Friday, July 25

I Will Never Become Famous Blogger

Notice: Seperti yang aku ulang beberapa kali sepanjang minggu ini, aku sememangnya busy tahap Gaban. So, this article sebenarnya aku tulis beberapa bulan lepas, to be exact during general election season. Aku malas nak post sebab busy dengan politic comments and aku rasa macam tak best je article ni. But, since aku memang tak sempat nak buat apa-apa posting sekarang, so aku post je lah…

Masa lepak dengan kawan-kawan lama, ada yang cakap aku dah popular sekarang. Ramai yang kata mereka baca blog aku setiap hari. Ada yang tolong rekemen kepada kawan masing-masing. Lawak juga kerana ada pula yang cakap mereka direkemenkan oleh orang lain untuk baca blog aku. Mungkin betul apa mereka cakap, since aku lihat pun setiap hari ada beberapa puluh keyword akubetul.com di search di google atau yahoo. Tapi aku sememangnya pasti tidak mungkin aku akan jadi blogger terkenal. Terkenal dalam erti kata aku boleh berhenti kerja dan gunakan blog sebagai sumber pendapatan utama.

Yes, I strongly believe I will never grow to be those bloggers that become major talking point in the office, during lunch hour atau ketika half time football match.

This is because…

1. Malas.
Aku sememangnya seorang yang pemalas. Aku malas nak join mana-mana persatuan, blogger gathering or even display any kind of blogger alliance logo. Maybe some believe aku suka bergerak sendiri. Berceloteh sesuka hati aku, alone. No, that not true. Aku teringin sangat join forum, berbincang ramai-ramai dan sebagainya. Cuma masalahnya aku malas nak peruntukan masa aku kearah aktiviti sebegitu. Weekend aku lebih suka balik kampong, keluar jalan-jalan dengan tunang, tengok bola dengan kawan-kawan atau terperap depan tv. Aku juga malas nak study, buat experiment dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari traffic, impress reader dan mengpopularkan diri.


2. Lack of Technical Skill.

Of cause this very much related to my laziness lah. Aku tidak tahu bagaimana nak edit gambar guna photoshop. Aku tidak tahu bagaimana nak host blog aku dan guna mana-mana content management system (CMS). Aku tidak pandai gunakan segala teknik dan taktik untuk jadikan blog ini more search engine friendly, those meta tags, pinging, cloaking… Damn, apa kejadahnya tu. Even aku nak tukar theme blog ini pun aku risau takut-takut semuanya hilang. Jadi sekarang ini aku hostkan semua content diblogger.com. Jika esok atau lusa aku tidak boleh log in dalam akaun gmail aku, semuanya akan hilang…So, technically aku memang tidak boleh jadi blogger terkenal.


3. English Aku Hampeh

Cuba kira berapa kerat blogger terkenal atau istilah popular sekarang pro-blogger yang tulis blog dalam Bahasa Melayu atau bahasa rojak? Hampir tiada. Jeff Ooi, Kenny Sia, Liew CF, Gobalakrisnan, semuanya tulis dalam English. Yang tulis dalam BM dan survive pun hanyalah mereka yang ada bisness lain. Mereka sekadar gunakan blog sebagai medium komunikasi dengan ahli-ahli berdaftar atau pelanggan mereka sahaja. Samaada mereka adalah penulis novel atau mereka jual product lain seperti e-book, software, perkhidmatan, etc. Atau mereka sememangnya tidak mahu menggunakan blog untuk cari rezeki, seperti ramai blogger politik dan artis yang gunakan blog untuk raih popularity sahaja. Berblog dalam English simply widen the potential reader, instead of orang Malaysia, mat salleh yang ada banyak buying power akan turut membaca.


4. Aku Tak Nak Jadi Pro-Blogger

Honestly, mungkin aku terigin juga. Cuma aku tidak boleh membayangkan aku jadi blogger sepenuh masa. Aku tidak yakin ianya satu pekerjaan yang menjamin masa depan, takde EPF, takde SOCSO dan semuanya seperti tidak jelas. Lagi 10 tahun adakah blogging masih lagi releven sebagai sumber pendapatan? Kehidupan pro-blogger pula aku bayangkan sedikit bosan. Terperap depan PC berjam-jam, tiada rakan sekerja, tiada masalah dengan account department, tidak bergaduh dengan customer dan tidak berpeluang tipu boss. Seriously sound damn boring, right? Then imagine nak terangkan kepada parent atau bakal mak mertua apa pekerjaan kita.

