Showing posts with label seksi bulan puasa. Show all posts
Showing posts with label seksi bulan puasa. Show all posts

Thursday, September 10

Mata Sakit Di Bulan Puasa

Sekejap je dah lebih separuh bulan puasa kita lalui. Aku yang ingat bulan puasa aku akan ada banyak masa untuk berblog kecewa, sebab rupa-rupanya tak banyak beza bulan puasa atau tidak. Walaupun tak banyak travel duduk office pun banyak kerja. Hampeh betul.... cuma nasib baik most of the time boss aku di oversea, so aku boleh balik sesuka hati untuk berbuka dengan sesiapa yang aku dah plan. Hahhaha... Pukul 4, kepala dah berfikir cara nak pergi ke destinasi ikut jalan paling cepat dan mudah. Kalau tiada sebarang plan, still cabut awal sebab nak berbuka dengan wife…

Petang ni seperti dirancang, aku ada majlis berbuka dengan kawan-kawan di Ampang. Apa nama, Wak Cafe ke apa ntah... so, kena keluar awal sebab kalau tersilap mahu berbuka dalam kereta aku nanti. Aku memang sakit hati betul traffic jem, terutama dibulan puasa. Kadang-kadang non-muslim pun sibuk nak balik awal kerumah or sibuk mengsesakan jalanraya time dekat-dekat nak berbuka. Haiya...! tunggu la sekejap.

Talking about sakit mata, sakit hati dan perkara-perkara sebegitu. Selain dari jem, ada beberapa perkara lain dibulan puasa ini yang membuat aku (dan aku percaya orang lain juga) terasa nak marah je. Tapi sebab di bulan puasa kita diarahkan untuk melatih diri untuk bersabar, so kita bersabar jelah dengan benda-benda sebegini:


Bawa Anak Ke Masjid


Aku tidak pasti apa saranan agama terhadap aktiviti membawa anak kecil ke masjid atau surau. Tapi aku ada dua pandangan berbeza dalam isu ini.

Sebelah kepala aku berkata bagusnya kalau boleh diamalkan.Meluntur buluh dari rebung. Kalau kita nak lentur buluh yang dah tua, kita terpaksa bakar buluh tu perlahan-lahan dengan api yang kecil. So, kalau dah tua nak kena bakar, memang sakit… confirm kita melawan. Jadi dari kecil kita bawa anak kita ke surau atau masjid, biar dia membudayakan aktiviti tersebut. Biar tersemat dalam diri dia. Aku juga still ingat aku mengikut arwah abah aku ke masjid kampong aku. Selalunya aku ikut masa sembahyang maghrib dan isyak. Kalau bulan puasa tentunya disambung dengan terawih dan makan moreh. Or kekadang aku dulu berbuka di masjid, then balik rumah untuk sembahyang sebab teringat kueh yang mak aku buat sebelum bebuka tadi. Hahaha…

Sebelah kepala aku pula menyampah sebab kadang kala budak-budak ini memang tidak boleh duduk diam. Mak, bapa sedang sibuk bersembahyang anak-anak berpesta di luar. Main kejar-kejar, main gaduh-gaduh, main tutup-tutup pintu. Aduhai, panas je aku dengar hangar bingar suara budak-budak. Kalau di kampong aku dulu kanak-kanak yang di ambang remaja lagi ganas sampaikan ada yang main mercun dalam kawasan masjid. Yang dah confirm remaja pula main permainan yang tidak kurang ganasnya yang dipanggil permainan curi selipar atau sandle orang lain.



Berpuasa Tapi Sexy


I know, it is two different things. Kalau kita bogel sekalipun keluar rumah ianya tidak membatalkan puasa kita, mungkin akan membatalkan puasa orang lain yang melihat. Samada puasa orang tu batal sebab maki kita or nafsu dia naik tidak terkawal depend on samada kita ni cantik or huduh. Tapi aku memang sakit hati walaupun kadang-kadang sedap mata melihat orang perempuan islam berpakaian seksi terutama di bulan Ramadhan.. Ada yang pakai skirt, pakai tube ketat, pakai kain belah sampai ke bontot dan… macam-macam lagi. Hormat la sikit, apa salahnya pakai semua baju kurung raya tahun-tahun lepas di sepanjang sebulan berpuasa. Lebih manis, lebih mudah nak solat dan yang penting orang sekeliling tahu yang kau seorang manusia yang bijak dan ada akal fikiran.

Aku nak ambil kesempatan disini nak ucapkan tahniah dan berbanyak syukur kepada member office aku, Rosita kerana dah dapat hidayah untuk bertudung. Seperti aku cakap dulu, bulan puasa adalah the best time to start benda-benda baik yang selama ini kita berhajat nak amalkan.

Ini bukan Ita, ini gambar lama dari forum CariGold. Lawak kan… hahhaha.. bertudung tapi pakai skirt.


Ada beberapa perkara kecil lagi yang menyakitkan mata atau hati di bulan puasa seperti parking di Bazar Ramadhan yang tidak pernah ada, harga buffet yang semakin naik dan gelagat member-member berlagak sebab tak puasa…macam-macam.

Chow, aku dah nak ‘pergi site’ dan terus ke majlis berbuka dengan kawan-kawan universiti.

Komen-komen for previous entries akan aku jawap esok atau lusa.

Total Pageviews

. page counter