Aku tulis posting ni masa atas kapal terbang ke Kota Kinabalu. 1st time buka laptop atas flight, rasa macam best je. Rasa macam orang penting yang tak cukup masa dan terpaksa siapkan kerja walaupun atas kapal terbang. Konon-konon tengah buat kerja-kerja office yang penting padahal tengah tulis blog. Hahaha…. Kalau boss aku yang duduk seat depan perasan mesti dia terharu tengok staff yang sungguh dedikasi.
Kerja aku memang jarang memerlukan aku naik flight terbang jauh-jauh. So far sekadar beberapa jam je. Itu pun bukan selalu, aku tidak seperti sesetengah orang yang jadikan kepal terbang macam bas. Jadi pengalaman naik flight aku dalam kategori junior lagi. Aku antara berjuta manusia (rasanya lah) yang takut naik kapal terbang, memang aku fobia masa nak take off dan touch down. Kepala otak fikir yang bukan-bukan je, time tu lah semua gambaran-gambaran dari filem, paparan berita dan cerita orang pasal kemalangan penerbangan udara bermain dalam kepala. Selalunya aku pura-pura tidor untuk mengelakkan daripada orang lain perasan wajah takut aku.
Kenapa aku takut naik kapal terbang?Dulu aku juga takut naik elevator lift, pernah aku naik tangga 5 tingkat semata-mata nak elak dari naik lift. Reason aku takut naik lift memang jelas, sebab masa kanak-kanak aku pernah terperangkap dalam lift di shopping complex yang sedang dalam pembinaan. Rasa nak nangis sorang-sorang dalam lift yang stuck dan senget. Aku tekan habis semua button yang ada sampai pekerja pembinaan datang tolong bukakan dan tarik aku keluar. Sejak tu aku memang fobia naik lift, sampai dah dewasa masuk sekolah menengah, masuk uni aku pelan-pelan buang rasa takut tu. Dan sekarang memang dah hilang terus fobia naik lift. Lift yang hidup segan mati tak mahu di apartment kos rendah pun aku tak risau nak naik.
Tapi aku tidak pernah ada pengalaman buruk naik kapal terbang, kenapa aku takut juga?
Jenuh juga aku fikir kenapa, sebab kalau jumpa puncanya aku ingin overcome ketakutan itu.
Mungkin ini sebab aku dan orang-orang lain takut naik kapal terbang....
1. Takut Mati
This should be the main reason lah. Kalau aku seorang yang beriman, rajin sembahyang, cukup amalan di dalam buku, mesti aku tidak takut mati dan seterusnya akan confident masa naik kapal terbang. Not much I can do about this la, aku kena banyak-banyakkan amalan supaya aku lebih bersedia untuk bertemu dengan yang maha Esa.
2. Tidak Arif Sistem Keselamatan Pesawat
Mungkin juga aku tidak aware pasal keselamatan sesebuah kapal terbang. Pada pemikiran cetek aku, anything happen to the plane, kapal terbang akan jadi besi buruk yang akan menjunam ke bawah. Aku tidak berpengetahun pasal langkah-langkah keselamatan yang telah diambil oleh pembuat kapal terbang dan oleh syarikat penerbangan. Maybe untuk sebuah kapal terbang untuk tiba-tiba jadi besi buruk di udara memang mustahil, mungkin ada banyak back up plan for each possible problem that may occurs. Oleh itu, ada free time nanti aku akan search Internet and make myself well equip with all safety precaution related to aviation industry.
3. Penerangan Langkah Keselamatan Yang Too Much
Sedikit berbeza dengan point kat atas, aku rasa penerangan daripada crew pesawat yang bersungguh sebelum kita berlepas juga menyumbang kepada ketakutan aku. Mereka terangkan cara pakai jacket, cara nak keluar masa emergency dengan arahan tangan yang bersilang-silang. Ini membuatkan aku seolah-olah merasakan benda itu akan berlaku. Kalau mereka sedikit relax dengan hanya suruh kita baca risalah yang diberi, mungkin aku akan rasa yang incident buruk agak sukar nak terjadi. Sekarang aku duduk di seat yang ada emergency exit, tadi seorang pramugara siap tanya adakah aku familiar dengan seat ini. Aku tahu, dia nak cakap pasal cara-cara buka pintu kecemasan tu. Sebab memang sefaham aku, kalau terpaksa, penumpang yang duduk dekat dengan pintu tersebut perlu buka pintu tu kalau crew lambat bertindak. Lagi lah aku bertambah takut sebab cara dia terang macam benda buruk itu memang confirm akan jadi kejap lagi. Mungkin next time aku naik flight terus tidor, jadi tidak perlu dengar arahan crew sebelum take off.
4. Tak Percaya Orang Lain
Aku berbadan besar, dari dulu lagi kalau bawa motosikal atau kereta aku jarang-jarang jadi passenger. Lazimnya aku akan jadi pemandu sebab selalunya ruang di bahagian pemandu sedikit luas compare to other space in any vehicle. Jadi memang jarang-jarang aku terpaksa letak kepercayaan kepada orang lain untuk menjadi pemandu. Dalam case naik kapal terbang, no choice I have to rely on pilot to drive the vehicle, jadi mungkin aku takut with the fact I have to put my faith on someone hands, instead of me handling the steering myself. Too many elements that fear me, the pilot skills enough? He or she well trained? They gave him enough rest the day before? And so on…so on. Kalau aku sendiri yang memandu, aku tahu semua jawapan kepada soalan-soalan itu. Mungkin aku kena belajar percaya dengan keupayaan orang lain so that I can feel comfortable to put my 100% on the pilot next time I be on board.
5. Tak Percaya Teknologi
Almost the same as previous point, but this one more crucial since for an engineer aku sepatutnya percaya dengan pencapaian teknologi manusia sejagat, termasuklah dalam industry penerbangan. Ini tidak, aku yakin ada besar kemungkinan there might be any technical error happen. Mungkin ada salah human error, salah pengiraan, salah setting atau system malfunction, alat tamat tempoh hayat and things like that. Aku tidak percaya anything created by human is perfect or even close to perfect. Not just related to big thing like airplane even simpler gadget like watch pun sometime I will get 2nd confirmation since aku tidak yakin dengan jam pertama yang aku tengok. Tidak tahu how to overcome this problem, maybe kalau aku dah ada banyak pengalaman manis naik flight then aku akan rasa lebih yakin dengan technology penerbangan yang dicapai oleh manusia kini.
Pramugari cun dah sound 2-3 kali suruh aku off laptop, dah nak landing katanya. So, aku stop sini. Hopefully this will not be the last article from me. Hahaha….haha…(muka takut dah automatic muncul)… Wish me luck.
Aku post posting ni bila dah sampai hotel, so separuh daripada azab naik flight dah settle for me this time around. Nak balik nanti akan sekali lagi aku jadi pucat sekejap.