Salah satu komen terpanjang pernah aku terima. Aku gagal contact insan yang meninggalkan komen yang cukup berkualiti ini. Aku harap beliau boleh contact aku terutamanya jika beliau tidak selesa dengan tindakan aku menjadikan komen beliau sebuah posting penuh.
Pak Din meninggalkan komen di tulisan sensitive aku berkenaan racist: Silent Racism Part 1.
Dia cukup rajin untuk kupas satu persatu points yang aku berikan. Aku percaya beliau memperuntukkan masa yang lebih lama untuk tulis komen berbanding masa aku menulis posting tersebut. Fakta yang diberikan menunjukkan beliau betul-betul membuat research dan study pasal topic ini.
Personally aku nak ucapkan terima kasih dan cukup terharu dengan usaha beliau dalam memberikan pandangan.
Walaupun beliau tidak sependapat dengan aku hampir 100%, aku tidak mahu memanjangkan perdebatan. Aku cuma paparkan komen tersebut disini untuk memberi pilihan kepada pembaca membuat kesimpulan sendiri. Tolong baca posting asal aku sebelum luangkan masa (yang agak lama) untuk membaca komen beliau yang aku pastekan dibawah ini.
----------------------------
Saudara,
Seperti yang saudara sedia maklum
Saudara,
Kita mesti sedar bahawa Kemerdekaan Tanah Melayu tidak mungkin akan dapat direalisasikan hanya dengan perjuangan dan komitmen Bangsa Melayu semata. Kemerdekaan menuntut penyatuan kesemua rumpun kaum yang terdapat di Tanah Melayu, Sabah dan
Kejadian 13 Mei 1969 telah mendedahkan barah yang terpendam selama ini. Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan ketidak-keseimbangan ekonomi yang serius dan perasan curiga-mencurigai diantara Bangsa Melayu – Kaum Cina dan Kaum India di Tanah Melayu.
Adalah tidak begitu sesuai saudara melabelkan negara kita begitu ‘racis’ sekiranya saudara benar – benar memahami sedikit sejarah yang telah saya ketengahkan pada awal penulisan saya ini.
Saudara,
Berhubung ‘Working Environment’ saya bersetuju dari satu sudut dan tidak bersetuju bagi sudut yang lain pula. Jika kita lihat didada akhbar bahasa inggeris jelas dalam permohonan mengisi kekosongan jawatan jelas disyarakatkan perlu menguasai Bahasa Mandarin. Dan ada juga yang meletakkan syarat untuk bangsa tertentu sahaja yang boleh mengisi jawatan tersebut. Walaupun pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan tindakan ini sebagai contoh, sekiranya mengambil orang Melayu yang sudah pastinya beragama Islam perlu diperuntukkan waktu solat, tidak pandai bersosial dalam majlis anjuran syarikat dan pelbagai alasan lain. Ia merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh Orang Melayu untuk menceburi sektor swasta. Tetapi perlu diingat bahawa dalam kekurangan ini masih ada ruang untuk orang Melayu berjaya dalam arena ini tanpa menggadaikan maruah diri. Ramai anak-anak Melayu yang bekerja di syarikat bukan bumiputera dan berjaya menjawat jawatan yang selesa di dalam syarikat-syarikat tersebut.
Bagi sektor Perkhidmatan Awam pula, saya suka memetik penjelasan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam dalam Berita Harian 24 Disember 2007 “ Kerajaan tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih atau diskriminasi dalam pengambilan kakitangan baru, aspek utama yang diberi perhatian dalam pengambilan penjawat awam adalah merit atau kelayakan akademik, bukan kaum” dan menurut statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menunjukkan hanya 1.78 peratus kaum Cina dan 2.5 peratus kaum India daripada 486,802 individu yang memohon untuk menyertai sektor awam tahun lalu (2006). Adalah tidak adil saudara melakukan tuduhan yang melulu tanpa mengambil kira faktor-faktor yang dinyatakan seperti di atas. Kenyataan saudara ada berbau seakan-akan mempertikaikan kemampuan akademik orang Melayu ? Saudara, orang Melayu ramai yang pandai dan ada yang sudahpun bertaraf genius.
