Wednesday, July 2

Kes Anwar... Dulu dan Kini

Yesterday, this blog broke it highest daily visitor record, all because Malaysian eager to find out about a guy name Saiful Bukhari Azlan. I believe that name became most search keyword for the past two days in Malaysia. It will be too arrogant of me to just ignoring the latest Anwar Ibrahim’s political adventure. So, aku tulis seloka dibawah to welcome back ceritera Anwar, liwat dan konspirasi.


Dulu dan Kini…
(Yeah I know, title kinda lame)

Dulu...dia seorang Timbalan,
Kini... hanya pemimpin sanjungan.


Dulu... Sukma, Munawar, Azizan,

Kini... Saiful Bukhari Azlan.


Dulu... 3 laki 1 perempuan,

Kini... hanya pemuda tampan.


Dulu... Mahathir jadi tuduhan,

Kini... siapa pula gerangan?


Dulu... Reformasi diatas jalanan,

Kini... dunia cyber menjadi medan.


Dulu... lebam sebelah pandangan,

Kini... mungkin satu badan.


Dulu... politician nafsu haiwan

Kini... nafsu umpama syaitan.


Dulu... tilam jadi bualan,

Kini... apa pula akan dihumban?


Dulu... semuanya satu lakonan?

Kini... macam siaran ulangan
.

Dulu... kawan jadi lawan,

Kini... siapa akan ketawa sakan?


Dulu... hakim jadi sindiran,

Kini... terus jadi gurauan.


Dulu... satu dunia bagi tumpuan,

Kini... pasti lebih perhatian.


Dulu... ceramah celah perumahan,
Kini... stadium tempat syarahan.

Dulu... aku seorang graduan,

Kini... sudah ada pendapatan.


Dulu... aku tumpang kesian,

Kini... aku dah betul-betul bosan.


Orang cakap, kalau dan bosan, tak payah lah fikir. Biarkan sahaja ianya berlalu. Anwar bukan saudara aku pun, si Saiful tu pun bukan ada kena mengena dengan aku. So, biar lantak lah. Tapi takkan nak biarkan sahaja benda yang betul-betul busuk depan batang hidung.

Kalau Saiful tipu, maksudnya memang kejilah dia dan mereka yang suruh dia tipu, tak kiralah ‘mereka’ dari pihak mana. Anwar sendiri, Najib atau Pak Lah. Regardless what the reason but menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan politik, memang betul-betul keji dan sadis.

Kalau Saiful bercakap benar… Oh my God…Ahli politik sanjungan jutaan orang adalah seorang…. (I don’t think I should complete this sentence).

Comparing to Raja Petra affidavit against Datin Rosmah. That one straight forward. If Raja Peta betul, maksudnya our 2nd lady adalah seorang pembunuh kejam dan ganas. But if he lies, maksudnya RPK adalah manusia paling gila dalam Malaysia. Fame and popularity telah menggilakan dia.

So, untuk orang kebanyakkan seperti aku, I can just keep wondering and pray to God that the truth will be reveal. By the mean time, just try to enjoy or ignore the latest plot of this disgusting political sequel drama.

http://mob1900.blogspot.com/

12 comments:

Anonymous said...

Kalau anak tanya apa makna liwat, apa nak jawab ?

Anonymous said...

Anon 2:08

Ko jawab je tutuh pungkok dengan objek tumpul.

Dah TV hari-hari keluar cerita macam tu,apalagi nak dimalukan sebab negara dan media kita ni pun dah hilang kewarasan.Semuanya kerna pemimpin gila kuasa.


Joe.

Anonymous said...

aku tak mau komen anwar. just nak tanya, bila nak kawen bro?

aku tgk blog tunang ko td, makin kurus tunang ko berbeza gn gmbr tunang. atau mata aku salah?

hehe... makin dekat nak kawen la kot. bubuh la gambar terbaru ko. hehe... leh compare dulu gn skrg.

skt kepala je pikir drama politik skrg ni.

Anonymous said...

hurm...
ntahla...
tak tau la nak pikirkan mane yang betul and mane yang salah...
huhuhuhuh....
tapi tak sangke politik kiter neh leh terjerumus dalam situasi keji macam neh...
huhuhhu...
mane ntah kewarasan sume orang...
sume nyer nak ikot jejak langkah orang luar sampai kiter sendiri lupe landasan kiter yang sebenar...
ape nak jadik la weh....

