Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Wednesday, December 26

Trip ke Terengganu

Tahun ini Cuti-cuti Malaysia family aku kami pergi ke Terengganu. Not the best choice during monsoon season, but janji sudah dibuat jadi tidak boleh dimungkiri.

Family aku sekali dengan 2 orang makcik bertolak pada Hari Raya pertama, malam. Fast forward, setelah lebih 10 jam perjalanan campur berhenti makan, berhenti repair tayar dan berhenti kerana anak sedara nak ke toilet, kami sampai ke Primula Beach Resort. Very nice hotel berhampiran Pantai Batu Burok. Again, since hari raya tidak banyak kedai makan buka. So, terpaksalah tunggu pagi untuk cari makanan. Nasib baik the best nasi kerabu berhadapan istana buka awal. Merasalah makcik-makcik aku makan nasi kerabu dengan ayam dan daging bakar fresh.

The whole day hujan, lepas sembahyang Jumaat aktiviti shopping dimulakan. Aku dan abang aku sekadar tunggu akak, makcik-makcik dan mak aku bershopping sakan di infamous Pasar Payang. Walaupun raya kedua, still banyak kedai buka, meriah lah mereka membeli kain batik, baju batik, barang perhiasan dan macam-macam lagi. Jenuh aku jadi tukang angkat barang.

Malamnya kami pusing Bandar Kuala Terengganu hampir 10 kali mencari kedai makan yang ada ikan bakar. Mission failed kami cuma jumpa mek kelate jual nasi beriani. Sedap juga rasanya.

Esok paginya, aku dengan anak sedara sempat pergi bermain di tepi pantai sambil menunggu the main event. Habis jugalah duit aku 30 ringgit membeli layang-layang untuk mereka.

Tengah hari, kami pergi ke rumah awek aku. Terkejut aku melihat begitu ramai sedara mara dia menunggu. Meriah…meriah.

Selesai semua acara, kami beredar dari rumah tunang aku lebih kurang pukul 1:30 petang. Singgah sebentar di Masjid Terapung dan terus bergerak balik ke Teluk Intan, kerana esoknya ada majlis orang kahwin yang abang aku terpaksa hadiri.

So, Cuti-cuti Malaysia family aku tahun ini lebih meriah kerana bukan sahaja kami bercuti tapi aku juga bertunang….

Actually posting ini, aku cuma nak cakap:

AKU DAH JADI TUNANG ORANG.

Aku berbelah bagi juga samada perlu atau tidak aku beritahu semua orang yang aku dah bertunang. Tapi setelah mendapat nasihat dari family dan rakan-rakan, mereka kata perlu dihebahkan. Supaya tingkah laku kami dapat diperhatikan. Jika ada sesiapa nampak aku menggatal, buat tak senonoh boleh lah tegur. Hahaha…Tegur aku, bukan report kat tunang aku.

Kepada Faizal, Nasrul (officemate) dan Lobo (member uni)… sama-samalah kita menghadapi zaman bertunang. Since aku yang paling akhir akan kahwin, jangan lupa ceritakan pengalaman korang nanti kepada aku. Dan jangan lupa ajak aku pergi Nilai untuk shopping barangan kahwin. Best sangat ke kat sana?

Next year adalah Visit Terengganu Year. So, jom pergi Terengganu ramai-ramai.


P/S: Tayar 18 inch, 225/45 tidak mungkin boleh dicari di Terengganu. Seluruh Terengganu tidak ada. So, kalau ada kaki kereta dari Terengganu sembang besar sangat suruh dia balik kampong dan jadi taukeh tayar. Hahaha…

Total Pageviews

. page counter