Aku berfikir berjuta kali sebelum tulis posting ini. Sebab tu dah hampir seminggu AF habis baru aku post. Aku takut orang kutuk sebab aku TERfollow Akademi Fantasia. Hahaha....! Tapi hakikatnya memang aku follow pun.
Ok, let’s make the record straight…
1. Aku memang tak minat music. Last album aku beli rasanya 10 years ago, album raya or album Metal 60an.
2. Aku jarang-jarang download lagu, tidak seperti sesetengah pemilik laptop yang akan khaskan satu folder hanya untuk lagu, laptop aku tiada folder sebegitu.
3. Sejak aku ada astro sendiri, since few years back aku memang follow Akademi Fantasia sikit-sikit. Let admit it lah, kalau musim AF dengan pelbagai jenis Diari, konsert mingguan, ulangan konsert, ulangan diari, dan lagi….dan lagi…dan lagi. Memang susah untuk ignore the program.
4. This year, aku terpaksa teman isteri tengok AF. Aku tidak tahu kenapa, orang perempuan memang suka benar dengan AF. We make an agreement, kalau ada game Liverpool then terpaksa lupakan konsert mingguan. If not, then memang aku temankan isteri tengok konsert. Lepas habis konsert rutinnya aku akan turun main pingpong sampai 2-3 pagi.
Cukup dah kot, 4 points nak cover diri sendiri. Hahaha… Now izinkan aku transform jadi wartawan hiburan dan komen sedikit pasal AF. Aku bukan nak komen pasal bakat perserta, manusia buta seni dan pekak intonasi macam aku mana reti nak komen bakat mereka. Tapi nak predict perangai atau character pengundi-pengundi rancangan tersebut. Untuk memendekkan posting, aku just listkan untuk peserta-peserta akhir sahaja.
Akademia Fantasia tidak seperti pertandingan nyanyian atau pertandiangan reality lain dari segi coverage. Sebab ada program diari, dimana penonton boleh tengok gelagat peserta belajar, bergaul dan berinteraksi dengan camera, dengan peserta lain, dengan guru, dengan crew penerbitan, dengan situasi dan sebagainya. So, penonton boleh kenal character setiap peserta. Although ramai kata ada peserta yang berlakon, aku rasa memang susah nak berlakon kalau sepanjang masa gerak geri dirakam. Dan crew produksi akan paparkan adegan yang menonjolkan true colours of the student. Jadi aku percaya dengan ini kita sebenarnya boleh menilai jenis-jenis peminat setia atau pengundi yang mengundi peserta tersebut, kan? Dari sini juga kita boleh agak jenis-jenis peminat-peminat muzik Malaysia seterusnya menilai kualiti masyarakat kita. Jauh sangat ke aku pergi ni?Letakkan pengundi adik beradik, sedara mara, sahabat handai ketepi dahulu. Aku nak predict perangai pengundi awam. Pengundi yang tidak related dengan peserta secara lansung. Dah faham apa aku nak buat ? It is brave article, since afterall it is a prediction. So, I might end up look foolish and nonsense, but takpe lah. Takkan nak play safe je, kan? Cut things short, let’s start with first contestant. Mulakan dengan nombor 5 sehingga ke Hafiz the champion.
