Semalam, aku terfikir satu benda. Satu isu, satu persoalan. Selalunya idea sebegini yang akan berkahir dengan 1 entry yang dipenuhi dengan idea-idea aku. Tapi yang anehnya persoalan ini aku gagal cari jawapan. Mungkin isunya tidak dekat dengan aku, tidak click dengan diri aku. Aku fikir-fikir, beberapa jam… sebelum tidor, selepas tidor, masa makan sahur, masa drive ke office… still failed to find concrete answer. Nak senang, aku just lupakan benda ini, maksudnya tidak perlu lah aku pecah kepala cari jawapan. But still rasa tak puas hati itu terus mekar dalam kepala otak aku.
Ok, seriously ini bukan joke, tapi aku gagal dapatkan jawapan. Persoalan serious…
KENAPA WANITA
Aku tahu ini isu sensitive. Ramai cakap ini pilihan peribadi, tidak perlulah masuk campur urusan peribadi orang lain. But, sorry lah.. bukan disengajakan, aku tiba-tiba terfikir benda ini. Dan rasa tidak puas hati kerana gagal dapatkan jawapan semakin meluap-luap.
Tidak seperti lain-lain kejahatan, tak pakai tudung nampak kecil dan tidak diambil berat. Tapi pada hakikatnya, itu tidak menutup aurat. Engkar arahan Allah… Nau’zubillah…
Ok, jadi aku harap kawan-kawan disini boleh tolong berikan idea. Aku akan biarkan posting ini dari hari ini sehingga Isnin, harap aku akan dapat jawapan yang memuaskan hati aku. Ramai kaum hawa yang ada pengalaman di sekolah, di university atau di tempat kerja boleh berikan pandangan, atau budak lelaki yang ada kekasih, tunang, bini, adik atau anak yang memang tak mahu pakai tudung kepala.
Jarang-jarang otak aku beku idea, kering jawapan atau buntu penyelesaian but for this one aku memang tak dapat cari jawapan concrete.
Tolong…Please share your thought with me.
Selamat berhujung minggu.
P/S: Aku harap mamat ini, dikenakan hukuman berat. Buat malu je…