra. Ye la, politik nak kasi nampak betapa caringnya government kita. Mengapa tidak duit rebate tu ganti subsidi je, therefore kadar kenaikan kurang. Geddit?

2. Tuhan memberi 5 negeri utk ‘percubaan’? mengapa tak buat statement “tuhan beri 5 negeri tu untuk supaya mereka lebih berusaha utk menguasai satu negara’? mengapa tidak ada statement “tuhan memberi 5 negeri tu kerana ianya pengajaran kepada yang berkuasa bahawa Tuhan dah jelak dengan penyelewangan kerajaan dan sampai masanya untuk rakyat merasa kesenangan?”. Statement tu sangat subjektif.

3. “Bekerjalah dengan baik sebagaimana tuntutan agama.” Kata anda. Tetapi tak penah menjadi practice kerajaan. Mereka tak nampak menguruskan sebuah negara, menjaga kebajikan rakyat sebagai amanah dan tuntutan agama. Cuma sebagai amanah dan tuntutan poket mereka sendiri.

4. “Rakyat simpati kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan rakan-rakan Kabinetnya yang saban hari mencari cara membahagiakan rakyat.”? Izinkan saya muntah sekejap.

5. Saya setuju kita kena mensyukuri nikmat yang ada. Saya lebih setuju kalau kerajaan mensyukuri nikmat mereka juga, sudah2 lah mencuri duit rakyat. Kerajaan patut mensyukuri bahawa rakyat Msia rata-rata masih mempunyai kesabaran, tidak seperti di Eropah yg rakyat mogok mereka melumpuhkan ekonomi selama beberapa hari.

6. Saya juga bersetuju bahawa para MP yang elected harus terus membuat kerja, jangan asyik bergaduh je and timbulkan huru-hara. Rakyat susah. Ni rata-rata perangai macam budak kecik. Budak kecik lagi matured.

You know what? I call I give credit when its due. In fact, I like/don’t like some of the ppl in the government/opposition. I don’t agree with something on both sides. I don’t like the blatant lies, stupidities and corruptions by the government. I don’t like my MP focusing on AirAsia and not so much on the constituency. I don’t like that the organizer didn’t set conditions on how to perform to this one particular band. But if it’s not right, it’s not right, right?

Zackos, alhamdulillah la saudara ni ingat pada Tuhan dan menyahut tuntutan agama. Tak macam kebanyakan para Menteri kita. Alhamdulillah. I respect your opinion but I do have my own and I hope you respect it as well.

24 comments:

Anonymous said...

Mr.Right,
Aku juga tidak berapa faham kenapa debat itu diadakan. Samada nk tunjuk kebolehan debat Menteri dan Pembangkang atau lebih kepada utk mencilok idea pihak-pihak tertentu utk kegunaan masa depan.

Ms.X, count me in for ur point #4, jom muntah sama2.Seriously! Haha..

p/s: Dgr cerita PM ada berita gembira berkenaan minyak akhir minggu ni. Apalah agaknya?

Anonymous said...

Mr Right,

Rasa nya tak make sense if adik & abang saling mencari kesalahan masing-masing.. the best is to solve the matter by not involve outsiders. =)

First time singgah sini..

Very interactive blog! May I add u??

Anonymous said...

bro check dis website..

http://afandytanjung.blogspot.com/

Anonymous said...

Dood...walaupun aku ada kat syria...nasib baiklah ada youtube..leh layan jugak debat anwar nie...byk nak komen tapi paling best apa ke bengongnya si Tan sri nordin kardi tu tak tahu kaitan IPP ngan nak bagik subsidi turun minyak...sadis tul....

chalok

Anonymous said...

Dan aku semakin tidak faham rakyat Malaysia....lebih memikirkan hidup selesa masa kini dari berbuat sesuatu untuk masa depan...

Anonymous said...

huhu...politik oh politik.. :P

Anonymous said...

kangaroo: tujuan debat usually to tell ppl what can the debaters/parties do, what they can contribute, their policies etc. Just like the US presidential debate. Not to mentioned, it shows the level of maturity and stupidity. heh.

