Thursday, April 17

Bola-bola Api

Notice: Tajuk posting tidak berkaitan dengan cerita. Saja suka-suka.

Kadang-kadang aku suka kaitkan apa sahaja situasi dengan pasukan bolasepak. Konon-kononnya peminat sukan bolasepak sejati la ni. Dalam berkawan, hubungan keluarga sehingga lah di pejabat. Cuba fikirkan, dalam setiap hubungan pastinya ada watak goalkeeper, defender, midfielder, playmaker, winger, attacking midfielder dan tentunya striker. Sifat dan perangai mereka yang membuatkan aku mengaitkan mereka dengan watak-watak pemain bolasepak untuk setiap posisi. Ada antara kawan-kawan aku yang suka ‘menyerang’ rakan-rakan lain, ada juga yang suka ‘tackle’ secara ganas dan ada yang berlagak cool dan anggap diri sebagai ‘playmaker’. Playmaker ni selalunya setiap decision dalam group mesti dia nak influence.

Selain dari hubungan sesama manusia, aku juga selalu kaitkan kerja di office dengan game bolasepak. Kalau sesuatu kerja itu aku sedang aku usahakan, aku bayangkan bola berada dikaki aku. Bila aku dah selesai, aku forwardkan drawing kepada Sales Department contohnya, jadi pada pandangan aku bola kini berada dikaki mereka. Mereka sebagai ‘striker’ sesebuah organisasi corporate perlu berhati-hati mengawal bola dan jaringkan gol dengan dengan membawa pulang sales.

Jadi, kadang-kala aku memberi jawapan sebegitu kepada boss aku yang tidak begitu minat bolasepak. After a while, dia pun faham bagaimana cara aku berfikir. Contohnya:

Boss: Fandi, how about bla…bla…bla…project?

Aku: Ohh… ball now at Sales’s legs. I already gave them all the info, they just need to compile everything and prepare the quotation.

So, yesterday ada weekly meeting, boss aku pun try to use same ideology to explain something about information flow between department and the important ness of proper documentation to meet some ISO stuff.

Boss: I love to remind you guys to properly send the copy of these forms to each department. I do not want to hear anymore excuses. Sometimes, for example I.T Department passes the ball to Affandi. Affandi not even realize he got the balls. He not sure whether the ball with him or not….. So, when I ask…. (he stopped)

Boss aku stop sebab ramai antara kami dah start tergelak dan tahan gelak. Dia pun realize dia dah terbuat joke pasal ‘bola aku’, dia senyum and teruskan meeting.

For the record, aku tahu aku ada ‘bola’ dan aku tahu kedudukan dan kemampuan ‘bola’ aku.

Hahahaha…..hahhahaa….

2 comments:

Mek Rose said...

ish ish ish ish....gambor ape tukk...kueh kueh kueh

Anonymous said...

giler lucah gambar tuh....
hahahahahaha

-Ipoh lads-

Total Pageviews

. page counter