Saturday, April 12

Babi di Selangor - Lembu Dengan Kambing Gaduh, Babi Buat Kandang

Salam hujung minggu. Most of you guys cuti, tapi aku bekerja. Sedih...sedih.

Jijik betul aku dengar cerita babi diperbesar-besarkan oleh media.

Kepada yang tidak pasti apa yang aku maksudkan, maknanya korang memang duduk dalam gua for the past few weeks, ini summarynya:

1. Kerajaan Selangor luluskan ladang ternakan babi moden di Sepang yang menelan belanja 100 juta.

2. Pemimpin BN, wartawan BN, media BN dan kuncu-kuncu mereka kutuk maksima. Konon-konon PKR mengikut telunjuk DAP.

3. Pemimpin Pakatan Rakyat ada yang menyokong tindakan kerajaan Selangor, ada juga yang berkata kerajaan sebelum ini pimpinan Khir Toyo yang luluskan.

4. Dr Khir Toyo diblog beliau menafikan yang beliau meluluskan project tersebut, ianya masih diperingkat kajian.

Ini bukan gambar baru, ini gambar tahun lepas. Masa kecoh isu babi di Melaka.

Korang percaya sahajalah summary yang aku buat diatas, aku malas nak sertakan dengan link yang berkaitan.

Seperti pernah aku cakap disini, aku tidak pandai nak ulas isu hukum hakam agama. Tapi rasanya sememangnya tidak boleh sesebuah kerajaan Islam membenarkan ladang ternakan haiwan yang ternyata haramnya didirikan. Ianya diharamkan oleh Islam dek kerana reason yang tersendiri. Jadi semestinya memakan, menternak, dan segala usaha berkaitan dengan haiwan tersebut juga rasanya haram. Tolong betulkan pemahaman aku ini, jika dirasakan kurang tepat.

Jadi, obviously aku tidak setuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan project tersebut. Siapa yang meluluskan? Tan Sri Khalid Ibrahim atau Dr. Khir Toyo? Aku tidak peduli. Tak kiralah mana pihak pun, aku tidak setuju dengan kelulusan tersebut. Tapi, jika difikirkan, apa Khalid atau Khir Toyo boleh lakukan? Kerana aku difahamkan sejak berpuluh tahun lagi tempat berkenaan sudah menjadi ladang ternakan babi secara kecil-kecilan. Ianya berselerak, dan diusahakan oleh ramai penternak. Jika kerajaan musnahkan semua, akan jadi isu besar seperti tahun lepas sekali lagi.

Aku tidak setuju dengan kelulusan itu dalam masa yang sama aku tidak tahu apa tindakan yang sewajarnya. Nasib baik aku bukan pemimpin, pening juga nak buat decision sebegini.

Sudah clear rasanya pendirian aku dalam perihal kelulusan project ternakan babi tersebut. Sekarang aku nak teruskan dengan mengutuk kebodohan mereka yang memperbesar-besarkan isu ini. Kepada KERAbat-KERAbat Barisan Nasional, wartawan-wartawan picisan, blogger-blogger hingusan tajaan UMNO, aku nak bertanya…

1. Luluskan ladang babi dengan luluskan pembinaan kilang arak, mana lebih teruk?

2. Luluskan ladang babi dengan luluskan lesen disko, mana lebih teruk?

3. Luluskan ladang babi dengan luluskan pembinaan casino, mana lebih teruk?

4. Luluskan ladang babi dengan menghalalkan rasuah, mana lebih teruk?

…..sudah boleh agak kot soalan-soalan lain yang boleh aku tanya.

Ceritanya sekarang, babi tersebut akan diusahakan oleh cha ya nun alif, akan dimakan oleh cha ya nun alif, dan akan dipantau oleh wakil kerajaan yang juga mungkin cha ya nun alif.

Tapi kemungkaran lain yang terpampang depan mata, disemai, dibaja, dijaga dengan rapi oleh orang Islam. Tak tahu la aku kalau-kalau penyokong BN risau takut-takut dengan kebanjiran daging babi akan membuatkan orang Islam teringin makan bah kut teh. Fuh…! Yummy....

Kalau kemungkaran lain ramai umat Islam (terutamanya orang UMNO) berani gunakan hukum akal dan logic fikiran untuk mencari dalil dan dalih agar ianya boleh ‘dihalalkan’ kenapa isu babi ini tidak? Kerajaan Selangor nak jadi pembekal daging babi terbesar dunia, biarkan sahaja… boleh masuk record dunia….Hahahaha…..Bengong.

P/S: Tolong cuba fahamkan tajuk posting yang panjang diatas. Mendalam maksudnya tu. Sekali sekali aku try to be puitis.

45 comments:

Hakim Fahmi Awang said...

Bro, aku rasa LEMBU memang bodo & bengngong la..

Anonymous said...

Lembu dan kambing bergaduh...sinis betul...
terus terang...tak kisah siapa yang approved...babi betul...implikasi negatif babi boleh menyebabkan rakyat sepang mati hanya disebabkan babi-babi.

Anonymous said...

fuh banyak betul gambar yg berdosa kat post ni. peace :)

Anonymous said...

Fuhhh...babeee lagi...hari-hari keluar cerita babee dlm news paper..Tapi bagi aku laa, daripada membiarkan babi diternak merata tempat dan menjadi penyebab tercemarnya alam dan kehidupan masyarakat (terutama di Btg Berjuntai), lebih baik la ia dipusatkan dlm satu kwsn-At least pencemeran dpt dihapuskan dan tak ganggu penduduk lagi-kabarnya projek ini projek hi-tech, mesra alam-najis & kencing babee akan dikitar semula utk jd biogas...sebab tu mahal-maknanya masalah bau etc-etc tak jadi isu lagi dah...utk makluman, sekarang ni nisbah babee per penduduk di kwsn berkenan ialah 15:1 (15 babee setiap seorang penduduk)

Nak hapuskan penternakan babee diSelangor...jangan mimpi laa..Selangor dah jadi pengeluar dan pusat memproses daging babee TERBESAR ASIA sejak berpuluh tahun lepas..!!!! Tempat pemprosesan itu pula berdekatan dgn loji air selangor-apa jaminan darah, najis, kotoran etc tidak melimpah kekawasan loji itu?

setidak-tidaknya projek ini akan selesaikan masalah yang dimulakan oleh sipolan sipolan terdahulu...dan yang paling penting org selangor lepas ini tak perlu laa risau terminum air yang (mungkin) dan tercemar dengan 'pusat pemprosesan' itu...

Anonymous said...