Puke elsewhere please :P


anon 8.29 a.m.: mestilah kena hidup selesa right? macam, kena makan arini untuk hidup esok. The thing is anon, bukan lah nak selesa mana pun. Rakyat just don't want to be in the dump, rakyat tak mahu ditindas dan hak rakyat dicuri. I have a friend whose daughter loves her kindergarten, loves to read and study but my friend has to pull her out of the kindy because the priority of spending money has been shifted. Kesian.

Anonymous said...

hehehhe....
macam2 la...
blog ko skunk neh leh jadik tempat berdebat la dood...
thehhehe...
emmmm....
kite berserah jer la...
nak wat macam maner...
bkan kiter yang kontrol depa sume...
so biarkan jer la ape yang nak jadi..
asalkan negara kiter tak ditimpa bala atau musibat aper2 sebabkan beberapa pihak yang nak sangat merebot kuase..
kalo macam tuh kite jatohkan kerajaan tuh and tubuhkan parti baru yang bakal memimpin malaysia di masa hadapan...
parti tu leh combine sume kaum kat mesia neh...
PAB (Pakatan Aku Betul) yang dikepalai oleh encek betul...
hahahhaha..... ;p

Pakpuj said...

Aaa...Malaysia, Sampai pak Arab kat Dubai ni pun tau crita pasal politik issues yang melanda sana. Baru semalam sempat tengok Debate tu dalam YTube.

Well, from my opinion.. I do agree with ms.X regarding this issues. The way I see now, as if Malaysia is becoming more weaker from day to day semenjak harga minyak naik mendadak hari tu. Currency RM yang sepatutnya amat baik berbanding dengan AED pun dah semakin menurun. And I believe exchange rate RM and AED boleh jadi one-to-one within this few months ahead.

I don't know what will happen to Malaysia in future if pemerintahan tidak mengambil langkah untuk menukar strategi dan berusaha untuk membaikpulih keadaan. Janganlah ambik sikap berdolak-dalih; lebih banyak memikirkan alasan2 daripada nak tolong rakyat.

Basically daripada debate tu, saya
masih tak faham. Kerana sebelah pihaknya, bila disoal; lain plak dijawapnya. So saya anggaplah sebagai hiburan semata-mata...

Haiyaa..

Anonymous said...

Baru boleh komen coz pagi tadi aku ada muntah bila baca beberapa fakta.

Anggaplah tengok debat tu mcm tengok rancangan Macam Macam Aznil atau Tom Tom Bak (hiburan semata-mata). Nasib rakyat marhaen akan tetap tak berubah.

Katakanlah fakta DSAI itu bernas, adakah gomen will take into consideration.

Pada Datuk Shabery, U memang pemidato yang hebat cuma U agak lembab dan lemau sebab tak paham soalan. Lain di soal lain di jawab. Part mana yang dia sapu air liur tu...???

Mr. Right said...

(Aku balas komen yg aku rasa ditujukan kepada aku sahaja.. yang lain2, Ms.X kena jawap. Kalau dia rasa perlu lah....)

kangaroo,
Aku rasa debat tu adalah platform kerajaan nak test kepoweran Anwar dan untuk buktikan media kerajaan dah semakin friendly. Pak Menteri tu pula personally nak naikkan nama dia, kononnya.

athirah,
Sapa 'outsiders' yg saudari maksudkan? rasanya masalah ni melibatkan semua org, so aku rasa takde sapa yg boleh dianggap 'outsiders'. Rajin2kanlah singgah lagi k...Nak add? Boleh, silakan...Thanks.

ano 1,
Ada apa ngn website tu? Elaborate la sikit.

chalok,
Hahaha... Nordin Kardi tu nak ckp Anwar mempergunakan isu minyak utk hentam kerajaan. Isu sebenarnya adalah pengurusan kewangan kerajaan yang tidak betul. So, petrol, IPP, tenaga, harga makanan, inflasi semua tu bahan diperalatkan oleh Anwar je. Itu lah maksud di Nordin Kardi. Aku rasa lah...

lalala,
Berdebat secara sihat. Mengisi masa lapang sambil bagi senaman kat saraf2 otak.

