Friday, February 1

Keracunan Pelajar Sekolah

Kes Keracunan Pelajar Sepanjang January 2008


SHAH ALAM
5 Jan. – Kesemua 10 pelajar termasuk seorang guru sebuah sekolah swasta di Seksyen 7 di sini yang dimasukkan ke wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang semalam akibat keracunan makanan dibenarkan pulang hari ini.

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0106&pub=utusan_malaysia&sec=pendidikan&pg=pe_03.htm&arc=hive


KUANTAN
22 Jan. – Tiga lagi murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Isap dekat sini, dibenarkan pulang hari ini, setelah ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan lanjut akibat terhidu semburan racun serangga Khamis lalu.

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0123&pub=utusan_malaysia&sec=timur&pg=wt_04.htm&arc=hive


DILAPORKAN seramai 86 murid di tiga buah sekolah di Seremban, Marang dan Alor Star terpaksa dihantar ke hospital apabila mengalami muntah-muntah dan cirit-birit dipercayai mengambil makanan yang tercemar di kantin sekolah masing-masing.

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0201&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_09.htm&arc=hive


SIK
31 Jan. - Kes keracunan berlaku lagi, kali ini melibatkan 53 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Ampangan Muda, Belantek dekat sini yang terpaksa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gulau kerana keracunan makanan selepas dipercayai makan nasi goreng di kantin sekolah tersebut.

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0201&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_04.htm&arc=hive


Sebanyak 11,226 kes keracunan makanan berlaku di sekolah di seluruh negara dari Januari sehingga 15 September lalu berbanding dengan 5,613 kes pada tempoh yang sama pada tahun lepas, iaitu peningkatan lebih 100 peratus.

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1029&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_04.htm&arc=hive


Meriah betul newspaper kita dengan berita keracunan budak sekolah. Semua kes keracunan makanan setelah makan dikantin sekolah kecuali satu kes separa lucu di Kuantan, dimana budak-budak sekolah ‘mabuk’ lepas terhidu racun serangga yang disembur oleh tukang kebun.

Semasa arwah abah aku ada family aku pun selalu dapat tender kantin sekolah. Kami memang takut jika-jika makanan yang kami sediakan terbasi, terracun atau apa-apa ter lagi.

Selain dari factor kecuaian pekerja yang sememangnya sukar untuk diatasi, sebenarnya pengusaha kantin yang mahukan keuntungan berlipat ganda juga menyebabkan kes sebegini berlaku. Beli barang basah yang kurang kualiti, ikan busuk, ayam busuk, sayur berulat dan macam-macam lagi. Padahal pengusaha kantin sememangnya dah untung banyak, sewa kantin murah tetapi jumlah pelanggan (murid) ramai dan semestinya semua membeli dari mereka.

Guru-guru sekolah juga patut tolong kementerian berkenaan untuk check kebersihan kantin, jangan dok sibuk nak makan free dan nak dapat sponsor air masa hari sukan je…

Kepada pengusaha yang ditangkap kerana kesalahan keracunan makanan pula, selain daripada digantung dan diblacklist kan, mereka juga patutu disuruh makan makanan yang mereka masak supaya merasa sakit dan jerihnya pelajar-pelajar malang tersebut.

Selamat berhujung minggu...

12 comments:

Anonymous said...

aku teringat masa form 3, pegi kantin beli nasi lemak. nasi lemak tu diorang bungkus dlm plastik kecik je. harga 50sen. tengah aku makan2 tetiba tergigit bende keras. astaghfirullah, KUKU WARNA PURPLE!!

Bunga said...

Kadang2 pengusaha ni lepas tangan. Tak control kualiti makanan. Derang bagi kepercayaan 100% kepada pekerja untuk handle kualiti makanan yang dibuat. Hasilnya, budak2 sekolah yang jadi mangsa. Kesian. Kesian.

Anonymous said...

Mungkin ada orang dengki dengan pengusaha kantin kot. itu yang sabotage letak racun tikus. Hihihi.

mr right,
jgn suka2 tuduh guru2 nak mkn free and nak sponsor je. kami bukanya sengkek sgt.

Fid said...

ya la dood..apsal ya bnyk benor kes keracunan....

satu lgkan setahu aku kat kantin takleh jual mknn rapu...depan sekolah pun takleh...tapi le ni mmg bersepah jualan mknn rapu depan sekolah...mm...siapakah yg patut bertindak?