Dalam Islan (Al-Qur'an dan Hadis) serta ijmak ulamak hanya memutuskan babi haram di makan. Pegang dan sentuh takpe tapi selepas tu KENA SAMAK.... Boleh rujuk pada Ustaz. (Kebetulan mlm tadi ada ustaz ceramah dan ada jemaah yang bangkitkan hukum isu babi ni)

Berbeza dengan arak... haram minum, proses, jual dan segala-galanya yang berkaitan serta sewaktu dengannya. Arak adalah ibu segala maksiat.

Memang orang Islam amat fobia dengan babi. Mereka boleh minum arak (ibu segala maksiat), berzina (iman akan tercabut) makan harta anak yatim (perut akan penuh dengan bara api neraka), tinggal solat (runtuh tiang agama) tapi bila bab babi aje... fuyoooo dia punya takut.

Korang jangan kata pula kata aku suka kat babi.... tak elok tu...

Dulu ada orang India tanya aku... dah tahu anjing dan babi najis berat kenapa ALLAH ciptakan. Sebenarnya ialah untuk gambaran akhirat. Contoh bila kita buat salah "tut''" akan dibangkitkan muka mcm babi di padang mahsyar.. atau kepala anjing... contoh je... Kalau kat dunia tak de makhluk tu macam mana kita nak bayangkan... Sekurang-kurangya bila nampak babi dan anjing kita insaf la sikit... terdetik kat hati... janganlah aku dibangkitkan mcm tu.

Sorry agak melalut Mr Right tapi aku yakin isu babi ni DIPOLITIKKAN UNTUK TUJUAN TERTENTU....

p/s - sedakar tazkirah utk diri sendiri...

- Aku bukan pengacara AC Di Sini / AF6 -

Fid said...

dood
ternak babi...buleh
sentuh babi pun boleh tapi lepas tu kena samak la sbb babi nih najis berat......
makan babi memang HARAM

babi ni Allah jadikan untuk jd tukang telan benda kotor
maka atas sbb babi mkn benda kotor maka diharamkan umat manusia makan.

namun ada juga makhluk yg makan babi..nak wat lagu manakan....
aku pun tidak arif sgt bab nih
(bab bai kat selagor ni laaa)
andai kalu diternak cara high tech najis2 darah2 babi ni bleh dikira semula jadi bahan2 makan babi kaa...oklah kot kahkahkah...(babi mmg mkn balik najis sendiri)

Anonymous said...

aiseh... men...
mr right,

dalam sup tu daging ape??

geli plak tekak aku nengok...

hilang kejap nafsu makan aku...
wek...

Anonymous said...

A'kum bro, aku ni rakyat sepang, dan bukan ahli mana2 parti(aku x percaya dah lama) merasakan pemimpin2 melayu (tak kira umno/pas/pkr)apa lagi yg bukan melayu serta penyokong2 pembinaan ladang babi mega ni memang....berfikiran KIASU betul.

Diorang semua tu banyak cakap sebab diorang tak duduk berdekatan.

Bila penduduk kg n berdekatan protes, bangkang, semua pemimpin pas/pkr melayu dan penyokong2 kuat melayu mereka semua kutuk mengatakan orang kampung Emosional lah, penyokong bn lah,agen bn lah, terlampau sensitif kat babi lah,tak tahu islam lah,babi kena samak aje lah,teknologi tinggi lah, bn dah luluskan dulu lah, surat kabar jahat lah, kilang arak boleh pulak lah, kasino boleh pulak lah, dan macam2.

HALIMAH ALI (PAS) DIA TAK SENSITIF KAT BABI KE, NAK GOMOL BABI KE, NAK MAKAN BABI KE,LANTAK DIA LAH
TAPI.......

KAMI TAK MINTA DUIT KERAJAAN...

YANG KAMI MINTA IALAH ALIHKAN SGL LADANG BABI SEDIADA SELANGOR TU DITEMPATKAN KE PROJEK BABI MEGA TSB. TOLONG TEMPATKAN IANYA KEKAWASAN LAIN YG JAUH DARI KAWASAN PENDUDUK (x kira kaum)MCM KAT SARAWAK ATAU JERMAN TU.PROJEK TSB TERLAMPAU BERDEKATAN DENGAN PENEMPATAN PENDUDUK.

INGATLAH JGN ANGKUH SEBAB SETIAP YG DILARANG ALLAH KELAK AKAN DATANG JUGA BALA' NYA.

Kami minta pembelaan kepada rakyat dari PENGANIAYAAN & KETIDAK ADILAN (k'jaan dulu kononnya) bukannya LEBIH TERANIAYA dgn KEEGOAN dan SIKAP KUKUBESI dan sifat NAK BALAS DENDAM yg sama mcm (k'jaan dulu kononnya).

'Harapkan UMNO, UMNO tak bela kami',
'Harapkan PAS/PKR, kami dapat projek MEGA BABI'lagi.

Tak payah nak PUTARBELIT dan banding dengan rasuah ke, kasino ke,kilang arak ke...apa yang kami minta ialah PEMBELAAN YANG ADIL BUKANNYA BERDOLAK-DALIK. Kalau org dulu rasuah, skrg bawalah kepengadilan.

DENGAN KUASA YG DIAMANAHKAN RAKYAT skrg, uabahlah yg TAK ELOK TU, hapuskanlah kilang arak, lesen judi dan segala maksiat.

Apasal tak boleh?....TAKUT HILANG POPULARITI DGN KAUM LAIN KE?....(dgn melayu sendiri takpe....HIDUP MELAYU YG SENTIASA TERPAKSA MERAYU...)

jGN ASYIK MENCECER, ITULAH BEKAS TANGAN K'JAAN DULU........UBAH LAH SEMUA ITU DAN JADIKAN IKTIBAR JGN MULAKAN PERKARA2 YG. SAMA MCM K'JAAN DULU sebab ia menjadi amat rumit untuk dihapuskan kemudian.

Projek BABI ni is DIRECTLY AFFECTING rakyat disekelilingnya kerana terlampau berdekatan dgn penempatan penduduk BUKANNYA kepada PEMIMPIN yg dipilih rakyat yg senang lenang dipekan n banglo besar tu....

K'jaan baru Selangor ni beria-ia sangat nak teruskan JUGA DISITU MACAM NAK BALAS BUDI TOKEH BABI SPONSOR PRU12 dulu kot....? Ke dapat SAHAM...KOT?.

Sekarang PR dah BERKUASA, apa lagi ubahlah semua YANG TAK ELOK dulu tu, BUKANNYA meneruskan PERANGAI ORANG DULU dan tambah beban lagi kpd rakyat.....

Aku dapati org Cina pemakan babi & TOKEH BESAR BABI sendiri tak mahu duduk berdekatan LADANG ni pun (MELAINKAN pekerja ladang babi & penduduk tempatan). Diorang nak babi tu dah siap je, no smell, no taik, no JE, dah siap jadi panggang babi or bak kut teh je (diorang lagi KIASU).