Saudara,
Berhubung ‘Entertainment Industry’ kenyataan saudara adalah ‘sedikit tidak masuk akal’ dalam pemahaman saya. Jika kita lihat, sememangnya industri muzik kita mengalami sedikit kegawatan semenjak kebelakangan ini. Anak muda kini lebih meminati muzik asing, bukan setakat tidak menyukai artis bukan Melayu malah artis Melayu pun susah nak cari makan ketika ini. Kebanjiran artis dari seberang dan barat seperti Kris Dayanti, Irwansyah & Acha, Melly Goeslow, Kumpulan Peterpan, Dewa 19, Sheila on 7, Gigi, Ungu, Samsons, The Lima, Ratu, Celine Deon, Justin Timberlake, Alicia keys, Simple Plan, Chris Daughtry, Backstreet Boys, Rihanna, Gwen Stefani, Beyonce, Shakira merupakan artis luar yang amat diminati oleh anak Melayu ketika ini, dimana lagu-lagu mereka ini menjadi siulan remaja dikala ini. Adakah ini juga suatu faktor ‘racis’?
Saudara,
Berhubung ‘Bussiness’ pula, seperti yang saya nyatakan seperti diatas, ‘Dasar pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah Inggeris semenjak 1880-an telah mengkelaskan Bangsa Melayu sebagai Nelayan dan Petani yang mendiami kawasan kampung dan persisir pantai, Imigran China terlibat dalam sektor perlombongan yang mendiami kawasan pekan/bandar, Imigran India terlibat dalam sektor perladangan yang mendiami estet-estet. Maka pembahagian mengikut kaum yang dilakukan secara terancang ini menyebabkan masyarakat cina telah lebih awal menguasai bandar-bandar dan peluang-peluang perniagaan semenjak ratusan tahun dahulu lagi. Adakah logik dalam masa 50 tahun ia harus dan dapat diubah secara total? Adakah wajar ini yang dikatakan ‘racis’?
Saudara
Manakala bagi isu ‘Politic’ pula, saya suka merujuk kenyataan saya seperti di atas “Kemerdekaan Tanah Melayu tidak mungkin akan dapat direalisasikan hanya dengan perjuangan dan komitmen Bangsa Melayu semata. Kemerdekaan menuntut penyatuan kesemua rumpun kaum yang terdapat di Tanah Melayu, Sabah dan
Kedua-dua pihak, Kerajaan mahupun pembangkang sedang dan terus mencuba sedaya-upaya untuk menghapuskan jurang antara kaum yang berlaku di
Saudara,
Berhubung isu ‘Sports’ pula, mengapa perlu difokuskan kepada sukan tertentu sahaja. Dalam puluhan malah ratusan jenis sukan (termasuk sukan rakyat) mengapa 4 sukan sahaja yang dipertikaikan? Kalau dah orang Melayu sejak kecil suka bermain bola sepak takkan kita nak suruh orang Melayu main basketball? Dan begitu jugalah sebaliknya bagi kaum lain. Mengapa tidak diperkatakan mengenai sukan Badminton yang sememangnya melibatkan imbangan juara yang terdiri daripada berbilang kaum? Sukan Hoki? Karate? Squash? Tenpin Bowling dan pelbagai lagi sukan yang lain. Juara sukan tidak boleh disusun dan main tangkap muat untuk menghasilkan juara berbilang kaum mengikut acuan saudara!. Juara sukan terhasil daripada faktor genetik, minat, hasil usaha yang gigih/kuat, sokongan dan galakkan dari keluarga, persekitaran dan lain-lain faktor yang menyumbang kearah untuk menghasilkan Juara Sukan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Akhir kata adakah 50 tahun mencukupi untuk mengubat barah yang telah membiak semenjak ratusan tahun dahulu? Adakah saudara menggunakan akal atau menggunakan sentimen dalam mengetengahkan perkara ini? Sesetengah individu lebih berminat untuk mengkritik menggunakan perasaan. Kerana ia mudah, tidak memerlukan penyelidikan dan kononnya mudah untuk mempengaruhi sentimen rakyat. Tetapi cara ini bukan pilihan dalam senario semasa di alaf ini, golongan muda yang berpendidikan formal/tidak formal lebih mahir menggunakan akal dalam menilai dan melihat sesuatu isu.
-------------------------------
Walaupun komen diatas pedas dan sedikit menyerang peribadi aku… Tapi aku paksakan diri untuk tersenyum dek kerana kesungguhan beliau dan kemungkinan besar beliau sudah berumur dan jauh lebih berpengalaman daripada aku. Kalau dia bukan seorang pakcik, mungkin beliau seorang pakar sejarah. Hahahaha….
Terima kasih daun keladi…..
P/S: Whether you like me or not, surely you agree it is one damn cool decision of mine to respect and appreciate this comment, right?