Anonymous said...

keracunan makanan terjadi bila makanan yg disediakan oleh tukang masak tuh tercemar lalu kita makan maka sakitlah perut...keracunan makanan bukan saje kat sekolah...kat mane2 pon terjadi...restoran yg agak 'high class' kononnye pon ade kes cmni tp makanan tu tercemar kerana sabotaj oleh pekerja terhadap customer yg kerek..aku penah keje kat dome n secret recipe n aku penah tgk colleague aku melakukan kerja2 kejam itu..adoih...rse bersalah pulak bile melihat customer makan...tp padan lah muke die sape suruh kerek sgt..

lari topik plak..

tp keracunan makanan kat sekolah nih tak laen tak bukan sbb pengusaha kantin nak untung banyak tanpa menghiraukan kesan buruk terhadap kesihatan anak org...makanan mempengaruhi otak juga...klu makanan x elok sbb tu lah otak jadi bebal...mcm mane budak2 nak pandai? isk

MalayMind said...

Aku rasa sekarang ni sudah ada isu lain dibelakang isu keracunan makanan ni.

Begitulah besarnya pengaruh media dalam mencipta sensasi atau memanipulasi.

Mr. Right said...

tiang lampu,
Memang dia jual nasi lemak berlauk kuku kot.

bunga,
Betul. Taukeh kantin ambil tender byk kantin. So, pekerja indon je yg handle everything.

ano,
Mungkin juga. Aku cakap base on pengalaman aku dulu.

fid,
Cikgu.

mims,
Betul. Susah nak cari pengusaha kantin yang bertanggungjawap.

malaymind,
Isu apa lak?

Mek Rose said...

betul cakap mims..bukan kat sekolah je ade isu keracunan..even kat umah sendiri pon leh jadik..

cume kat keracunan kat skolah ni lebih nampak sbb media betul2 fokus kan..yela..libatkan ramaiii pelajar skolah.

sian kat depa..hmmm

Anonymous said...

To MIMS, kejadian yang kau cerita tu memang betul terjadi even kat warung pun. Ia bukan keracunan makanan tapi makanan yang tercemar dari segi syarak. Takde lah pulak lepas tu customer tu muntah-muntah atau sakit peruk.

Pernah dengan cerita dari pekerja warung dan restoran yang ludah kat air minum customer yang kerek sangat. Dia kata padan muka.... naudzubillah.... Jangan dia rasa bangga kencing dlm tomyam orang tu dah...

Aku last two years hari-hari hantar anak aku gi sekolah (kat Bandar ya ... bukan pedalaman) dan lalu sebelah kantin sekolah... Memang tak menyelerakan.

Aku advise anak aku bawak bekal. Malangnya masuk darjah 3 dia tak nak bawak bekal... dia kata tak standard.... oh anak ku...... pastu adik dia yang darjah 2 pun sama tak nak bawak bekal .... lagi sekali... oh anak kesayanganku.....

Anonymous said...

as'kum...
kem pelajaran kena temuduga lah betul2... panggil wakil dari kem kesihatan masih proses pilih pengusaha.. kem kesihatan kan ade rekod pengusaha yang ade sejarah/bermasalah... bile ade yang bermasalah nie mohon.. gunakan kuasa yang ade... reject awal2... masalah takkan timbul lagi...

Anonymous said...

alahai... masuk tender kroni2 dia orang jugak... bile ade kes food poisoning... takleh amik tindakan... sebab ade backup... kabel besar... guna nama orang tu... orang ni...
tu sebab... tempat yang sama je jadi food poisoning, kadang-kadang pengusaha yang sama jer kat sekolah tu.. tak tukar2... maklumkan 'dah kebal'.... nak amik tindakan pun susah...

Anonymous said...

roots@nang Aku rasa kesian juga ngan pengusaha kantin. Bukan semuanya tak bertanggungjawab, mcm tmpat aku tu pengusahanya amat jujur n ikhlas tapi malangnya kena boikot ngan guru-guru kat skolah tu yang rata-ratanya penyokongseorang guru yang kepingin sangat nak jadi pengusaha kantin kat skolah tu. Abis stiap ari bos tu kena komplen tanpa bukti hingga sampai kpd kes kracunan pelajar. guru-guru tu sengaja nak sack out bos tu, tapi malangnya bos tu bijak dan trus menggertak guru-guru tu untuk bicara kes keracunan tu kat mahkamah. Bos tu siap warning lagi katanya, "kita jmpa kat mahkamah, kalau kalah you all siap settle kes saman malu atas company saya! " ternganga besar mulut kroni-kroni guru tu. pengajarannya di sini ialah JANGANLAH KITA SUKA MENUDUH MANA-MANA PIHAK TANPA BUKTI DAN JUGA JANGANLAH PULAK KITA JADI PENGIKUT ORANG-ORANG YANG SALAH DAN DENGKI..lu fikir la sendiri..daa

Total Pageviews

. page counter