Showing posts with label perompak bodoh. Show all posts
Showing posts with label perompak bodoh. Show all posts

Monday, January 28

AKu Kena Beli Laptop Baru Lagi...

Rasanya macam baru je aku cerita aku beli laptop sebab laptop aku rosak, kan? Malas nak cari tapi rasanya baru few months back. Aduhai...

Memang sakit hati gila. Sepatutnya aku balik kampong Friday night. Tapi sebab ada urgent meeting Saturday noon, so aku postponed dan plan nak balik ke kampong selepas habis meeting. Jadi, pada Jumaat malam, aku pergi ke Petronas di federal highway untuk makan KFC.

Petronas tu ada CCTV bercambah disetiap sudut, kereta memang tidak pernah putus. So, aku fikir tidak mengapa untuk meninggalkan laptop yang diletakan dalam beg galas (beg budak sekolah) di seat belakang. Andaian bangang dari aku. Hasilnya, tidak sampai 1 jam berikutnya cermin kereta aku kena pecah dan beg tersebut lesap. Pekerja Petronas cakap;

…Tak perasan lah bang…

Jawapan simple yang menusuk kalbu dan mereka memerlukan arahan polis untuk lihat rakaman CCTV, so aku dah buat report. Macam biasa lah, confirm polis akan tunggu berabad untuk mereka siasat kes bodoh aku tu. Betul juga, lebih baik dia cari budak hilang daripada cari laptop aku.

Esok atau lusa terpaksa lah aku mulakan activity survey untuk beli laptop baru. Sayang betul, laptop tu aku baru beli je. Dell Vostro, menggantikan laptop HP aku yang rosak. Sedih…sedih…sedih.

Cantik kan? Hahaha.. sial betul.

Aku betul-betul tidak faham dengan perompak-perompak picisan ni. Mereka ini adalah kategori manusia paling bodoh dalam dunia. Curi laptop, jual mungkin dapat maximum RM1,000.00. Bahagia dua atau tiga orang. Dapatlah seorang beberapa ratus. Bodoh…! Risiko yang tinggi, tapi pulangan tidak seberapa. Pergi la rompak bank ke, rompak van security ke, rompak taukeh judi ke. Confirm dapat berjuta dengan sekali usaha.

Bila ditimpa bala sebegini aku selalu teringat cerita My Name is Earl. Something to do with karma lah. Pastinya sesuatu yang baik akan berlaku kepada aku in the near future. Sebagai orang Islam pula kita cakap setiap perkara ada hikmah kenapa ia berlaku. Kawan-kawan juga cakap, aku kena sabar ujian Allah. Tunang aku pula cakap;

….Takpe la hilang laptop, boleh beli baru.

Bayangkan yang hilang anak… "

Macam-macam cara kita boleh guna untuk tenangkan fikiran. Damn true. Tapi itu laptop baru aku… 2 ribu lebih aku beli tu. Not to mention all the things inside the hard disc. Arrrggghh…. Kerja office, bahan-bahan untuk blog, software, ebook yang aku curi atau terbeli, movie yang aku download, gambar-gambar dan macam-macam lagi.

Celaka punya perompak. Aku sumpah korang semua takkan hidup senang sampai ke tua. Pergi la kerja, apa kejadahnya mencuri. Berlambak profession lain yang lebih berisiko rendah dan pulangan tidak kurang hebatnya. Kalau muka tak malu, berani dan tangkas pergi lah join mana-mana Multi Level Marketing.


On happier note, 1st time my thought quoted by harakahdaily. Read this article: Faizal Tahir: Buka baju vs tayang buah dada

Thanks to Kapo and few others who email memberitahu. At least ada juga benda untuk membuatkan aku tersenyum.

So, put problem aside. Any idea laptop dalam range 2-3 ribu yang worth for money? Bestnya, dapat laptop baru lagi. Hahahaha...

Friday, June 29

Perompak Kita Bodoh

Aku dah lupa bila, but around last week or last two weeks, aku tertengok rancangan 999. Yes, tertengok, pada yang kurang mahir bahasa Melayu/Malaysia maksudnya aku tidak sengaja tengok. Aku cakap macam tu sebab aku rasa 999 adalah salah satu rancangan bodoh dari TV3. Not interested to elaborate more on that topic, bodoh-bodod pun aku dapat satu info berguna dari sana. Ermmm… kita boleh belajar something dari mana-mana, even dari perhatikan orang gila di station bas. Right?

While they interviewing some high rank police officer, aku dapat satu info menarik.


These 3 elements mesti ada to invent a crime case.
  1. Peluang untuk orang jahat bertindak. (Opportunity)
  2. Kemahuan dari pihak orang jahat untuk buat jenayah. (Intention)
  3. Keupayaan dari segi kelengkapan dan pengetahuan dari orang jahat untuk laksanakan jenayah. (Ability)

Basically, maksudnya if we manage to reduce any of this 3 factors, kita boleh kurangkan kadar jenayah. Damn true.

So, aku personally rasa kerajaan Malaysia, police atau masyarakat kita sendiri berjaya kurangkan factor nombor 3 tu dengan jayanya. Sebab aku rasa penjenayah kita rata-ratanya memang bangang…!

Ingat kes Botak Chin? Kalimutu?

Semuanya mati kena tembak police selepas gerakan memburu dijalankan dengan intensive dan sedikit tipu helah dari police with newspaper assistant.

Recent weeks also prove penjenayah kita sedikit kurang ilmu dan hampir tiada otak. Atau lebih adil dikatakan kurang creative. Ada ke patut asyik ‘serang’ ATM machine.


27 June – Maybank, Subang Jaya

14 June – CIMB, The Summit

7 June – RHB, Sri Damansara

6 June – Hong Leong Bank, Kepong

Aku dah malas nak search lagi, maybe there are more than 4 cases dalam bulan ini.

Come on, in one whole month 4 similar cases within Klang Valley sahaja. The best thing is, only the 1st attempt sahaja yang membuahkan hasil. Lagi tiga tu semuanya gagal. (Some news feed reported all 4 failed, some said yang di Kepong tu berjaya larikan duiit, nevermind, even 25% still consider gagal dalam exam). Yang 7 June tu lagi menarik, perompak tu siap curi lorry dulu, then planning nak gunakan lorry tu to pull the ATM machine, but security guard datang sergah mereka then they flew away dan tinggalkan lorry disana. Hahahahha…. Badut sarkas.

To all robber and theft around Malaysia, seriously deep in my heart I believe you guys can do much better than that… Remember, Malaysia Boleh…! dan teruskan usaha kearah perombak yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Bodoh…! Pergi berniaga nasi lemak, keropok lekor atau air kelapa campur gula tepi jalan lagi senang la dari pecah ATM machine. Untung-untung sambil niaga tu boleh dapat awek yang comel-comel, perempuan sekarang suka businessman.

Total Pageviews

. page counter