5. Isma
Semua orang tahu uniknya Isma adalah kerana dia seorang ibu beranak lima yang pandai menyanyi. So, aku percaya pengundi Isma adalah kaum-kaum ibu yang bangga dengan pencapaian dia. Kaum-kaum ibu yang baik hati, lemah lembut. Kerana kalau kaum ibu itu iri hati dengan Isma dia akan hanya kagum tapi tidak akan suka or undi Isma. Dia akan berharap Isma out awal-awal. Tidak mungkin budak muda atau suami orang vote Isma, bini orang tu. Anak-anak dara mungkin ada lah, tapi aku rasa they have 4 other bachelors to choose instead of Isma. So, logic akalnya jumlah pengundi Isma sangatlah kecil, hanya golongan-golongan ibu yang baik hati yang kagum dengan pencapaian dia, tak peliklah Isma dapat nombor 5.4. Yazid
Asalnya, masa aku dengar Yazid budak break-dance, sampai wakil Malaysia aku bayangkan tentunya dia akan bawa konsep urban, dengan gaya bandar maksimum. Rupanya dia seorang pelajar blur yang sempoi. Jadi aku percaya pengundi Yazid adalah remaja-remaja yang sukakan gaya sempoi beliau. Kemungkinan besar juga pengundi Yazid adalah mereka yang kesian dengan kesungguhan dia dan pengundi-pengundi kampong. Bukan kerana Yazid asal kampong, tapi sebab penonton yang ada sifat kesian jarang boleh dijumpai di kawasan bandar. Kalau Yazid perform better pada final concert (provided dia dapat much better songs) dia mungkin ada chance jadi juara, sebab we saw peserta yang same character as him dulu pernah jadi juara. Mawi and Faizal perfect example.3. Akim
Senang cerita, confirm budak-budak remaja yang sukakan gaya flamboyant Akim yang vote dia. Remaja-remaja perempuan yang suka kehenseman dan semangat Akim. Aku tak nampak lain-lain keistimewaan mamat ni. Malangnya kuasa wang ringgit remaja-remaja perempuan gatal/nakal ini agak kurang compare to golongan-golongan lain, kalau tak Akim boleh dapat nombor 2 or even jadi juara.2. Aril
Terkejut aku tengok Aril dapat nombor dua. Aku tahu persembahan final beliau gempak. Lompat sana sini, guling-guling, take a risk, bla..bla..bla. Ramai agree kot kalau aku cakap Aril antara pelajar AF paling poyo. Not really a bad thing, since memang salah satu resipi nak berjaya as entertainer or even as any other celebrity career (pelakon, politician, pro-blogger, pengacara, sportsman, etc.) kena ada sifat-sifat poyo. Tapi lazimnya orang poyo sahaja yang minat dengan orang poyo. Manusia-manusia yang over confident, yang berlagak bagus, dan yang sukakan popularity. Aku terkejut kerana aku tak jangka ramai rakyat Malaysia berperangai sebegitu. Eye opener kepada aku, baru aku sedar ramai rupanya ramai rakyat Malaysia ada character, ermm… poyo. Since I believe most people yang tidak mempunyai sifat itu akan benci mereka-mereka yang poyo. So, kalau adalah AFKeluar, confirm Aril will not even survive till 5th concert. Apa pun aku rasa Aril akan glamer nanti, sebab kalau dulu Aznil pun ramai orang tak suka dia but now for likes 10 years running he hold the no 1 title. Aku ulang (untuk jaga hati sesetengah orang) poyo bukanlah sifat yang totally bad…1. Hafiz
No doubt bakat Hafiz. Tapi dia sebenarnya beruntung sebab saiz golongan pengundi beliau sangat besar. Senang cerita tiada sebab khusus untuk orang nak benci dia. Kaum ibu, kaum bapa, orang tua-tua suka character merendah diri dia. Anak remaja sukakan gaya sempoi dan bersahaja. Hafiz juga cukup cute untuk digilai oleh awek-awek. Kanak-kanak yang ditonjolkan oleh Astro dalam konsert Hafiz pun suka Hafiz, walaupun kanak-kanak ni tidak ada kuasa mengundi, tapi tidak mustahil desakan mereka kepada ibu bapa berjaya menaikkan vote untuk Hafiz. Jadi tidak hairanlah Hafiz muncul juara kerana secara logiknya range orang yang suka dia sangat besar, kita tidak boleh eliminate mana-mana golongan. Mungkin mereka yang ganas, tidak suka gaya manja or cute dia, but aku tidak rasa budak-budak lelaki ganas follow AF at all, right? So patutlah dia dapat almost half of the vote after final concert.So, kepada follower AF please avaluate yourself, betul tak prediction aku pasal character korang base on your favorite student? Maybe not 100% accurate but I don’t think it will be too far off either, right?
Kepada penggila muzik or penggila reality program ada banyak lagi yang boleh difollow lepas AF habis. Memang reality show di TV sekarang dah macam berantai-rantai. Silih berganti. Now boleh concentrate dengan Mentor di TV3 then later ada rancangan Anak Wayang (Astro) and Pilih Kasih (RTM) yang nak cari bakat pelakon pula. Bila lah mereka nak buat Biggest Loser versi Malaysia, boleh juga aku masuk…* Semua gambar dari website Astro kecuali yang ada watermark, aku ambil from respective blogs without permission.