Showing posts with label nurin jazlin jazimin. Show all posts
Showing posts with label nurin jazlin jazimin. Show all posts

Monday, September 24

Aku Komen Kes Nurin


(aku dah letak gambar disini tadi, then aku delete… tidak sampai hati)

Semua orang memperkatakan pasal kes Nurin. Everywhere, sambil berbuka puasa sambil lepak-lepak disurau tunggu terawih, dalam email, dan tentunya di blog. Aku pada mulanya malas nak tulis cerita ini, kerana tiada apa nak diperkatakan. Tragis, sedih, pilu geram, marah… semua ada. Aku percaya semua orang juga ada perasaan sebegitu. Malah, Pak Lah pun melahirkan rasa sedih campur marah. Pak Lah yang cool pun kata dia marah, memang binatang orang itu.

Nampak tak?, aku pun menyamakan penjenayah itu dengan makhluk Allah yang tidak boleh befikir, binatang. Ramai orang menggunakan perumpamaan sebegitu, binatang punya pembunuh…! Disini, aku ingin meminta maaf bagi pihak manusia kepada semua jenis binatang didunia. Betul-betul minta maaf. Kami manusia terlalu keji dengan menyamakan penjenayah itu sebagai binatang. Aku rasa binatang paling bodoh pun tidak akan melakukan perkara-perkara terkutuk tersebut. So, definitely that psycho not deserve to be call as animal. Again, kucing, anjing, beruk, tikus…. Aku minta maaf, kadang-kadang manusia hilang pertimbangan dan hilang idea untuk express perasaan kami.

Kemudian ramai menyamakan penjenayah itu sebagai iblis, syaitan… degawan. Hahaha… Mungkin boleh diterima cadangan tersebut. Walaupun rata-rata ulama kata bulan Ramadhan syaitan diikat. Dan jika dibaca dari sini (‘Syaitan’ Dalam Al-Quran), aku tidak nampak pula janji Allah yang syaitan itu akan menyeksa, mendera atau membunuh manusia apatah lagi kanak-kanak yang tidak berdosa. Syaitan hanya berupaya menghasut, mempengaruhi, mendesak, menipu, mempermainkan… semuanya aktiviti bukan physical. Jadi tidak adil juga kita namakan penjenayah itu sebagai syaitan, kerana dia MUNGKIN lebih teruk perangainya dari syaitan yang dilaknat Allah. Selain polis kita, syaitan-syaitan semalaysia pun sedang menjejaki dia, untuk dijadikan ketua atau sumber rujukan, mungkin. Mungkin syaitan dan iblis semua turut bangga kerana dengan menyamakan penjenayah itu dengan mereka kita seolah-olah menaikkan taraf mereka. Nampak imej kejam dan keji mereka meningkat.

Kenapa aku sibuk nak jelaskan yang penjenayah itu bukan binatang dan bukan syaitan? Kerana aku nak ingatkan semua orang yang membunuh, yang mendera, yang belaku kejam itu adalah manusia. Makhluk tuhan yang ada tangan, ada badan, ada nyawa, macam kita. Saling tak tumpah seperti kita. Jangan sibuk menuduh sana sini, sedangkan penjenayah itu adalah dikalangan kita.

Dia berkemungkinan besar seorang yang gila dan bodoh. Gila dalam erti kata suka melihat manusia lain menderita dan sukakan perhatian. Mungkin dia sedang tersenyum atau tergelak melihat liputan meluas suratkhabar dan television berkenaan isu ini. Kalau dia seorang yang jahat semata-mata, tidak mungkin dia biarkan mayat Nurin dijumpai. Dibiarkan didepan kedai untuk dijumpai oleh orang ramai. Jadi sememangnya penjenayah itu gila dan bodoh. Ingat, dia adalah MANUSIA (macam kita) yang gila, bodoh dan terpedaya dengan mainan syaitan.

Tidak kurang pentingnya, kita harus ingat. Dia manusia, kita juga manusia. Tidak mustahil jika kita tidak menguatkan diri kita dari sekarang, kita juga akan terjerumus ke lembah penghinaan sebegitu satu hari nanti. Ke lembah nafsu, lembah tipu daya syaitan dan lembah kedaifan. Mungkin masa kes-kes sebegini (rogol, dera kanak-kanak) yang dulu, penjenayah itu sendiri rasa sedih dan marah seperti kita. Tapi kini, dia bertukar menjadi mangsa hawa nafsu sendiri. So, aku sendiri tidak mahir ilmu agama untuk memberi nasihat, tapi rasanya rata-rata semua orang tahu bagaimana untuk tidak menjadi sahabat syaitan dan memdekatkan diri kepada tuhan. Kita semua tahu, cuma ada macam-macam alasan kita berikan kepada diri sendiri untuk menjadi bodoh. Na'uzubillah.

Cukup...tidak perlu kita fikirkan lebih jauh. Tidak perlu menangis. Tidak perlu terus menerus geram dan emosi. Selepas solat, disamping doa-doa lazim seperti kesejahteraan ibu bapa, kemakmuran umat Islam dan kesihatan diri sendiri, lepas ini selitkan doa agar penjenayah itu diberkas polis. Satu Malaysia nak lihat wajah manusia keji itu. Insyallah jika semua umat Islam berdoa, nescaya Allah akan makbulkan. Amin…..

Seharian aku kehulu kehilir, penat. Dahaga gila. Aku nak pergi berbuka sekarang. Air...aku perlukan air. Hahahahha....


Total Pageviews

. page counter