12 comments:
Bila baca komen tu terasa macam baca buku sejarah pulak...
muahahahahahaahaha...:P
-Ipoh lads-
Betul lah! Mcm baca buku sejarah. Kalaulah betul2 buku sejarah mcm ni confirm sejarah aku dulu A++! haha
aku x suka sentuh bab perkauman sbab family aku sndiri melayu + cina + jawa dan kami sungguh bahagia hahaha...
yes ko betul yg ko cool hahaha.
nnti la aku baca betul2.nak kena hadam baik2 artikel tu
uish...
hebat tol orang tu...
hehehe...
wah amat kagum dgn kata2 nya yang sopan tapi tegas. wah.
Respek...Respek...
wa...isu diutarakan oleh Incey Aku Betul ttg silent Racist copy paste dekat sini...
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9130
tapi org tu ok..dia letakkan link ke akubetul.com..hehhehe
Mr Right,
Ini first time aku lawat blog engkau.Dulu aku pernah baca tulisan kau menerusi kawan aku yg print kat ofis dia.Ala kau pun tau kan,semua orang pakai harta syarikat,mati pun tak nak keluar modal print kat rumah.
Aku baca T&C kat atas tu banyak sangat pantang larangnya sampai pening kepala aku nak komen macam mana ni.
Mungkin aku akan letak kat favorites blog kau ni.Lain kali kalau.Tapi aku mengaku tulisan kau menarik untuk dibaca sesuai dengan kepala hotak aku ni.
OK lah Adios Amigos.
Mat Rodd.
ipoh lads,
Hahaha... Jgn la gelak. Kesian dia bersungguh buat research tu. Mesti dulu kajian sejarah tempatan masa form 3 dia dapat A+++. Hahahaa...
kangaroo,
Wah... Cina + Jawa pun boleh. Mesti cun/hensem... Hahaaha..
zakzak,
Aku cool? (hidung tengah kembang)... HAhaha... Silakan hadam...
lalala.inc,
Hebat mmg hebat. Aku rasa ko ada tanya cam mana nak hantar article kat aku kan? Leh hantar kat email aku: dooood at gmail dot com.
meamizuno,
Betul... sebab tu aku hargai. Mmg komen ni lain dari yg lain.
nasir,
Ko respek aku ke ko respek dia?
Rose,
A'ah... mereka juga ada hantar email minta izin. Mereka di tranungkite.net memang bersopan dan berhemat tinggi. :)
mat rodd,
Saja je nampak cam byk pantang larang. Alaaa...sekadar bagi ingat je. Pokoknya kena bersopan dan gunakan commonsense je. Salam perkenalan. Kirim salam kat member ko yg print article aku tu ye. Ckp tima kasih bbyk.
A'kum Bro, terima kasih kerana menghargai hasil usaha yang telah saya utuskan sebagai komen peribadi saya. Saya ucap terima kasih kerana tidak mengtongsampahkan komen yang saya hantar. Saya bukanlah berusia sangat, baru berumur 29 tahun (lahir 1979), berkelulusan Sarjana Muda Sains dengan kepujian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Subjek Sejarah hampir-hampir kantoi masa SPM dulu!. Tetapi I Love Too Read A Lot and Argue A Lot!
Di harapkan kalau ader isu menarik yang diketengahkan selepas ini I'll counter it!.
Sori kalau engko terasa.
Kalau takut di landa ombak usah berumah di tepi pantai.
Thanks Bro.
haha... mr right dah bukan mr right. betul gak apa yg pak din comment tu. tp isu ni bukan isu kecil sebaliknya isu ni racist ni dah lama. dah berakar rumbi sejak zaman sblm merdeka lagi. US pun amik masa gak tau utk hapuskan sifat perkauman antara org kulit puteh terhadap org kulit hitam US. kalo kita tgk citer sejarah US, ada kisah dimana anak2 org kulit hitam disisih dan dipulau disekolah. tak silap aku sana dulu ada persatuan nama ku klux klan yg kononya utk ketuanan org kulit puteh.
apa2 pun komen yg bernas dr pembaca ko.
i mmg suka dtg blog ni..utk kupasan2 menarik from mr. aku betul..but dlm byk2 komen yg i perati form ur visitor, byk point i agree with pakdin(utk racist issue)..yelakan..siap kua data2 bagai..but again to en. aku btul, thnx cz berjaya jd blogger faveret i esp on my damn bowink days at ofc!!
Post a Comment