Sedarlah pemimpin melayu dan penyokong kuat projek BABI ni.Pandanglah setapak lebih jauh kehadapan...

PEMBELA DAN PENYOKONG BABI mmg suka dan tunggu kami give-up area ni aje lepas tu senang la diorang terus berkembang. (Taktik kafir yg x pernah terfikir oleh pemimpin2 dan orang islam seluruh dunia dek sikap TOLERANSI dan DENDAM NAK KUASA sesama bangsa).

Aku rasakan ISU yg sama akan digunakan kenegeri bro & juga yg lain tak lama lagi bila KEJAYAAN didapati diSelangor.....Percayalah

Percayalah....ITULAH KELEMAHAN RAKYAT DAN PEMIMPIN MELAYU, X KIRA UMNO ke,PKR ke, PAS ke SEMUANYA BERSIFAT PENUH TOLERANSI DARI SEGALA SEGI THDP KAUM LAIN. DAP yg jadi HERO BABI TU ada toleransi ke? JGN MIMPI & LANGKAH MAYAT DIORANG DULU.....Tengok je lah kat Perak tu...

Kalau teknologi babi jerman tu best sangat & selamat letak ajelah dekat2 rumah wakil2 rakyat DAP, PAS, MB PKR Selangor tu atau sebelah pasar2 Shah Alam ke, Ijok ke, Selat Kelang ke, Gombak ke.... buat multi-storey and a-cond lagi, senang terus jual tak payah lori bawak BABI keluar masuk, tumpah air busuk atas jln sebab mereka menjamin teknologi tu selamat.Hang ingat depa mau ke?....

Sampai ada satu engineer melayu islam (penyokong taksub pas agaknya) komen(x ingat dlm s/kabar ke blog), dia sanggup letak kandang babi teknologi jerman tu belakang rumah dia kalau dah takde tempat lain. Aduh.....ANGKUH dan KONFIDENnya dia. Bunyi mcm islam liberal... Aku cadangkan dia pi duduk bagan lalang/sg pelik ke sbb banyak lagi banglo kosong projek lion baru dia tau mcm mana seksa tiap2 mlm.

PAS/PKR melayu yg dulunya nampak macam pembela rupanya semua berputar belit juga mcm ahli politik BN dulu. Yg jadi mangsa rakyat juga akhirnya. Hilang JANJI & PENDIRIAN sebelum mengundi dulu 'KALAU SOKONG BN, KAMI AKAN DAPAT PROJEK LADANG BABI DISINI'..rupa2nya rakyat yg tertipu.

K'jaan BN baru bincang, k'jaan PR dah x sabar2 nak jlnkan. Rakyat x boleh bersuara. Terima je sebab mereka dah jadi raja. X payah EIA report dan bantahan rakyat sebab mereka telah dipilih rakyat, jadi rakyat kena ikut. Mereka adalah 'THE LAW'.

Khalid dulu tu Bos Guthrie, berpengalaman dlm bisnes. Jadi skrg Selangor dah jadi mcm kompeni bapak dia pulak.

Projek Guthrie kat Kapar bungkus dia blah.Buyer nasiblah dia dah blah....sama juga. Kalau projek BABI ni fail, aku dah boleh agak dah alasan yg dia akan bagi. 'BN yg dah buat kajian dulu JADI dia guna je macam orang bangang ttp itu adalah ALASAN BIJAK utk tidak perlu bertangungjawab. Tak percaya tunggu.....dapat jawapan putarbelit. Sama dgn jawapan kpd pembeli kedai/rumah Guthrie dulu.

Kesimpulannya, pada pendapat aku, pemimpin politik melayu skrg ni(x kira apa parti pun)ni sama sahaja, bukannya golongan yg ikhlas utk memimpin serta membela rakyat pun.diorang tu bukannya dari orang susah pun, memang dah kaya hasil dari DEB (skrg dah x ingat). Semuanya nak kuasa untuk menjaga periuk nasi mereka masing2,bersifat pendendam dgn lawannya yg sebangsa, seugama & dapat pencen bila dah out kelak.

Nak bela rakyat melayu......aku tak pasti. Dah kita tolak pemimpin2yg tak guna dulu, dapat pemimpin yang baru sama juga.Akhirnya rakyat juga yg kena....RAKYAT HANYA MUSTAHAK TIAP2 5 TAHUN SEKALI UNTUK SELAMA 7-13 HARI BERKEMPEN JE.......FIKIR-FIKIRKAN LAH. SALAM.

Anonymous said...

Sabar2... Hak kaum lain untuk menjamah babi tu...
Terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin untuk mengawal keadaan..

Anonymous said...

Satu segi aku setuju dgn Ahmad-Pindah projek ni ke tempat lain yg jauh dgn kwsn penempatan..YES 1000000% SETUJU!!!

Cuma...utk samakan kerajaan yg baru berusia sebulan dgn kerajaan terdahulu agak kurang wajar...Merubah, memadam dan memperbetulkan lembaran 50thn rekod sipolan sipolan terdahulu memang mustahil dlm tempoh sebulan...ini benda basic-rasanya Ahmad pun faham..cuma pening lalat sebab hari-hari diserang haruman babee..:D (aku sgt simpati)

...dan kesimpulan yg Ahmad buat tu suatu 'generalization'-klu dlm subject ekonometrik atau statistik memang tak dapat anugerah dekan...mcm manapun tentu Ahmad setuju klu aku cadangkan kita import saja orang luar utk jadi pemimpin kita (sebab 'semua pemimpin melayu sama saja')... macam kita import football playeeer...amacam..:-DDD

Anonymous said...

argh... bg aku MB selangor pun buduh. bukan susah pun. g la turun dgr suara rakyat sepang sana. kalo mrk tak setuju batalkan jek. kuasa ditangan BA. ckp barisan rakyat tp bila rakyat tak setuju, mrah korang ckp kami penyokong BN. apa ni? mcm sial.

kami tau la mkn babi tu hak kaum cina. cina yg mkn babi tp kalo kadang babi tu jaraknya 1-2 km je dr rumah korang, apa perasaan korang? tutup mata bayangkan belakang rumah korang ada kandang BABI. secangih mana pun korang mesti tak setuju. tak kena batang idung korang senang la ckp hak kaum cina kena tunaikan. Abis tu hak kaum melayu yg dok sepang tak nak kandang babi tak plak korang perjuangkan. tu la masalahnya kalo taksub gn parti. tak kira la UMNO ke PAS. sama jek dua2.

masing2 guna tekni keji dn kotor utk jatuhkan sesama sendiri. dulu kes babi kat mlk, PAS seronok kutuk UMNO. skrg ni UMNO plak seronok kutuk PAS pasal babi kat selangor.

btul ckp dood, lembu dan kambing gaduh, babi buat kandang. apa salahnya, melayu tak kira la PAS ke UMNO bersatu desak kerajaan batalkan projek tu. tak kesian ke kat penduduk sepang. kalo ada melayu yg sokong sgt projek ni kononnya cangih, aku silakan korang minta spy projek ni pindah ke belakang rumah korang.

menyampah aku gn melayu yg sokong projek ni kononya nak jaga hak org cina tp hak org melayu tak mau jaga. tak kira la apa pun alasannya, kalo isu babi ni pun tak leh nak setelkan, mcm mana PAS nak setelkan isu arak, rumah urut dan hudud?

last2 nnt dah berkuasa penuh pun, arak, disko pun PAS luluskan kot sbb kononya utk bukan ISLAM mcm isu babi ni la.

