Monday, February 18

SPR Bodoh

Adakah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia benar-benar bodoh? atau diperbodohkan? Ntah lah, tajuk tu saja je. Gimik sempena pilihanraya umum ke-12. Aku bukan nak cerita pasal Suruhanjaya Pilihanraya, tapi aku nak cakap pasal Sistem Pesanan Ringkas (SPR) atau dalam bahasa penjajahnya Short Messaging Service (SMS).


Contoh Satu:
Life is like a MOVIE…
If u r sad – DRAMA
If u r afraid – SUSPENSE
If u r angry – ACTION
When u look at the mirror – HORROR :-)

Contoh Dua:
Awak… cantik
Awak… baik
Awak… bijak
Awak… kaya
Awak… bergaya
Saya… tipu je.

Contoh Tiga:
Someone farted during the Royal Commisioning Inquiry.
Dr M – I don’t remember. Anyway it’s my prerogative to fart. I don’t have to tell anyone.
VK Lingam – Sound n smell like mine…!
Pak Lah – We need to set up Royal Commisioner for this.

Contoh Empat:
Barnsley? Team apa tu? Macam jenama roti je. Hahaha…

Ok, contoh empat tu dah cerita lain lah. But aku memang menyampah dengan sms lawak bodoh sebegini. Ntah apa-apa. Yang peliknya dah tua-tua bangka pun ada lagi member-member aku hantar sms lawak tahap budak sekolah tadika. Bengong betul.

Takpe, SMS macam diatas tu kadang-kadang boleh membuatkan aku tersenyum. Daripada 10 yang diterima mungkin 1 atau dua still berkualiti. Tapi aku betul-betul menyampah dengan SMS lucah yang kononnya lucu sebegini:

Suami mesti ada 4 RAS:
1. Otak yang waRAS
2. Pandai cari beRAS
3. Batang yang keRAS
4. Pancutan deRAS

Satu lagi contoh sms lucah/lucu:
Ingin besarkan payudara atau penis anda? Xde efek sampingan, xde bhn kimia. Tlh trbukti! Jaminan wang dikembalikan. Gunakanlah........KANTA PEMBESAR! :-)

Come on… apa jenis lawak la tu. Ada masa orang tulis lawak sebegini dan hantar kepada kawan-kawan. Apa dapat? Kawan-kawan dia akan respect dia dek kerana tahap creativity tinggi la konon.

So, kepada kawan-kawan aku. Tolong jangan hantar sms lawak lucah bodoh kepada aku lagi. Malas lah nak buka dan baca. Daripada hantar sms lucah bodoh kepada aku, lebih baik gunakan credit tu untuk contact ibu bapa di kampung, sedekah dalam program Bersamamu di TV3 atau check tempat dan saluran mengundi menggunakan sistem SMS. - http://www.spr.gov.my/index/semaksmsPRU12/sms.html

Terima SMS lucah/lucu sama lah seperti melihat gambar ini. Best ke?

Dan semenjak aku letak no handphone aku di blog ini, ada juga manusia-manusia gatal tangan buat miscall atau ajak main SMS. Bengong. Lawak pun ada rasanya, ada yang nak kenal-kenal dengan aku dengan ajak main SMS tengah malam. Hahaahaha...


P/S: Dah boleh check kita mengundi di sekolah mana dan saluran berapa. Semak lah di website SPR - http://www.spr.gov.my/index/pagemulahtml.htm

12 comments:

Anonymous said...

yes, i agree (except for the barnsley bit..that was funny. hehe sori weh)

don't get me started on emails! mygoodness...they just sent everything! and it got me further riled up when my friend mass-emailing all their contacts and their contacts who is a stranger to me decided to keep my email address and do their own mass-emailing to me!!!

I also hate all those emails that make other ppl suffer for nothing like the email attached a list of ice creams tht are not fit for muslim consumption!the list were done by its UK company. Of course la it's not fit, ingredients in UK are of diff source than malaysians!malaysia market...halal ingredients la. I went to the website and found a press statement from the local company. now it's my turn to mass-email everyone.

another one would be Apple insulting Muslims by building kaabah-like club. it's not club, it's place for ppl to download stuff for their Apple gadgets. and the building is not black, it's transparent.

*did i just blog in your comment box.heh.

Anonymous said...

SETUJU!!!!!!!!!!!!!!!

(sebenarnyer tgh boring..dh de-motivated nk keje nih...)