AC,
Rancangan Macam-macam Aznil ke atau rancangan AC Disini?

All,
Anybody interested to know siapa Ms.X ni? Lagi beberapa posting menarik dari beliau, then aku akan lelong nombor handphone dia kat sini...Hahahha...

Hint: She single and available.

syphoon said...

salam..

alo beb, lama gua x mai sini, lu sehat ka?

just nak suggest korang baca 1 ulasan dari MSO

boleh baca kat sini :

http://msomelayu.blogspot.com/2008/07/ulasan-debat.html

Anonymous said...

Dood, no lelong please or i'll kill u (sorry rose). However, i'll reconsider if the bid is at minimum RM10K.

Buat sementara waktu, sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui setiausaha saya di 016-2266654

Anonymous said...

website tu ade la sket pasal si saiful tuh..
dan tentang gambar yg die amik dgn azalina tuh

Ab Razak Hj Ahmad said...

Rancangan AC Di Sini... Huh.. den tak minat langsung...

Regards

Fomer AC

p/s - After this, no more AC nickname ya.... Dah ada Blogger ID sendiri...

Anonymous said...

Aku setuju gak ngan lalala. Tubuhkan kerajaan Pakatan Aku Betul.

Sapa rasa kita tak betul cakap dengan diorang buat kerajaan sendiri kat tempat lain.Bagi la nama apa yg dorang suka.Ini negeri Aku Betul.Tak puas hati pegi mamp**s.


Joe Scapula.

Anonymous said...

politik malaysia yg sial. bg aku better Malaysia diperintah oleh TDM yg diktator sbb sekurang2nya takder huru hara mcm skrg ni. nak carik mkn pun susah.

plg kesian org tua aku yg berniaga makan, teruk wei.... customer pun makin kurang. masing2 ikat perut kot.

aku pun dah stop cari duit online, nak wat bisnes lain plak.

Anonymous said...

"Patutnya kita suruh sahaja Anwar and his team submit their proposal in Parliament"

mungkin ko tak sedar dah berbuih² mulut ahli parlimen pembangkang memberikan cadangan agar minyak diturunkan tapi kerajaan buat dekkk jerrr ...

pasal IPP dah dibawa oleh Lim Guan Eng. Seterusnya cadangan menjual minyak dalam currency EURO telah dibawa oleh Mahfuz Omar kerana nilai matawang USD yg merosot skang ...

bermacam2 lagi ... rakyat tak sedar ... yg ada kesedaran tu akanc ari kat youtube ...

debat tu pada aku amat bagus ... membuka mata rakyat ... tapi kalo orang macam kangaroo tu sampai bila2 tak terbuka mata ... mungkin tak paham kot isi kandungan debat tu ... hahahhaha

Anonymous said...

hahah ade org mengata aku rupanya.

Apa yg aku tanyakan tu adalah satu persoalan sinis aku sahaja. Sebab aku percaya selagi kerajaan tidur, ko kasi bom c4 kat muka dia pun dia tak bangun.

(ini juga statement berunsur sarcasm, bukan bermaksud nk bom betul2, tp kalau betul pun apa salahnya hahaha).

p/s:mahalnya Ms.X...

Anonymous said...

salam semua...

nak jawab sikit komen miss x...

1. pasal rebate ni, setahu saya kerajaan hanya bagi pada pemilik kenderaan 2000cc ke bawah...
atas pada tu..tak dapat..jadi, kalau bagi subsidi, semua org enjoy subsidi ni, bayangkan tokay besar, pakai keta besar..dapat subsidi...makin gemuk laaa depa ni..tapi rm 675 ni sebenarnya tak cukup jugak...alhamdulillah drpd takder. At least saya ada 2 keta, dapat la 1350, byk jugak tu, lepas jugak shopping untuk hari raya untuk anak2..syukurlah dgn apa kita terima, dan saya berpendapat, kerajaan akan dari masa ke semasa akan cuba untuk memuaskan hati rakyat. Mungkin tidak semua..