Anonymous said...

Boleh baca ulasan beliau...

http://n32.blogspot.com/

Politik tolak tepi ya....

Bunga said...

Eh..sekali tgk mcm claypot la plak makanan tu..geli la plak..sup babi..hoho!

aku bersimpati dgn ahmad sepang.
ciann dia.

Anonymous said...

AC, sebab politik tolak tepi la kerajaan selangor patut pindahkan kandang ni atau batalkn projek ni sb penduduk situ tak suka.

mmg btul kerajaan sblm ni yg luluskn projek ni tp masa tu penduduk situ tak tau pasal projek ni. bila mrk tahu mengenai projek ni mrk kompom la tak setuju. tak kira la saper yg buat, BN ke BA ke penduduk situ mmg tak setuju. bukan sebab politik. persetankan politik. rakyat cuma nak hidup selesa.

skrg ni BA dah berkuasa, so apa susah sgt nak dgr suara rakyat. rakyat peduli apa saper yg luluskan projek ni cuma yg penting skrg, mrk minta projek tu dipindahkan.bukan susah pun BA nak tunaikan sbb mrk kerajaan skrg. kalo baca paper smlm, MB selangor ckp nak hapuskan tender rundingan terus yg diguna pakai oleh kerajaan BN sblm ni. benda tu senang plak nak hapuskan. Maklum la nak bg kroni mrk plak tender2 kerajaan. tp isu babi ni plak susah btul kerajaan BA nak hapuskan. knp? Isu yg berlainan tp benda yg sama.

ni bukan isu politik tp ni isu rakyat. dan UMNO politikkn isu ni pastu BA plak jwp secara politik. saling tuduh menuduh. last2 rakyat jd mangsa. semua org politik sama je gamaknya. dah berkuasa lupa pada yg bawah.

Anonymous said...

ada betul apa yg ahmad sepang cakap tu. issue besar nye disini mmg pemimpin melayu ni yg sibuk sgt nak tolerate ngan non muslim ni. sampai tk sedar habis semua prinsip2 yg dipegang masa tkde kuasa tu hilang. btw still ada jln lagi kut. mcm request NGO ke utk buat research. pray to Allah tunjukkan jalan..

Anonymous said...

Aku pun sedih gak la dgn pemimpin2 BR yg aku duk sokong selama ni... ingatkan bila dah berkuasa ada perubahan, sensitif terhadap suara rakyat, rupa2nya sama jek....

Aku bukan anti Cina dan India, tapi byk cara lagi klu kita nak adil pada semua bangsa, bkn dengan binakan Ladang Babi terbesar utk mereka, binakan Kuil di setiap ceruk rantau utk mereka...

Kalau nak buat jugak.... pi buat ladang kat Pulau Klang (x silap aku nama asal dia pun Pulau Babi) berdekatan dgn Pulau Ketam tu....

Dlm pada tu... perlukah aku bangga klu BN nak belanjakan RM100 juta utk hantar SEORANG anak Melayu lagi ke angkasa sedangkan aku marah bila kerajaan BR luluskan RM100 juta utk ternak keperluan makanan orang Cina???

Anonymous said...

salam...

Saya nak tanya sesuatu.... klu kerajaan BN diberi mandat memerintah di negeri Selangor ni, boleh ke isu Babi ni diselesaikan atau projek ini dibatalkan? Tentu lah tidak kan, sbb saya yakin kita semua tahu apa alasannya... ini negara majmuk, sensitiviti kaum kena jaga. Klu tutup terus ladang babi orang Cina akan marah, klu buat juga orang Melayu pula marah.... tapi BN tak kisah sbb Tun pun pernah ckp... Melayu mudah lupa. Klu marah pun kejap je....

Pi Mai Pi Mai Tang Tu gak.....

So berbalik kpd isu sbnr, sblm ni kat Selangor mmg dah ada beratus kandang babi bersepah dan tak terurus dgn baik, SOALANnya knp dulu BN tak war2kan nak buat ladang setempat yg moden ni? Klu x tentu BN menang besar....

Mr. Right said...

All,
Aku tidak berkesempatan nak jawap semua komen satu-persatu. Aku harap mata kita semua dah terbuka dek isu babi ini. Harap ada yg dah faham siapa kambing dan lembu yang bergaduh sehingga babi boleh buat kandang. Suka aku lihat ramai berdiskusi disini. Byk juga isu-isu lain yg terdedah ekoran kisah babi ini. Macam2.

MalayMind said...

Chet, sudah pegang kuasa pun, lagi nak salahkan orang lain.

Tak berubah2 mentaliti geng2 PR ni

Kalau dah arak ke babi ke tu hal orang BN yang bangang, jangan la jadi bangang macam dorg.

Korang dah ada kuasa untuk mengubahnya.

Kilang arak tak nak tutup, kilang babi ditambah2, lagi nak bagi alasan?

Bunga said...

For malaymind,
mmg org politik pandai bagi alasan..
takkan la nak mengaku...
"ye encik..saya silap, saya sokong babi, saya bodoh"...

ape2pun..terima kasih kat malaymind sebab ngaku BN bangang..
sbb org kuat BN seperti anda pun dah mengaku yang BN bangang!
XoXO!!

MalayMind said...

Bunga,

Pernah belajar ayat sinis / sarcastic ke sayang?

Dlm posting Malsymind pun Malaymind ada mengaku kelemahan BN, walaupun Malaymind "penyokong kuat BN".

Jangan pulak kerana anda anti-BN, sampaikan semua salah PR dah jadi betul.

Anonymous said...

First time aku sokong Malaymind..... Sebab ada word yang dia kata BN bangang......

Anonymous said...

kita duk tung tang tung tang kat sni..takde ape2 pon yg dapat diselesaikan.
perasaan marah membuak2 lagi adela..Hak Hak..

Anonymous said...

Ini bukan menyokong atau membantah, tapi sekadar logic, common sense dan facts.