“Saya kerja tulis dalam internet, orang ramai baca tulisan, saya dapat duit dari situ”

Jawapan dari bakal mak mertua…

“Kau tak takut kena tangkap polis macam si Petra tu ke?”

Kalau mak mertua tu fanatic UMNO, lagi lah best…

Kau lah yang Khairy cakap beruk tu ye…


So, what ever happen pun, aku still believe blogging adalah hobby yang menyeronokkan untuk aku, itu sahaja.

Chow… Selamat berhujung minggu. Hujung minggu aku akan dipenuhi dengan bekerja menyiapkan tugasan yang sepatutnya aku hantar hari ini….

Komen-komen juga aku tak sempat nak reply, maybe next week, dah settle semua then aku luangkan masa.

8 comments:

Anonymous said...

emmm....
walaupon ko kater ko macam tak terkenal or tak nak jadik terkenal tapi aku aser dah ramai dah yang tau sal ko nyer blog neh...
theheehhe...
kalo tak takkan la sampai ader orang leh tolong rekemen kan sume tuh....
thehehhe...
ko pon wat pengiklanan bergerak kalo tak silap aku....
aku aser aku penah nampak kete kembara pakai sticker www.akubetul.com.....
thehehhe...
means ko memang dah fofuler la john...
ahahhahahahaha....

marcusan said...

lol. heya. you terms and condition for commenting also very lucu la. haha.

i swung by from somewhere, and i just wana say your blog title dam happening! haha.

kinda like what i use to say in sch:
RULE # 1
teachers are always right.
RULE #2
in the case a teacher is wrong, please refer to RULE #1.

lmao

cheerios~!

Balqiz said...

AMARAN...!!!

Aku malas nak Enable Comment Moderation, jadi tolong komen secara bijak dan berhemat.

Jangan:
1. Show Off
2. Emosi
3. Buat lawak bodoh
4. Terlalu berkias-kias

etc...

Aiyo... what can I comment then? I knoe my comment usually are sarcastic, mental, baboonic, weird, tah apapa, blablabla, merapu, lawak hodoh dan bodoh.

I'll comment when I can comment as a normal being then

Cheers!

Anonymous said...

salam ziarah.

hmm..khairy pun beruk gak aa pasal dia pun ade blog jugak.mengata orang dia yg lebih.

err..aku harap komen aku termasuk dlm kategori tidak didelete.hehe..

Sad Open said...

First of all, salam, ko punya domain adalah paling best aku tak tipu.
Ko punya ayat sempoi, aku suka baca.
Ko juga ada sense of humour.
Kalau ko malas, aku ni jauh lebih malas..at least ko ada domain sendiri.
Masuk persatuan bukan kena buat apa apa kerja yang susah pun..
Aku selalu baca blog ko kalau aku nak hilangkan tensen.

Mek Rose said...

Hoho..ade ati nak jadi famous blogger upenye...huhuuh...

ala..dah glemer ape..
tgk tu ha..ade peminat..:-)

ape2 pon..Aku Betul.com is the number one!...cau cin cau....:-)

Anonymous said...

En. aku betul btul2 bz skrg..no update for few days..hampa..

Mr. Right said...

lalala,
Pengiklanan bergerak...? Hahaha... saja nak hias keret sikit. Cantik apa perkataan tu.

estancus,
Wah... teacher pun ada ke? I heard somebody said Boss Always Right.

Thanks for dropping by.

balqis,
Hahaha... good!

The rules just as guideline lah, aku jarang2 delete komen pun. Try 1st lah, I also wanna see how teruk ur komen.

penyubiru,
Blog KJ berupdate ke? rembau.net kan?

sad, with a white hair,
Thanks. Alah, beli domain 5 minit punya job je. Masuk persatuan kena attend every week tu. Weekend lak tu. Takde masa nak berehat dan memupuk lemak dibadan. Hahaha...

rose,
Nak jadi popular sebab nak jadi laya. Orang kata senang nak jadi kaya kalau dah popular. :)

intan,
A'ah... busy. But hari ni dah update.

Total Pageviews

. page counter