Zaman kanak-kanak sungguh seronok. Duduk berkumpul 4-5 orang bawah pokok pun kita akan rasa best. Macam-macam idea game boleh dicipta. Disamping game-game biasa macam galah panjang, police ten three atau aci kejar , dikalangan member-member aku kami ada permainan ice-cream bola. Ice cream bola adalah permainan memijak kasut sekolah kawan-kawan mengikut peraturan-praturan tertentu. Niat sebenarnya adalah supaya balik rumah nanti siapa yang kalah akan terkena bebelan mak masing-masing. Menarik
Ok… kalau malas nak main game yang complex, kami just lawan lumba lari. Tentunya aku yang badan besar sukar untuk menang. Tapi aku ada taktik tersendiri, aku akan pastikan setiap kali lawan lari aku yang akan kira.
Satu…Dua…Ti…Ti….Tiga (lariiiii….!)
Dengan cara ini aku akan sekurang-kurangnya mendahului beberapa detik berbanding peserta-peserta lain. Bijak tak aku… Tapi tak lama lepas tu kawan-kawan mula sedar taktik tersebut dan mereka mahukan pihak ketiga yang kira. Start that point lah aku dah tak join permainan lumba lari tersebut, instead aku selalu jari juri, tukang kira dan menentukan pemenang.
Zaman kanak-kanak lagi aku dan kawan-kawan sedar tidak adil jika orang yang bertanding yang mengira 1,2,3 untuk start
Jika difirkirkan tidak adil meletakkan pemilihan tarikh pembubaran parlimen diberikan kepada Perdana Menteri yang juga ketua sebuah parti yang terlibat dalam pilihanraya. Dia akan pastikan semuanya tersedia dipihak beliau. Dan sama seperti aku mengira semasa berlumba lari, pastikan Pak Lah akan bermula sedikit cepat berbanding pihak lain. Sepatutnya hak mutlak diberikan sepenuhnya kepada Agong ataupun tarikh pembubaran parlimen diwar-warkan beberapa bulan sebelum.
Betul tak?
Sorry, dalam paper penuh berita valentine’s day dan politik. TV station pula dah mulakan sessi propaganda seolah-olah kita hidup zaman Jepun. Sakit hati aku tengok RTM, hari pembubaran parlimen lagi mereka sudah mula bertindak. Semalam, forum perdana jadi medan ahli politik UMNO hentam pembangkang. Macam sial...! So, aku takde idea lain untuk berblog.
Selamat berhujung minggu…
6 comments:
Salam..
Panas tol PRU12 kali ni..
rata-rata dok sembang pasal ni..
pembangkang banyak modal..yang bekas gomen xde modal nak cerita..(bekas gomen la kan? skrg PARLIMEN dah bubur..patutnye depa bukan kerajaan skrg ni)..
paling aku sakit hati ngan paklah..byk betoi putar belit dia kali ni..aduh..
eh..panjang plk..kang jadi macam blog x jadi macam komen..
tu yang aku malas nak sembang bab politik..
panas panas..
betul jugak. logik.
Ha ha ha ha... apa kata kita main lumba lari team EPL. Malam tadi Liverfool kena belasah dengan team divisyen mana tah.....
Tapi yang terkesimanya MU belasah Arsenal 4-0 diulangi 4-0. Walaupun Arsenal main reserve team tapi MU pun player second team je.... ha ha ha......
hahaha jangan sembang ajer tapi tak register pun dgn SPR macam kawan aku
ac di mana,
hehe team tu au baru ptg tadi dgr ..ala team reban sley kut hahha
aku rasa keeper dia pakai bomoh kut
Betul2..logik dek akal...hmmm...
hutanbandar,
Pilihanraya sememangnya selalu panas. Sebab ramai nak jadi kaya dgn jadi ahli wakil rakyat.
ano,
Thanks.
ac,
Wei...wei..lari topic ni.
lankapo,
Sapa yg tak register tu? Bodoh betul...!
Rose,
Thanks.
Post a Comment