Memang babi tu haram, mmg MB tu Muslim tapi MB ada tanggungjwb untuk menjaga rakyatnya. Tugas MB bukan stakat bertanggungjawab memakan rasuah, buat profit untuk syarikat sendiri, masuk duit allocated untuk rakyat dalam poket sendri. Nak yang macamana? Ladang babi yang kotor merata-rata atau ladang babi centralised yang bersih dan mengikut angka budget, jumlah babi dikurangkan?

Tempat yang di propose utk ladang babi yang baru ni, sekarang ni merupakan tempat pembiakan yang paling besar dan paling tercemar. Elok lah kiranya tempat yang paling tercemar ni ditukar kan? Tanah tu pun merupakan tanah persendirian tokey babi tu, dan majority penduduk kat situ berbangsa Cina. Kalau orang-orang yg membantah tu bising pasal ladang baru tu berdekatan dgn rumah mereka, kenapa mereka tak bantah ladang babi yang sedia ada ni? Yang merupakan yg terbesar dan terkotor di Selangor? Bukankah lagi elok jika ladang bersih dan moden ni compare dgn yg sedia ada yg kotor lagi besar? Ini semua mainan politik. Apa salahnya jika kerajaan kini meneruskan project yg baik yg diusulkan oleh kerajaan lama? And bukan untuk menambah jumlah ladang sedia ada, tapi untuk membina satu yg baru dan menutup yang lain-lain.

Duit angkasawan tu duit rakyat. Untuk purpose argument sbb point ni telah dibangkitkan- untuk pengetahuan semua, RM100 juta tu dibiayai oleh para penternak dan private investors. Ada beza tu duit rakyat dengan duit tokey tu sendiri. Jgn hanya harapkan media mainstream.

Adun Tg Sepat yg berdemo membantah project tu dengan ketua kampung tu rupa-rupanya dia lah ketua yang telah ke German atas tujuan yg kononnya untuk melihat ladang moden di sana. Anda pernah ke German? Saya pun tak pernah…tapi rezeki ketua kampung tu dapat pergi German. Bila semua setuju dan buat plan tiba-tiba, Ketua Kampung tu pun berdemo sama? Bukan dia seorang, Adun tu pun demo sama. Nasib baik la orang MCA tu dah bocor rahsia yang mereka ni semua terlibat. Rupa-rupanya mereka berdemo tu untuk tujuan berdemo. Opposing for the sake of opposing. Tak betul tu. Kot iye pun nak berdemo, demo la yg betul skit. Jangan kasi nampak kebodohan sendiri.

Orang berdemo, MB patut mendengar kata rakyat dan mengambil tindakan yg sewajarnya? Iye betul. Tapi kalau 200 orang yg berdemo tu berbayar, berdemo politik, dengar je la, tak perlu tindakan kan? Beribu orang berdemo pasal harga minyak, harga barang lagikan tak diambil peduli apatah lagi dgn demo tipu macam ni.

Best kan pegi German? Leh jumpa Lothar Matthaus and Oliver Bierhoff.

Anonymous said...

Dia orang gi German sempat kot tengok Bayern Munich lwn Bayern Laverkusen...... Lupa nak suruh minta autograph Miroslave Klose. Nak harapkan jumpa si Ballack dia dah move to Cheasea.

MalayMind said...

Woit ac, laju saja nampak kalau ada perkataan BN bangang nampaknya hahaha

Jangan cekap tgk kuman yang jauh saja, gajah depan mata tu jangan buat tak nampak pulak.

Dalam hal kilang babi ni, korg kat sini bolelah guna pelbagai dalil nak halalkan kilang babi ni, aku tak kisah.

Yang penting, kalau ada peluang, pegi ke Sepang tu dan duduk kat situ barang seminggu dua.

Cuba hidu, hidung korang tu agaknya boleh dipolitikkan ke tidak.

Kita kat sini bolela nak guna logik akal ke, teori ke untuk sokong adanya kilang babi.

Yang duduk sanelah jugak yang tau bahananya.

Anonymous said...

last weekend, dlm perjalanan balik dari Port Dickson ke Port Klang, aku saja2 je ikut laluan pantai.... Dari Lukut, lalu Bukit Pelanduk, pergi Sepang, sampai Sg. Pelek, lepak kat Morib..... mmg best.

dan sepanjang perjalanan tuh, aku perati kiri kanan, kawasan ni kepadatan penduduk kurang... majoriti pun orang Cina, patutlah byk beno kandang babi kat situ. tp takde la pulak aku nampak, mungkin kat area pendalaman la tu....

masalah bau ni, bukan takat bela babi je, klu bela ayam ke, kambing ke, lembu ke... mmg le busuk sgt. kat N9 tu, dah ada ladang ternakan ayam terbesar kat Msia, bkn takat bau je tp lalat merebak sampai ke pantai Port Dickson tuh..... harap diorang selesaikan masalah ladang terbuka tu secpt mungkin.

di Bandar Sultan Suleiman, Port Klang..... xde kilang babi, ada kilang ayam je... tu pun baunye tiap kali diorang buang air sisa.... masya'allah. tak termasuk bau dari pusat pelupusan sampah yg diletaknya kat sebelah 'Bandar' tu..... tu kawasan majoriti melayu tu, what to do? dah siap kluar tv gak... wakil rakyat pun masih Rahman Palil.

semua tempat ada masalah masing2, tak pyh la nak kecoh mcm tmpt korang jek paling busuk.... BUSUK HATI ada le kot!

shamsadis said...

dulu PAS sokong hapuskan BABI, tapi skang sokong plak nak ternak BABI...dulu cakap masa ceramah kat Bangi, jangan sokong projek ternakan BABI kat Sepang...tapi skang dia sokong plak...betul kata Maimun - Tiada parti politik yang betul lagi sekarang ni...kalo tau aku undi Maimun...hahahahhaha

BN + PAS + PKR = Bela BABI

Unknown said...

Assalamualaikum sahabat alam maya ku sekalian...
kat sini aku nak buat skit pendedahan tentang ISU BABI di selangor yg begitu hangat di perkatakan sekarang...
korang baca dan fikirkan artikel kat bawah ni (aku amik dari Suara Keadilan 23 April/ms 29)...
kalau rasa tak puas korang boleh cari kat harakah daily,suara keadilan dan banyak lagi media saluran alternatif yg lain...
kalau korang baca Berita Hairan n Utusan Meloya pastu tengok RTBN (Radio Televisyen Barisan nasional,dulu dikenali sebagai RTM) n TV3 memang korang tak kan jumpa artikel macam ni...
selamat berfikir...

ISU BABI : Rahsia UMNO Terbongkar!!!

