Showing posts with label ponteng puasa. Show all posts
Showing posts with label ponteng puasa. Show all posts

Wednesday, September 26

Cerita Ramadhan: Tak Puasa

Susah nak cari orang tak puasa. Orang malas sembahyang ramai, orang suka mencarut ramai, orang suka layan benda-benda lucah pun ramai. Tapi orang tak puasa susah nak cari. Orang malas sembahyang pun ramai yang puasa. Tapi ada, memang ada. Di office aku from like 50 male workers, 2-3 orang tidak berpuasa. Ini antara alasan mereka, ada yang lawak ada yang serious.

Ibu bapa selalu encourage anak-anak untuk berpuasa dengan memberitahu hanya mereka yang berpuasa layak untuk beraya. So, for those yang malas berpuasa, mereka memberi alasan, mereka cuma beraya 1 minggu atau 2-3 hari. So, why the need to fast the whole month. Just puasa 7 hari sudah puas untuk mereka beraya nanti. Cuti raya pun maximum 1 minggu. Ini adalah alasan orang dewasa yang masih rasa diri mereka kanak-kanak dan patuh dengan nasihat ibu bapa. Jadi, kepada ibu bapa tolong guna alasan lain, nanti takut anak-anak korang dah besar akan gunakan alasan sebegini kepada rakan-rakan untuk tidak berpuasa.


Lagi satu alasan adalah minum arak. Aku ada kawan, most of my real life friends knew about this guy. Aku selalu jadikan dia sebagai topic perbualan. Sebab kehidupan dia memang pelik dah ajaib. Aku tak berniat nak sentuh kehidupan dia, cuma aku nak utarakan his excuse untuk tidak berpuasa. Rakan aku ini sememangnya seorang yang suka minum arak. Almost each weekend dia akan pergi minum. So, arak itu menjadi alasan. Menurut dia, setitik arak sudah cukup untuk amalan kita ditolak selama 40 hari, 44 hari. Something likes that. So, seumur hidup dia telah minum berbotol-botol. Nampak tak? Jadi apa guna dia puasa jika amalan dia tidak akan diterima. Apa guna puasa sekadar untuk lapar dan dahaga? Bernas kan? Kalau aku ustaz aku akan cuba untuk bersyarah dengan dia. Tapi aku bukan ustaz, aku cuma boleh berkata berhenti lah minum arak. Itu sahaja.


Penat dan sakit. Alasan seterusnya. Mereka ada terbaca hadis rasanya yang menerangkan kita boleh berbuka jika terlalu penat dan menyebabkan kesihatan terganggu. Jadi pekerja-pekerja ini menggunakan alasan tersebut. Setiap hari mereka rasa mereka terlalu penat, jika terus berpuasa mereka akan mati kot. Jadi mereka pun mengambil jalan senang. Berbuka pada pukul 8 pagi dengan roti canai. Golongan sebegini juga yang selalunya sakit perut, pening kepala, migraine, lengoh-lengoh badan dan macam-macam lain untuk mencari alasan kepada member-member atau kepada isteri untuk tidak berpuasa.


Sebungkus maggi. Ok, ini bukan alasan, cuma cerita masa aku asrama dulu. Aku form 3 rasanya. Ada seorang junior from 1 yang aku tangkap kerana tidak berpuasa. Petang sebelum pergi main dia makan maggi bawah katil. Alasan dia kerana maggi tu nampak sedap, jadi dia pun makan. Plain and simple. Aku beritahu dia, aku pun ada juga tidak puas, tapi tidak lah kerana sebungkus maggi. Kalau betul-betul nak ponteng puasa berbaik-baik lah dengan abang dewan makan, nanti pukul 3, masa orang pergi class prep, aku akan menyelinap ke dewan makan dan makan makanan untuk berbuka. Nasi, lauk ayam, air sirap… baru ada class. Bukan dengan sebungkus mee segera. But, the true reason dia tak puasa kerana dari kecil dia tidak pernah puasa. Anak orang kaya, ibu bapa tidak pernah suruh dia puasa. Even his parent pun tidak pernah puasa, dia beritahu aku dirumah dia ada mini bar. Aku terkedu. So, sampai boarding school dia jadi terkejut sebab semua orang puasa. Try puasa rasa nak mati, sebab itu tarikan mee segera membuatkan dia berbuka pukul 5 petang. Aku lanjutkan kes dia ke senior-senior yang lain. Kami tak paksa dia puasa, but slowly we encourage him to try. Alhamdullillah, dia berjaya juga puasa melebihi seminggu. But, as weird as it sound, senior-senior yang mendidik itu pun tak puasa sebenarnya. Haahhaha… Normal, di asrama cerita itu sangat normal. Senior cakap jangan merokok, but mereka hisap, jangan lompat pagar tapi merekalah jaguh ‘fly’. Prinsipnya, hanya senior boleh buat jahat. Hahahha….


Total Pageviews

. page counter