2.Pasal 5 negeri, terpulang pada pendapat miss x, bagi saya 5 negeri yang Pakatan Rakyat dapat ni, mereka sudah pun membentuk kerajaaan, iaitu kerajaan negeri. Jadi mereka perlulah membuktikan yang janji2 mereka tabur pada masa PU12 itu relevan.Mereka adalah kerajaan...miss x anti kerajaan yang mana? Sebenarnya parti mana yang membentuk kerajaan tetap akan ada pembangkang, dan pembangkang ni ada 2 kategori. a) pembangkang yang intelek b)pembangkang yang membabi buta. Mengenai "tuhan" jelak, saya tak berapa ariff tentang ini, mungkin miss x ingin menyatakan isi hati dan perasaan selama ini, Tuhan tak pernah jelak, kerana sifatnya yang maha pengasih dan pengampun. Saya berpendapat, inilah peluang untuk Pakatan Rakyat memberi sumbangan merea pada rakyat dan BN yang kalah memikirkan apa yang telah mereka lakukan selama ini..Dengan harapan sesiapa sahaja yang dah jadi wakil rakyat, tolong buat kerja anda, kerana itu adalah amanah. Tak bole kerja, lagi 4 tahun, kita kasi finish...ok

Jadi sedikit sebanyak, kerajaan ni terajui oleh manusia, ada salah dan silap, nak kata kerajaan curi duit rakyat, kenapa tak ada orang nak buat laporan polis, pasal mmencuri ni satu kegiatan jenayah, saya cadangkan pada miss x, buat laporan polis, dapatkan bukti, so kita tangkap orang yang mencuri tu..Saya nak bagi contoh orang yang mencuri dari kerajaan, orang duduk setinggan, kebanyakkan setinggan ni, rumah atas tanah milik kerajaaan. Bole pulak pakai kereta. income tax, depa ni tak bayar..under declare, anak pegi sekolah, dapat bantuan pinjaman pastu tak nak bayar,..kerajaan buat rumah PPR, harga 25k -40k, ada yang pakat beli, pastu sewakan, tipu dokumen, dan macam2 lagi...pastu tuduh kerajaan curi...aduh camna ni...
Pendapat saya, kerajaan tak bole buat sesuatu itu dalam sekelip mata. Segalanya ada perancangan peringkat demi peringkat.
Begitu jugak kerajaan pada 5 negeri oleh Pakatan Rakyat ini jugak...ingat depa bole buat semua benda yang mereka janji....no way...takkan bole nyer, mesti ambik masa...so..think positive..
Jadi miss x, kita ni rakyat yang mungkin berbeza pendapat dari dalam sesuatu hal. Dan saya yakin kita bersependapat dalam hal2 ugama, saya sebenarnya mahu negara tercinta ini diperintah oleh bangsa dan ugama kita. Ini bukan racism, tapi kita bangsa Melayu adalah hak kepada tanah air kita.

Tak Hilang Melayu Di Dunia Ini...

Salam..

Zackos

Anonymous said...

Pelik betul orang amno nih, bila pakatan rakyat memerintah 5 negeri, semua suruh pakatan rakyat buktikan janji dia, tapi janji amno yang dah 50 tahun lebih tu, tak de pulak suruh buktikan. HERAN SUNGGUH

Anonymous said...

apo nak heran.
takkan tak nampak beza 50 tahun dulu ngan sekarang.Lagi aku heran ngan orang yang heran ni.
Mesti tak pernah baco sejarah.Dio tahu sejarah tok moyang dio ajo.
Hidup lah ko dalam keHERANAN TAHAP CIPAN.
HAHAHAHAHA

Anonymous said...

Wooi provoke la lagi Zackos tu.Dia desperado.Takde kawan...kah kah kah.

Hang Tuah cakap tak melayu hilang di dunia tapi dia sendiri pun hilang takde kubur...Lagi bodoh !!

Mrs Nurul said...

ko letak button follower leh tak? senang sket aku nak bace2 ni hadoi yai..taknak subsribe la weh..penuh mail box da!

Total Pageviews

. page counter