Ibarat meludah ke langit terkena ke muka sendiri. itulah ungkapan yg terbaik kpd pihak tertentu dan UMNO yg cuba memutarbelitkan ISU BABI di Tanjung Sepat Sepang...
Apabila kerajaan negeri selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat membuat keputusan meneruskan dan memberi nafas baru kpd projek Modern Pig Farming (MPF) menggunakan teknologi moden yang telah diluluskan oleh kerajaan BN dahulu, beberapa pihak dari UMNO cuba menjadikannya sebagai satu isu sensitif yg sensasi dgn memutarbelitkan fakta sebenar...
Pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kpd kerajaan negeri, tidak cukup dgn demonstrasi yg diadakan di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri, di tokok tambah pula lagi liputan di saluran media dan bebarapa saluran blog pemimpin UMNO yg cuba meniupkan isu sentimen perkauman dan agama...
Yg peliknya, apabila demonstrasi kira2 200 orang diketuai ketua kampung ladang tumbuk,mohd tarmudi tushiran yg dilantik kerajaan pimpinan UMNO dahulu membantah projek itu diadakann tiada pula tindakan dibuat oleh pihak polis yg sememangnya sudah cukup utk mengeluarkan notis saman hadir memberi kenyataan kerana berhimpun secara haram...
Bekas wakil rakyat UMNO Tanjung Sepat yg juga setiausaha politik bekas MB Dr Khir Toyo ketika itu , Dr Karim Mansor juga lantang bersuara membantah cadangan projek itu dan difahamkan beliaulah individu yg bertanggungjawab merancang demonstrasi terbabit...
bagaimanapun, rahsia dan niat buruk demonstrasi dan bantahan yg dilakukan hanya bertujuan utk kepentingan politik dan peribadi kedua2 mereka akhirnya terbongkar juga apabila exco kerajaan negeri Yaakob Sapari mendedahkan foto sebagai bukti pemBABItan mereka...
Dalam taklimat projek tersebut kpd wakil2 rakyat dan media 15 April lalu Yaakob mendedahkan foto lawatan ke luar negara termasuk Jerman, Belanda dan Thailand oleh Dr Karim dan Mohd Tarmudi bersama2 ahli perstuan penternak babi Kuala Langat dan bebrapa ahli MCA utk mengkaji sistem MPF...
Beliau juga menunjukkan antaranya foto Dr Karim berdiri di luar kandang babi sambil menunjukkan isyarat tangan lambang "bagus"...
Karim dan ahli Khir toyo adalah antara ahli politik UMNO yg begitu lantang menentang projek itu dan cuba memainkan sentimen kaum dan agama utk menagih perhatian. Foto berkenaan jelas membuktikan pentadbiran BN sebelum ini berhasrat membangunkan projek ladang berpusat penternakan babi di Kuala Langat...
Sementara itu, dlm perkembangan yg sama MCA juga mendedahkan bahawa Karim juga terbabit dalam projek itu. Sebaik sahaja pendedahan dan pengesahan UMNO terbabit dlm projek berkenaan dibuat, barulah beliau mengaku ada mengadakan lawatan ke luar negara seperti yg didedahkan. Tidak cukup dgn pengakuan itu, beliau juga membuat kenyataan pusingan "U-turn" pula dgn menafikan beliau membantah projek tersebut seperti dilaporkan oleh media...
MCA dlm sidang akhbar mereka baru2 ini mendedahkan bahawa kerajaan negeri dahulu ketika di bawah pimpinan Khir Toyo telah menyerahkan projek terbabit kpd sebuah syarikat bumiputra...
Bekas calon MCA Bukit Bintang yg juga Ketua Biro Pertanian tradisional MCA Dr Lee Chong meng dilaporkan berkata sebuah syarikat bumiputra merancang membawa masuk teknologi Jerman utk projek tersebut...
Menurutnya ketika perancangan dibuat dahulu projek berkenaan akan dilaksanakan melalui dana yg disediakan oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB). Melalui projek ini syarikat terbabit akan mengenakan levi RM50 bagi setiap ekor babi yg dijual oleh penternak bagi menampung kos rawatan sisa babi tadi...
Dr Lee juga telah mengkritik keras Karim dan Tarmudi kerana tiba2 beralih pendirian dlm isu projek terbabit semata2 kerana kepentingan politik peribadi. Pendedahan Dr Lee ini menjuruskan kpd maklumat tambahan bahawa terdapat 132 ladang babi berselerak di sekitar selangor...
Beliau berkata kedua2 exco MCA di bawah Khir Toyo dahulu Chang Toh Eng dan Tang See hang mendapat lampu hijau dari Khir memindahkan kesemua ladang-ladang terbabit ke pusat seluas 460 hektar di Ladang Tumbuk, Kuala Langat...
Menurut Lee juga, minit2 mesyuarat dan rekod ada disimpan bagi membuktikan perkara ini. "pada bulan Januari tahun lalu, Khir toyo telah meluluskan projek ini dan Karim adalah antara penokong kuat pelaksanaan projek ini" ...
Ladang Tumbuk di Kuala Langat menjadi tumpuan kegiatan penternakan babi dan menerima banyak rungutan penduduk berhubung masalah pencemaran berikutan kegiatan penternakan babi sejak awal 80an lagi...

cukup lah artikel ni dulu utk hari ni...
nanti aku post lagi...

Anonymous said...

woiii...bodo..

kalau hang rasa hang nak betuii..aja..duduk dlm hutan..
kwn dengan beruk...

bodoh..

Anonymous said...

wei sengal....jika betul pun kerajaan yang lepas luluskan projek ni...mcam la kerajaan sekarang ni tak boleh nak batalkan je projek tu...Kan yang berkuasa sekarang ni kerajaan PR..sedangkan NC di Unisel boleh senang2 je Khalid tu tukar
macm takde adab (kalau korang membaca tentu kau tau ap mksd tak beradab tu) takkan la projek yang kononya diluluskan oleh kerajaan BN di selangor tak leh batalkan....
Nanti mesti ada puak2 korang kata,kita hidup berbilang kaum jadi tidak perlu batalkan...tak pun nak perbaiki sistem penternakan babi untuk elak pencemaran (2 alasan ni la alasan popular yang biasa aku baca dan dengar)....
Kalau itu jawapannya tak yah la nak melalak salahkan kerajaan lepas..letak la point berapa ratus pun..dah memang kerajaan sekrang nak laksanakan...pastu nak salah2kan kerajaan lepas...
Apa cerita??? teruskan la gelapkan mata kau tu....sush kalau wujud Mr Right macm kau kat dunia ni...idea 0....

anak melayu said...

salam...
saudara2 komentator sekalian.jgnlah kita membodohkan org lain,sedangkan kita juga bodoh.apa perasaan saudara jika ada org memasuki rumah saudara dan terus memaki hamun saudara?saya rasa begitulah perasaan blogger kita,mr. right.beliau cuma menyuarakan pendapat.kalau ingin berdebat soal politik,di sini bukan arenanya.bukan niat sy menyokong sesiapa.cuma kesal dgn sikap org melayu kita yg kian bertuhankan politik.
tentang soal babi ini,sy rasa tidak perlulah kita berckp soal politik lg.yg penting,soal kebajikan saudara2 seagama kita yg tgl di sana.mereka yg menanggung akibat dan kesannya.
kalau mengikut fikiran sy yg jahil ni,kita hadkan saja penternakan babi.musnahkan babi2 yg berlebihan atau eksport saja ke luar negara.terhadkan penjualan babi dlm negara.pemakan2 babi harus berkorban.cari alternatif lain sbg sumber mknan.org melayu dh byk berkorban.apa salahnya pemakan2 babi pula yg berkorban.

