Cuma ada satu perkara lain yang turut menarik perhatian aku. Tema hari itu adalah tarian traditional Melayu dan country music. Jadi sebelum panggil barisan peserta menarikan tarian tradisi Melayu, host rancangan, Linda dan boyfriend dia akan bacakan serangkap pantun. Aku terkejut kerana pada aku mereka tidak lansung menyampai PANTUN. Apa yang mereka baca adalah syair. Tidak mungkin penulis skrip Astro tidak tahu membezakan Syair dan Pantun.
Jadi, izinkan aku memberi sedikit ilmu subject Bahasa Melayu kepada rakan-rakan semua dan harapnya ada individu dari panel penulis skrip Astro terbaca blog aku ini.
Ini pantun:
Anak Ayam Berlari-lari,
Anak Ikan Berenang-renang,
Bukan Aku nak Menonjol diri,
Jangan Pula
1st rule of pantun, suku kata mesti antara 8-12. More or less, akan menyusahkan si pembaca. Then, hujung kata mesti sama bunyi dalam urutan:
………A
………B
……....A
………B
Inilah beza Pantun dan Syair, walaupun jumlah suku katanya sama atau lebih sedikit. Tapi aturan sama bunyi adalah:
………A
………A
………A
………A
Ini contoh Syair:
Tersebutlah Kisah Satu Cerita,
Di Sebuah Negeri Penuh Derita,
Nasib Rakyat Tidak Dibela,
Hanya Mengenyangkan Perut Mereka.
Info tambahan, Syair dan Pantun yang bagus bukan sahaja hujungnya sama, tetapi dibahagian tengah juga mesti sama.
Pantun:
…A…..B
…C…..D
…A…..B
…C…..D
Contoh:
Anak Ayam Berlari-lari,
Anak Ikan Berenang-renang,
Sungguh Geram Rasa Dihati,
Tidak Makan Nasihat Orang.
Nampak? ayAM… gerAM dan iKAN dan maKAN.
Pulau Pandan Jauh Ketengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan Dikandung Tanah,
Budi yang Baik Dikenang Juga.
Syair:
....A…..B
…A…..B
…A…..B
…A…..B
Rasa Nak Berang Sukar Disekat,
Bukan Senang Menjadi Rakyat,
Salah Canang Tangan Diikat.
Sekadar memberi contoh pantun dan syair 4 baris, ada pantun dan syair yang hanya 2 baris atau 6, 8, 10 baris. Ok… cukup pelajaran kita hari ni. Again, aku nak ingatkan jangan pula adik-adik jawap soalan exam base purely on this article. Aku tidak check dengan buku teks masa tulis posting ini.
P/S: Aku memang suka pakai pembayang pantun, anak ayam, anak itik, anak ikan, anak katak… Hahahhahahha….