Mek Rose said...

dulu2 slalu gak dapat msg2 camtuh..mana2 msg yg kelakor n bagi manfaat aku simpan je dalam hp..ade mcm2 folder dalam hp aku..heheheh..

emm..lucahnye gambor tuh..huhuhu..

Anonymous said...

Sila perhatikan pada Daftar Pemilih yang terbaru. Terdapat ruangan nombor siri pada setiap paparan maklumat Daftar Pemilih. Apakah tujuan ia diwujudkan? Bukankah SPR telah berjanji bahawa tiada no. siri atau tidak akan dicatitkan sepertimana amalan SPR sebelum ini. Bukankah ini satu lagi pembohongan SPR yang menafikan hak individu / amalan kerahsiaan maklumat individu. Perkara ini teramat penting dan perlu disebarluaskan, dan mungkin juga perlu didedahkan. Tegakkan KEBENARAN dan KEADILAN !!!

Anonymous said...

Talking about SMS addict generally, last year Malaysian spent almost 10 million for SMS only and main utilisation for ring tones and wall paper download.

Tak membazir ke.... Ya la kan mesti ada orang kata lantaklah bukan duit kita. Aku pun pelik dengan salah sorang HOD kat company aku siap SMS staff dia utk dtg discuss or ambil file/ doc. Mentang-mentanglah bill company bayar. Panggil je la .... Entah-entah nak main ngan wife dia pun guna SMS...

lankapo said...

malam2 ada org nak bersms saper ekk

en sukun kot sembang pasal bola haha
maklum lah team tgh merundum

aku biasa "mass" sms masa hari raya jerk

Anonymous said...

en.sukun sms mlm2..hmmmmm

Anonymous said...

1st time masuk blog kau.. best gile siott.. aku rasa2 dah 2 jam stuck kat sini.. sok keje.. waaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Mr. Right said...

teek,
Silakan berblog disini, no problem.

ipoh lads,
Go and find some motivation lah. Kat tepi-tepi jalan ada kot... hahaha..

rose,
mana ada lucah gambor tu... lucu kan.

tukya,
Aku pernah fikir benda ni dulu. Rasanya aku dapat jawapan, but dah lupa. But, aku sebenar tak ambil peduli sgt. Undi aku bukan rahsia. Adun aku akan undi pembangkang (sebab aku tau UMNO akan still menang jugak), Parlimen aku akan buat undi rosak. Hahahhaa...

ac,
Betul2. Membazir, kan aku pernah kutuk caller ringtone dulu. Mmg bangang pun sapa2 yg rajin dok ngabiskan duit download segala jenis lagu dan gambor.

lankapo,
Ntah mamat mana ntah gatal tgn ajak bersms mlm2 buta. Bengong.

cik henr,
Buah sukun kot.

ano,
Thanks... jgn sampai tak siap keja dah le.

Anonymous said...

saja nak tarok link kat sini. lagu dalam youtube ni memang best. Cuma lyric dia ada bau politik.

http://www.youtube.com/watch?v=YnBPBFtc310

enjoy.

Anonymous said...

Beb,

Lawak tak semestinya kene ader message ... dah nama pun lawak ... kalo nak mende bermanfaat, gi la masuk lecture class ... banyak manfaat bleh dapat ...

Aku amat menghargai org yg boleh buat aku ketawa ... contoh cam Nabil Raja Lawak ... letih balik keje tu hilang la kejap bila ada org buat lawak ...

SMS2 tu pun ok aper ... tak de plak aku nampak cam bodoh sangat ...

Satu masalah ko adalah ko nak tunjuk yg ko ni berilmu, tak layan lawak, aper kelasss lawak2 ni, aku ni org pandai dan aku nak cakap kat ko aku pun grad dari U yg lebih hebat dari ko (UiTM?? aper kelass??) tapi tak de la all the time aku nak di feed dengan bende2 berilmu (jer la konon?) ...

tak tau ler ko boleh tangkap ke tak aper aku cakap ni ... kalo tak faham tak per la ... aku faham ... ko sekadar grad UiTM ...

Bunga said...

Eh,
Mr ke Mr.Right yg berlagak ni?
Haha. Confuse aku.
Mr. Ni bercakap cam org takde ilmu pun ade aku tgk. Kesian dia.
Mr. Right..buat bodo je ngan org2 mcm inieewww. Nak buat publisiti murahan ker?

p/s: Aku pon graduated from UiTM..UiTm dihatiku.:-)

Total Pageviews

. page counter