Anonymous said...

(quoted dari ahmad sepang)

KAMI TAK MINTA DUIT KERAJAAN...

YANG KAMI MINTA IALAH ALIHKAN SGL LADANG BABI SEDIADA SELANGOR TU DITEMPATKAN KE PROJEK BABI MEGA TSB. TOLONG TEMPATKAN IANYA KEKAWASAN LAIN YG JAUH DARI KAWASAN PENDUDUK (x kira kaum)MCM KAT SARAWAK ATAU JERMAN TU.PROJEK TSB TERLAMPAU BERDEKATAN DENGAN PENEMPATAN PENDUDUK...

my comment

sebenarnya saya duduk kat sarawak memang dah orang sarawak pun.... seumur hidup saya tak pernah jumpa mahluk bernama babi ni sama ada hidup atau mati (maksudnya bentuk sebiji babi)... apatah nak jumpa kandang babi or ladang babi.... yang saya selalu tengok daging babi bejuntai kat pasar babi.....
so komen yang kandang babi bersebelahan dengan penempatan penduduk memang 100% salah... kalau ada tu saya tak tahu, mungkin penempatan orang yang turut makan babi... at the moment none of us (muslim) neighborhood staying near with this kandang babi...

first time saya tgk babi hidup hidup depan mata kepala, time on the way nak pegi kursus BTN kat tanjung rhu sepang. siap ada nombor lagi kat badan babi yang tak mampu nak berdiri kat dalam lori.... muke apek drive lori tu pun mcm babi gak...

memang kehidupan pelatih masa tu seksa bila malam....bau nya, babi sendiri jer yang tau... yang paling dahsyat nya bila sembahyang jumaat kat masjid di entah apa apa nama kawasan tu sungai pelek ka??? bila masuk rakaat terakhir tercium bau aneh.... sampai dalam bus on the way back to camp topik utama bau najis babi jer... nak senang kan hati kami salah sorang lecturer masa tu cakap ni bau kilang sawit bukan bau najis babi.... kalau org lain nak ditipu ok gak tapi aku ni keje kat MPOB nak menyama kan bau najis babi dan bau kilang sawit... hehehhe...

kesian gak tgk penduduk yang rata rata melayu hidup dicemari dengan bau busuk lagi haram... bila ditimbulkan isu babi ada jer keluar ayat ayat seperti

"MAKAN BABI TAK HARAM BILA DARURAT, MAKAN RASUAH TAK KIRA MASA TETAP HARAM" kenapa rasuah tak jadi isu sangat, memang pun betul, tapi takkan nak tahan sedangkan kita ni tak darurat... kalau ada darurat pon bukanya takder makanan lain nak dimakan.... pucuk ubi ker, etc... pemimpin ni nak jaga hati kaum hentam jer lah... erm,....

senang senang ramai ramai pi bakar kandang babi tu, mcm terjadi kat market babi yang terletak dalam bandar di dalam negara kita ini suatu ketika dulu.... lepas terbakar kjaan tak bagi buat balik dengan alasan nak pembangunan lain tempat nya cari cari la sendiri...

sAlam....

Anonymous said...

Korang yang sokong projek babi ni memang babi. Kite org Melayu ni banyak sangat mengalah dan bertoleransi dengan kaum lain. Kaum lain nak bertoleransi ke ngan kaum Melayu? Hidup mati balik pun tak kan terjadi nyer. PKR dah berkuasa, so diorang ada kuasa tuk batalkan projek2 tu. Pasal makanan org cina? Cam la tak le import dari luar negara. Kalau beras leh import, kenapa babi tak leh import. PKR bayar je la pampasan kat tauke2 babi kat situ. Small matter what? Semua org akan puas hati.

Lagi sekali aku nak ulang, korang yg sokong projek babi ni memang babi dan tak berhati perut ngan bangsa sendiri. Korang bodoh, bangang, buta menilai mana yang baik dan buruk untuk bagsa sendiri.

Korang yg sokong projek babi memang babi, tak pikir nasib saudara sendiri kat Sepang tu. Pas tu, tak lama lagi PKR kat negeri lain pun nak wat projek babi macam diorang nak wat kat Selangor ni.

BODOH!!!! BANGANG!!!! KORANG YG YEK2 SOKONG PROJEK BABI BETUL2 BABI DAN BANGANG.

Cukup la dengan penganiayaan yg dilakukan kepada kita, org melayu dan islam. Korang ni, cam ner nak jawab soalan kubur bila dah mati nanti. "MA IKHWANUKA?" "Siapa saudara kamu?" Dapat ke korang jawab saudara kamu adalah org2 Islam, sedangkan korang tak berhati perut bila biarkan saudara kita sendiri ditindas oleh non muslim.

Anonymous said...

Nak cakap ape yang aku tau.. So, setau akulah kan, asalnye di malaysia nie klau nk bela babi boleh, tapi sekadar nak makan ngan meniage kecil2lan jer.. ader limit, x bole buat sampai ternakan komersial.. atau satu industri penternakan.. tapi klau dah diorang pakat ramai2 bela satu kuarge sket2.. kan jadi banyak beribu2?.. mse 2 spatutnye kerajaan dah bole amek mate tengok.. bkn nak salahkan sesiape.. tapi ade segelintir babi yang suke mkan duet haram mcm die gak.. rasuah jgn ckap xderlah.. akupun kerja kerajaan.. yang mangse kite rakyat jelata.. sekarang ape kerajaan negeri nk buat?.. hapuskan babi2 yang beratus ribu tu?.. jgn ckap kerajaan negeri.. kerajaan persekutuan pun x mampu nk buat.. so ape yang aku rase kerajaan selangor buat sekarang nie adalah untuk membuat satu kandang babi terbesar dan terancang supaya kite org yang x makan babi x terjejas dari segi alam sekitar dan lain2.. tapi x bleh ckap gak.. kite lom tau ape akibat dari keputusan nie.. dari segi moral, agama, kuasa, maruah dan alam sekitar kite.. klau boleh jgnlah ade salah satu yang terjejas walaupun nmpak mcm mustahil.. aku harap kerajaan selangor tau ape yang die buat.. semoga kite rakyat malaysia tetap bersatu padu menegakkan hak dan kepentingan rakyat.. Amin..