Anonymous said...

wa bley cakap yg lu ni genius r..
reason..?
lu pk r sendiri..
gua lapaq ni..
chow r..

Anonymous said...

Now dah tak tengok berita lagi dah waktu malam or siang. Tak pasal-pasal anak aku tanya apa makna liwat.... (It's part of sex education...???)

Masa ada news guru bunuh bidan, samseng bunuh jiran, bunuh budak, bunuh rakan sekerja jenuh dia bertanya why why why... apa kita nak jawab.

Balik kes Anwar, ramai sibuk suruh Anwar bersumpah.... Apa kata suruh Najib bersumpah jugak yang kata dia tak terlibat langsung dengan Altantuya... Dia pernah kata even kenal pun tidak dengan Altantuya... Dua-dua bersumpah... ada berani.... Hapuskan saja mahkamah sivil... kita pakat main sumpah-sumpah....

p/s - Dah tak sokong mana-mana... sokong majikan aku je coz dia yang bayar gaji aku.... Tabik boss....

Sankai said...

Screw all those currently in line (the expectant leaders). Lets elect someone new. Someone who's not a drama queen. Someone out of the box of our current political standers.



Mr. Right. I elect you for post as the Prime Minister !


HAHA.. cheers,

Mek Rose said...

hahaha..sankai..
tak payohler calonkn incey aku betul ni jadi PM..

tak kuase den..dah la skang bz mengalahkan PM..if dah jadi PM..tatau la camno tahap kebiziannye...uhuk!

Mr. Right said...

ano,
Ko cakap je liwat tu adalah lewat yang melampau. Maksudnya Anwar dituduh lewat, tak berdisplin, tak menepati janji. Nanti dah besar sikit dia akan faham lah.

joe,
Hahahaha... bagi jawapan ikhlas macam tu pun boleh jugak. Tapi kalau budak tu tanya soalan susulan, letih nak jawap. Sakit ke? Salah ke? Sedap ke? Kenapa dorg buat? Fuh...!

akukaya,
Hahahaha.. ko ni lari jauh topik ni. Insyaallah aku kahwin lepas raya tahun ini. A'ah, dia makin kurus, aku tak. Tak payah compare la dulu ngn sekarang sama je kot. Kalau ikut baju atau seluar memang banyak yang makin mengecil. Fabrik sekarang tak berkualiti. Hahahaa...

lalala,
Apa maksud ko ikut jejak langkah org luar? Ada negara lain yang politician kena tuduh cam Anwar ke? Setahu aku sesetengah negara tu kalau tak puas hati bunuh terus je.

first try,
Aku tengah fikir.... Ermmm... aku kena tukar blog ni ke akugenius.com la kot lepas ni. Hahaha.... 'first try' tu maksudnya pertama kali komen ke? lepas ni rajin2 la komen lagi.

ac,
Sumpah2 ni buang masa je. Last thing orang Islam nak tengok adalah Al-Quran dipermainkan. Kalau both Saiful dan Anwar bersumpah, how? Maksudnya salah sorg confirm mempermainkan Al-Quran. Kalau dibuat senyap2 mungkin aku setuju, but not publicly.

sankai,
Ko nak jawatan menteri apa? Pastu tolong submit nama semua sanak saudara dan sahabat handai, senang nak agih-agihkan project kerajaan.

rose,
Kalau jadi PM tak busy dah, semunya ada org tolong buat. Just jaga perut sendiri je.

Fid said...

aku pun tak setuju juga incey akubetul jadi PM hahahahaaaa

nak tau sebab apa?

dood agak2 ko tau sbb apa?hahahahahaaa

Anonymous said...

Kepada moderator akubetul.com,

Sila hubungi saya ACP Nordin 03-2266654 Bukit Aman untuk siasatan lanjut sebelum di tahan reman.

Anonymous said...

hi..
seloka tuh memang besh, aku dah siap print and tampal kat bawah meja opis aku. mane dapat?

apapun yang terjadi dan bakal terjadi kita kena bersatu hati, kalau kita asyik cakap itu ini...our leader tak bleh harap, so why dont we become a leader...

kalau setakat berani cakap tapi takut bertindak? tepuk dada tanya selera la kawan2...

-bait bawah bayu-

Total Pageviews

. page counter