rakyat2009 said...

halu semua aku bru je jmpa blog ni... tertarik lak best r bro blog ko..
Psl isu babi ni k'jaan PKR nk menyelesaikan mslh rakyat dgn mengambil teknologi dari perancis kot klu xslh aku dimana babi ini dibela dalam kandang yg tertutup dan dijamin tidak akan mencemarkan alam dengan bau babi yg mmg boleh muntah klu krg pernah bau...huhu
teknologi ni jgk mmpu menguruskan sisa najis babi ni dengan lebih terancang dan berkesan agr xmncemar alam..
jgn nk slh kan PKR je dari BN memrintah negeri selangor merupakan tempat pengeluar babi no 1 di Asia tenggara tau.. sampai kn pernah kuar isu lori yang angkut air minuman yeo's turut angkut daging babi sx.. media kerajaan je xsiar..
Aku hrp mn2 rakyat m'sia jgn la terpengaruh ngan surat kbr ni siarkan berita palsu je...
cuba bayangkan semua negara ekonomi sedang jatuh blh plak najib ckp ekonomi kita stabil semakin berkembang.. last baru dia nk mengaku ekonomi kita terjejas.. bru lah dia nk ajak Anuar ketua pakatan rakyat bekerjasama bgun kan ekonomi negara...hahahahaha bodoh pny Bn

rakyat2009 said...

halu semua aku bru je jmpa blog ni... tertarik lak best r bro blog ko..
Psl isu babi ni k'jaan PKR nk menyelesaikan mslh rakyat dgn mengambil teknologi dari perancis kot klu xslh aku dimana babi ini dibela dalam kandang yg tertutup dan dijamin tidak akan mencemarkan alam dengan bau babi yg mmg boleh muntah klu krg pernah bau...huhu
teknologi ni jgk mmpu menguruskan sisa najis babi ni dengan lebih terancang dan berkesan agr xmncemar alam..
jgn nk slh kan PKR je dari BN memrintah negeri selangor merupakan tempat pengeluar babi no 1 di Asia tenggara tau.. sampai kn pernah kuar isu lori yang angkut air minuman yeo's turut angkut daging babi sx.. media kerajaan je xsiar..
Aku hrp mn2 rakyat m'sia jgn la terpengaruh ngan surat kbr ni siarkan berita palsu je...
cuba bayangkan semua negara ekonomi sedang jatuh blh plak najib ckp ekonomi kita stabil semakin berkembang.. last baru dia nk mengaku ekonomi kita terjejas.. bru lah dia nk ajak Anuar ketua pakatan rakyat bekerjasama bgun kan ekonomi negara...hahahahaha bodoh pny Bn

buduCumel said...

salam ceria2 smua...ade betul kate ahmad sampai la ke rakyat2009...cian sungguh kite ni ye...negara sendiri..tp kpentingan diri xpenuhi...huhu..

p/s: patotla byk mnmbh mknn y haram..mula la E..., E..., e itu ,E ini y xleh makan...dah kite bakal pngeluar..mmg xleh bygkn klu blkg umh ade kndg dia...lgkn reban aym abh aku pun busuk..tp abh xpkai tech dr prncis ka..jerman ka.... hehe..

jgn marah ea..xbaik...kite kn same2 melayu..tegur2 dah la..

M.Saidi said...

Logiknye nak buat projek ni untuk gabungkan projek kecil-kecilan di sekitarnya menggunakan high tech-kenape?
memastikan ternakan babi ini dikawal dan menggunakan praktis penternakan terkini dan penjagaan dari segi kebersihan. untuk ape?
KAWALAN PENYAKIT! sebelum ni dah ade virus nipah, skrg H1N1..bila ternakan ni dibuat secara haram, penternak akan abaikan aspek kebersihan ni, yela, bknnye ade org nk datang selia pun kandang dia, dia xde lesen pun..tp bile x jaga kebersihan, mcm2 penyakit blh dtg..kalau benda ni untuk kebaikan bersama, semua dpt manfaat..tp pemilihan lokasi tu memamg kritikal la, kena lah cari tempat y sesuai, klu dekat ngn kawasan penduduk, x boleh la kan..

Unknown said...

KLU SI KAMBING TU MESTI LA TOK GURU NIK AZIZ KAN...SBB DYE ADE JANGGUT MCM KAMBING...

Anonymous said...

jijiklah babi, hapuskan semua babi di malaysia mcm mesir arahkan semua babi2 dalam negara dibunuh dan dihapuskan sama sekali... hidup malaysia...saya sayang malaysia

Anonymous said...

republik singapura pun hanya beli daging babi dari malaysia, mereka x ternak or bela walaupun seekor kerana sedar pencemarannya... kecuali ada bela di zoo tu lain cerita...

mari kita cadangkan kerajaan kini or kerajaan yg baru bunuh dan hapuskan semua babi2 di malaysia mcm kerajaan mesir tuh...

Anonymous said...

mari kita usulkan parti BN,PKR,DAP dan PAS hapuskan babi dari diternak di malaysia, import sahaja n jual disupermarket jika non muslim nak mkn....

kasihan orang melayu di kampung meraka yg ada ternakan babi..

banting said...

aku lahir kat banting,selangor tp sekarang dah berkahwin dan bekerja di ipoh dalam sektor awam. selalu sangat aku ulang alik balik kampung nenek kat sg.pelek sepang..

1) setuju kalau projek 100juta untuk penternakan babi agar jadi lebih tersusun dan efisyen serta tidak ada pencemaran bau.

2) aku ni ramai awek huhuhu :D... dulu semasa bujang setiap kali bawak awek lalu kawasan tg.layang/tg.sepat mesti aku bg amaran dulu supaya awek tu tak tuduh aku kentut dlm kereta sbb bau babi masuk dlm kereta walaupun tingkap bertutup rapat siap pasang aircond.

3) mmg berterabur dan bersepah2 ladang ternakan babi di seluruh daerah kuala langat dan sepang.. semak..

4) sampai sekarang masalah bau dan pencemaran tak selesai lagi..

5) bagi aku media pro kerajaan BN yang banyak melaga2kan isu ni.. kalau BN masih memerintah selangor dah tentu isu ni selesai.

6) bile la kampung aku ni boleh bersih...

tq.

Anonymous said...

kepada hazgurlz90

baca surat khabar tu mmg la....dh kenape ko ni???

Total Pageviews

. page counter